You are on page 1of 2

PERANAN GURU PEMULIHAN KHAS

Pengenalan
Dalam konteks sekolah rendah, Program Pendidikan Pemulihan Khas merupakan tindakan yang
dijalankan untuk membantu murid-murid yang mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran
asas membaca, menulis, dan mengira.
Peranan Guru Pemulihan Khas
Peranan Penilaian (Assessment Role)

i.

Menyedia dan menjalankan ujian saringan untuk mengenal pasti murid-murid yang menghadapi
masalah penguasaan kemahiran asas 3M.

Menjalankan ujian diagnostik untuk mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh murid
secara khusus.

Menjalankan penilaian berterusan dan merekod dengan rapi dan sistematik.


Peranan Preskriptif (Prescriptive Role)

ii.

Merancang, menyedia dan melaksanakan program secara individu bagi murid-murid yang
mempunyai masalah pembelajaran yang tertentu.

Mengadakan bengkel atau demonstrasi pengajaran pemulihan sekiranya diperlukan.


Peranan Pengajaran (Therapeutic Role)

iii.

Mengajar dengan menggunakan berbagai pendekatan dan kaedah serta penggunaan bahan dan
aktiviti yang berfungsi agar objektif-objektif pembelajaran khusus dapat dicapai.

Menilai dan merekod prestasi murid dari semasa ke semasa.

Mengajar bersama-sama dengan guru kelas secara team-teaching atau khidmat damping sekiranya
perlu.
iv.

Peranan Khidmat Bantu (Supportive Role)

Membantu guru-guru merancang dan mengubah suai aktiviti-aktiviti dan bahan-bahan pengajaran
dan pembelajaran.

Membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada guru-guru mengenai teknik-teknik mengajar kanakkanak yang menghadapi masalah pembelajaran.
v.

Peranan Perhubungan (Liaison Role)

Berhubung dengan:
Pentadbir sekolah Guru Besar dan Penolong Kanan

vi.

Peranan Kaunseling (Counseling Role)

Memupuk hubungan mesra (rapport) dengan murid dalam suasana yang bebas dari
ancaman
Menolong mengubah tingkah laku murid ke arah yang positif.

vii.

Guru-Guru lain guru kelas dan guru subjek


Ibu bapa dan waris
Masyarakat
Khidmat sokongan pegawai perubatan, kaunselor dan agensi luar.

Peranan Advokasi (Advocative Role)


Wujudkan jaringan hubungan sesama guru pemulihan khas sama ada di peringkat
PKG, daerah malah sehingga ke peringkat negeri.
Dedahkan apa yang dibuat kepada rakan sejawat, pentadbir sekolah dan juga para
waris melalui program reach out atau outreach.
Posted by GURU PEMULIHAN KHAS at 03:10

You might also like