You are on page 1of 33

KAJIAN ANALISIS CAMPURAN PEMASARAN YANG

DIGUNAKAN OLEH KEDAI RIA TECH


ABSTRAK

Tajuk ini berujuan untuk menganalisis dan mengkaji campuran pemasaran yang
dijalankan oleh kedai Ria Tech, Bahau, Negeri Sembilan iaitu produk (product), harga
(price) dan promosi (promotion) . Objektif kajian tersebut adalah untuk mengenal
pasti produk yang dikeluarkan oleh kedai Ria Tech, harga yang ditetapkan oleh kedai
Ria Tech dan promosi yang dijalankan oleh kedai Ria Tech. Entiti perniagaan kedai
Ria Tech ialah perkongsian. Nama pemilik Ria Tech ialah Phang Khang Zhao.
Perniagaan ini merupakan kedai komputer yang menjual pelbagai alat komputer. Bagi
kaedah kajian, pengkaji menggunakan data primer dan data sekunder untuk
menjalankan kajian tersebut seperti rujukan dan soal selidik. Bagi dapatan kajian, ia
mempunyai 15 soalan soal selidik iaitu 5 soalan bagi 1 objektif. Menurut kajian yang
dibuat oleh pengkaji, terdapat kebanyakan responden bersetuju dengan Kedai Ria
Tech. Oleh itu, objektif tersebut telah dicapai. Seterusnya, terdapat cadangan yang
diberikan oleh pengkaji kepada Kedai Ria Tech untuk memperkukuhkan perniagaan
tersebut.

KANDUNGAN
PERKARA

MUKA SURAT

Abstrak

Kandungan

Penghargaan

1.0 Pengenalan

4-5

2.0 Objektif kajian

3.0 Lokasi Kajian

7-8

4.0 Kaedah Kajian

5.0 Dapatan Kajian

10-21

5.11 Kesimpulan

22-23

5.12 Cadangan
24

6.0 Rujukan

25

7.0 Lampiran

26-35

PERHARGAAN
Pada kesempatan yang penuh bermakna ini, pengkaji ingin merakamkan
setinggi-tinggi perhargaan dan terima kasih kepada Puan Hajah Norlida binti Jantan
selaku pengetua SMK Datuk Mansor dan kepada Puan Noor Lela selaku penolong
kanan tingkatan enam SMK Datuk Mansor yang telah memberikan kebenaran untuk
menjalankan kajian ini iaitu Siti Jamilah bt Jamaluddin.
Segala tunjuk ajar dan panduan yang diberikan dalam yang diberikan dalam
menyiapkan kajian ini amat pengkaji hargai dan sanjungi. Semoga kepada mereka
melimpahkan rahmat di atas segala jasa baik yang dihulurkan.
Pada kesempatan ini juga, terima kasih diucapkan kepada kedua ibu bapa
pengkaji iaitu Encik Wang Wah Chong dan Puan Goh Siew Wei serta keluarga yang
tidak jemu memberi sokongan moral mahupun kewangan kepada pengkaji dalam apa
jua yang pengkaji dalam apa jua lalukan .
Buat teman-teman seperjuangan, teriam kasih juga diucapkan kerana sudi
memberi bantuan kepada pengkaji seperti sentiasa memberi sokongan dan memberi idea
sewaktu pengkaji ketandusan idea.
Akhir sekali, pengkaji ingin menghulurkan ucapan terima kasih yang tidak
terhingga kepada semua pihak yang terbabit sama ada secara langsung atau tidak
langsung.

1.0 PENGENALAN
Marketing Mix atau Pemasaran Campuran merupakan satu kaedah yang
mementingkan beberapa kaedah pemasaran yang dilaksanakan akan mempunyai perlaks
anaan yang efisien dan mampu memberikan faedah yang optimum kepada firma yang
terlibat. Menurut Philip Kotler (2009 :101) menyatakan bahawa campuran pemasaran
merupakan alat pemasaran yang digunakan perusahaan untuk terus menerus mencapai
tujuan pemasaranya di pasar sasaran. Buktinya didapati di (LAMPIRAN 1) DAN
(LAMPIRAN 2). Dalam Pemasaran Campuran, ianya menggunakan konsep 4P yang
merujuk kepada Product (Produk) , Price (Harga) , Place (Tempat) dan Promotion
(Promosi). Keempat-empat konsep pemasaran campuran ini memberikan satu kaedah
yang boleh dikatakan menyeluruh khususnya dalam merangka bentuk pemasaran bagi
memastikan produk yang dibuat atau ingin dipasarkan boleh diterima oleh masyarakat
sekalian

dan

mempunyai

harga

yang

berpatutan

serta

konsep pemasaran campuran ini memberikan satu kaedah mengikut harga pasaran yang
bukan sahaja menguntungkan penjual tetapi ianya juga menguntungkan para pembeli.
Bukti ntersebut dapat didapati di (LAMPIRAN 3)
`

Dalam kajian ini, saya memilih kedai Ria Tech untuk mengkaji dan menganalisis

campuran pemasaran yang digunakan oleh kedai Ria Tech, Bahau, Negeri Sembilan.
Entiti perniagaan kedai Ria Tech ialah perkongsian. Kedai Ria Tech menjalankan
aktiviti perniagaan berasaskan perkhidmatan. Kedai Ria Tech menggunakan kaedah
peruncitan dalam perniagaan mereka. Peruncitan ialah aktiviti perniagaan yang menjual
barang dengan kuantiti yang sedikit kepada pengguna akhir. Antara aktiviti peruncitan
ialah memperagakan barang, melayan pelanggan, dan memberikan khidmat selepas
jualan kepada pelanggan mereka. Tahap perniagaan bagi kedai Ria Tech ialah tertier.
Perniagaan pada tahap ini lebih tertumpu kepada menyediakan perkhidmatan bagi
membantu aliran aktiviti perniagaan. Sebagai contoh, kedai Ria Tech membantu
memasarkan barangan-barangan siap dan barangan separuh siap alat komputer kepada
pengguna dan memberi perhidmatan selepas jualan kepada pelanggan. Perniagaan yang
dijalankan oleh kedai Ria Tech ialah perniagaan domestik. Misalnya, Kedai Ria Tech
menjalankan perniagaan tempatan kerana mereka lebih memahami kehendak pengguna
di kawasan Bahau.

Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis dan mengkaji campuran pemasaran
yang dijalankan oleh kedai Ria Tech, Bahau, Negeri Sembilan iaitu produk (product),
harga (price) dan promosi (promotion) .

2.0 Objektif Kajian

Saya menjalankan kajian bagi Kertas Projek ini dengan tujuan untuk memenuhi objektif
berikut:
2.1Mengenal pasti produk yang dikeluarkan oleh kedai Ria Tech.

2.2Mengenal pasti harga yang ditetapkan oleh kedai Ria Tech.

2.3Mengenal pasti promosi yang dijalankan oleh kedai Ria Tech.

3.0 LATAR BELAKANG

Dalam kajian, saya memilih organisasi perniagaan Ria Tech. Nama pemilik Ria Tech
ialah Phang Khang Zhao. Kedai tersebut terletak di depan kedai Ten Ten . Entiti
perniagaan Ria Tech ialah perkongsian. Pemilik Ria Tech, Phang Khang Zhao berkongsi
perniagaan dengan adiknya, Phang Khang Yuan dan kawannya, Chin Jia Hau. Dengan
membukakan perniagaan kedai Ria Tech ,mereka telah menyediakan modal sebanyak
RM70000.00 sebagai pembelanjaan pendahuluan terhadap kedai tersebut. Perniagaan ini
merupakan kedai komputer yang menjual pelbagai alat komputer. Selain itu,kedai Ria
Tech juga memberi servis membaiki komputer. Kedai tersebut dibukakan pada tahun 22
Disember 2014.
3.1.2 Lokasi Kajian
Lokasi perniagaan Ria Tech adalah di alamat Kedai Ria Tech. No.3, Taman Timur ,
72100 Bahau , Negeri Sembilan Darul Khusus.(rajah 1)

FOTO 1: LOKASI
KAJIAN

FOTO 2: KAD
PERNIAGAAN KEDAI
RIA TECH

Dalam kajian ini, kedai Ria Tech ada menjalankan campuran pemasaran seperti produk,
harga dan promosi. Kedai Ria Tech menjual produk produk seperti alat gantian
komputer, komputer baharu, aksesori komputer dan sebagainya. Harga yang ditawarkan
oleh kadiua tersebut adalah murah dan berpatutan. Promosi yang dijalankan oleh kedai
ini mampu menarik minat pelanggan untuk berkunjung kerana layanan dan
perkhidmatan yang diberikan oleh kedai ini amat memuaskan.

4.0 KAEDAH KAJIAN

Perbezaan data primer dengan data sekunder termasuklah data primer adalah
mendapatkan maklumat secara langsung dengan orang yang berkaitan dalam kes
tersebut berbanding dengan data sekunder yang mengambil maklumat daripada
internet dan sebagainya.
Semasa menjalankan kajian ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk
mendapatkan maklumat seperti berikut:

1. Rujukan
Kaedah ini banyak kali digunakan untuk mendapatkan pelbagai maklumat yang
berkaitan dengan kajian ini sepanjang tempoh penyelidikan ini di beberapa media
seperti media cetak dan media elektronik. Bagi media cetak ialah katalog buku
komputer dan untuk media eletronik seperti facebook, twitter dan sebagainya. Bukti
tersebut dapat didapati di (LAMPIRAN 4). Selain itu, pengkaji juga mencari maklumat
campuran pemasaran dengan melayari laman web. Pengkaji berhubung terus dengan
pemilik kilang tersebut untuk mendapatkan maklumat campuran pemasaran. Buku
rujukan juga digunakan bagi mendapatkan maklumat kajian.

2. Soal selidik
Kaedah soal selidik ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih
tepat dan betul. Dalam kaedah ini, borang soal selidik diperlukan untuk
memudahkan lagi kajian yang hendak dijalankan. Soal selidik ini diberi kepada
10 orang responden untuk mengkaji analisis campuran pemasaran yang
digunakan oleh kedai Ria Tech.

Soal selidik dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahagian B.
Bahagian A mengumpul maklumat demografi para responden seperti jantina,
bangsa dan umur. Bahagian B pula mengumpulkan maklumat tentang analisis
campuran pemasaran yang digunakan oleh kedai Ria Tech untuk meluaskan
pasaran. Soal selidik tersebut boleh didapati di (LAMPIRAN 5)

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Kajian ini bertujuan mengenalpasti jenisjenis produk yang dikeluarkan oleh


Kedai Ria Tech. Selain itu, kajian ini juga bertujuan mengenal pasti harga yang
ditetapkan dan promosi yang dijalankan oleh kedai Ria Tech. Soal selidik telah
diproses untuk mendapat statistik seperti peratus. Seramai 5 orang responden telah
disoal selidik. Hasil kajian dijelaskan dalam bentuk jadual dan graf.
DEMOGRAFI RESPONDEN
JADUAL 1 : RESPONDEN MENGIKUT JANTINA
JANTINA
BILANGAN
PERATUS(%)

LELAKI
2
40

PEREMPUAN
3
60

JUMLAH
5
100

SUMBER:HASIL LAPANGAN 2015


Rajah 1: Responden Mengikut Jatina
Berdasarkan Jadual 1, dapatan kajian menunjukkan responden dari segi
jantina. Pelanggan lelaki adalah seramai 2 orang atau 40% manakala perempuan pula
adalah seramai 3 orang atau 60%. Keseluruhan responden kajian adalah seramai 6
orang. Keduadua responden jantina sama ada lelaki dan perempuan adalah berbeza.

Jadual 2: Responden mengikut bangsa


Bangsa

Melayu

India

Cina

Lainlain

Jumlah

Bilangan

Peratus (%)

60

20

20

100

SUMBER:HASIL LAPANGAN 2015


Rajah 2: Responden Mengikut Bangsa
Terdapat 5 orang responden yang terlibat dalam soal selidik ini. Kebanyakan
responden adalah terdiri daripada bangsa Melayu, iaitu 3 orang (60%) manakala
bangsa India dan Cina adalah sebanyak 1 orang (20%).

Jadual 3: Responden mengikut umur


Umur

20

Bilangan

ke

2130

3140

4150

50 tahun ke

Jumlah

bawah

tahun

tahun

tahun

atas

80

20

100

Peratus
(%)

SUMBER:HASIL LAPANGAN 2015


Rajah 3: Responden Mengikut Umur
Berdasarkan hasil kajian, daripada 5 responden yang disoalselidik , terdapat
banyak pelanggan kedai Ria Tech ialah umur 20 ke bawah . Ia mempunyai 4
responden daripada keseluruhan iaitu 80% . Bagi umur 21 hingga 30 , ia mempunyai
seorang pelanggan .

Sangat Tidak Setuju

Tidak Setuju

Tidak Pasti

Setuju

Sangat Setuju

Objektif 1 : Mengenal pasti produk yang dikeluarkan oleh syarikat Ria Tech.
Jadual 1 : Hasil pandangan responden terhadap pengenalpastian produk yang
dikeluarkan oleh Kedai Ria Tech.
Bi

Pengenalpastian produk

kedai Ria Tech

tidak setuju
1

Adakan Kedai Ria Tech

Tidak pasti dan setuju

20

60 1

20

1 20

40

20 1

20

20

20

40 1

20

20

40 2

40

20

20

40 1

20

menjual pelbagai jenis produk


jenama komputer?
2

Produk

komputer

yang

dijualkan oleh Ria Tech lebih


berkualiti.
3

Peralatan
dijualkan

komputer
oleh

yang

Ria

Tech

mendapat jaminan waranti .


4

Teknologi

produk

komputer

adalah terkini.
5

Adakah Kedai Ria Tech


menjual
berjenama?

produk

komputer

Sumber : Kajian hasil soal selidik


Berdasarkan graf 1 di atas, seramai 1 orang atau 20% responden sangat tidak
setuju terhadap soalan menjual pelbagai jenis produk jenama komputer. Manakala,
kebanyakan responden yang memilih setuju dan sangat setuju. Hal ini disebabkan
terdapat banyak produk jenama yang dijual di kedai Ria Tech seperti Asus, Acer, Hp,
Dell dan sebagainya. Hal ini dapat dibuktikan dengan (LAMPIRAN 6). Selain itu, bagi
bar kedua, iaitu hasil dapatan terhadap produk komputer lebih berkualiti dijualkan oleh
kedai Ria Tech. Merujuk kepada bar tersebut, terdapat banyak komen negatif kepada
penyataan ini, iaitu seramai 1 orang atau 20% responden sangat tidak setuju dan 3 orang
atau 60% tidak pasti produk komputer yang dijualkan oleh kedai Ria Tech adalah
berkualiti. Bagi peralatan

komputer mendapat jaminan waranti pula, didapati responden yang setuju melebihi
responden yang tidak setuju dan tidak pasti. Hal ini menunjukkan kebanyakan
barangan komputer yang dijualkan oleh kedai Ria Tech ada jaminan waranti. Di
samping itu, kebanyakan responden setuju kepada penyataan teknologi produk
komputer kedai Ria Tech adalah terkini. Menurut kajian yang dijalankan oleh
pengkaji, didapati perkara ini adalah benar kerana kedai Ria Tech memasang perisian
komputer yang terkini kepada pelanggan untuk menaiktarafkan sistem komputer
kepada terbaru dan terkini. Bagi soalan menjual produk komputer berjenama,
kebanyakan responden setuju terhadap pernyataan ini kerana kedai Ria Tech menjual
produk komputer seperti Asus, Acer, Hp, Dell, Msi dan sebagainya. Dalam kajian ini,
pengkaji mendapati kebanyakan responden setuju terhadap produk yang dikeluarkan
oleh Kedai Ria Tech kerana peniaga Ria Tech dapat menjual pelbagai jenis produk
jenama komputer dengan memberikan kepelbagaian pilihan kepada pelanggan
mereka. Secara konklusinya, sememangnya kedai Ria Tech menjual produk teknologi
komputer yang terkini. Seramai 2 orang sangat setuju dan 2 orang setuju bersamaan
80% disebabkan kedai Ria Tech memasang perisian komputer yang terkini kepada
pelanggan untuk menaiktarafkan sistem komputer kepada terbaru dan terkini. Hal ini
dapat dibuktikan bahawa kedai Ria Tech mempunyai perisian software komputer
yang terkini daripada Amerika Syarikat. Oleh itu, sesiapa yang hendak mengisi
software komputer yang terkini yang baru dikemukakan dari Amerika Syarikat, boleh
mencari kedai Ria Tech untuk mengisi perkakasan komputer yang terkini. Objektif
kajian telah dicapai bahawa kedai Ria Tech menjual produkproduk komputer yang
dapat memenuhi kehendak pasaran Bahau.

Analisis Bahagian B
Objektif 2 : mengenal pasti harga yang ditetapkan oleh Kedai Ria Tech
Jadual 1 : Hasil pandangan responden terhadap pengenalpastian produk
yang dikeluarkan oleh Kedai Ria Tech.
Bil

Pengenalpastian harga kedai

tidak setuju

Tidak pasti dan setuju

Ria Tech
1

Adakan harga komputer

yang

60

20 1

20

dijual oleh Kedai Ria Tech


lebih murah?
2

Kedai Ria Tech


harga

menentukan

produk

1 20

20

60 0

alat 0

60

20 1

20

Ria

1 20

20

60 0

1 20

60 1

20

komputer

berdasarkan kos.
3

Harga

servis terhadap

komputer lebih murah.


4

Kos pengeluaran Kedai


Tech lebih rendah

berbanding

dengan kedai lain

disebabkan

jarak ketersampaian Kedai Ria


Tech lebih dekat.
5

Keputusan
produk

penentuan

Kedai

Ria

harga
Tech

dipengaruhi oleh kos dan harga


pesaing.

Sumber : Kajian hasil soal selidik


Berdasarkan graf 2 di atas, terdapat banyak responden tidak pasti terhadap
harga komputer lebih murah iaitu sebanyak 60% atau seramai 3 orang. Hal ini
disebabkan responden tidak mengetahui harga pasaran komputer. Bilangan setuju dan
sangat setuju adalah sama. Bagi penentuan harga produk komputer berdasarkan kos
pula ialah sebanyak 60% atau 3 orang setuju penyataan ini. Ini disebabkan Kedai Ria
Tech menentukan harga komputer selaras dengan harga pasaran komputer di dunia.
Walau bagaimanapun, masih ada responden tidak pasti dan tidak setuju kepada
penyataan ini. Selain itu, terdapat banyak responden tidak pasti terhadap harga servis
alat komputer Kedai Ria Tech iaitu sebanyak 60% atau seramai 3 orang kerana
responden masih tidak pasti harga servis komputer Kedai Ria Tech adalah lebih
murah daripada pesaing. Bilangan setuju dan sangat setuju adalah sama. Bagi untuk
kos pengeluaran rendah disebabkan jarak ketersampaian lebih dekat, kebanyakan
responden setuju terhadap penyataan iaitu 60% atau 3 orang. Bukti menunjukkan
bahawa Kedai Ria Tech mempunyai pembekal daripada BTS BAHTECH SDN BHD

dari Negeri Sembilan berbanding dengan pesaing mempunyai pembekal yang lebih
jauh . Hal ini menunjukkan barang alat komputer Kedai Ria Tech lebih murah
daripada pesaing di Bahau. Di samping itu, kebanyakan responden setuju terhadap
keputusan penentuan harga produk Kedai Ria Tech dipengaruhi oleh kos dan harga
pesaing. Hal ini disebabkan wujudnya persaingan sengit di antara kedaikedai
komputer yang lain, Kedai Ria Tech terpaksa mengurangkan harga barangan lebih
rendah daripada pesaing supaya dapat menarik pembeli untuk memberi barang alat
komputer di Kedai Ria Tech. Dalam kajian ini, pengkaji didapati bahawa cara Kedai
Ria Tech menetapkan harga barang yang dikeluarkannya. Secara konklusinya,
pengkaji mendapati bahawa harga yang ditetapkan oleh pembekal kepada kedai Ria
Tech lebih murah dan dapat mengurangkan kos jualan kedai Ria Tech. hal ini dapat
dibuktikan dalam Lampiran 7 dan Lampiran 8. Objektif kajian telah dicapai,

Analisis Bahagian C
Objektif 3 : Mengenal pasti promosi yang dijalankan oleh Kedai Ria Tech.
Jadual 3 : Hasil pandangan responden terhadap pengenalpastian promosi
yang dijalankan oleh Kedai Ria Tech
Bi

Pengenalpastian promosi

tidak setuju

yang dijalankan oleh Kedai

Tidak pasti dan setuju

Ria Tech
1
1

Kedai Ria Tech dapat memberi


diskaun lebih banyak

40

60 0

1 20

80 0

60 2

40

20

20

60 0

1 20

60 1

20

kepada

pelanggan semasa memberi alat


komputer.
2

Kedai Ria Tech dapat memberi


pakej komputer yang

lebih

ternilai kepada pelanggan.


3

Kedai Ria Tech

menjalankan

promosi seperti

pengiklanan,

publisiti,

jualan

promosi jualan,

langsung,
perhubungan

awam.
4

Kedai Ria Tech akan memberi


khidmat penggantian
kepada

barang

pelanggan jika

sebarang

masalah

ada
dalam

penggunaan alat komputer.


5

Kedai

Ria

promosi

Tech

jualan

potongan harga dan


istimewa
komputernya.

untuk

memberi
berbentuk
tawaran
produk

Berdasarkan graf 3 di atas, kebanyakan responden setuju terhadap Kedai Ria


Tech memberi diskaun lebih banyak semasa pelanggan membeli alat komputer. Hal
ini terdapat buktinya terhadap Kedai Ria Tech memberi diskaun kepada sebanyak
20% kepada pelanggan semasa membeli. Bagi memberi pakej komputeer yang
ternilai, terdapat responden yang setuju melebihi responden yang tidak setuju iaitu
80% bersamaan 4 orang untuk responden yang setuju dan 20% bersamaan 1 orang
bagi responden yang tidak setuju. Hal ini kerana terdapat buktinya bahawa Kedai Ria
Tech memberi pakej komputer yang bernilai, murah dan sempurna kepada pelanggan
mereka untuk meningkatkan jualan hasil produk Kedai Ria Tech. Selain itu, bagi
penyataan ini, terdapat semua responden setuju terhadap Kedai Ria Tech menjalankan
promosi seperti pengiklanan, publisiti, jualan langsung, promosi jualan, perhubungan
awam. Bukti menunjukkan bahawa Kedai Ria Tech menggunakan kaedah pemasaran
untuk menjalankan promosi seperti mempunyai alat media sosial untuk mengenalkan
produk komputer mereka supaya dapat menarik minat pelanggan untuk membeli
produk di Kedai Ria Tech. Seterusnya, tentang Kedai Ria Tech memberi khidmat

penggantian produk kepada pelanggan jika ada kerosakan terhadap produk tersebut,
kebanyakan responden setuju terhadap penyataan ini iaitu 60% atau 3 orang responden.
Hal ini didapati buktinya bahawa Kedai Ria Tech memberi khidmat penggantian produk
kepada pelanggan jika berada dalam waranti produk. Bagi Kedai Ria Tech memberi
promosi jualan berbentuk potongan harga dan tawaran istimewa untuk produk
komputernya, kebanyakan responden setuju kepada penyataan ini kerana Kedai Ria Tech
memberi promosi jualan kepada pelanggan dengan memotong haraga produk atau
memberi tawaran istimewa seperti memberi alat komputer secara percuma kepada
pelanggan supaya dapat menarik minat pelanggan mereka dengan mengadakan
pembelian produk yang lain di Kedai Ria Tech pada masa yang akan datang. Dalam
kajian ini, pengkaji mendapati kebanyakan responden setuju terhadap promsosi yang
ditawarkan oleh Kedai Ria Tech kerana promosi yang diberikan oleh Kedai Ria Tech
dapat meminati pelanggan memberi produk komputer yang dijualkan oleh Kedai Ria
Tech. Kesimpulan, pengkaji didapati promosi yang dijalankan oleh kedai Ria Tech dapat
dimanati oleh pelanggan seperti tawaran istimewa dan potongan harga. hal ini dapat
dibuktikan bahawa kedai Ria Tech memberi alat komputer seperti optical mouse, speaker,
mouse pad, dan sebagainya kepada pelanggan yang membeli laptop yang berharga
RM1800.00 ke atas supaya pelanggan kembali ke Kedai Ria Tech untuk membeli
peralatan komputer. Objektif kajian telah dicapai

5.1. Rumusan Kajian dan Cadangan


5.1.1 Kesimpulan
Kajian bertujuan mengenalpasti analisis campuran pemasaran yang dilakukan
oleh Kedai Ria Tech. Di dalam kajian ini, pengkaji telah mengkaji aspek harga, produk
dan promosi yang digunakan oleh Kedai Ria Tech.
Objektif yang pertama ialah untuk mengenal pasti produk yang dikeluarkan oleh
kedai Ria Tech. Objektif ini menjelaskan produk Kedai Ria Tech telah menjual pelbagai
jenis produk komputer berjenama untuk memenuhi kehendak pasaran kawasan Bahau.
Hasil kajian mendapati kebanyakan responden bersetuju terhadap pelbagai jenis produk
yang dijualkan oleh Kedai Ria Tech seperti komputer berjenama, mouse, keyboard,
barang aksesori dan lain. Hal ini dapat dapat dibuktikan bahawa Kedai Ria Tech
mendapat jual pelbagai alat-alat komputer yang pernah dijualkan di pasaran
antarabangsa. Oleh itu, penduduk di Bahau boleh mendapati barang komputer tersebut di
Kedai Ria Tech. Menurut kajian tersebut, kebanyakan responden bersetuju penyataan
tentang Kedai Ria Tech dapat menjual pelbagai komputer berjenama seperti Asus, Acer,
Toshiba, Dell, Msi dan sebagainya untuk memenuhi kehendak pasaran dalam pelbagai
bidang seperti spesis untuk kerja office dan spesis komputer untuk gamer. Objektif
tersebut dicapai bahawa kedai Ria Tech mempunyai pelbagai komputer berjenama
komputer dengan pelbagai spesis untuk memenuhi pasaran.
Objektif yang kedua ialah mengenal pasti harga yang ditetapkan oleh kedai Ria
Tech. Objektif ini menjelaskan harga yang ditetapkan oleh Kedai Ria Tech ditetapkan
dengan melalui pelbagai faktor untuk menembusi harga pasaran. Hasil kajian mendapati
Kedai Ria Tech masih dapat sokongan oleh pelanggan mereka bahawa mereka setuju
dengan Kedai Ria Tech mempunyai kos pengeluaran rendah disebabkan jarak
ketersampaian lebih dekat. Bukti tersebut didapati bahawa bahawa Kedai Ria Tech
mempunyai pembekal daripada BTS BAHTECH SDN BHD

dari Negeri Sembilan

berbanding dengan pesaing mempunyai pembekal yang lebih jauh. Hal ini dapat
dibuktikan di (LAMPIRAN 7) dan (LAMPIRAN 8).

Seturusnya, bagi keputusan

penentuan harga produk Kedai Ria Tech dipengaruhi oleh kos dan harga pesaing, hal ini
dapat dibuktikan di bawah jadual 1. Oleh itu, objektif bagi penentuan harga produk
komputer tercapai kerana bukti-bukti yang ditunjukkan oleh pengkaji dapat dibuktikan
bahawa Kedai Ria Tech dapat menjual produk komputer berdasarkan harga pasaran.
Jadual 1 : Persaingan harga barang komputer Kedai Ria Tech dengan pesaing
Senarai Barang komputer
Optical mouse
Print Ink
4 port USB hub
Pendrive 8Gb
Keyboard
Cooling Fan with 2 Fan

Kedai Ria Tech(RM)


15.50
15.00
29.90
18.00
25.00
32.00

Kedai X(RM)
17.00
16.50
32.00
19.90
26.00
35.00

(Laptop)
Berdasarkan jadual di atas , pengkaji didapati bahawa kebanyakan barang komputer yang
dijual oleh kedai Ria Tech lebih murah daripada Kedai X. Dengan ini, harga jualan
produk Kedai Ria Tech relatifnya lebih murah daripada Kedai X. Oleh itu, pengkunjung
akan lebih banyak membeli-belah di Kedai Ria Tech disebabkan harga barang murah.
Objektif yang seterusnya ialah untuk mengenal pasti promosi yang dijalankan
oleh kedai Ria Tech. Objektif ini menjelaskan promosi yang ditawarakn oleh Kedai Ria
Tech untuk menarik minat pelanggan berkunjung di kedai tersebut. Hasil kajian
mendapati kebanyakan responden setuju terhadap Kedai Ria Tech memberi diskaun lebih
banyak semasa pelanggan membeli alat komputer.Menurut kajian yang dibuat oleh
pengkaji, pengkaji didapati promosi yang dijalankan oleh kedai Ria Tech dapat dimanati
oleh pelanggan seperti tawaran istimewa dan potongan harga. hal ini dapat dibuktikan
bahawa kedai Ria Tech memberi alat komputer seperti optical mouse, speaker, mouse
pad, dan sebagainya kepada pelanggan yang membeli laptop yang berharga RM1800.00
ke atas supaya pelanggan kembali ke Kedai Ria Tech untuk membeli peralatan komputer.
Objektif kajian telah dicapai.
.
5.1.2 Cadangan
Cadangan pengkaji kepada kedai Ria Tech termasuklah kedai Ria Tech perlu
menjual barangan atau perkhidmatan yang berkaitan dengan ciri-ciri Customer Benefits.

Customer Benefits bermaksud nilai sebenar atau tanggapan bahawa pengalaman


pelanggan atau kepercayaannya dengan menerima melalui interaksi dengan syarikat.
Manfaat pelanggan yang mungkin didapati
dengan melalui resolusi masalah,
pemncapaian hasil yang dikehendaki atau memenuhi keperluan melalui pembelian
produk. Selepas pembelian produk, pengguan berasa yakin terhadap produk tersebut atau
puas hati dengan barang atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh kedai Ria Tech.
Cadangan pengkaji kepada kedai Ria Tech dengan menggunakan kaedah
penetapan harga opsional. Produk opsional bermaksud produk-produk tambahan atau
produk sampingan yang diadakan dalam produk tersebut seperti aksesori komputer
termasuklah mouse, USB port, keyboard, speaker dan sebagainya. Sebagai contoh, kedai
Ria Tech boleh menjual produk komputer bersama barang-barang opsional. Produk
komputer ialah produk teras manakala produk opsional ialah produk tambahan. Produk
teras bermaksud pengguna dapat menyelesaikan masalah dan teras manfaat menerusi
pemilikan produk dan servis. Produk tambahan bermaksud penambahan perkhidmatan
dan kelebihan hasil penggunaan produk merangkumi produk teras dan sebenarnya seperti
waranti dan pemasangan.
Cadangan pengkaji seterusnya kepada kedai Ria Tech dengan menggunakan
campuran pemasaran yang diperkenalkan oleh Philip Kotler seperti mengadakan promosi
jualan, publisiti, perhubungan awam dan jualan bersemuka. Promosi jualan merupakan
aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan jualan pemasar dalam jangkan pendek. Sebagai
contoh, kedai Ria Tech boleh mengadakan promosi jualan di kedai sendiri dengan
menyediakan produk yang pelbagai kepada pelanggan dan mewujudkan pembelian
ulangan oleh pengguna setia. Jenis promosi jualan yang boleh dijalankan oleh kedai Ria
Tech seperti pemberian kupon diskaun yang didapati surat khadar dan majalah,
pemberian tawaran istimewa kepada pelanggan seperti pembelian komputer di kedai Ria
Tech akan dapat keyboard berjenama dan barangan lain.

6.0 RUJUKAN
BUKU

1) Marketing Management, 1972, Philip Kotler dan Kevin Lane Keller, Prentice
Hall
2) Principle of Marketing, 1980, Philip Kotler dan Gary Armstrong, Prentice Hall
3) Kotler on Marketing: How To Create, Win and Dominate, 1999, Philip Kotler,
Free Press
LAMAN SESAWANG
1) http://knowledge.ckgsb.edu.cn/2013/10/08/marketing/philip-kotler-four-psmodel-marketing-still-king/ dicapai pada 25 Julai 2015
2) http://www.enotesmba.com/2013/03/marketing-notes-marketing-mix.html dicapai
pada 30 Julai 2015
3) https://www.mindtools.com/pages/article/newSTR_94.htm dicapai pada 10 Ogos
2015
4) https://www.facebook.com/riatech03?ref=ts&fref=ts dicapai pada 15 Ogos 2015

7.0 Lampiran

LAMPIRAN 1: LAMAN SESAWANG TENTANG CAMPURAN PEMASARAN YANG


DIPERKENALKAN OLEH PHILIP KOTLER
RUJUK: http://knowledge.ckgsb.edu.cn/2013/10/08/marketing/philip-kotler-four-psmodel-marketing-still-king/

LAMPIRAN 2: PENCARIAN MAKLUMAT TENTANG CAMPURAN PEMASARAN


DI LAMAN SESAWANG
RUJUK: http://www.enotesmba.com/2013/03/marketing-notes-marketing-mix.html

LAMPIRAN 3: RUJUKAN CAMPURAN PEMASARAN TENTANG CAMPURAN


PEMASARAN
RUJUK: https://www.mindtools.com/pages/article/newSTR_94.htm

Lampiran 4: RUJUKAN LAMAN SESAWANG KEDAI RIA TECH DI FACEBOOK


RUJUK: https://www.facebook.com/riatech03?ref=ts&fref=ts

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATUK MANSOR,BAHAU


BORANG SOAL SELIDIK

Kajian Kes:
MENGKAJI DAN MENGANALISIS CAMPURAN PEMASARAN YANG
DIGUNAKAN OLEH KEDAI RIA TECH ,BAHAU ,NEGERI SEMBILAN.
Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kerana sudi untuk
meluangkan masa dalam menjawab soal selidik ini. Tujuan utama kajian ini adalah untuk
menjalankan kerja kursus Pengajian Perniagaan 946/4. Kerjasama anda untuk
melengkapkan borang soal selidik ini amat saya hargai.
BAHAGIAN A: MAKLUMAT DEMOGRAFI
Tandakan (X) di kotak yang berkenaan
1. Jantina :
Lelaki

Perempuan

2. Bangsa
Melayu

India

Cina

Lain-lain

3. Umur
20 ke bawah

41-50 tahun

21-30 tahun

50 tahun ke atas

31-40 tahun

Bahagian B: strategi campuran pemasaran yang digunakan oleh Syarikat Ria


Tech ,Bahau , Negeri Sembilan.
Sangat Tidak Setuju
1
(A)PRODUK

Tidak Setuju

Tidak Pasti

Setuju

Sangat Setuju

Penyataan

1. Adakan Kedai Ria Tech menjual pelbagai jenis produk


jenama komputer?
2. Produk komputer yang dijualkan oleh Ria Tech lebih
berkualiti.
3. Peralatan komputer yang dijualkan oleh Ria Tech
mendapat jaminan waranti .
4. Teknologi produk komputer adalah terkini.
5. Adakah Kedai Ria Tech menjual produk komputer
berjenama?
(B)HARGA
Penyataan
1. Adakah harga komputer yang dijual oleh Kedai Ria Tech
lebih murah?
2. Kedai Ria Tech menentukan harga produk komputer
berdasarkan kos.
3. Harga servis terhadap alat computer lebih murah.
4. Kos pengeluaran Kedai Ria Tech lebih rendah berbanding
dengan kedai lain disebabkan jarak ketersampaian Kedai
Ria Tech lebih dekat .
5. Keputusan penentuan harga produk komputer Kedai Ria
Tech dipengaruhi oleh kos dan harga pesaing

(C)PROMOSI
Penyataan
1. Kedai Ria Tech dapat memberi diskaun lebih banyak

kepada pelanggan semasa memberi alat komputer.


2. Kedai Ria Tech dapat memberi pakej komputer yang lebih
ternilai kepada pelanggan.
3. Kedai Ria Tech menjalankan

promosi

seperti

pengiklanan, publisiti, jualan langsung, promosi jualan,


perhubungan awam.
4. Kedai Ria Tech akan memberi khidmat penggantian
barang kepada pelanggan jika ada sebarang masalah
dalam penggunaan alat komputer.
5. Kedai Ria Tech memberi promosi jualan berbentuk
potongan harga dan tawaran istimewa untuk produk
komputernya.

SEKIAN, TERIMA KASIH


LAMPIRAN 5

LAMPIRAN 6: KATALOG BUKU MSI YANG DIADAKAN OLEH KEDAI RIA TECH

You might also like