You are on page 1of 1

PERATURAN-PERATURAN SEWAKTU KECEMASAN

1.0 LOCENG AMARAN KECEMASAN akan dibunyikan sebanyak TIGA KALI


secara berterusan selama 3 minit.
2.0 Apabila loceng kecemasan dibunyikan, peraturan-peraturan berikut perlu
dipatuhi:
2.1 BERHENTI daripada melakukan sebarang kerja di tempat kamu berada dan
LETAK SEGALA PERALATAN yang sedang digunakan.
2.2 BERDIRI TEGAK dan tunggu arahan Guru atau Ketua Darjah.
2.3 JANGAN PANIK atau BEREBUT-REBUT ketika beratur. Jika diarahkan keluar
daripada bilik darjah, jangan bawa beg sekolah atau barang-barang.
2.4 Keluar dari PINTU YANG BERHAMPIRAN dan BERATUR di luar bilik darjah
untuk menunggu arahan selanjutnya.
2.5 IKUT LALUAN yang telah ditetapkan dan BERJALAN DALAM BARISAN
sehingga ke tempat untuk berhimpun.(ZON SELAMAT)
2.6 Ketua Darjah dan Penolongnya ataupun murid yang berada berhampiran dengan
suis mestilah memastikan bahawa SEMUA SUIS LAMPU, KIPAS atau
PERKAKAS ELEKTRIK DIMATIKAN sebelum meninggalkan kelas.
2.7 Sekiranya terdapat rakan-rakan yang SAKIT atau CACAT, Ketua Darjah ataupun
Penolong mestilah memberitahu Guru di dalam kelas atau Guru lain ataupun
Kakitangan Sekolah dengan segera.
2.8 Ambil langkah-langkah keselamatan lain yang difikirkan perlu DI MANA
SAHAJA KAMU BERADA ketika loceng dibunyikan.
2.9 Sesiapa yang berada DI KANTIN ketika loceng kecemasan dibunyikan, tunggu
arahan daripada PENGAWAS atau GURU sebelum berbaris menuju ke tempat
untuk berhimpun.(ZON SELAMAT)
2.10

2.11

GURU BERTUGAS pada hari tersebut bertanggungjawab memastikan:


a)
: PAPAN PUNCA ELEKTRIK UTAMA(Main switch board)
Dimatikan sebaik sahaja Loceng Kecemasan dibunyikan.
b)
: Tiada murid atau sesiapa pun tertinggal di dalam bangunanbangunan di kawasan sekolah ketika Perhimpunan Kecemasan
dijalankan.
KAKITANGAN PEJABAT bertanggungjawab membawa bersama-sama
Mereka BUKU-BUKU KEDATANGAN KELAS ke tempat untuk
Berhimpun.(ZON SELAMAT) Sekiranya BUKU KEDATANGAN
KELAS berada di dalam kelas, maka tanggungjawab Guru yang berada di
kelas terbabit untuk membawanya ke tempat untuk berhimpun.(ZON SELAMAT)

You might also like