You are on page 1of 2

LANGKAH-LANGKAH MENGELAK

KEBAKARAN DI SEKOLAH
MURID-MURID ADALAH DILARANG MEMBAWA
KE SEKOLAH:
1. Alat-alat atau bahan yang mudah terbakar
seperti mancis, pemetik api, ubat nyamuk, lilin
dan lain-lain.
2. Mercun atau bunga api dalam apa jua bentuk
sekalipun.
MURID-MURID DILARANG:
1. Bermain dengan suis lampu, kipas atau punca
kuasa elektrik di mana-mana bangunan (termasuk
bilik darjah) di dalam kawasan sekolah.
2. Mencuba-cuba menggunakan sebarang peralatan
elektrik termasuk video, televisyen, radio, gergaji
elektrik dan lain-lain tanpa pengawasan guru.
3. Memperbaiki sebarang peralatan elektrik di manamana bangunan (termasuk bilik darjah) di dalam
kawasan sekolah.

TINDAKAN GURU YANG BERADA DI


DALAM KELAS SEMASA BERLAKU
KECEMASAN/KEBAKARAN
1. Mengarahkan semua murid beratur di luar kelas.
2. Pastikan semua suis kipas dan lampu dimatikan.
3. Bawa murid beredar dari kelas mengikut laluan yang
telah ditetapkan di dalam Pelan Keselamatan
Kebakaran menuju ke ZON SELAMAT.
4. Dapatkan buku rekod kedatangan kelas di Pejabat
Sekolah.(Tindakan Guru Kelas)
5. Guru Kelas membuat semakan jumlah murid.
6. Laporkan kepada AJK Keselamatan sekiranya ada
murid yang tertinggal/hilang.
7. AJK Keselamatan bersama Guru Kelas pergi
mendapatkan murid yang tertinggal/hilang.

You might also like