You are on page 1of 3

Kertas Kerja

Program Reka Cipta Barangan Terpakai


1. PENDAHULUAN
Alam wujud dalam keadaan seimbang tetapi, keadaan ini kini terjejas akibat pembangunan dan
pertambahan penduduk. Kita membuang banyak sampah setiap hari dan 90% dilonggokkan di
tapak pelupusan sampah.
Kitar semula bahan buangan adalah salah satu cara untuk mengurangkan sisa buangan dan
seharusnya mengurangkan penggunaan ruang untuk menempatkan sampah-sarap. Amalan
kitar semula perlu digalakkan untuk melahirkan masyarakat mesra alam. Kesedaran akan
kepentingan kitar semula harus dipertingkatkan dan diperluaskan.
2. MATLAMAT
Memupuk semangat kesedaran di kalangan murid-murid sekolah tentang pentingnya mengitar
semula bahan-bahan terpakai untuk memulihara alam sekitar dan meminimumkan kesan
negatif daripada aktiviti manusia.
3. OBJEKTIF
3.1 Menggunakan semula sisa yang berguna seperti kertas, kotak, botol, plastik, kaca dan
sebagainya.
3.2 Mengurangkan pembuangan bahan buangan dan pembaziran penggunaan sumber
semula jadi.
3.3 Memelihara serta memulihara alam sekitar dengan menyumbang kepada teknologi hijau.
3.4 Menjimatkan penggunaan bahan mentah bagi penghasilan produk baru.
4. BUTIRAN PROGRAM
Tarikh

19 Ogos 2015 (Rabu)

Masa

8.00 pagi hingga 1.00 petang

Tempat :

Dewan Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang

5. SASARAN
5.1
2 orang guru pengiring.
5.2
5 orang murid.

6. PELAKSANAAN PROGRAM

Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Email : skbktampoi@gmail.com

Kertas Kerja
Program Reka Cipta Barangan Terpakai
Pertamanya, kitar semula dapat mengurangkan penggunaan bahan mentah baru. Seperti
sedia maklum, kebanyakan bahan mentah diperoleh daripada sumber hutan. Misalnya, kertas
diperbuat daripada pokok dan tayar-tayar kenderaan diperbuat daripada getah.
Jika amalan kitar semula diabaikan dalam kalangan masyarakat, negara kita bakal kepupusan
hutan yang merupakan ekosistem terpenting untuk kehidupan.
Secara keseluruhannya, projek inovasi ini merupakan suntikan baru bagi murid-murid
terutamanya murid orang asli khususnya, untuk melibatkan diri di dalam pertandingan yang
dianjurkan.
Di samping itu, masalah kesan rumah hijau dapat dikurangkan melalui kitar semula. Menurut
kajian, penghasilan barang baru daripada bahan mentah menggunakan lebih banyak tenaga
berbanding menghasilkan barang baru daripada barang terbuang.
Satu lagi kebaikan kitar semula adalah ianya berpotensi menangani masalah kekurangan
tapak pelupusan sampah.
7. KEWANGAN
Item

Kuantiti

Harga

1. Folder

RM5.30

2. Spray

RM24.00

3. Mounting board

RM3.00

4. Kertas A4

RM10.00

5. Dawai

RM5.00

6. Salotape

RM5.00

7. Ink Printer

RM110.00

JUMLAH

RM162.30

Disediakan oleh,

Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Email : skbktampoi@gmail.com

Kertas Kerja
Program Reka Cipta Barangan Terpakai

Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Email : skbktampoi@gmail.com

You might also like