You are on page 1of 3
JABATAN PENDIDIKAN PERAK JALAN TUN ABDUL RAZAK, 30640 IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN. Telefon : 05-501 5000 Paks : 05-527 7273 portal :htp-/lipnperak.moe gov.my AMALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN Ruj. Kami: J.Pel.Pk.(AM) 4881/8 (a}) Tarikh : 4 NOVEMBER 2014 Semua Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Perak. Tuan, PENGISIAN SKOR PENARAFAN KENDIRI SEKOLAH MENGGUNAKAN SKPM VERSI 2003 DAN SKPM 2010 Saya di arah merujuk kepada perkara di atas dan surat daripada Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Pembangunan Profesionalisme Keguruan), KP (JNJK) 1100 (4/C) (53) bertarikh 22 September 2014 adalah berkaitan. 2. Jabatan ini ingin menarik perhatian tuan terhadap keputusan YAB Menteri Pendidikan pada November 2013 bahawa semua sekolah di bawah Kementerian ini perlu mengisi Penilaian Kendiri Sekolah (PKS) SKPM Versi 2003 dan SKPM 2010 sehingga tamat Gelombang 1 PPPM. Pengisian PKS-SKPM 2003 hendaklah dibuat melalui portal NKRA (nkra.moe.gov.my) dengan menggunakan Instrumen SKPM 2003 Versi 2014 dan PKS-SKPM 2010 pula dibuat melalui portal e-nazir (www.moe.gov.my /enazir). 3. Jabatan ini juga ingin mengingatkan semua sekolah agar tidak melakukan kesilapan dalam pengisian PKS-SKPM tahun 2014 sebagaimana yang dilakukan oleh sebilangan sekolah dalam tahun 2013. Kesilapan-kesilapan ini telah memberi kesan terhadap skor komposit serta tidak menggambarkan keadaan sebenar sekolah. Di antara kesilapan-kesilapan yang dikesan ialah: 3.1 Tidak menubuhkan Jawatankuasa SKPM Sekolah. 3.2 Mengisi PKS-SKPM tanpa melalui proses perbincangan Jawatankuasa SKPM Sekolah. wf “CINTAILAH BAHASA KITA’ (Sia eatatkan rajuan pejabat ni apabita berhubung) 4, Sehubungan dengan itu, Jabatan ini meminta tuan memastikan semua sekolah di bawah pentadbiran tuan mengambil tindakan terhadap perkara-perkara berikut dengan kadar segera: 4.1 Menubuhkan Jawatankuasa SKPM Sekolah untuk membincang, menyelaraskan skor PKS-SKPM serta membuat tindakan susulan terhadap pencapaian setiap standard yang dinyatakan, 4.2 Muat turun Instrumen SKPM 2003 Versi 2014 (Sekolah Rendah) mulai 10 Oktober 2014, 4.3. Muat turun Instrumen SKPM 2003 Versi 2014 (Sekolah Menengah) mulai 10 November 2014. 44 Mengisi PKS-SKPM mengikut tarikh yang ditetapkan (sila rujuk Jadual Pengisian ‘Skor PKS-SKPM yang dilampirkan), 5, _Jika plhak tuan memerlukan penjelasan lanjut atau bantuan mengenai pengisian PKS- SKPM ini, sila berhubung terus dengan Jemaah Nazit Dan Jaminan Kualiti Negeri Perak atau Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Perak, 6. Kerjasama tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, (HJ. MOHD. IDRIS BIN HJ. RAMLI, pmp., AMP. ) Pengarah Pendidikan Negeri, Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Sk Ketua Nazir Negeri, Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti Negeri Perak eae LAMPIRAN 1 JADUAL PENGISIAN SKOR PKS-SKPM VERSI 2003 DAN SKPM 2010 SEKOLAH RENDAH INSTRUMEN SKPM 2003 ‘SKPM 2004 Portal hittp://nkra.moe.gov.my wawwmoe.gov.my/enazir Tarikh Pengisian Skor PdP 1 November 2014 hingga 28 Disember 2014 Skor Standard 4 SKPM 2010 1 November 2014 hingga 28 Disember 2014 Skor Standard 4 SKPM 2010 SEKOLAH MENENGAH INSTRUMEN ‘SKPM 2003 SKPM 2004 Portal http://nkra.moe.gov.my www.moe.gov.my/enazir Tarikh Pengisian 1 Mac 2015 hingga 12 April 2015 1 Mac 2015 hingga 12 April 2015, L | Skor PdP Skor Standard 4 SKPM 2010 Skor Standard 4 SKPM 2010

You might also like