You are on page 1of 18

Folio Pendidikan Sivik

Dan Kewarganegaraan

Dato Bahaman
pahlawan
Pahang
Nama: Fatdzirul Izzat B. Abd Radzi
Kelas : 402

Dato' Bahaman

1868-1931
Dalam darah keturunan Melayu mengalir semangat kepahlawanan
Dato' Hang Tuah. Semangat ini takkan pernah hilang dan luntur. Inilah
yang dibuktikan oleh Dato' Bahaman ketika bangkit mengetuai
penentangan terhadap British di negeri Pahang pada tahun 1892. Tanpa
gentar dan takut Dato' Bahaman menentang pelaksanaan UndangUndang barat yang telah mengetepikan adat resam orang Melayu.Pada
usianya 24 tahun, Dato' Bahaman(Orang Kaya Semantan) dengan
lantangnya menyuarakan bantahan terhadap pelaksanaan undangundang tersebut serta ketidakadilan terhadap masyarakat Melayu pada
waktu itu. Semangat keperwiraan Dato' Bahaman amat dikagumi dan
walaupun tanpa kekuatan senjata yang mencukupi, beliau tetap
berupaya mempertahankan orang Melayu di negeri Pahang.

LATAR BELAKANG
Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh, lebih dikenali sebagai Dato' Bahaman ialah Orang
Besar yang menentang penjajah British di Semantan, kawasannya di negeri Pahang, Tanah
Melayu.

Bahaman ialah anak kepada Tuanku Imam Nuh yang berasal dari Bangkinang, dan
Rokiah Abdul Rahman, anak perempuan Tok Setia Perkasa Semantan yang berketurunan Bugis
dari Sulawesi Selatan. Seorang yang pandai bersilat dan mempunyai ilmu kebal, kelebihan ini
telah menyebabkan Bahaman digelarkan 'Seman Tahan' oleh penduduk di sekitar kawasan itu
sehingga sungai yang tidak bernama ketika itu diberi nama Sungai Seman Tahan dan seterusnya
menjadi tempat persinggahan British.

Punca utama Perang Semantan ialah ketidakpuasan hati Orang-orang Besar Pahang
terhadap campur tangan British ke atas kawasan mereka. Ketegangan itu bermula pada bulan
Disember 1890 ketika E.A Wise hendak mendirikan sebuah balai polis di Lubuk Terua yang
terletak di kawasan Dato' Bahaman, tanpa sebarang perundingan dengannya. Apabila Hugh
Clifford, Pemangku Residen British Pahang, mengetahui hal tersebut, beliau menasihatkan
Sultan dan baginda kemudian menitahkan Dato' Bahaman supaya pergi ke Pekan agar perkara itu
dapat disiasat. Oleh sebab Dato' Bahaman enggan ke Pekan, Sultan mengeluarkan surat perintah
yang melucutkan pangkat dan tarafnya sebagai Orang Kaya Semantan.

Tindakan itu menyakitkan hati Dato' Bahaman. Keadaan ini menyebabkan beliau dan
pengikut-pengikutnya menyerang hendap C.E.M Deaborough di Sungai Semantan pada 15
Disember 1891 ketika beliau menyangka Desborough datang untuk menangkapnya. Dalam
serangan tiba-tiba itu, pihak Desborough telah kalah dan mereka melarikan diri ke bandar
Temerloh.

Setelah mengetahui peristiwa di Semantan itu, pegawai-pegawai British Pahang


menyediakan tentera untuk melawan pembangkang-pembangkang Melayu. Ekoran dari itu pada
21 Disember 1891, satu pasukan yang diketuai oleh Clifford dan Tengku Mahmud pergi ke
Kampung Kelubi yang merupakan kubu kedua pertahanan Dato' Bahaman. Di sini berlaku sekali
lagi pertempuran antara pihak British dengan Dato' Bahaman tetapi pihak British sekali lagi
ditewaskan.

PEJUANGAN
Pada hari ini dalam tahun 1892, Dato' Bahaman atau Orang Kaya Semantan, menyerang
dan menawan semula Lubuk Terua (satu tempat yang termasuk di dalam wilayahnya) dari
kekuasaan Inggeris.

Meletusnya penentangan Dato' Bahaman secara aktif terhadap Inggeris adalah akibat dari
tindakan gegabah C. E. B. Desborough (Pemangku Pemungut Hasil Semantan) menangkap tiga
orang pengikut Dato' Bahaman dengan tuduhan mengumpulkan hasil hutan tanpa izin.
Penangkapan itu dilakukan ketika Desborough dan Townson (Merinyu Lombong) mengiringi
satu pasukan Polis untuk memperkuatkan balai Polis di Lubuk Terua, dan membawa ketiga-tiga
tawanan itu untuk diadili di Lubuk Terua juga. Menyedari tentang hal itu, Dato' Bahaman yang
memang menentang keras pembinaan balai Polis di kawasannya itu dan percaya bahawa pasukan
itu datang untuk menangkap beliau, telah menyerang pasukan Desborough itu, membunuh tiga
orang, melukakan beberapa orang yang lain Ialu, membebaskan orang-orangnya. Selepas itu
Dato' Bahaman dan pengikut-pengikutnya menawan Balai Polis Lubuk Terua dan memusnahkan
gudang-gudang bekalan makanan dan barangan kepunyaan Syarikat Lombong bijih Bentong dan
Raub.

Sebelumnya, Dato' Bahaman memang memusuhi Inggeris kerana menyekat dan menuduh
beliau (dalam tahun 1889) memungut cukai secara haram dan memberi amaran, . bahawa
penerusan memungut cukai secara tradisi adalah terlarang,. . . .2 sedangkan itu adalah hak tradisi
beliau sebagai pembesar di daerahnya. Inggeris juga menuduh beliau (pada tahun 1890) menulis
surat kepada Residen Selangor, W. E. Maxwell meminta supaya Semantan dipersatukan dengan
Selangor.3 Walaupun beliau menyangkal tuduhan itu Sultan telah memerintahkan Orang Kaya itu
mengadap baginda di Pekan. Orang Kaya itu enggan Ialu menghilangkan diri di dalam hutan di
tengah-tengah masyarakat orang-orang asli yang memang bersahabat baik dengan beliau, tetapi
keluar apabila mengetahui orang-orangnya ditangkap oleh pasukan Desborough, menyerang
pasukan itu dan membebaskan orang-orangnya.

Berikutan daripada itu pada 24hb Disember, 1891, Tengku Mahmud (Tengku Besar)
bersama-sama dengan 200 orang pengikutnya, dan Hugh Clifford bersama-sama dengan 60
orang Sikh di bawah pimpinan Kapten Summer telah mengaturkan gerakan untuk menyerang
dan menangkap Dato' Bahaman dan orang-orangnya. Bagaimanapun gerakan ini menemui
kegagalan setibanya di Kelubi kerana keengganan pasukan Melayu bekerjasama dengan pasukan
polis Sikh. Berikutan dari kegagalan itu "Gerakan Sultan" dilancarkan pada 22hb .Januari, 1892
dengan kekuatan 800 orang (140 daripadanya mempunyai senjatapi) yang dipimpin oleh Tengku
Ali, Rodger (Residen Pahang), Panglima Garang Yusof, Saiyid Ali Badoh dan Abdullah dari
Bera. Gerakan ini juga menemui kegagalan kerana selain daripada hanya dapat memusnahkan 11
buah kubu kecil termasuk Kubu Batu Ampar, jejak Dato' Bahaman tidak dapat dikesan dan tidak
ada tanda-tanda yang memungkinkan Orang Kaya Semantan itu dan pengikut-pengikutnya yang
terdekat akan tertangkap.

Pada awal bulan Februari, 1892, keadaan tegang dianggap telah berakhir. Tidak terdapat
sebarang aktiviti pihak Dato' Bahaman di sepan.jang bulan Februari itu. Untuk sementara daerah
Semantan diletakkan di bawah jagaan Abdullah Bera. Tiba-tiba, pada hari ini dalam tahun 1892
Dato' Bahaman menyerang lagi dan berjaya menawan semula Lubuk Terua. Dalam serangan itu
Abdullah Bera balik ke Bera dan Kubu Lubuk Terua dikawal oleh orang-orang dari Cempaka
dan Buluh. Ternyata mereka bersimpati dengan gerakan penentangan Dato' Bahaman terhadap
Inggeris.

Bagaimanapun, kejayaan Dato' Bahaman itu hanya sementara kerana tidak lama
kemudian pihak Inggeris mengambil tindakan balas dengan menghantar satu pasukan seramai
300 orang yang diketuai oleh Tengku Ali, Clifford dan Wise (Majistret di Temerloh). Dato'
Bahaman dan pengikut-pengikutnya terpaksa mengundurkan diri sebagai satu strategi untuk
melanjutkan penentangannya. Penentangan beliau itu ternyata telah merebak ke seluruh Pahang
dengan melibatkan banyak lagi tokoh yang seperjuangan dengan beliau seperti anaknya Mat
Kilau, Panglima Muda Jempul, Tok Gajah, Tok Jelai, Mat Kelubi dan lain-lain.

ANUGERAH
Dato Bahaman telah diangkat sebagai salah seorang Orang Besar Berlapan dan
dianugerahkan dengan gelaran Dato Setia Perkasa Pahlawan Semantan kerana beliau telah
menunjukkan sikap serta kebolehannya sebagai panglima dalam perang saudara antara Sultan
Ahmad dan adinda baginda Wan Mutahir serta memimpin pasukan Pahang untuk membantu
Tengku Kudin dalam perang Saudara di Klang, Selangor.

Selepas kematian Orang Kaya Indera Segara, Dato Bahaman telah dilantik oleh Sultan
Ahmad sebagai Orang Kaya Temerloh. Dengan pangkat tersebut, kedudukan Dato Bahaman
adalah sedarjat dengan Orang Besar Berempat dan seringkali diajak berunding oleh baginda
Sultan Ahmad.

PERANG SEMANTAN
Punca utama Perang Semantan ialah ketidakpuasan hati Orang-orang Besar Pahang
terhadap campur tangan British ke atas kawasan mereka. Ketegangan itu bermula pada bulan
Disember 1890 ketika E.A Wise hendak mendirikan sebuah balai polis di Lubuk Terua yang
terletak di kawasan Dato' Bahaman, tanpa sebarang perundingan dengannya. Apabila Hugh
Clifford, Pemangku Residen British Pahang, mengetahui hal tersebut, beliau menasihatkan
Sultan dan baginda kemudian menitahkan Dato' Bahaman supaya pergi ke Pekan agar perkara itu
dapat disiasat. Oleh sebab Dato' Bahaman enggan ke Pekan, Sultan mengeluarkan surat perintah
yang melucutkan pangkat dan tarafnya sebagai Orang Kaya Semantan.

Tindakan itu menyakitkan hati Dato' Bahaman. Keadaan ini menyebabkan beliau dan
pengikut-pengikutnya menyerang hendap C.E.M Deaborough di Sungai Semantan pada 15
Disember 1891 ketika beliau menyangka Desborough datang untuk menangkapnya. Dalam
serangan tiba-tiba itu, pihak Desborough telah kalah dan mereka melarikan diri ke bandar
Temerloh.

Setelah mengetahui peristiwa di Semantan itu, pegawai-pegawai British Pahang


menyediakan tentera untuk melawan pembangkang-pembangkang Melayu. Ekoran dari itu pada
21 Disember 1891, satu pasukan yang diketuai oleh Clifford dan Tengku Mahmud pergi ke
Kampung Kelubi yang merupakan kubu kedua pertahanan Dato' Bahaman. Di sini berlaku sekali
lagi pertempuran antara pihak British dengan Dato' Bahaman tetapi pihak British sekali lagi
ditewaskan.

BURUAN BRITISH
Pada Januari 1892, pihak Inggeris telah memaksa Sultan Wan Ahmad untuk menamatkan
kebangkitan Dato Bahaman di Pahang. Satu pasukan yang dinamakan Gerakan Sultan telah
dilancarkan pada 22 Januari 1892 dengan kekuatan 800 orang. Seramai 140 daripadanya
mempunyai senjat api yang dipimpin oleh Tengku Ali, Rodger (Residen Pahang), Panglima
Garang Yusof, Saiyid Ali Badoh dan Abdullah dari Bera. Gerakan ini juga menemui kegagalan
kerana selain daripada hanya dapat memusnahkan 11 buah kubu kecil termasuk Kubu Batu
Ampar, jejak Dato Bahaman tidak dapat dikesan dan tidak ada tanda-tanda yang memungkinkan
Orang Kaya Semantan itu dan pengikut-pengikutnya yang terdekat akan tertangkap. Pada awal
bulan Februari, 1892, keadaan tegang dianggap telah berakhir. Untuk sementara waktu, daerah
Semantan telah diletakkan dibawah jagaan Abdullah Bera.

Pada Mac 1892, pasukan Dato Bahaman berjaya menawan semula Lubuk Terua.
Perjuangan Dato Bahaman menjadi lebih hebat kerana dibantu oleh Tok Gajah. Pihak Inggeris
kalah dan Abdullah Bera terpaksa pulang ke Bera. Kubu Lubuk Terua dikawal oleh orang-orang
dari Cempaka dan Buluh. Ternyata mereka bersimpati dengan gerakan penentangan Dato
Bahaman terhadap Inggeris.

Pada Mei 1892, Inggeris telah menyerang Lubuk Terua lagi. Pejuang Pahang terpaksa
berundur ke Kelantan dan Terengganu. Di Terengganu, Ulama Tok Ku Paluh telah
menyemarakkan semangat pejuang Pahang untuk berjihad menentang Inggeris. Pada 14 Jun
1894, Kuala Tembeling dan Jeram Ampai berjaya ditawan oleh Dato Bahaman bersama 100
orang pengikutnya.

Pada 29 Jun 1894 sepasukan tentera kerajaan Inggeris yang diketuai oleh Jeneral Walker
menyerang kumpulan penentang Inggeris yang diketuai oleh Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat
Kilau dan Mat Kelubi di Jeram Ampai, Kuala Tembeling, Pahang. Dalam serangan itu Pemangku
Penguasa Ulu Pahang bernama Wise, terbunuh bersama empat anggota polis. Serangan tersebut
menyebabkan Mat Kilau berundur ke Kelantan. Ini menandakan berakhirnya perang menentang
Inggeris di Pahang.

Sir Hugh Clifford, Residen Bristish di Pahang melancarkan serangan secara besarbesaran yang menelan belanja yang banyak, memburu mereka hingga ke Terengganu dan
Kelantan.Gerakan itu dihentikan pada bulan November 1895 apabila Datuk Bahaman, Pawang
Nong dan Mat Lela dikatakan menyerah diri kepada kerajaan Siam tetapi diberi tempoh
perlindungan dan ditempatkan di Chiengmai pada awal 1896, manakala Tok Gajah dan Mat
Kilau diberitakan meninggal di Terengganu.

Kebangkitan Dato Bahaman selama 4 tahun (1891-1894) telah menyebabkan pihak


Inggeris menanggung hutang yang banyak. Sultan Ahmad dipaksa membayar sebanyak 7200.00
dollar setahun bagi menyelesaikan hutang tersebut.

PERSETIAAN SUMPAH
Memandangkan keadaan tidak selamat, Dato Bahaman dan pengikutnya telah
mengambil keputusan pergi ke Siam. Sebelum itu satu persetiaan telah dilakukan di Kg. Bukit
Haji Pak Jedih, Tanah Merah, dimana para pejuang bersumpah akan menggunakan nama lain dan
tidak akan mendedahkan siapa diri mereka sebenarnya. Seramai 7 orang terlibat dalam sumpah
persetiaan itu, iaitu Dato Bahaman (Panglima Kakap), Mat Kilau (Mat Siam, Mat Dahan, Mat
Dadu, Mohamed Ibrahim), Mat Lela (Kilat Senja, Gong Poh), Mamat Kelubi (Tok Janggut).

Pada tahun 1911, Dato Bahaman telah kembali ke Kelantan manakala Mat Lela pergi ke
Indonesia, sementara 2 orang pejuang lagi telah meninggal dunia di Patani, Siam. Pada tahun
1920, Dato Bahaman balik ke Kuantan dan tinggal di Kg. Paya Lalang (Padang Lalang) dengan
memakai nama Lebai Deraman. Pada tahun 1926, Dato Bahaman berpindah ke Kg. Peramu dan
dikenali sebagai Tok Guru Peramu. Mat Kilau pula dikatakan berpindah ke Kg Aur Rompin,
Tanjung Medang, Kg. pasir Panjang, Kg. Batu Tering Pekan, Kg. Batu Lima Jalan Gambang.
Mamat Kelubi dan Panglima Hitam tidak diketahui kisahnya. Dato Bahaman tinggal di Kg.
Peramu sehingga kematiannya.

RINGKASAN
LATAR BELAKANG

Nama sebenarnya Abdul Rahman Bin Imam Noh.

Dianugerahi gelaran Orang Kaya DatoSetia perkasa pahlawan semantan.

Diberikan anugerah kerana kegagahan dan keberanian beliau dalam perang


saudara di Pahang dan Perang Klang di Selangor.

Dilantik sebagai pembesar Temerloh setelah kematian Orang Kaya Indera Segera.

Dato Bahaman tidak mengiktiraf pemerintahan British di Pahang.

FAKTOR PENENTANGAN
(a)

Hilang Hak Mengutip Cukai

DatoBahaman menentang tindakan British melantik E.A.Wise sebagai pengawai


majistret dan pemungut hasil di daerah Temerloh.

DatoBahaman dilarang mengutik cukai di daerah kekuasaannya iaitu di

Temerloh.
(b)

Pembinaan Balai Polis

Pegawai British iaitu E.A.Wise mendirikan balai polis di Lubuk Terua tanpa
berunding terlebih dahulu dengan DatoBahaman.

Konflik antara kedua-duanya menjadi lebih serius.

DatoBahaman menganggap tindakan British sebagai menceroboh kawasan serta


mengancam kedudukannya.

(c)

Perlucutan Gelaran

Hugh Cliffod menganggap DatoBahaman sebagai penderhaka kerana enggan


mematuhi arahan British.

British memaksa Sultan Ahmah melucutkan gelaran DatoSetia Perkasa Pahlawan


Semantan.

Tindakan British memalukan DatoBahaman dan beliau bersumpah menghalau


keluar British dari Pahang.

PERISTIWA PENENTANGAN

Pada 16 Disember 1891 , British menangkap 3 orang pengikut DatoBahaman


kerana mengutip hasil hutan tanpa kebenaran .

Tindakan British itu menyebabkan DatoBahaman dan pengikutnya menyerang


Balai Polis Lubuk Terua . Peristiwa ini mencetuskan perang .

Pada 26 Disember 1891 , Hugh Clifford mengetuai pasukan 200 orang tentera
untuk menawan semula Lubuk Terua tetapi tewas dalam pertempuran di Kelubi .

Hugh Clifford berundur dan meminta bantuan daripada Singapura .

Pada Januari 1892 , British memaksa Sultan Wan Ahmad menamatkan


kebangkitan rakyat Pahang .

Pasukan tentera dinamakan Gerakan Sultan yang disertai oleh J.P.Rodger


ditumbuhkan .

British membekalkan 200 pucuk senapang dan 1000 butir peluru .

Sultan Wan Ahmad dilantik mengetuai gerakan ini dan berjaya menawan 11 kubu
DatoBahaman di Bentong .

Pada Mac 1892 , British sekali lagi menyerang Lubuh Terua .

Pejuang Pahang berundur ke Kelantan dan Terengganu .

Di Terengganu , Ulama Tok Ku Palah menyemarakkan semagat pejuang Pahang


berjihad menentang British .

Pada 14 Jun 1894 , DatoBahaman dan 100 orang pengikutnya menawan Kuala
Tembeling dan Jeram Ampai .

British bertindak balas menghantar Kolobel Walker untuk menawan semula Jeram
Ampai .

DatoBahaman , Tok Gajah dan Mat Kilau berundur ke Kelantan .

Pengunduran ini menandakan berakhirnya perang menentang British di Pahang.

KESAN PENENTANGAN

Datobahaman dan pengikutnya memperlihatkan keberanian menentang British .

Kedudukan British di Pahang tergugat dengan semangat patriotisme oleh


pahlawan Pahang .

Kebangkitan ini berlansung selama 4 tahun iaitu dari 1891-1894

British terpaksa menanggung hutang yang banyak .

Sultan Wan Ahmad dipaksa oleh British membayar 7200 dolar setahun bagi
menyelesaikan hutang tersebut.

You might also like