You are on page 1of 7

Nama: Leong Yong Xuan

Tingkatan: 2B4
Nama Guru: Pn. Tee Pei
Muoy

Kandungan
1) Latar
Belakang
.pg 1
2) Stail
Pengurusan
pg 1-2
3) Cabaran Yang
Dihadapipg 2-3
4) Cara atasi
cabaran...pg 3
5)
Kejayaan
.pg3-4

Biodata usahawan

Nama Usahawan
Jenis perniagaan
Umur

: Dato Jimmy Choo Yeang Keat


: tukang kasut
: 50 tahun

Status Perkahwinan : Berkahwin


Asal

: Pulau Pinang

Latar Belakang

dilahirkan di Pulau Pinang, Malaysia pada tahun 1961 dalam sebuah


keluarga di mana, ayahnya menjalankan perniagaan membuat
kasut. Beliau mendapat pendedahan awal mengenai teknik
pembuatan kasut daripada ayahnya iaitu seorang tukang kasut
sepenuh masa.

Beliau bersekolah di Sekolah Rendah Shih Chung dan tamat


pembelajaran beliau pada tahun enam. Beliau menolong ayahnya
dan berjaya menghasilkan kasut pertama pada umur 11 tahun.

Menyambung pengajian dalam bidang pembuatan kasut dan fesyen


di London. Pada tahun pertama, bapanya menanggung
pengajiannya tetapi untuk 3 tahun yang seterusnya, beliau
melakukan kerja secara separuh masa sebagai pencuci di restoran
dan juga di kilang kasut demi mencari sesuap nasi dan menampung
pengajiannya.

Selepas tamat pengajian, beliau mencuba untuk membuka kedai


kasutnya dengan menyewa sebuah bangunan bekas hospital yang
ditinggalkan. Beliau mengharungi 4 tahun yang mendukacitakan
kerana jualan kasutnya amat menyedihkan. Setelah empat tahun
bertungkus lumus, rekaan beliau mendapat liputan di Majalah
Vogue, sebuah majalah fesyen terkenal di UK. Nama Jimmy Choo
mula dikenali.
1

Stail Pengurusan

Datuk Jimmy Choo adalah pengurus atasan.

Beliau bertanggungjawab dalam membuat keputusan mengenai


arah tuju syarikat beliau iaitu Jimmy Choo Ltd.

Memilih saluran komunikasi yang


memasarkan rekaan-rekaan terbarunya.

Dalam stail pengurusan syarikatnya boleh ditafsirkan mengikut


Mintzberg iaitu dibahagikan kepada tiga kategori:

Pertama, dalam hubungan interpersonal iaitu sebagai ketua,


pemimpin dan orang yang berhubung dengan pihak luar. Sebagai
ketua, Datuk Jimmy Choo perlu melaksanakan tugas yang simbolik
iaitu tugas-tugas yang bersifat sosial dan melayan pelanggan.
Contohnya, Jimmy Choo melayan permintaan Puteri Diana secara
peribadi untuk mendapat rekaan kasut yang terbaik mengikut cita
rasa Puteri Diana. Oleh itu jugalah Jimmy Choo merupakan pereka
kasut yang diminati oleh Puteri Diana semasa hayatnya di atas stail
pengurusan Jimmy Choo yang berorientasikan pelanggan.

Kedua, Jimmy Choo juga bertindak sebagai pemberi maklumat iaitu


memantau dalam syarikatnya, sebagai penyebar dan jurucakap.
Sebagai penyebar, beliau perlu mengeluarkan memo mengenai
keluaran-keluaran baru butiknya, membuat promosi, menawarkan
diskaun, memberi perkhidmatan yang istimewa dan sebagainya
bagi menarik minat pelanggan. Manakala sebagai jurucakap pula,
Jimmy Choo perlu mengeluarkan kenyataan di media-media sama
ada media massa, media cetak mahu pun media elektronik
mengenai barang keluarannya.

Ketiga, Jimmy Choo merupakan pembuat keputusan di dalam butik


atau syarikatnya. Beliau adalah usahawan iaitu beliau perlu
memikirkan apa yang terbaik untuk syarikatnya, bagaimana untuk
mendapatkan pelanggan yang ramai dan cara untuk menjaga kualiti
barangan rekaannya. Beliau juga bertindak sebagai penyelesai
gangguan dalam syarikat. Contohnya, jika ekonomi merosot beliau
perlu memikirkan cara-cara untuk mengatasinya. Beliau juga turut
berperanan sebagai pengagih sumber iaitu langkah-langkah untuk
membelanjakan sumber ke arah mana sama ada ke bahagian
pemasaran atau pun bahagian pengurusan dan bahagian-bahagian
lain. Sebagai pembuat keputusan, beliau turut mengambil peranan
sebagai perunding. Beliau perlu berunding dengan pihak-pihak luar
mengenai cita rasa mereka untuk menghasilkan rekaan yang

paling

berkesan

untuk

terbaik. Beliau juga akan memberi pendapat beliau kepada


pelanggannya mengenai kasut yang sesuai dengan pelanggan
tersebut. Peranan Jimmy Choo sebagai perunding amat penting
kepada pelanggannya untuk mereka membuat keputusan.

CABARAN YANG DIHADAPI


Setiap perniagaan yang dimulakan mesti ada cabarannya dan
rintangannya sendiri. Begitu juga dengan syarikat Jimmy Choo sendiri.
Banyak cabaran dan dugaan yang terpaksa diharungi oleh Datuk Jimmy
sebelum mencipta kejayaan gemilang dalam bidang yang diceburinya.

Permulaan kisah beliau bermula apabila Jimmy Choo ingin


meneruskan pelajaran di London selama empat tahun. Selepas
meyakini ayahnya, iaitu Kee Yin untuk membiayai yuran untuk
tahun pertama beliau belajar di London.

Selepas tamat pengajian di London, Datuk Jimmy mencuba untuk


membuka kedai kasutnya dengan menyewa sebuah bangunan
bekas hospital yang ditinggalkan di Malaysia. Beliau mengharungi
empat tahun yang mendukacitakan kerana jualan kasutnya amat
menyedihkan. Namun beliau tidak berputus asa dan terus bertahan.

Namun, selepas empat tahun berlalu, nasib beliau berubah.


Ditakdirkan mendiang Puteri Diana berkenan dengan rekaan Jimmy
Choo lantas membelinya. Semenjak dari hari itu, Puteri Diana terus
jatuh cinta dengan rekaan Jimmy Choo. Nama Jimmy Choo terus
melonjak dan jualannya menjulang ke langit. Kini Jenama Jimmy
Choo dikaitkan dengan gaya, kemewahan dan ketulenan, serta
menjadi kegilaan artis dan selebriti di serata dunia.

Pelbagai cabaran yang dilalui oleh Datuk Jimmy, namun berkat


kesungguhan beliau dalam mengharungi pelbagai rintangan dalam
mengejar cita-citanya menyebabkan jenama Jimmy Choo terus gah
sehingga sekarang. Terlalu banyak cabaran yang dilalui walaupun
amat susah, namun Jimmy Choo mempunyai semangat yang sangat
kuat untuk mengharunginya. Oleh itu, setiap cabaran merupakan
sebuah langkah permulaan kepada kejayaan.

Walaupun beliau mengecapi kejayaan dan menikmati hidup yang


mewah di London, namun hati beliau tetap di Malaysia. Ini dapat
dilihat ketika beliau berucap di majlis-majlis umum di mana beliau
sentiasa bercerita tentang Malaysia dengan penuh semangat.
Malaysia masih menjadi pilihan utamanya sebagai tempat
percutian. Antara sebab-sebab beliau memilih Malaysia adalah
kerana keramahan masyarakat Malaysia sendiri dan juga pantaipantai di Pulau Langkawi yang cantik dan tidak tercemar serta alam
1

sekitarnya yang tenang. Beliau juga pasti tidak melepaskan peluang


untuk menikmati juadah tempatan setiap kali beliau pulang ke
tempat asalnya di Pulau Pinang. Beliau juga gemar melawat Kuala
Lumpur. Pada pandangannya, kota yang sedang membangun
dengan pesat ini mempunyai suasana yang penuh bertenaga serta
turut menawarkan barangan pada harga yang berpatutan.

Beliau boleh dianggap sebagai duta Malaysia atas kejayaannya


memperkenalkan nama Malaysia di dunia fesyen serta sentimen
patriotik yang sentiasa diluahkan nya ketika berucap tentang
negaranya. Secara berjenaka beliau pernah berkata, ingin dikenang
sebagai seorang dewa kasut seperti Wah Toi, seorang dewa kasut
dalam masyarakat Cina yang dipuja oleh Persatuan Pembuat Kasut
Cina dari bahagian timur dunia. Pada hakikatnya, beliau sudah
dianggap sebagai seorang dewa kasut memandangkan kasut
rekaannya menjadi kegemaran pencinta-pencinta fesyen dan
diiktiraf oleh dunia fesyen sejagat.

Cara atasi cabaran

Beliau belajar dengan bersungguh-sungguh. Kursus yang


ambil adalah selama empat tahun dan beliau perlu bekerja
membiayai kehidupan dan yuran selama tiga tahun. Oleh itu,
pun bekerja sambilan sebagai pencuci di sebuah restoran dan
kasut untuk membiayai kehidupannya di sana.

Pada tahun keempat, salah satu rekaan Datuk Jimmy mendapat


liputan di Majalah Vogue, sebuah majalah fesyen terkenal di UK.
Nama Jimmy Choo mula dikenali.

beliau
untuk
beliau
kilang

Tidak jemu berusaha dan mencuba perkara baru.


Membuat tinjauan, kajian, dan penyelidikan cita rasa pelanggan.

Kejayaan

Dianugerahkan dengan gelaran Datuk oleh Sultan Pahang atas


kejayaannya dalam bidang fesyen.

Mendapat anugerah gelaran Profesor oleh University of the Arts


London atas sumbangannya dalam bidang fesyen.

Merupakan rakyat Malaysia pertama yang mendapat anugerah


Order of the British Empire OBE (Knighthood) oleh Permaisuri
England, Queen Elizabeth II pada tahun 2002.
1

Dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri daripada Yang diPertua Negeri Pulau Pinang yang juga membawa gelaran Dato.

You might also like