You are on page 1of 2

KUMPULAN A

SOALAN 1 .
Murid dan guru sudah menganggap bilik darjah sebagai rumah kedua mereka.

Jelaskan konsep bilik darjah dan ciri-ciri guru yang efektif sesuai dengan era
transformasi kini.

Jawapan :
Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran
merupakan tempat yang terpenting yang perlu ada pada sekolah. Ia juga merupakan
medan perjuangan utama kerjaya seseorang guru. Secara amnya, bilik darjah ialah
bilik- bilik disekolah dimana sekumpulan murid atau pelajar mengikuti pelajaran atau
belajar sesuatu mata pelajaran yang diajar oleh guru. Untuk konsep yang lebih luas,
bilik darjah tidak semata- mata merupakan ruang untuk proses pengajaran dan
pembelajaran, tetapi mencakupi pelajar- pelajar dan guru yang belajar dan mengajar
dan berinteraksi antara satu sama lain didalamnya.
Pengurusan Bilik Darjah merujuk kepada kebolehan guru mengawal murid
bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar.
Seperti yang kita tahu tugas sebagai guru bukan mudah. Hal ini kerana
profesion ini memerlukan komitmen yang tinggi dalam menjaga, mendidik atau
membimbing pelajar sehingga mereka mencapai kejayaan dan bersedia untuk
menghadapi cabaran pada masa akan datang.
Antara ciri-ciri guru yang efektif dalam pengurusan bilik darjah, iaitu Kualiti
Peribadi. Kualiti peribadi merujuk kepada seorang guru yang begitu proaktif, yakin
dan sentiasa bersemangat sehingga mampu memotivasikan muridnya untuk belajar.
Guru yang peka dan sensitif akan keperluan muridnya, iaitu terhadap
perbezaan cara atau gaya pembelajaran mereka. Hal ini kerana tidak semua murid
mampu menguasai pembelajaran yang diajar. Oleh itu, guru berperanan mengubah

suai cara pengajaran nya mengikut kesesuaian agar peluang pembelajaran adalah
untuk semua murid.
Sikap guru yang peramah, mesra dan berusaha untuk mengenali muridnya.
Sesungguhnya, murid yang berasa dirinya dikenali guru, akan menunjukkan tingkah
laku yang positif. Hal ini disebabkan mereka berasa dihargai dan sebahagian
daripada komuniti dalam bilik darjah. Guru yang memiliki sifat kasih-sayang, hormatmenghormati dan kemanusiaan yang tinggi.

You might also like