You are on page 1of 22

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PINANG

KERJA KURSUS SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN


TAHUN 4
TAJUK

MAKANAN TRADISIONAL DI
MALAYSIA

DISEDIAKAN OLEH

Nama

:
1.
2.
3.
4.

Tahun

TENGKU AMMAR HAKIM BIN TENGKU MAHUSIN


MOHD ALIFF BIN YAACOB
MOHD AMAR BIN TAJUDIN
MOHD AMIRUL UMAR BIN BOKHORE

4 Cemerlang

ISI KANDUNGAN
No. TAJUK

MUKA SURAT

1.

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN

PENGENALAN

MAKANAN TRADISIONAL
DI MALAYSIA

PENUTUP

18-19

RUJUKAN

20

LAMPIRAN

21

4-5
6-17

PENGHARGAAN
Terlebih dahulu, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua pihak yang telah membantu saya dalam pengumpulan maklumat sehingga
terhasilnya kerja khusus Sivik ini yang bertajuk Makanan Tradisional

Di

Malaysia. Ucapan terima kasih turut ditujukan kepada ibu bapa saya yang telah
banyak memberi dorongan dan sokongan serta pembantuan dari segi kewangan
sepanjang kajian ini dijalankan.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Cikgu Noor Zila bt. Yahya , guru
pendidikan sivik sekolah ini yang telah memberikan panduan, nasihat serta
bimbingan sepanjang masa untuk merealisasikan tugasan ini.
Akhir sekali, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua
rakan-rakan sekelas yang telah memberi sokongan dan dorongan yang mencukupi.
Terima kasih .

PENGENALAN
Kepelbagaian

merupakan

perkataan

utama

apabila

kita

memperbincangkan tradisi makanan Malaysia. Masyarakat Melayu kaya dengan


khazanah seni termasuk keindahan dan kreativiti dalam masak memasak atau
penyajian makanan. Tiga kaum yang utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan
India. Melayu merupakan masyarakat terbesar dengan 54% daripada populasi
Malaysia. Melayu merupakan masyarakat terbesar dan beragama Islam, berbahasa
Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Kaum Melayu mempunyai pengaruh
yang penting dalam arena politik di Malaysia. Cina pula mewakili 25% daripada
penduduk Malaysia dan dan tinggal di bandar-bandar besar di pantai barat
semenanjung. Kebanyakan kaum Cina berkepercayaan Buddha, Taoisme atau
Kristian, berbahasa Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis atau Teochew dan lebih
dominan dalam bidang ekonomi. India pula membentuk 7.5% daripada populasi.
Kebanyakannya beragama Hindu, bertutur Tamil, Malayalam, dan Hindi. Selain
itu, terdapat juga kaum Sikh, Serani atau Eurasian dan kaum bumiputera lain.
Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi Malaysia, tetapi Bahasa Inggeris digunakan
secara meluas.
Dari segi sejarah, kaum Melayu ini mempunyai elemen-elemen dan usul asal
dari Sumatra, Jawa, Thailand, Sulawesi dan juga Polinisia. Dengan pengaruhpengaruh negara tersebut tidak hairanlah jika masakan Melayu mempamerkan
sedikit sebanyak kualiti kulinari dari negara-negara tersebut. Pengaruh Acheh,
Bugis dan Siam amat ketara di beberapa negeri. Ini dapat dilihat dari segi
penyediaan makanan dan dialek percakapan mereka: ala Siam.

Di Negeri Melaka, perkembangan sejarah kaum Cina bermula pada abad


ke-15. Ianya bermula dengan lawatan admiral China Yin Ching dan Cheng Ho.
Mereka singgah di Melaka dalam perjalanan ke Barat. Admiral Cheng turut
membawa bersamanya adat resam dan budaya kaum Cina. Sultan Mahmud
sungguh tertarik dengan kebudayaan Cina. Perkahwinan di antara Sultan Mahmud
dan Puteri Hang Li Poh mengeratkan lagi pertalian dua budaya ini. Walau
bagaimanapun Malaysia hanya dapat menyaksikan pengaruh (tradisi, budaya dan
masakan) dari China ini pada abad ke-18. Pendatang dari China dibawa bekerja di
lombong-lombong di Malaysia dan mereka membawa bersama budaya tradisi dan
nilai etika kerja.
Kaum India mula menapak kaki di Malaysia 2,000 tahun yang lalu. Mereka
merupakan pedagang dan pada abad ke-10 terdapat beberapa komuniti kecil
keturunan India di pinggiran pantai. Ketika dijajah oleh Kerajaan Inggeris, kaum
India di bawa masuk ke Semenanjung untuk bekerja di ladang-ladang getah dan
seterusnya menetap disini. Keturunan India dikatakan berasal dari Kalinga
(selatan timur India). Kaum Chitty di sini berkahwin dengan penduduk tempatan
dan menerap nilai, tradisi dan budaya mereka. Bagi kaum wanita Chitty, mereka
memakai kebaya panjang atau kebaya pendek. Bagi kaum lelaki pula apabila
menghadiri pesta keugamaan, mereka mengenakan pakaian dhoti bukan sarong
yang dipakai oleh kaum India yang lain.
Sebagai negara kosmopolitan, Malaysia juga mempunyai potpuri budaya
yang agak unik. Gabungan kaum Melayu, Cina dan India Cina berjaya
menyatukan pelbagai hidangan kepada Hidangan Malaysia dan menjadikan ia
sebagai satu tarikan kepada pelancong luar. Penduduk di Malaysia ini juga
dikatakan banyak menghabiskan masa di meja makanan dan menjadikan masa
menikmati hidangan itu sebagai aktiviti kebangsaan. Kaum Cina, India dan
Melayu di Malaysia ini sentiasa kreatif, berganding bahu mereka masakan baru
dengan menggabungkan pinjam meminjam tradisi budaya masing-masing. Dengan
ini lahirlah nasi ayam, mi mamak, mi kari dan lain-lain.

BUDAYA MAKAN DI MALAYSIA


Budaya makanan orang Melayu mempunyai banyak ciri-ciri yang istimewa
dan unik. Pelbagai lauk pauk tidak akan sempurna jika tidak diiringi dengan nasi.
Nasi merupakan makanan utama bagi orang Malaysia dan orang Melayu amnya.
Beras juga merupakan nadi budaya kehidupan dan adat bagi penduduk Asia. Di
Malaysia padi menjadi tanaman utama di Kedah dan Perlis dan dikenali sebagai
Rice Bowl of Malaysia. Nasi dihidangkan dengan pelbagai lauk-pauk dan ulam
ulaman. Bahan yang digunakan dalam masakan Melayu berkisar kepada santan,
cili dan belacan. Hidangan Melayu terkenal bukan sahaja dari keenakan tetapi dari
segi kepedasan dan juga penggunaan rempah ratusnya.
Santan merupakan bahan asas dalam masakan. Ia digunakan dalam segala
jenis gulai atau masak lemak. Bahan perasa dalam masakan Melayu adalah seperti
bawang, halia, bawang putih dan cili, jintan, buah pelaga, kayu manis dan lain-lain.
Orang Melayu juga banyak menggunakan bahan-bahan herba seperti serai, daun
pandan, daun limau purut, daun kemangi, bunga kantan, kunyit, lengkuas dan
buah pala.
Orang Melayu di kampung-kampung pada masa kini masih berlandaskan
pertanian dan penternakan. Hasil pertanian seperti pucuk paku, petai, daun
pegaga, daun selum, daun kaduk, cendawan (kulat) dan lain-lain jenis ulaman daun
menjadi makanan amalan orang Melayu di kampung. Hasil-hasilan kaya dengan
sumber vitamin dan mineral, ia juga tinggi dari segi serat. Selain itu, ia juga boleh
dijadikan ubat untuk mengubati penyakit diabitis dan juga tekanan darah tinggi.

BUDAYA MAKAN MELAYU


NASI LEMAK
Nasi lemak merupakan masakan tradisi dan masakan popular orang Melayu
di Malaysia. Ia patut dijadikan makanan kebangsaan Malaysia. Ia bukan sahaja
menjadi kegemaran orang Melayu tetapi turut di pelopori oleh kaum Cina dan
India. Nasi lemak dahulunya dihidang untuk sarapan pagi tetapi pada masa kini
dijadikan hidangan sepanjang hari. Ia juga turut dihidang pada rumah terbuka
dan dijadikan salah satu menu di hotel-hotel. Nasi lemak turut diiringi dengan
beberapa lauk sampingan: kari ayam, rendang, sambal dan ayam goreng

Nasi Lemak

RESIPI NASI LEMAK:


Bahan-Bahan:
3 cawan beras, 3 cawan santan cair, 2 helai daun pandan, sudu kecil garam
Cara:

1. Bersihkan beras dan tuskan.


2. Masukkan beras ke dalam periuk bersama santan,garam dan daun pandan.
3.Masak hingga nasi kering dan hidangkan bersama ikan bilis goreng, telur
rebus, timun, dan sambal tumis.

NASI TOMATO
Di musim perayaan dan di majlis kenduri, nasi tomato beserta lauk
pauknya sentiasa menarik perhatian tetamu. Nasi tomato dihidang bersama ayam
masak merah, dalca, ayam golek, pecal dan lain-lain. Bagi orang Melayu pantai
Timur (Kelantan dan Terengganu) menghidangkan nasi dagang, nasi berlauk, nasi
minyak, ayam percik dan lain-lain.

Nasi
Tomato

RESIPI NASI TOMATO


Bahan-Bahan:
2 ulas bawang putih, 3 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar
cawan minyak sapi, 2 kuntum bunga lawang, 1 biji buah pelaga, 2 cawan air
2 kuntum bunga cengkih, 2.5 sm kulit kayu manis, 2 cawan beras, cawan sos
Cara:
Goreng bawang putih dan bawang merah dalam minyak sapi hingga kuning.
Masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga.

Apabila naik baunya masukkan beras dan gaul rata. Tuangkan air dan garam,
biarkan hingga mendidih. Bila sudah kering, masukkan sos tomato. Angkat dan
hiaskan dengan telur rebus, bawang goreng, bawang besar yang dihiris bulat dan
daun bawang.

LAKSA
Selain lauk pauk, terdapat juga makanan ringan seperti laksa Penang, laksa
Johor, pesembur, mi Siam dan lain-lain.

RESIPI LAKSA PENANG


Bahan-Bahan:
1 kg laksa (dicelur)

2 batang serai (diketuk) 4 liter air

1 kg ikan kembung

1 biji timun (dihiris)

2 batang bunga kantan

sedikit daun salad (dihiris)

5 keping asam gelugur

2 biji bawang besar (dihiris)

10 biji cili padi

2 sudu besar cili kisar

1 tangkai daun kesum

4 biji telur rebus

2 sudu besar otak udang

Garam secukup rasa

Cara:

Rebus ikan kembung hingga lembut. Buangkan tulangnya & kisar isi ikan hingga
halus. Masukkan bawang besar, bunga kantan, serai, daun kesum, cili padi, cili
kisar, asam gelugur, otak udang & air ke dalam periuk. Biarkan mendidih selama
20 minit. Kemudian masukkan isi ikan, garam & masak lagi selama 10 minit.
Masukkan laksa ke dalam mangkuk & tuangkan kuah panas hingga penuh,
bubuhkan salad, timun & telur rebus.

MANISAN
Manisan kegemaran orang Melayu ialah dari jenis bubur dan kuih muih.
Bubur pulut hitam, bubur kacang, pengat pisang dan bubur cacar (kandungan
keladi, keledek dan tepung gunting) merupakan manisan yang sangat popular.
Kebanyakan kuih muih orang Melayu berasaskan beras, beras pulut dan ubi.
Contohnya kuih seri muka (di bawah pulut dan di atas kastad pandan) pulut
panggang (pulut berisi serunding kelapa atau ikan) bengkang ubi, talam keladi,
cucur badak, kuih lapis dan sagu gula Melaka. Manisan tradisi bagi orang Melayu
pula ialah dodol, wajek, kuih koci, bahulu dan onde-onde. Kuih tradisi ini masih
diminati terutama pada bulan Ramadhan dan lebaran.
Ondeh-Ondeh

10

Kuih Muih

ROTI JALA
Antara pelbagai jenis kuih-kuih yang dijualkan dalam pasaran, roti jala
bukan sahaja telah menjadi kegemaran dalam kalangan orang Melayu malahan
juga kaum-kaum yang lain seperti Cina dan India.
RESIPI ROTI JALA
Bahan-Bahan
1 kilo tepung gandum

1 sudu marjerin

2 biji telor ayam

Sedikit garam

1 tin susu cair Carnation

Setitik pewarna kuning

Cara:
1. Bancuh tepung bersama susu cair/garam/pewarna/mentega dan telur.
2. Akhir sekali blender tepung yang telah dibancuh tadi supaya ianya tidak
bergentel dan senang untuk dilayang.

11

3. Panaskan kuali dan sapukan sedikit minyak kemudian layangkan tepung yang
telah cair.
4. Kemudian setelah selesai angkat lipatkan segi empat atau segi tiga.

NASI KANDAR
Bila kita menyebut nasi kandar, Pulau Pinang menjelma dalam ingatan kita.
Nasi kandar di Pulau Pinang samalah seperti adanya nasi dagang di Kelantan atau
Terengganu. Kini populariti nasi kandar telah menular ke negeri-negeri lain di
Semenanjung. Kadang kala kita tertanya-tanya apa yang membezakan nasi kandar
dengan nasi-nasi yang lain. Nasi kandar diiringi dengan pelbagai jenis lauk pauk
(dalam 30 jenis masakan). Contoh hidangan lauk pauk nasi kandar ialah: ayam
goreng berempah, kari kepala ikan, ikan goreng, kari telur sotong, udang galah
goreng, kari daging rusa, kari kambing dan lain lain. Nasi kandar mengekalkan
nama kandar ini berlandaskan cara penjaja nasi ini menjualnya. Nasi dikandar di
bahu dan mereka akan berjaja merentas kampung-kampung. Pasa masa kini nasi
kandar boleh dinikmati di restoran-restoran dan juga di hotel. Menikmati hidangan
yang disajikan di atas daun pisang juga menjadi kegemaran orang-orang Malaysia.
Minuman iringan dengan nasi kandar ini ialah teh tarik.

12

Nasi
Kandar

BUDAYA MAKAN INDIA


ROTI CANAI, PARATHA, PURI DAN CHAPATI
Roti canai atau paratha dan puri ini pada asalnya ialah makanan kegemaran
kaum India. Buat masa kini roti canai berjaya meletakkan tarafnya bersama
dengan nasi lemak, diminati oleh sebilangan besar rakyat Malaysia. Capati yang
diolah dari gandum tulin mempunyai banyak khasiat dan makanan sesuai untuk
penyakit kencing manis dan darah tinggi. Roti-roti ini sedap dimakan bersama dal,
kari dan sambal.
Roti Canai
Muruku

NASI BRIYANI
13

Satu lagi hidangan berasal dari India ialah nasi beriani. Ia bukan sahaja
digemari oleh kaum India tetapi juga diminati oleh kaum-kaum yang lain. Nasi
beriani ini dipelopori oleh orang Melayu terutama di Johor. Nasi beriani gam
dimasak bersama dengan lauknya (ayam dan daging) dan doh tepung gandum
menjadi bahan penampal atau pelekat. Doh ini akan ditampal di sekeliling tutup
periuk untuk mengekalkan wap dan haba, dan seterusnya mengekalkan aroma dan
tekstur nasi. Kuih muih orang India dijual di restoran mamak ialah: wade, maruku
dan suji. Pelbagai minuman berasaskan tairu dan buah-buahan juga turut dijual.

Nasi
Beriani Gam

KARI KAMBING
RESIPI KARI KAMBING
Bahan-Bahan
1 kg bahu kambing uang bertulang

8 ulas bawang putih

(dipotong dadu sebesar 2.5 cm.

2 camca serbuk rempah kari

125 g minyak sapi

Sedikit air (digaul menjadi pes)

1 kuntung bunga lawang

5 batang lada hijau (digiling)

1 camca adas

5 batang lada merah(digiling

1 camca kakas

2.5 cm kunyit hidup(digiling)

5 cm kayu manis

Gram secukup rasa

20 ulas bawang merah (dihiris nipis)

450 ml pati santan

Cara:
Pijarkan minyak sapi dalam sebuah kuali besi dan masukkan kesemua rempah
kering tadi. Tumiskan sehingga wangi, Kemudian masukkan bawang merah dan

14

bawang putih. Kecilkan api dan mask sehingga layu. Masukkan rempah kari dan
kacau rata-rata. Apabila naik baunya, masukkan lada hijau yang telah digiling dan
pes kunyit. Masukkan daging dan garam secukup rasa. Goreng sehingga tergaul
rata.Masukkan santan lalu kacau sehingga mendidih. Kecilkan api dan biarkan
mendidih perlahan-lahan sehingga dagaing itu empuk. Rasa garamnya dan
turunkan daripada api.

Kari Kambing

BUDAYA MAKAN BABA NYONYA


Masakan nyonya pada masa kini sangat diminati oleh pelbagai kaum di
Malaysia. Kaum nyonya bermastautin di Melaka dan P.Pinang. Anak lelaki mereka
dipanggil baba dan anak perempuan dipanggil nyonya. Masakan dan budaya
nyonya adalah gabungan daripada orang Melayu dan Cina. Contoh masakan
nyonya ialah bubur caca, ikan bakar dan air asam, nasi kerabu dan lain-lain.
Nyonya di Penang dipengaruhi oleh Thailand di mana penggunaan limau dan asam
jawa agak ketara. Masakan nyonya di Melaka mempunyai banyak pengaruh
Indonesia dan Melayu. Jantung pisang, nangka muda, daun keledek dan belimbing
buluh digayakan dalam masakan mereka. Buah-buahan dan sayuran ini
digabungkan dengan daun limau purut, daun kesum, bunga kantan, daun kunyit
dan daun pandan. Otak-otak, kerabu, laksa nyonya dan kuih muih nyonya
mendapat tempat di buffet hotel dan restoran. Kuih nyonya terkenal dengan
keenakan dan kepelbagaiannya. Kebanyakan kuih nyonya ini berasaskan resipi
kuih orang Melayu tetapi diperkemaskan dan perbaharui oleh kaum nyonya.
Bahan tani yang digunakan ialah ubi kayu, ubi keledek, ubi keladi, beras pulut,
santan dan gula melaka.
15

Pulut Tai Tai

Kerabu Bee Hoon

BUDAYA MAKAN CINA


Bagi kaum Cina pula bahan utama dalam masakan mereka ialah bahan soya
(tahu, taucu, kicap soya) cendawan, bunga lily, biji bijan dan lain-lain. Bahan ini
kemudiannya akan diolah bersama rempah yang digunakan oleh orang Melayu
seperti biji ketumbar, kayu manis dan sebagainya. Kebanyakan masakan Cina di
negara kita ini, kebanyakan resipinya berasal dari Negeri China, contohnya: yong
tau foo, char koay teow, dim sum dan lain-lain. Masakan ini telah diminati
semenjak abad ke-18. Lok lok adalah satu-satu makanan Cina yang masih dijaja
dan menjadi kegemaran kaum Cina. Lok lok atau dikenali dengan sate celup
merupakan makanan ringan dari sayuran, daging dan makanan laut. Nasi ayam
bukan sahaja dipelopori oleh kaum Cina tetapi diminati oleh semua rakyat
Malaysia. Nasi ayam dihidangkan bersama ayam goreng, ayam panggang atau
ayam kukus. Bagi orang Melayu mereka lebih meminati ayam yang bergoreng atau
dipanggang dan kaum Cina memilih yang dikukus. Minuman iringan bagi kaum
Cina ialah teh Cina dan manisan kegemaran mereka ialah buah-buahan segar dan
manisan berasaskan kekacang.
Yong Tau Fu

16

Char Kuey Teow

NASI AYAM
Nasi ayam Hainan merupakan makanan Cina yang sering dikaitkan dengan
makanan Malaysia atau Singapura, dan juga ditemui di negara berjiran Thailand,
serta juga di wilayah Hainan, China. Nasi ayam Hainan yang dinamakan
sedemikian karena asal-usulnya dalam makanan Hainan dan pengamalannya oleh
populasi orang Cina seberang laut bersuku Hainan dalam kawasan Nanyang, versi
makanan ini yang didapati di Malaysia/Singapura menggabungkan unsur-unsur
masakan Hainan dan Kantonis ditambah lagi dengan citarasa makanan di Asia
Tenggara.
Nasi Ayam Hainan

RESIPI NASI AYAM HAINAN


Bahan-Bahan:

17

4 tin susu beras


2 helai daun pandan
2 susu mentega
Daun salad
Timun

1 ekor ayam
Garam Bahan kisar:
8 ulas bawang putih
4 inci halia
Sos cili:
10 batang cili merah
air limau kasturi
Gula

Sop Ayam:
4 ulas bawang putih }
2 inci halia } kisar
Cara:
1.

Ayam yg telah direbus dipotong 4. Gaul dengan kunyit/tepung jagung/garam


lalu goreng dlm minyak penuh.

2.

Panaskan periuk tumis bahan kisar.

3.

Bila garing masukkan daun pandan & beras bersama 4 tin susu dari sop
ayam. Biar nasi masak. Bila dah masak ratakan dengan mentega & garam.

PENUTUP
Untuk mengakhiri folio ini, saya ingin menyentuh aspek etika sosial dan tata
cara peradaban meja makan di Malaysia. Sebelum itu, mari kita meninjau ke
dapur-dapur orang Malaysia. Terdapat pelbagai kaedah memasak yang boleh kita
pelajari. Bagi kaum Melayu peralatan seperti batu lesung merupakan peralatan
mesti ada dari nenek moyang kita dahulu hingga sekarang. Kaum Cina dengan
kuali atau woknya dan kaum India dengan belanganya pula. Kaum ethenik di
Malaysia menganggap suasana ketika menikmati hidangan adalah aktiviti
komuniti, tidak kira di rumah atau di restoran. Makanan dihidang serentak dan
setiap individu akan dihidangkan dengan nasi dan mereka akan memilih lauk pauk
sendiri. Orang India dan orang Melayu menggunakan tangan dan kaum Cina
dengan penyepit. Menggunakan tangan juga mempunyai etika tersendiri. Kita
hanya menggunakan tangan kanan dan hujung jari sahaja. Tapak tangan tidak
digunakan dan ia mesti kelihatan bersih tidak comot. Membasuh tangan bukan
sahaja bersopan tetapi dimestikan dari segi kebersihan. Kita tidak dibenarkan
sama sekali mengambil makanan dari pinggan hidang dengan tangan. Kita

18

sepatutnya menggunakan sudu yang disediakan dengan mengambilnya dengan


tangan kiri. Anda digalakkan mengambil makanan terdekat dengan anda dahulu
dan tidak terlalu banyak bercakap jangan bercakap ketika mulut masih penuh dan
akhir sekali tidak mengunyah terlalu kuat.
Bagi kaum Cina memang lasimnya menggunakan penyepit, tetapi di
restoran dan kedai makanan ada juga yang menyediakan sudu dan garpu. Mereka
dianggap tidak bersopan jika menjilat hujung penyepit dan meletakkan penyepit di
atas mangkuk nasi. Letakkan penyepit di tempat yang disediakan dan jangan
berebut-rebut, pastikan anda menunggu giliran apabila memusing bulatan
pemusing. Pada lazimnya hidangan Cina diiringi dengan pelbagai sos, pastikan
anda mengambil sos dengan sudu yang disediakan dan letakkan sos ke dalam piring
kecil yang disediakan dan jangan sekali-kali mencelup makanan di pinggan hidang.
Budaya makan di Malaysia dianggap unik dan istimewa kerana ia
merupakan campuran budaya daripada beberapa kaum yang lain di Asia. Kita
seharusnya menghargainya dan mencintainya supaya generasi masa hadapan dapat
memahami dan menghormati adat resam dan budaya berbilang kaum di Malaysia
ini. Oleh demikian, wujudlah sebuah masyarakat yang beraman-damai, bersepadu,
dan harmonis.

19

RUJUKAN
1. Buku Teks KBSM Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Ting.3
Abdul Aziz Bin Abdul Rahman, Vincent Selva A/L Santhanasamy,Lim Jin Fou
Kementerian Pelajaran Malaysia, Percetakan Rina Sdn. Bhd
ISBN 9383-9859-88-9
2. http://www.rasamalaysia.com/
3. http://www.angelfire.com/tv2/masakanmalaysia/
5. http://mimieziss.multiply.com/journal/item/25/PEMBUDAYAAN_MAKANAN_
MALAYSIA
6.0 http://resepi.mesra.net/
6.1 http://resepi.mesra.net/Detailed/2871.shtml
6.2 http://resepi.mesra.net/Detailed/870.sh6.3
6.3 http://resepi.mesra.net/Detailed/417.shtml
6.4 http://resepi.mesra.net/Detailed/2504.shtml

20

6.5 http://resepi.mesra.net/Detailed/2469.shtml

LAMPIRAN
http://www.cafe.com.my/delicacy/malaysiafood.html

http://mimieziss.multiply.com/journal/item/25/PEMBU
DAYAAN_MAKANAN_MALAYSIA
21

22

You might also like