You are on page 1of 2

Shenthamil Selvan A/L Mariappan

No.310, Block C3,


Kolej Matrikulasi Perlis,
02600 Arau,
Perlis.
Pengarah,
Kolej Matrikulasi Perlis,
02600 Arau,
Perlis.

03.09.2015

MEMOHON KEBENARAN PULANG BERMALAM SELEPAS LAWATAN SAMBIL


BELAJAR KE KULIM HI-TECH, KEDAH
Selamat sejahtera. Saya Shenthamil Selvan A/L Mariappan yang bernombor matrik _____
dan bernombor kad pengenalan __________, dari kelas M2T2A, ingin memohon kebenaran
pulang bermalam selepas menyertai lawatan sambil belahjar ke Kulim Hi-Tech, Kedah, pada
hari Jumaat iaitu 04.09.2015.
2.
Saya ingin pulang bermalam disebabkan bapa saya, Mariappan A/L
Subramaniam(No.KP :______) telah masuk wad pada 01.09.2015. Bapa saya mengalami
jangkitan pada tempat membuat dialysis iaitu di sebelah tangan kiri. Oleh itu, saya ingin
menziarahi bapa saya pada hari Jumaat(04.09.2015) selepas menyertai lawatan di Kulim,
Kedah.
3.
Saya berharap pihak penganjur menurunkan saya di tempat berikut selepas lawatan.
Di situ, abang saya, Arunn A/L Mariappan (No.Tel :____) akan menjemput saya dari tempat
tersebut.
Tempat : Bank Islam, Kulim Hi-Tech, Kedah
4.
Saya berjanji akan balik ke kolej seperti biasa pada hari Ahad, 06.09.2015 sebelum
pukul 7.00pm.
Kerjasama dan jasa baik pihak Tuan amat saya hargai.

Sekian, Terima Kasih.


Yang Benar,

______________________________________
(SHENTHAMIL SELVAN A/L MARIAPPAN)

You might also like