Professional Documents
Culture Documents
Info Usahawan Edisi7 Vol2
Info Usahawan Edisi7 Vol2
discussions, stats, and author profiles for this publication at: http://www.researchgate.net/publication/274899366
DOWNLOADS
VIEWS
120
23
1 AUTHOR:
Mohamad Azmi Nias Ahmad
Edith Cowan University
53 PUBLICATIONS 1 CITATION
SEE PROFILE
TIPS USAHAWAN
Pelaburan Emas
Oleh:
Nurulhasni bt Shaari @ Mat Saman, UiTM (Johor)
Kesimpulannya, jual beli emas (Bay al-Sarf) adalah satu bentuk jual beli yang diiktiraf dan dibenarkan oleh syarak berdasarkan dalil-dalil daripada al-Quran dan Hadis. Ini kerana
menjadi kewajipan ke atas Muslim untuk mencari dan
mendapatkan rezeki yang halal dan diterima Allah.
ISSN:1823-6421
Keusahawanan dilihat sebagai platform terbaik pilihan kerjaya bagi bakal graduan. Dewasa ini, graduan dilihat lebih cenderung
bergantung kepada skim perkhidmatan awam dalam memilih laluan kerjaya berbanding terlibat dengan perniagaan. Opsyen
keusahawanan dikatakan mampu memberi sumbangan besar kepada ekonomi, peluang kerjaya, penghasilan inovasi dan
sebagainya. Menurut kajian Nabi & Holden (2008), pelajar universiti sangat digalakkan menceburi bidang perusahaan kecil atau
self/small business employment. Berikutan tekanan ekonomi pada hari ini seperti isu kenaikan harga minyak dan GST, para
graduan perlu mengubah cara pemikiran serta pandangan dalam menentukan opsyen kerjaya setelah tamat belajar kelak.
Manurut kajian Shapero & Sokol (1982), terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada pemilihan opsyen keusahawanan
sebagai kerjaya. Antaranya ialah faktor jantina, latar belakang keluarga samada terlibat secara langsung atau tidak dalam bidang
perniagaan atau keusahawanan, bidang pengajian yang diambil di universiti, keperluan maklumat atau pengetahuan yang
mencukupi mengenai perniagaan serta jumlah pendapatan keluarga juga mendorong graduan untuk memilih keusahawanan
sebagai kerjaya.
Faktor terpenting dalam menentukan minat serta dorongan seseorang itu memilih bidang keusahawanan ialah sejauh mana
pengetahuan serta maklumat yang ada pada diri individu itu. Minat graduan terhadap perniagaan dan keusahawanan dapat
dipupuk melalui penyebaran maklumat daripada pelbagai sumber termasuklah:
Ahli akademik: Ahli akademik perlu memainkan peranan yang penting dalam menggalakkan lebih ramai pelajar berminat
menjadi usahawan dengan menyediakan lebih banyak kesedaran mengenai kebaikan bidang ini yang seterusnya
menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dan daya saing secara global.
Kurikulum: Untuk menggalakkan keusahawanan dalam kalangan pelajar, pendidikan keusahawanan perlu ditekankan dalam
kurikulum mengikut bidang pengajian atau niche. Pendidikan keusahawanan perlu diwajibkan kepada semua pelajar.
Dengan cara ini, adalah diharapkan lebih ramai usahawan akan dilahirkan
Seminar dan program tambahan: Selain itu, universiti boleh memperkenalkan seminar keusahawanan dan kursus motivasi
untuk pelajar yang berminat supaya mereka lebih terdedah kepada bidang ini.
Perkongsian pengalaman ikon keusahawanan: Di samping itu, universiti juga boleh memperkenalkan alumni yang telah
berjaya sebagai usahawan untuk berkongsi pengalaman dan pada masa yang sama dapat memberi motivasi kepada pelajar.
Apa yang kita dapat lihat di sini, capaian maklumat berkenaan keusahawanan mampu memberi galakan positif kepada bakal
graduan untuk berani memilih perniagaan dan keusahawanan sebagai opsyen kerjaya mereka. UiTM sendiri telah banyak
menganjurkan seminar, program dan aktiviti perkongsian kepada pelajar dalam menggalakkan pemilihan keusahawanan sebagai
opsyen kerjaya.
Info Usahawan diterbitkan oleh MASMED, UiTM (Terengganu). Sumbangan rencana daripada pembaca adalah dialu-alukan.
Sumbangan boleh dihantar ke email : infousahawaneditor@tganu.uitm.edu.my
Segala sumbangan yang dihantar, tidak akan dikembalikan.
20
Rujukan
1. Nabi, G. & Holden, R. (2008). Graduates entrepreneurship: Intentions, education and training. Education+Training, 50 (7), 545-551.
2. Shapero, A. & Sokol, L. (1982). The social dimensions of entrepreneurship in the encyclopedia of entrepreneurship, Kent, C., Sexton, D. and Vesper, K. (eds).
Englewood Cliffs: Prentice-Hall.
ISU SEMASA
TIPS USAHAWAN
Oleh:
Noranita Binti Abdamia, UiTM Kampus Pasir Gudang
Usahawan dan peniaga mempunyai peranan dan matlamat yang berbeza. Namun begitu kedua-dua peranan ini adalah saling bergantung antara satu sama lain dan saling melengkapi. Bagi mendepani arus globalisasi dalam dunia perniagaan, usahawan mahupun peniaga kedua-duanya harus cakna pada perubahan dan transformasi dalam persekitaran ekonomi bagi memastikan kelangsungan bidang yang diceburi.
1 April 2015, tarikh dimuktamadkan Perdana Menteri Malaysia Y.A.B. Dato Sri Mohd Najib Tun Razak dalam Belanjawan 2015
berkenaan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) di Malaysia. CBP atau lebih sinonim sebagai Goods and Service
Tax (GST) atau Value Added Tax (GAT) di kebanyakan negara-negara lain adalah cukai kepenggunaan yang dikenakan ke atas nilai
ditambah disetiap peringkat rantaian pengedaran pembekalan.
CBP pada kadar 6% yang bakal dilaksanakan akan menghapuskan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (CJP) sebanyak 16% yang
dikenakan secara berasingan selama ini. Sehingga kini 28 negara miskin seperti Cambodia, Bangladesh, Utopia telah melaksanakan
CBP. 41 negara yang berpendapatan sederhana rendah seperti Indonesia, Seri Lanka, Filipina juga telah melaksanakan CBP. Begitu
juga bagi negara berpendapatan sederhana tinggi seperti Brazil, Thailand, Panama dan 39 buah negara lain termasuk 42 buah
negara berpendapatan tinggi seperti Australia, Jepun dan Singapura. Pada 1 April 2015 - Malaysia negara yang ke-40 bagi kategori
negara berpendapatan sederhana tinggi juga akan mengikuti jejak CBP ini. Keseluruhannya sebanyak 160 negara daripada 193
buah negara dalam dunia telah melaksanakan CBP.
Negara ASEAN
Tahun Diperkenalkan
Indonesia
1984
10%
Filipina
1988
12%
Kemboja
1999
10%
Loas
2009
10%
Singapura
1994
7%
Thailand
1992
7%
Vietnam
1999
10%
Malaysia
2015
6%
Brunei
10
Myanmar
(Dalam Kajian)
(Dalam Kajian)
Kelebihan ini menjadi faktor utama ianya digunakan oleh usahawan industri kecil dan sederhana (IKS). Setiap kelebihan ini telah
membolehkan IKS mengurangkan kos pengurusan, meningkatkan peratusan penghantaran tepat waktu, meningkatkan produktiviti, melancarkan proses membuat keputusan, meningkatkan imej syarikat, jualan dan seterusnya keuntungan syarikat.
Untuk mengelakkan perkara ini, berikut adalah panduan mudah bagi pemilihan perisian perakaunan:
Transformasi CJP ke CBP perlu dilakukan bagi mengatasi segala kelemahan CJP sedia ada iaitu;
Malangnya, akibat terlalu ghairah ingin menjadi terlalu effisien dan mendapat keuntungan berganda, usahawan IKS telah tersalah
langkah dan membuat kesilapan dalam memilih perisian perakaunan yang sesuai. Akibatnya, IKS terpaksa menanggung kos yang
tinggi dan dalam kes tertentu terpaksa mengabaikan terus perisian tersebut disebabkan oleh kurang bersesuaian dengan perniagaan mereka.
Pelaksanaan sistem maklumat perakaunan berkomputer biasanya melibatkan kos yang tinggi. Keputusan yang dibuat perlulah
mengambilkira jenis perniagaan, keperluan peniagaan, teknikal, kemahiran pekerja, dan bebanan kos. Kerana itu, terdapat sebahagian peniaga kecil dan sederhana memilih untuk tidak melaksanakannya.
Bagi mengelak cukai terselindung yang menjadi kos kepada harga akhir akibat pengambilan untung berlebihan oleh pemborong, peruncit dan peniaga.
Bagi mengelak cukai bertindih yang sebenarnya membebankan pengguna yang dikenakan cukai sebanyak dua kali sepertimana praktik CJP
Bagi mengelak caj perkhidmatan yang tersembunyi dan tidak diisytiharkan oleh para peniaga di dalam resit dan bil-bil bagi
meningkatkan margin keuntungan mereka.
Bagi mengelak perbuatan segelintir golongan pengilang, pemborong, peruncit dan peniaga yang cuba mengelak dari
melaksanakan tanggungjawab membayar cukai dengan tidak mengisytihar sumber, aliran dan jumlah pendapatan mereka.
Bagi mengelak perbuatan tidak beretika dan berintegriti dalam oleh segelintir golongan peruncit dan peniaga yang sengaja
menyorok barangan, mengurangkan sukatan, memonopoli barang dan memanipulasi harga.
Mudah untuk diguna faktor ini penting bagi tujuan latihan dan mengurangkan kesilapan
Kemahiran pekerja perlu ditanya adakah pekerja boleh mengendalikan perisian ini dan mengambilkira kos latihan yang
perlu ditanggung
Pilih vendor yang popular memudahkan pengambilan pekerja, penyelengaraan sistem dan sokongan vendor dari segi
naik taraf perisian.
Bentuk output yang dihasilkan aspek ini perlu dititikberatkan kerana ia melibatkan keperluan membuat keputusan yang
lebih tepat bedasarkan laporan yang dapat dihasilkan perisian
Keperluan pengkalan data dan lokasi perlu diambil berat memandangkan ia melibatkan faktor keselamatan data dan kos
seperti kos alatan, penyediaan lokasi dan penyelengaraan
Di Malaysia perisian seperti UBS Accounting, Mr Accounting dan MYOB amat popular dalam kalangan IKS. Selain daripada itu,
terdapat juga perniagaan yang hanya menggunakan Microsoft Excel kerana perisian ini membolehkan mereka menyesuaikan
keperluan-keperluan tertentu bagi penyediaan maklumat perakaunan mereka.
19
TIPS USAHAWAN
ISU SEMASA
Kelemahan dan kekurangan CJP ini adalah titik tolak transformasi kepada CBP. Golongan peniaga mahupun usahawan seharusnya
cakna berkenaan apa, mengapa dan bagaimana mekanisma CBP bakal diimplementasi dalam persekitaran ekonomi Malaysia.
Antara fakta-fakta mekanisme CBP yang tidak dapat disangkal ialah;
CBP menghapuskan elemen kos yang menjadi liabiliti pada peniaga dan pengguna selama ini dalam setiap transaksi yang
dilakukan. Mekanisme CBP ini membolehkan golongan peniaga masih mampu mengekalkan keuntungan pada kadar sedia
ada.
Peniaga harus membayar perbezaan kepada pihak kastam jika cukai output melebihi cukai input. Sebaliknya peniaga boleh
menuntut dari pihak kastam jika cukai input melebihi cukai output. Maka dengan ini jelas bahawa golongan peniaga tidak
akan menanggung kos yang tidak relevan mahupun kos yang tersembunyi atau bertindih sepanjang berlakunya transaksaksi
dalam operasi perniagaan.
Peniaga dapat melengkapkan penyata CBP secara berjadual dan dapat membantu peniaga menyimpan rekod dengan kemas kini dan tepat. Kawal selia dan perekodan dokumen dalam perniagaan sangat penting bagi memastikan kawalan ke
atas untung rugi dan kelangsungan sesebuah perniagaan.
Peniaga mempunyai ruang untuk menurunkan harga barang dan perkhidmatan sehingga ke paras maksimum iaitu 10% (CJP
16% - CBP 6%) bagi membantu pertumbuhan ekonomi denag lebih mapan dibawah kadar inflasi terkawal. Namun begitu
peranan dan tanggungjawab peniaga terhadap negara dan masyarakat ini tidak dapat dilakukan jika peniaga hanya mementingkan keuntungan semata-mata.
Tiada sebarang kenaikan kos yang signifikan ditanggung oleh peniaga dalam melaksanakan sistem CBP ini kecuali kos pra
perlaksanaan CBP iaitu menaiktaraf sistem perakaunan bagi memenuhi tuntutan CBP. Peniaga mahupun usahawan yang
bijak sentiasa merebut peluang bagi mengurangkan kos.
Bagi peniaga yang berada dalam kategori Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), mereka akan mendapat bantuan
kewangan bagi memperoleh atau menaiktaraf system kepada perisian patuh GST yang telah dilancarkan pada 1 Jun 2014.
Sebagai kesimpulan, CBP sebenarnya merupakan satu sistem percukaian yang lebih telus dan efisyen. Kejayaan perlaksanaan CBP
di Malaysia sangat bergantung kepada sikap bertanggungjawab para peniaga di dalam urusniaga
Gambar 1: (a) Madu lebah hutan (b) Madu lebah ladang (c) Madu kelulut
Rujukan
1.
http://etp.pemandu.gov.my/Transformation_Unplugged-@-Why_we_need_GST.aspx
2.
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/16-isu-nasional/6017-isu-dan-perlaksanaan-cukaibarangan-dan-perkhidmatan-gst-.html
Gambar 2: Semut menghurungi madu lebah asli (a) dan juga madu tidak asli (b)
18
ISU SEMASA
TIP USAHAWAN
Oleh:
Fakrulnizam Jafri, UiTM Melaka
Terdapat sebuah riwayat menyatakan bahawa sebahagian besar pintu rezeki itu
diperoleh daripada sumber perniagaan atau yang lebih popular dalam kalangan
masyarakat menyatakan sembilan per sepuluh punca rezeki itu adalah dari perniagaan.
Rasulullah S.A.W sendiri menjalankan perniagaan dalam menjalani kehidupan seharian
baginda.
Pernah sekali, semasa menghantar anak ke sekolah, mata ini mengekori langkah si kecil dengan bagasinya yang besar melalui pintu
pagar sekolah. Kelihatan di pagar, dua orang pelajar senior berpakaian ungu sedang memeriksa setiap pelajar yang masuk. Hati ini
berkata bahawa kedua pelajar senior itu adalah pengawas yang memeriksa sahsiah rupa diri pelajar dari hujung kasut hingga
hujung rambut agar mematuhi peraturan sekolah. Ketepatan masa juga diambil kira agar tiada yang lewat sampai. Terkenang
zaman persekolahan dahulu kerana antara orang yang paling tidak disenangi ialah pengawas sekolah kerana terasa rimas dengan
kehadiran mereka dan sentiasa cemas bila di panggil seolah-olah ada melakukan kesalahan walaupun sebenarnya dipanggil untuk
diberikan susu percuma bantuan daripada Kementerian Pelajaran ketika itu.
Kini, aspek keusahawanan adalah penting dan menjadi tumpuan yang dititikberatkan
oleh instititusi pengajian tinggi (IPT) dalam negara ke arah melahirkan mahasiswa yang
cemerlang akademik, berkemahiran insaniah yang jitu serta mempunyai jaringan
masyarakat serta komuniti yang kuat.
Lucu sungguh rasanya. Bila fikiran sudah matang, barulah mengerti bahawa setiap teguran
itu adalah untuk kebaikan dan mereka bukan mencari kesalahan. Pengawas hanya cuba
untuk memastikan pelajar mematuhi peraturan. Peristiwa ini membawa fikiran ini
mengingati persepsi umum tentang tugasan seorang Juruaudit.
Terdapat juga universiti di negara ini yang menjadikan aspek keusahawanan sebagai misi
dan visi utama mereka dalam menyahut hasrat kerajaan untuk memacu Malaysia
sebagai sebuah negara maju menjelang 2020.
Jaringan industri (industrial linkages) antara pihak universiti serta pemain industri dilihat suatu usaha murni ke arah mewujudkan
peluang kepada ahli akademik serta mahasiswa untuk turut sama bergiat secara pro-aktif dan konsisten ke arah mencapai
matlamat negara tersebut.
Misalnya dengan penubuhan Pejabat Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni oleh Universiti Teknologi MARA dalam mencapai
visi mewujudkan sebuah persekitaran yang produktif dari kolaborasi yang diwujudkan antara pihak universiti, industri dan juga
masyarakat. Hasilnya, setiap entiti tersebut mendapat manfaat secara holistik dalam bidang ekonomi, sosial dan budaya masyarakat di negara ini.
Antara IPTA lain yang turut memiliki bahagian jaringan industri ialah Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Bahagian Jaringan
Industri dan Masyarakat, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Pejabat Hubungan Industri Masyarakat dan Universiti
Putra Malaysia (UPM) melalui Pejabat Jaringan Industri dan Masyarakat.
Bidang keusahawanan perlu dijadikan satu budaya popular oleh generasi muda khasnya dan masyarakat di Malaysia secara
amnya. Jika dilihat dan diamati, Amerika Syarikat, mereka amat menitikberatkan keusahawanan berasaskan francais. Maka dengan
itu tidak hairanlah kebanyakan francais terkenal yang bertapak hampir kebanyakan negara di dunia berasal dari negara yang
terkenal dengan jolokan Uncle Sam itu.
Universiti di negara ini perlu lebih aktif dalam menjalankan kolaborasi bersama industri untuk memastikan pertukaran ilmu serta
kepakaran secara dua hala antara entiti yang terlibat lebih hebat dilaksanakan. Hal tersebut boleh mewujudkan persaingan yang
sihat dan membantu perkembangan inovasi dan penemuan baharu oleh mahasiswa, penyelidik, pensyarah dan pemain industri ke
arah kemajuan negara melalui K-Ekonomi.
Pihak universiti, industri dan masyarakat akan memperoleh manfaat sewajarnya hasil dari persefahaman ketika menjalinkan
kerjasama ke arah peningkatan sumber kewangan universiti, peningkatan permintaan barangan industri dan masyarakat amnya
melalui penganjuran program berteraskan keusahawanan seperti pameran, festival dan karnival di dalam mahupun di luar negara.
Inisiatif baik yang dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melalui Showcase Satu Daerah
Satu Industri misalnya adalah satu usaha murni membantu para usahawan dan daerah yang terlibat untuk turut sama dalam
menjalankan aktiviti keusahawanan serta menyuntik elemen keusahawanan berinovasi dalam produk barangan dalam usaha
mempromosi produk hasil tempatan yang memiliki daya saing yang tinggi hingga ke peringkat global.
Jaringan perniagaan yang bijak (smart business networking) merupakan salah satu elemen pelengkap dan tidak kurang pentingnya
perlu diambil perhatian serius dalam membantu pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) mempromosi serta mengembangkan
jaringan perniagaan mereka.
Seseorang yang mencari kesalahan: Demi tidak mahu kesalahan ditemui yang hingga akhirnya mungin akan memberikan
tanggapan buruk terhadap pengurusan oleh pemegang saham, maka kelibat juruaudit seringkali dianggap sesuatu yang
menjengkelkan.
Penyebab meningkatkannya kos perniagaan: Peraturan dan keperluan dalam Akta Syarikat dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia
mewajibkan laporan kewangan syarikat disemak oleh auditor yang bertauliah akan menyebabkan setiap syarikat dikenakan
bayaran professional walaupun mereka merasakan perniagaan mereka tidak di perlu audit.
Juruaudit sebenarnya datang untuk memastikan bahawa segala tatacara kerja adalah mengikut peraturan dan proses sepatutnya
demi untuk mengurangkan risiko perniagaan dan bukannya mencari kesalahan semata-mata. Manakala dari segi kos yang dibayar
sebagai yuran audit sebenarnya adalah lebih jauh rendah dibandingkan kerugian yang bakal dihadapi seandainya kaedah laporan
kewangan yang tidak benar dan adil dikeluarkan kepada pemegang saham.
Terdapat dua (2) keadaan bagaimana kerja- kerja audit dilakukan:
Auditor dengan senarai semakan: Juruaudit yang datang ke premis pelanggan mempunyai pengalaman dalam menjalankan
prosedur audit maka mereka akan datang bersama satu senarai semakan yang akan diberi tumpuan bagi memastikan semua
kepatuhan yang ditetapkan telah dipenuhi oleh syarikat yang diaudit. Seandainya semua senarai semakan tersebut tiada masalah,
maka juruaudit boleh mengeluarkan pendapat bahawa laporan kewangan tersebut tidak layak untuk dikatakan mempunyai
kesalahan.
Salah terjemahan: Apabila selesai prosedur audit dijalankan, maka setiap aspek dan fungsi perniagaan yang didapati
mempunyai kelainan dari segi pematuhan akan dimaklumkan untuk di perbaiki dan diberi tumpuan.
Risikonya tentang perlaksanaan audit dengan senarai semakan ialah kemungkinan yang disemak hanya perkara tertentu sahaja
yang jelas nampak, sedangkan masalah yang lebih besar sebenarnya gagal di kesan kerana kebanyakan perniagaan tiada
belanjawan khas untuk diaudit secara menyeluruh bagi manghalang kerosakan sebelum ianya berlaku, maka keputusan senarai
semakan boleh mengelirukan dari perkara sebenar.
Apabila selesai audit, cadangan penambahbaikan akan di buat oleh pihak pelanggan. Cuma, pembetulan dan penambaikan akan
tertumpu terus dan secara spesifik kepada perkara yang dibangkitkan sahaja padahal, permasalahan yang sebenar berakar umbi
kepada fungsi dan aspek yang lain pula sukar di kesan dengan melihat laporan kewangan. Pembetulan dalam perkara ini perlu
mengambil kira fungsi yang terkait secara tidak langsung agar laporan tersebut menjadi laporan yang boleh disandarkan oleh
pengguna maklumat perakaunan.
Melihat beberapa situasa yang dikongsikan di atas, adakah juruaudit dianggap sebagai seorang rakan atau kehadiran mereka
hanya merumitkan dan akhirnya akan mengakibatkan kerugian yang lebih besar kepada perniagaan? Kami tinggalkan persoalan ini
kepada para pembaca.
17
ISU SEMASA
Di sini, Allah mendidik bukan hanya kepada Rasulullah SAW sahaja malah kepada nabi lain contohnya Nabi Daud dan Nabi Musa
yang juga pengembala kambing. Sepertimana dalam firman Allah yang bermaksud:
Nabi Musa menjawab: "Ini ialah tongkatku; Aku bertekan atasnya semasa, berjalan, dan Aku
memukul dengannya daun-daun kayu supaya gugur kepada kambing-kambingku, dan ada lagi
lain-lain keperluanku pada tongkat itu"(Toha:18)
Semangat mahasiswa sebagai pencetus kerjaya atau majikan perlu disemai agar ia menjadi suatu budaya yang diterima dalam
proses pencarian pekerjaan selepas mereka menamatkan pengajian mereka kelak dan tidak hanya bergantung sepenuhnya kepada
sumber pekerjaan yang ditawarkan oleh pihak kerajaan mahupun swasta.
Para mahasiswa di negara ini disaran untuk melengkapkan diri dengan kemahiran komunikasi keusahawanan yang mantap dalam
mencapai hasrat kerajaan untuk melahirkan usahawan muda yang berintegriti dan berinovasi ke arah perkembangan dan
kemajuan negara.
Dalam usaha untuk menghidupkan sunnah Rasulullah, usahawan yang bijak dianjurkan agar memelihara
kambing di samping diberi ganjaran pahala dan keberkatan dalam perniagaan yang dijalankan. Bahkan
manfaat yang diperolehi bukan sahaja susu malah kulit dan bulu binatang tersebut boleh digunakan
untuk menghasilkan produk yang lain.
Pihak universiti dan masyarakat sekeliling perlu memberi sokongan dan dokongan yang sebaik mungkin kepada usahawan muda
ini kerana mereka berupaya melakukan sesuatu perubahan yang unik setelah mendapat ilmu yang mereka pelajari semasa di
universiti.
Cuba kita selami beberapa karakter hebat para nabi dan rasul yang dibina dan dididik melalui penternakan sebagaimana yang
telah ditelusuri oleh Prof. Dr. Hamka dalam kehidupan Rasulullah SAW. Antara yang dimaksukan ialah melatih diri agar menjadi
orang yang sabar (self-control) kerana penggembala dituntut menunggu dan menjaga serta mengawasi binatang tersebut, lemah
lembut, penyayang, kekuatan tubuh, keberanian dan cekap menguruskan kerenah serta ragam binatang apatahlagi sekiranya
menternak kambing. Ini juga dapat di lihat di dalam peperangan Fujjar di mana penternakan memberikan pengalaman yang
menguji kekuatan, kepintaran, kepantasan dan kecekapan Rasulullah SAW.
Memelihara dan menternak kambing menjanjikan hikmah yang bermanfaat antaranya membentuk disiplin diri dan mendidik agar
sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dalam mencapai matlamat, dapat menguruskan masa dengan lebih efektif dan efisien,
melahirkan usahawan yang dapat mengawal sumber yang ada serta mampu membina minda untuk berfikiran lebih jauh dan
terbuka.
Oleh itu, sekiranya kita manusia biasa yang ingin mewarisi sifat dan sunnah para nabi dan rasul perusahaan penternakan
kambing adalah antara pilihan yang terbaik untuk terus berjaya dalam bidang perniagaan.
16
Oleh:
Siti Norziana binti Abdul Karim, UiTM Kampus Puncak Perdana
Oleh:
Mohamad Ridhuan Mat Dangi, UiTM Shah Alam dan Nor Hawani Wan Abdul Rahman, UiTM Pahang
Sektor perniagaan merupakan antara sektor utama yang sentiasa meneraju Malaysia ke arah negara maju menjelang 2020. Dalam
usaha merancakkan aktiviti ekonomi di Malaysia, kerajaan telah menekankan pembangunan usahawan dalam Bajet 2014 yang
lalu. Peruntukan kepada usahawan dan bakal usahawan telah disediakan khususnya untuk menarik minat golongan muda menceburi bidang perniagaan selain bekerja di sektor kerajaan mahupun swasta. Walau bagaimanapun, usahawan yang berjaya bukan
hanya disokong oleh faktor pengeluaran seperti tanah, buruh, modal dan pengusaha, namun, ia juga perlu berdasarkan kepada
ilmu pengetahuan, informasi, komunikasi, teknologi (ICT) dan masa. Pengetahuan dan impak pengetahuan kepada usahawan dalam era masyarakat yang berilmu pengetahuan akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam subtopik yang seterusnya.
PENGENALAN
Negara yang membangun memerlukan masyarakat yang berilmu pengetahuan. Begitu juga dengan dengan usahawan yang ingin
berjaya, mereka perlu memiliki ilmu pengetahuan serta informasi yang meluas berkaitan produk, pesaing, segmentasi dan sasaran
pengguna serta maklumat lain yang berkaitan. Ilmu pengetahun ini bukan sekadar perkara yang dipelajari atau dialami, tetapi ia
juga termasuk mengaplikasi ilmu pengetahuan tersebut secara berterusan. Ini penting bagi menghasilkan teori, produk atau pengalaman dan kemahiran baru yang lebih pragmatik dan produktif sebagai sumber kepakaran, kreativiti dan nilai-nilai murni kemanusiaan sejagat. (Nasir, M., Ashirah, N. dan Azimah, N., 2006).
Dalam menerokai zaman kepesatan teknologi maklumat ini, tidak dinafikan teknologi (ICT) merupakan alat komunikasi yang berkesan untuk memproses, menyimpan dan memindahkan maklumat dalam bentuk elektronik. Usahawan yang berpengetahuan akan
menggunakan sepenuhnya informasi ini untuk merangka strategi bagi meningkatkan daya saing dan nilai tambah kepada usahawan itu sendiri. Walau bagaimanapun, dalam era globalisasi ini sudah semestinya cabaran akan dihadapi oleh usahawan kerana
teknologi akan sentiasa berubah dan semakin canggih, persaingan akan menjadi lebih sengit dan masalah juga akan bertambah
kompleks.
Namun, usahawan berasaskan pengetahuan mampu bertindak dalam apa jua keadaan kerana mereka akan menjadikan ilmu
pengetahuan dan teknologi sebagai modal asas bagi berhadapan dengan situasi yang dinamik pada masa hadapan.
PENGETAHUAN
Pengetahuan telah dikenal pasti sebagai sumber atau aset kepada sesebuah organisasi. Pengetahuan adalah informasi berguna
yang telah diproses dan mempunyai nilai kepada pengguna. Rangkaian pengetahuan bermula dengan data dan informasi atau
maklumat. Ketiga-tiga elemen ini berkaitan antara satu sama lain. Merujuk kepada Waltz (2003) sebagaimana yang dipetik oleh
Nooridayu, M.P. (2005), data adalah tafsiran individu atau penilaian yang merujuk kepada sumber-sumber data tersebut seperti
komunikasi antara individu atau pesanan bertulis. Manakala, maklumat merupakan kesinambungan data yang diproses menjadi
maksud. Pengetahuan biasanya berhubung kait dengan daya kognitif yang diaplikasikan daripada data dan maklumat. Rajah 1
menjelaskan tentang hubung kait data, maklumat dan pengetahuan.
Peranan usahawan adalah amat penting kerana mereka adalah pemangkin kepada
kemajuan ekonomi sesebuah negara. Antara lain, usahawan berperanan sebagai pencetus
idea dan pembaharuan, melihat masalah yang wujud dan menjadikannya peluang
perniagaan, melaksanakan rancangan strategik perniagaan dan bersedia menghadapi
pelbagai
risiko. Usahawan yang berpandangan jauh, dinamik dan fleksibel dapat
membantu memacu lanskap ekonomi negara untuk lebih jauh ke hadapan.
Lantaran peranannya yang besar, seseorang usahawan harus mempunyai nilai-nilai murni
serta menerapkan budaya profesionalisma dan etika dalam diri mereka agar segala yang
dilakukan adalah mengikut norma dan nilai yang positif, tidak melanggar undang-undang,
nilai kemasyarakatan dan prinsip agama.
Profesionalisma menerangkan tentang kemampuan, kemahiran dan cara pelaksanaan sesuatu dengan selayaknya seorang
profesional. Manakala etika adalah perwatakan atau keperibadian yang menggambarkan tingkahlaku. Realiti yang berlaku kini,
tidak semua usahawan mengamalkan konsep profesionalisma dan amalan beretika dalam perniagaan. Terdapat banyak situasi di
mana pengguna diberikan produk dan perkhidmatan berkualiti rendah, penipuan, tidak mengikut piawaian dan sebagainya.
Natijahnya, pengguna menanggung kerugian akibat produk yang tidak setimpal dengan nilainya, bahkan usahawan tersebut
mungkin akan kehilangan kepercayaan daripada pelanggan.
Konsep etika dan profesionalisma juga diterapkan di dalam ajaran Islam. Di dalam perspektif Islam, keusahawanan dianggap
sebagai fardu kifayah (Othman, 2012). Ajaran Islam memberi penekanan yang tinggi terhadap nilai etika dalam kehidupan manusia
kerana sebagai individu muslim, segala apa yang dilakukan di dunia mempunyai hubungkait dengan kehidupan di akhirat.
Usahawan Islam bebas mengusahakan perniagaan sama ada menyediakan barangan keperluan atau perkhidmatan selagi mana ia
tidak bertentangan dengan syariah dan peraturan dalam Islam.
Usahawan Muslim yang berpandukan ajaran Al-Quran dan sunnah dapat memupuk diri untuk mengamalkan budaya perniagaan
yang beretika di samping meningkatkan kecekapan melalui amalan profesionalisma. Ajaran Islam melarang keras umatnya
mengamalkan ketidakadilan dan amalan tidak beretika dalam bidang keusahawanan seperti rasuah, penipuan, pecah amanah dan
mengamalkan riba. Ini dapat dilihat melalui penekanan di dalam ayat Al-Quran berikut yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan
yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka diantara
kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu. (Surah
An-Nisa4:29)
Jelas sekali, keusahawanan bukan sahaja dilihat sebagai salah satu sumber untuk menjana pendapatan dan mencari rezeki yang
halal, malah lebih dari itu di mana ia juga sebagai satu bentuk ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T dengan
mengamalkan segala bentuk perintahNya dan menjauhkan perkara yang dilarang. Seorang usahawan itu juga perlu mempunyai
sifat jujur, cekap, amanah, bersih, menepati janji, menjaga alam sekitar, berdisplin dan sebagainya dalam mendidik diri menjadi
insan yang berakhlak tinggi.
Rujukan:
1. Othman, N. H. (2012). Nilai dan Etika Perniagaan dalam Islam bagi Membentuk Usahawan Bertakwa, Prosiding: International
Conference on Islamic Leadership-2 (ICIL).
15
Sememangnya, ganjaran oleh pemberi rasuah ini boleh menggoyahkan kredibiliti dan amalan profesionalisma seseorang
usahawan kerana kebanyakan bentuk habuan yang ditawarkan adalah lumayan dan sukar untuk ditolak. Pelbagai impak negatif
akibat daripada perbuatan rasuah yang boleh mendatangkan kerugian dan keburukan yang merangkumi aspek demokrasi,
ekonomi dan kesejahteraan sesebuah negara. Sebagai gambaran, bayangkan situasi di mana kes-kes jenayah seperti
penyeludupan dadah, minyak bersubsidi, senjata api dan imigran akan lebih berleluasa dengan adanya gejala rasuah. Impaknya
sudah tentu kepada kesejahteraan dan keharmonian negara kerana akan berlakunya peningkatan kes jenayah dan membawa
kerugian kepada rakyat. Contoh lain juga dapat dilihat apabila kontraktor yang tidak bertauliah membina penempatan yang
tendernya diperolehi melalui rasuah. Akibatnya, bangunan tersebut mungkin dibina dengan tidak mengikut spesifikasi dan sudah
tentu mendatangkan kesan buruk.
1.
Laporan Tinjau Selidik Penipuan, Sogokan dan Rasuah 2013 oleh KPMG Malaysia mendedahkan jumlah penipuan dalam komuniti
perniagaan di Malaysia meningkat 98 peratus dalam tempoh tiga tahun yang mana 94 peratus daripada jumlah ini dianggap
penipuan yang dikelaskan sebagai canggih. Laporan tersebut juga menyebut bahawa 90 peratus daripada pekerja swasta di
Malaysia mengakui wujud penipuan dalam syarika. Mereka berpendapat sogokan dan rasuah adalah kos menjalankan perniagaan
yang tidak dapat dielakkan di negara ini. Situasi ini adalah amat membimbangkan dan sangat berbahaya kerana ia boleh
menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara dan boleh membawa kehancuran masa depan negara. Oleh itu, segenap lapisan
masyarakat harus sedar tentang keburukan dan risiko yang dibawa gejala rasuah ini.
Bagi peniaga dan usahawan, hindarilah daripada terlibat dalam perlakuan jenayah yang tidak bermoral ini kerana adalah sangat
tidak berbaloi untuk mendapat nikmat dan kemewahan dalam jangka pendek dengan mengorbankan masa depan negara dan
generasi akan datang untuk jangka masa panjang.
14
2.
3.
4.
5.
RUJUKAN
Ingebrigtsen, N. (2007). The Differences Between Data, Information and Knowledge. Diperoleh pada 26 Mei 2014 dari
http://infogineering.net/data--information-knowledge.html
Nasir, M., Ashirah, N. dan Azimah, N. (2006) Sumbangan K-ekonomi dan K-worker dalam pembelajaran sepanjang hayat. In:
National Student Development Conference (NASDEC) 2006, 8-9 August 2006, Kuala Lumpur, Malaysia.
Nonaka, I. and Takeuchi, H. (1995) The Knowledge Creating Company: How Japanese Companies Create the Dynamic of
Innovation. Oxford University Press: New York.
Nooridayu, M. P. (2005). Perpindahan Pengetahuan bagi Kontraktor Bahan Binaan Bangunan dalam Proses Penganggaran.
Diperoleh pada 26 Mei 2014 dari http://www.efka.utm.my/thesis/images/3PSM/2005/1JSB/P-Part%201/
nooridayumatripinaa000454d05ttt.pdf.
WordPress (2013). A Look at Social Content Management. Diperoleh pada 26 Mei 2014 dari http://
www.irrationalrockets.com/
Oleh:
Mohamad Fandi Bin Suied dan Dr. Shamila Binti Mohamed Shuhidan, UiTM Kampus Puncak Perdana
Oleh:
Hassan bin Hj.Arshad, Universiti Malaysia Perlis dan Azura binti Mohd.Noor, UiTM Perlis.
K-Keusahawanan adalah pembaharuan dalam bidang keusahawanan yang berteraskan pengetahuan dalam
mengendalikan perusahaan. Pengetahuan asas dalam pengurusan yang dimiliki oleh usahawan pada
peringkat awalnya adalah dalam menjalankan perusahaan dan juga semasa peringkat pembangunan. Pada
mulanya, pengurusan perusahaan itu dijalankan sendiri oleh pengusaha. Krisis mula berlaku apabila
perusahaan itu semakin berkembang tetapi usahawan itu tidak mampu untuk menguruskannya dengan
efisien kerana kekurangan pengetahuan dan kemahiran pengurusan yang diperlukan dalam memajukan
perusahaan. (Gerber, 2001).
Kebiasaannya, pada peringkat permulaan, usahawan hanya menumpukan terhadap tenaga kerja mereka sahaja. Akan tetapi, lama
kemudian barulah mereka mula menyedari akan kepentingan pengurusan pengetahuan. Apabila sampai di peringkat ini, usahawan
yang tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran pengurusan yang diperlukan tidak mampu maju ke peringkat yang seterusnya.
Oleh itu, usahawan haruslah berpengetahuan dan mempunyai kemahiran asas serta berpengetahuan dalam fungsi-fungsi
pengurusan seperti kemahiran merancang (planning), menganjur (organizing), memimpin (leading) dan mengawal (controlling).
Pengusaha juga perlu mempunyai gambaran keseluruhan atau holistik view tentang urusan kewangan, pemasaran, isu-isu
berkaitan pelanggan, persaingan dan sebagainya demi mengelakkan sebarang kemungkinan risiko perniagaan yang tidak diingini
berlaku (Gerber, 2001).
Wahai orang-orang yang beriman masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya dan jangan kamu ikut langkahlangkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu. (Surah Al-Baqarah, Ayat 208)
Pengamalan Islam bukan sahaja terhad dalam soal ibadat khusus seperti solat atau puasa tetapi meliputi segala perkara baik dalam soal hubungan dengan Allah, manusia, alam sekitar dan haiwan, urusan dunia dan akhirat, urusan fardiy (peribadi) atau
jamaiy (masyarakat) dan termasuklah juga aspek kerja atau profesion selari dengan ayat di atas.
Usahawan perlu mengaplikasikan tiga prinsip kerja menurut Islam, iaitu prinsip Ubudiyyah, Masuliyyah dan Itqan semasa menjalankan perniagaan.
Prinsip yang pertama, iaitu Ubudiyyah bermaksud usahawan bekerja semata-mata kerana Allah dengan meletakkan setiap kerja
yang dilakukan sebagai ibadah yang memperoleh ganjaran pahala di akhirat.
Prinsip kedua, iaitu Masuliyyah atau akauntabiliti yang menuntut usahawan supaya sentiasa berwaspada dan bertanggungjawab
ke atas apa yang dilakukan atau dibelanjakan kerana setiap perkara akan diaudit (dimuhasabah) bukan sekadar di dunia malah di
hari pembalasan.
Prinsip yang ketiga , iaitu Itqan menuntut usahawan supaya melaksanakan sesuatu pekerjaan/urusniaga dengan penuh komitmen
dan iltizam sehingga tercapainya perkhidmatan dan pengurusan yang cemerlang.
Ciri-ciri pengusaha yang berpengetahuan mengikut Baldwin et al. (1997) adalah berkreativiti,
mempunyai gerak hati yang kuat, berorientasikan maklumat, bertanggungjawab, berkeyakinan diri,
berhati-hati, berdisiplin dan saksama dalam menjalankan tugas. Pengusaha yang mengamalkan
pengurusan pengetahuan akan mampu menjadikan perusahaanya lebih sistematik. Ini kerana,
pengurus yang berpengetahuan dapat menggunakan dan mempengaruhi sikap perkerjanya untuk
lebih dinamik disebabkan keupayaan pengetahuan yang dimilikinya dan seterusnya mencapai
matlamat perusahaan. Peranan pengusaha yang mempunyai pengetahuan termasuklah
tanggungjawab berkenaan interpersonal, maklumat dan soal membuat keputusan (Baldwin et al.,
1997).
Usahawan yang berjaya dunia dan akhirat merupakan usahawan yang mengamalkan etika kerja Islam dalam kehidupan seharian.
Memegang kuat atau mengamalkan etika kerja Islam ini membolehkan seseorang usahawan mencapai tujuh matlamat yang menjanjikan pelaburan yang menguntungkan di dunia dan di akhirat.
Matlamat tersebut ialah;
Konklusinya, bagi pengusaha yang mengamalkan pengurusan pengetahuan yang cekap dan sistematik, faedahnya dapat dilihat
melalui pengurusan pekerjaan yang efektif dan efisien, penggunaan modal yang berkesan, kurangnya penggunaan maklumat yang
tidak tepat, pengurusan maklumat organisasi lebih teratur dan mudah untuk diperoleh, wujudnya perkongsian maklumat antara
pekerja, penyeragaman budaya dalam organisasi dan sebagainya. Dalam menyokong pengurusan pengetahuan sebagai satu
strategi dalam keusahawanan, ramai penyelidik sudah mula mencipta model baru untuk dipraktiskan dalam perusahaan. Senario
keusahawanan di Malaysia juga sudah mula berubah ke arah pengurusan pengetahuan era baru seperti k-ekonomi, e-kerajaan,
e-dagang dan lain-lain.
Rujukan:
1.
Tuntutan untuk mencari rezeki bagi menampung keperluan diri dan keluarga melalui perniagaan yang baik,
2.
Tuntutan untuk mengeluarkan sedekah zakat bagi pendapatan yang dikurniakan oleh Allah,
3.
Tuntutan untuk sentiasa bersyukur dengan segala pemberian atau kurniaan Allah,
4.
Tuntutan memartabatkan profesion keusahawanan bagi meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap kualiti barangan
atau perkhidmatan yang disediakan,
5.
Tuntutan hidup bersatu-padu, bekerjasama serta tolong-menolong sesama usahawan itu sendiri,
6.
Tuntutan menjalankan pekerjaan untuk meningkatkan manfaat diri dan kesejahteraan masyarakat sejagat
7.
Tuntutan memelihara sahsiah rupa diri dengan menerapkan nilai-nilai murni (qudwah hasanah) dalam diri seseorang usahawan serta pekerjaan seharian.
1. Baldwin, J. et al. (1997). Failing concerns: business bankruptcy in Canada. Ottawa: Statistics Canada Cat.
2. Gerber, M. E. (2001). The e-myth revisited:why most small businesses dont work and what to do
per Collins.
13
Oleh:
Nor Hawani Wan Abdul Rahman, UiTM Pahang dan Mohamad Ridhuan Mat Dangi, UiTM Shah Alam
Oleh:
Nor Fazlin Binti Uteh dan Zuliana Zoolkefli, UiTM Pasir Gudang
Sedekah dalam perniagaan? Apa kaitannya? Kenapa perlu bersedekah sedangkan tujuan perniagaan adalah untuk mengaut
keuntungan semaksimum mungkin? Mungkin inilah antara persoalan yang sering bermain di fikiran setiap ahli perniagaan jika
diminta untuk mengeluarkan sedekah. Atau mungkinkah mereka berfikir apa perlunya lagi sedekah jika mereka telahpun
menunaikan zakat perniagaan.
Mengaut keuntungan adalah objektif utama sesebuah perniagaan. Keuntungan yang diperoleh
dari masa ke semasa membolehkan sesebuah perniagaan itu dikembangkan, diperluas operasi
dan berdaya maju dalam pasaran. Inilah yang dinamakan rezeki. Maka, fahamilah bahawa
disetiap rezeki itu terdapat juga hak orang lain di dalamnya. Jadi konsep pemberian kembali hak
kepada pemiliknya haruslah diamalkan seperti ungkapan yang biasa didengar give it back to
the society and society will give it back to you.
Corporate Social Responsibility ataupun juga dikenali sebagai tanggungjawab sosial adalah contoh pemberian kembali hak oleh
perniagaan kepada pemiliknya. Ia merangkumi apa-apa bentuk sumbangan dan pemberian samada secara tunai atau bukan tunai
kepada golongan sasar samada pekerja, persekitaran, masyarakat ataupun pasaran. Ini termasuklah menganjurkan latihan
teknikal, kempen kesedaran kitar semula, tawaran biasiswa kepada pelajar yang cemerlang, sumbangan kepada mangsa banjir dan
lain-lain bentuk bencana alam, kajian utuk meningkatkan kualiti dan keselamatan barangan dan perkhidmatan serta lain-lain lagi.
Ini juga bentuk sedekah walaupun menggunapakai terma yang berlainan kerana mempunyai dasar menghulurkan pertolongan.
Pemberian sedekah oleh sesebuah perniagaan kepada penerimanya haruslah dihulurkan seikhlasnya dalam apa bentuk sekalipun
tanpa mengharapkan balasan dari orang yang menerima. Sedekah yang dihulurkan dengan ikhlas menjanjikan pahala buat kita
secara berterusan. Sedekah dari hasil yang diperolehi akan membuatkan kita merasa kesenangan dari aspek kewangan perniagaan
walaupun secara fizikalnya mengurangkan wang perniagaan usahawan. Ini kerana barakah dari nilai sedekah tadi tidak akan
membebankan pemberinya, malah melahirkan rasa kepuasan, kegembiraan dan ketenangan yang sukar diungkapkan jika sedekah
tadi mampu meringankan beban penerimanya.
Allah juga berjanji pada hambaNya untuk menggantikan kembali sedekah yang dihulurkan sebanyak sepuluh kali ganda dari nilai
yang dibelanjakan dalam pelbagai bentuk. Ini berdasarkan kepada firman Allah yang membawa maksud:
Barangsiapa yang membawa amalan yang baik maka baginya pahala sepuluh kali lipat amalnya, dan barangsiapa
yang membawa perbuatan yang jahat maka dia tidak akan diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatan
yang dilakukannya, sedangkan mereka sedikitpun tidak dianiaya (Surah Al-Anam ayat 160).
Di sinilah lahirnya idea Matematik Sedekah menurut Ustaz Yusuf Mansur. Ambil kira contoh mudah ini untuk pemahaman.
Andaikan kita mempunyai RM10, dan memberikan sebanyak RM1 kepada peminta sedekah. Baki yang kita ada berjumlah RM9.
Dengan janji Allah tadi, nilai sedekah RM1 tadi akan digandakan sebanyak 10 kali iaitu berjumlah RM10. Maka, kita akan beroleh
RM19 dimasa hadapan dalam bentuk rezeki yang lain.
Jelaslah bahawa aktiviti perniagaan yang berpandukan syiar islam dapat membuka pintu rezeki yang luas serta mengumpul pahala
yang berterusan jika kena pada syaratnya. Manfaat ini bukan sahaja boleh dikecapi oleh ahli perniagaan terbabit tetapi juga
masyarakat umum. Maka benarlah agama islam menggalakkan umatnya agar berkecimpung dalam perniagaan untuk peroleh
rezeki yang lebih luas, dan disebalik semua ini terselindung limpahan kelebihan amalan sedekah jika dihulurkan seikhlasnya.
12
"Saya tidak berani". Itulah antara jawapan yang seringkali kita dengar apabila ditanya kepada
seseorang mengapa tidak menceburi bidang perniagaan. Keberanian merupakan sikap atau ciri
yang perlu ada pada seorang usahawan memandangkan bidang perniagaan melibatkan risiko
seperti kerugian, penipuan, ketiadaan pelanggan, kerosakan barang dan sebagainya yang boleh
menyebabkan usaha untuk meneruskn perniagaan terbantut.
Berikut merupakan beberapa cara bagi meningkatkan keberanian dalam diri bakal usahawan;
1. Meningkatkan ilmu pengetahuan.
Usahawan boleh memilih untuk mengikuti kursus-kursus pendek dan seminar berkaitan perniagaan yang dianjurkan oleh
agensi-agensi berkaitan seperti MARA, YPU dan lain-lain lagi bagi menambah ilmu. Usahawan juga boleh mendapatkan ilmu
secara tidak formal iaitu bertanya kepada usahawan-usahawan yang telah berajaya. Terkini, pencarian maklumat melalui
internet amat popular dan ia cara termudah dan murah dalam mendapatkan maklumat berkaitan perniagaan samada dalam atau luar negara.
2. Mencari pengalaman
Usahawan digalakkan mendapatkan pengalaman dengan cara bekerja terlebih dahulu dalam bidang yang ingin diceburi
supaya lebih memahami selok beloknya. Walau bagaimanapun, ketiadaan pengalaman berkaitan bukanlah satu kesalahan,
tetapi adalah lebih baik jika bakal usahawan menimba seberapa banyak pengalaman terlebih dahulu sebelum menceburi
bidang perniagaan bagi mengurangkan risiko kegagalan.
3. Mendapatkan sokongan
Sokongan daripada orang terdekat seperti ahli keluarga merupakan sumber keberanian yang penting supaya usahawan
lebih berkeyakinan untuk bertindak setelah sesuatu yang dilakukan itu mendapat persetujuan keluarga. Sokongan moral ini
merupakan satu bentuk lonjakan motivasi kepada usahawan yang seterusnya meningkatkan keyakinan dan keberanian.
4. Menambah kenalan dan rangkaian
Kenalan dan rangkaian perlu dalam sesebuah perniagaan. Dengan adanya kenalan dan rangkaian yang luas, risiko dapat
dikurangkan. Ini adalah kerana semakin ramai orang yang kita kenali, semakin mudah perjalanan urusan perniagaan kita.
Rangkaian sangat diperlukan lebih-lebih lagi jika kita berhadapan dengan masalah seperti kekurangan bahan mentah, modal dan sebagainya. Kenalan juga boleh bertindak sebagai agen pemasaran produk yang terbaik.
5. Berdoa dan tawakkal
Doa dan tawakkal adalah langkah akhir setelah kita berusaha, dengan meletakkan pengharapan kepada Allah S.W.T. Usahawan akan lebih redha dengan apa sahaja ketentuan yang berlaku dalam perniagaan kerana telah meletakkan segala ketentuan. Walaubagaimanapun, doa dan tawakkal sahaja tidak dapat mengubah keadaan andai langkah-langkah sebelum ini
tidak diambilkira.
Seorang usahawan perlu meningkatkan keberanian dalam diri kerana keberanian membolehkan
usahawan bergerak lebih jauh ke hadapan. Keberanian merupakan salah satu sikap wajib bagi seorang
pahlawan dalam peperangan. Usahawan juga perlu menjadi seperti pahlawan kerana mereka perlu
berlawan di medan perniagaan dengan pesaing-pesaing yang hebat. Jika mereka tidak berani pastinya
mereka akan tewas di medan perang. Jika pahlawan matinya syahid, namun usahawan jika gagal
bersaing dengan lawan dalam perniagaan akan mengalami kerugian. Itulah risikonya jika tidak berani!
Oleh:
Azuraidah Taib, UiTM Terengganu
Oleh:
Tuan Syed Iskandar Zulkarnain bin Sayd Idris dan Mohamad Ridhuan bin Mat Dangi, UiTM Shah Alam
Berbicara tentang kegagalan orang Melayu berniaga bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Apatah lagi selepas lebih 50 tahun
negara mengecapi kemerdekaan daya saing perniagaan Melayu masih tidak banyak berubah. Berulang kali juga tinjauan dan kajian
mengenai sebab musabab kegagalan peniaga Melayu didedahkan. Seringkali juga kita dimomokkan dengan isu betapa susahnya
peniaga Melayu untuk mendapatkan pinjaman dari institusi kewangan, tiada bantuan atau insentif yang memadai daripada pihak
kerajaan untuk peniaga bumiputera, malah peniaga Melayu digambarkan kurang bijak dari sudut promosi dan pemasaran serta
pelbagai teori lagi.
Pengalaman yang ingin kami kongsikan ini adalah yang dialami sendiri dan mungkin tidak sama dengan pengalaman individu lain.
Cuma ianya mungkin dapat membantu kita sama sama berfikir tentang realiti yang di hadapi oleh segelintir dari kita dan
mungkin ada ruang untuk penambahbaikan. Pada pendapat kami, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh
peniaga Bumiputra kerana ianya boleh menyebabkan perusahaan mereka kelihatan kurang menarik dan seterusnya kurang
menyerlah. Antara perkara perkara tersebut ialah:
Akan tetapi sedarkah kita, kesemua teori berkenaan boleh dirangkumkan menjadi satu punca utama iaitu masalah SIKAP. Mungkin
ramai yang akan membantah pernyataan ini, malah sekiranya diwar-warkan di laman sosial, tidak mustahil jutaan cacian dan
makian akan diberi sebagai reaksi bantahan. Reaksi berkenaan dengan sendirinya telah menunjukkan jawapan yang jelas, iaitu
sikap SUKAR MENERIMA PANDANGAN, terutamanya pandangan yang bersifat negatif. Ketidakbukaan ini menyebabkan peniaga
tidak mengambil kira komen dan pandangan pembeli padahal dalam perniagaan pelanggan adalah raja yang perlu dilayan dengan
layanan first class. Pelanggan yang tidak ditawan hatinya akan beralih ke kedai yang lain, dan akan menyebarkan berita negatif
yang seterusnya, akan mempengaruhi pelanggan yang lain.
Selain itu, peniaga Melayu juga bersikap SAMBIL LEWA sebelum dan semasa menjalankan perniagaan.
Persoalan seperti berapa ramai di antara peniaga Melayu ini yang membuat kajian pasaran (market
survey) sebelum membuka premis perniagaan patut dibincang secara mendalam. Sebagai contoh, jika
anda ingin membuka kedai runcit adakah anda mengambil kira jumlah penduduk, anggaran
pendapatan isirumah, bilangan kedai runcit sedia ada serta kemampuan modal pusingan sekurangkurangnya untuk tempoh enam bulan yang pertama? Tanpa kajian yang mendalam, bermakna daya
saing dan ketahanan perniagaan anda adalah sangat berisiko kerana perniagaan runcit secara kecilkecilan tidak menjamin pulangan yang tinggi. Masakan kedai runcit yang bermodal kecil mampu
bersaing dengan pasaraya besar seperti Mydin, Giant atau Tesco dari segi harga dan perkhidmatan.
Kadar margin yang rendah, modal pusingan yang tinggi serta sikap sambil lewa terhadap pengurusan
tunai (cashflow) akan menyebabkan ramai yang menyertai peniagaan runcit gulung tikar.
Sikap sambil lewa dalam memahami asas perakaunan juga akan menyebabkan salah faham, jualan bukanlah keuntungan sebenar
sesuatu perniagaan kerana begitu banyak perbelanjaan tersembunyi yang perlu diambil kira, termasuk ambilan barangan untuk
keperluan peribadi yang sebenarnya mengurangkan jumlah modal perniagaan. Justeru itu, jualan yang banyak tidak menjamin
untung yang tinggi sekiranya kos-kos lain seperti uitiliti (elektrik, air, telefon), sewa kedai , gaji pekerja dan lain-lain tidak dikira
dengan tepat. Keadaan akan bertambah buruk sekiranya peniaga turut mengamalkan sikap boros dalam berbelanja seperti
membeli kereta mewah dan sebagainya.
Sudah sampai masanya golongan peniaga Melayu berubah. Masalah sikap merupakan masalah dalaman yang yang perlu dirawat
dengan segera. Usah jadikan sikap negatif ini menular seperti barah dan merosakkan perniagaan anda. Perniagaan yang kecil
sepatutnya bermula dengan modal yang kecil dan mendapat pulangan yang setara. Pulangan inilah yang sepatutnya
dikembangkan supaya perniagaan berdaya tahan di masa hadapan.
Kita akan mendapat ramai kawan dan kenalan. Sekiranya kawan kita adalah orang baik, dia boleh memberi syafaat di
akhirat nanti. Kita boleh memberi khidmat kepada manusia samada scara langsung ataupun secara tidak langsung.
Di dalam perniagaan ada unsur kerjasama dan tolong menolong. Perkara ini sangat digalakkan dalam Islam.
Unsur tolak ansur dan berlapang dada juga ada dipraktikkan. Sifat ini merupakan salah satu sifat yang terpuji.
Kita akan dapat banyak pengalaman dan ilmu khususnya yang berkaitan dengan perniagaan seperti cara menarik
pelanggan, cara meletakkan harga, dan sebagainya. Ilmu adalah sesuatu yang dimuliakan agama,
Perniagaan akan memudahlan masyarakat menguruskan keperluan hidup mereka, secara tidak langsung, kita telah
membantu selesaikan masalah orang lain. Berpahala, bukan.
Perniagaan melatih kita untuk memiliki sifat sabar kerana kita akan berhadapan dengan bermacam ragam pelanggan.
Perniagaan membolehkan hasil barangan orang Islam dapat dipasarkan ke tengah masyarakat. Ini akan membantu orang
Islam yang tidak berkemampuan untuk mengusahakan perniagaan sendiri.
Di dalam perniagaan, peluang pekerjaan dapat disediakan kepada manusia sebagai sumber pencarian hidup. Ini akan
mengelakkan manusia daripada menganggur.
Kita berpeluang menunaikan zakat melalui perniagaan. Zakat yang dikeluarkan itu akan dapat membantu dan meringankan
beban hidup golongan yang berhak menerima zakat. Keuntungan juga membantu kita untuk bersedekah dan berinfak.
11