You are on page 1of 3

GEOGRAFI ALAM SEKITAR FIZIKAL

942/1LATIHANSASARANSOALAN PEPERIKSAANTEMA 1: SISTEM BUMIEMA


3: SISTEM ATMOSFERA

BAB 1: KONSEP,CIRI DAN JENIS SISTEM ALAM SEKITAR FIZIKAL


1.1 Pendekatan sistem dan ciri-ciri sistem alam sekitar fizikal
1.2 Jenis-jenis sistem dan interaksi antara sistem alam sekitar fizikal
1.1 Pendekatan sistem dan ciri-ciri sistem alam sekitar fizikal
* sistem alam sekitar fizikal
= satu set angkubah atau unsur-unsur yang saling bertindak antara satu sama lain.
= sesebuah sistem juga mempunyai tenaga dan bahan yang dapat masuk dan keluar
dari sistem tersebut.
= tenaga matahari sebagai penggerak seluruh operasi sistem berkenaan, berfungsi dan
bergerak untuk mencapai tahap keseimbangannya.
= sistem bumi mempunyai sempadannya sendiri di samping memiliki sifat pemulihan
kendiri.
contohnya:
satu kawasan hutan semula jadi
- input kepada hutan ialah tenaga suria, co2, dan air yang datang dari atmosfera.
-sebahagian daripada input berkenaan disimpan di dalam hutan dalam bentuk tenaga
kimia setelah tunbuhannya menjalankan proses fotosintesis.
- output atau keluaran dari sistem hutan itu ialah seperti wap air yang dibebaskan
melalui transpirasi dan oksigen dibebaskan melalui fotosintesis.
- kedua-dua output kembali ke atmosfera.
ciri-ciri sistem alam sekitar fizikal
1. mempunyai angkubah atau unsur-unsur yang berada di dalam satu sempadan dan
saling berinteraksi antara satu sama lain.
2. mempunyai bahan seperti air, gas, mineral yang boleh masuk dan keluar dari
sempadan sistem tersebut. ini bermakna adanya input , penggunaan dan atoran dan
output.
3. mempunyai tenaga yang boleh mengalir, masuk dan mengalir keluar dari sempadan
sistem tersebut.
4. kesemua angkubah beroperasi untuk mencapai keseimbangan dan mengambil masa
yang lama, maka tahap kestabilan tercapai.
5. mempunyai sempadan yang jelas
6. semua angkubah berfungsi dan bertindak balas antara satu sama lain
1.2 Jenis-jenis sistem dan interaksi antara sistem alam sekitar fizikal
1. sistem terpencil
i. mempunyai sempadan tertutup, tidak benarkan keluar dan masuk tenaga dan bahan
ke dalamnya. tidak diperolehi di alam nyata, hanya di makmal " test tube"

2.sistem tertutup
i. mempunyai sempadan tertentu. membenarkan pertukaran tenaga sahaja, iaitu tenaga
boleh masuk dan keluar tetapi tiada pertukaran bahan.
ii. umpama bumi dengan matahari. bumi menerima tenaga sahaja dari matahari dan
tiada bahan.
3. sistem terbuka
i. membenarkan kedua-dua bahan dan tenaga masuk dan keluar menerusi sempadan.
sistem ini akan bergerak dan beroperasi hingga sampai ke tahap stabil.
ii. input bahan dan tenaga = output bahan dan tenaga
iii. contoh sistem ekologi - dipecahkan kepada unit-unit mikro seperti ekosistem hutan,
ekosistem muara, ekosistem tasik, ekosistem laut dsb.
JENIS SISTEM BERDASARKAN SISTEM BERSTRUKTUR
1. SISTEM MORFOLOGI
- ciri-ciri fizikal yang formal yang bergabung untuk membentuk suatu bahagian fizikal
yang beroperasi
-setiap unit sistem ini terdapat unsur-unsur atau parameter yang saling berinteraksi.
contohnya- morfologi bagi satu unit sistem pantai terdiri daripada cerun pantai, taburan
bijian pasir, keteguhan pantai, kekuatan ombak, arus, pasang surut dsb yang
membentuk morfologi pantai.
- salah satu unsur berubah , yang lain juga turut berubah untuk mencapai keseimbangan
yang baru.
2. SISTEM LATA
- bersifat sehala
-merujuk kepada rantaian subsistem yang mengandungi input, storan, dan output bahan
dan tenaga
- output bahan dan tenaga dari satu subsistem akan menjadi input kepada subsistem
yang lain
-contoh - kitar hidrologi. output dari sistem atmosfera dalam bentuk kerpasan akan
menjadi input kepada sistem geomorfologi (apabila air hujan meresap ke dalam tanih,
sungai, tasik dsb)
3. SISTEM PROSES TINDAK BALAS
-jalinan atau kombinasi antara morfologi dan lata.
- contohnya - kemampuan serapan tanih adalah merupakan parameter penting dalam
unit morfologi cerun dan pada masa yang sama ia juga merupakan storan air dalam
sistem lata apabila air yang diserapkan oleh tanih tersimpan di dalam akuifer.

PEMBAHAGIAN SISTEM ALAM SEKITAR FIZIKAL MENGIKUT GEOGRAFI KERTAS 1


STPM
1. SISTEM ATMOSFERA
2. SISTEM HIDROLOGI
3. SISTEM EKOLOGI
INTERAKSI ANTARA SISTEM ALAM SEKITAR FIZIKAL

BACA RAJAH YANG DI ATAS MENGENAI KITARAN AIR

LATIHAN UNTUK BAB INI


1 (a) Huraikan jenis-jenis sistem alam fizikal [10]
(b) Berdasarkan contoh-contoh tertentu, tunjukkan keadaan saling bergantung antara
sistem-sistem bumi. [15]
2(a) Jelaskan maksud 'sistem' dari sudut alam sekitar fizikal[6]
(b) Huraikan konsep sistem terpencil, sistem tertutup dan sistem terbuka yang terdapat
dalam alam sekitar fizikal. [7]
(c) Merujuk contoh-contoh yang khusus, tunjukkan kesan terhadap sistem-sistem fizikal
yang lain apabila sesuatu sistem mengalami perubahan. [12]

You might also like