You are on page 1of 6

Tugasan 1 : Teks Ucapan : Satu impian, Satu Agenda: Guru Berwawasan

Mendokong Transformasi Pendidikan Negara.


Terima kasih kepada saudari pengerusi majlis. Selamat pagi, salam
sejahtera dan salam Satu Malaysia saya ucapkan kepada Yang berbahagia
Encik Wong Lee Onn, pengerusi PIBG SJK Tung Hua. Yang berusaha Encik Tin
Kai Yu, PK1. Yang berusaha Puan Ting Sieh Hua, PK HEM. Yang berusaha Puan
Siti Norliza, PK Kokurikulum. AJK PIBG, barisan guru yang dedikasi dan muridmurid yang dikasihi sekalian.
Betapa syukurnya kita dapat berhimpun pada hari yang berbahagia ini
sempena sambutan Hari Guru. Hari ini merupakan hari yang amat bermakna
kerana ia merupakan tanda pengiktirafan terhadap jasa dan khidmat bakti para
guru yang telah berusaha mendidik generasi muda negara. Terlebih dahulu, saya
ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada
Yang berbahagia Encik Wong Lee Onn selaku pengerusi PIBG atas kesudian
beliau menghadiri majlis Sambutan Hari Guru ini dan kerjasama beliau bagi
menjayakan majlis ini dengan sepenuhnya pada tahun ini.
Hadirin yang dihormati,
Selaku Guru Besar SJK(c)Tung Hua, saya ingin mengucapkan Selamat
Hari Guru kepada semua guru di sekolah ini. Saya ingin mengucapkan terima
kasih atas segala pengorbanan dan sumbangan para guru terhadap sekolah ini.
Yang kita ketahui, hari ini merupakan hari yang amat bermakna bagi setiap
warga guru. Tarikh 16 Mei pada setiap tahun dipilih sebagai Hari Guru kerana
pada hari bulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang
Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima
cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education
Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Di sini, saya amat
berterima kasih kerana pencapaian akademik dan kokukikulum yang amat

cemerlang telah menyebabkan sekolah ini semakin mendapat perhatian


daripada pihak luar. Bukan itu sahaja, yang amat dibanggakan ialah sekolah ini
juga mula dijadikan sebagai penanda aras dan teladan kepada sekolah-sekolah
yang lain. Ini telah membuktikan bahawa para guru yang kita miliki sentiasa
berfikiran positif dalam melonjakkan transformasi pendidikan Negara.

Sidang dewan sekalian,


Hari Guru disambut pada tarikh 16 Mei saban tahun adalah bagi
mengenang jasa dan pengorbanan guru-guru di Malaysia dalam mendidik anak
bangsa. Dengan pengorbanan yang tidak berbelah bagi, maka lahirlah
masyarakat yang berjaya dalam hidup dan seterusnya mampu membangunkan
negara Malaysia yang berjaya. Ini bertepatan dengan tema Hari Guru kita pada
tahun ini iaitu Satu Impian, Satu Agenda: Guru Berwawasan Mendokong
Transformasi Pendidikan Negara. Guru-guru di sekolah ini telah memainkan
peranan mereka dalam melahirkan masyarakat pelajar yang menjadi aset
penting bagi pembinaan sesuatu bangsa. Pelajar adalah satu aset yang amat
berharga dalam menentukan arah pembangunan pada masa akan datang, jadi
memang ketaralah bahawa guru memikul tanggungjawab yang amat berat
sekali. Para guru ini bukan sahaja menekan aspek akademik dan kokurikulum
pelajar semata-mata, malah bagi mengisi tuntutan ke arah negara maju, guru
perlu menyediakan golongan yang dinamik dan berkualiti serta mempunyai
perkembangan sahsiah yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek
dan sosial.

Di samping itu, guru memainkan peranan yang amat penting kepada


pembangunan sahsiah dan peribadi murid-murid. Murid-murid merupakan
tonggak negara, oleh itu gurulah yang membentuk jati diri mereka. Gelaran guru
tidak di kira siapa pun yang pernah mengajar kita, banyak atau sedikit ilmu yang
dicurahkan, tidak kira apa bangsa atau agamanya, mereka tetap guru kita.
Merekalah yang mengajar kita membaca, menulis dan mengira supaya kita ini

menjadi insan yang berilmu dan berguna. Oleh demikian, adalah wajar untuk kita
mengiktiraf sumbangan dan jasa guru terhadap pembangunan masyarakat dan
negara.

Hadirin yang saya muliakan,


Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang
mempunyai satu agenda iaitu melahirkan murid yang seimbang berdasarkan
Falsasah Pendidikan Negara. Sebenarnya, usaha melahirkan modal insan yang
beriman dan bertakwa bukanlah suatu usaha yang mudah dan boleh dipandang
remeh. Tanggungjawab guru ialah mengajar murid-murid supaya mereka
menjadi orang yang berguna terhadap masyarakat dan negara. Bukan itu sahaja,
masalah disiplin seperti ponteng sekolah, mencuri dan lain- lain semakin
meningkat. Semua masalah disiplin ini akan dipikul sepenuhnya oleh insan yang
bernama guru. Oleh itu, guru sememangnya boleh diibaratkan sebagai ibu bapa
yang kedua kepada murid- murid di sekolah. Selain itu, dalam dunia era
globalisasi ini, usaha guru bukan sekadar mengajar apa yang ditulis, malah guru
harus menerokai ilmu yang lebih mendalam lagi. Sebagai contoh, pada masa ini
maklumat-maklumat boleh disebarkan melalui beberapa cara merentasi dunia.
Maka, guru harus menunjukkan sikap positif dalam perubahan pendidikan yang
bertujuan mentransformasikan taraf pendidikan negara kita agar dapat setanding
dengan perubahan global.

Kerjaya sebagai pendidik sentiasa dipandang mulia oleh masyarakat.


Tidak hairanlah, selain ibu bapa, guru dan pendidik adalah orang yang amat
dipercayai dan dihormati pelajar dan masyarakat. Mereka haruslah menjadi
teladan kepada pelajar dan sentiasa dipandang tinggi.

Bak kata pepatah

bahawa Guru ibarat lilin yang membakar dirinya untuk menerangi orang lain.
Dengan adanya guru-guru yang berdedikasi, kepimpinan kesatuan guru yang

proaktif dan ibu bapa yang prihatin, tidak mustahil kita akan dapat menjayakan
proses transformasi pendidikan di negara kita dengan cemerlang. Tidak
keterlaluan jika kita ungkapkan bahawa guru-guru menduduki satu darjat yang
paling dimuliakan dalam masyarakat dan mereka adalah ibu bapa kedua kepada
anak-anak kita.

Segala perit jerih guru-guru sekalian telah membuahkan hasil apabila


sekolah ini menerima baiah sekali lagi bagi tempoh dua tahun berturut-turut. Jadi
saya di sini mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas dan tahniah
kepada guru-guru yang sentiasa sabar mendidik anak-anak bangsa sepanjang
masa. Saya yakin dengan adanya guru-guru yang berdedikasi, proaktif, inovatif
dan ibu bapa yang prihatin, proses melonjakkan dan memartabatkan
transformasi pendidikan negara di sekolah ini dapat direalisasikan dalam masa
terdekat. Dengan keringat guru-guru ini, maka sekolah dapat melahirkan insan
yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Bertitik tolak daripada sumbangan dan
pengorbanan guru ini, maka sewajarnya murid-murid dan masyarakat meraikan
sambutan hari guru pada hari ini sebagai menghargai warga pendidik. Sebelum
mengakhiri kata saya, ucapan-ucapan guru yang saya mahu sampaikan ialah,

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa


Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru. Semoga para
guru sekalian akan terus diberi kekuatan untuk terus menabur jasa kepada nusa
dan bangsa.
Sekian, terima kasih.
Rujukan

Kamal Munsyi dan Shamsudin Othman (2010). Contoh Karangan Terpilih


Bahasa Melayu SPM Edisi Kedua. Shah Alam. Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Luo Guo Ann dan Shamsurina Mohamad Sham (2009). Contoh Karangan Pilihan
Bahasa Malaysia PMR. Shah Alam. Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Siti Hajar Abdul Aziz (1999). Siri Pendidikan Perguruan : Aktiviti Lisan. Kuala
Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
Ujang Mohamed Lazim (2008). Focus Super Hot PMR Penulisan. Selangor Darul
Ehsan. Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd.
Siti Hajar Abdul Aziz, (2008). Bahasa Melayu I. Shah Alam, Sleangor : Oxford
Fajar.

( LAMAN WEB)
Muhammad Fadhil. (05 Ogos 2011). Ucapan. In Blogspot. Retrieved 20 Ogos
2013, from http://cikgumuhammadfadhil.blogspot.com/2011/08/ucapanmerupakan-salah-satu-komunikasi.html.
Undefined ( March 15, 2008). Ucapan Hari Guru. Retrieved 20 Ogos 2013, from
http://jpt.mohe.gov.my/ARKIB%20dan%20PENERBITAN/TEKS
%20UCAPAN/Ucapan%20PM%20di%20MAPPA%20ke%2011.pdf
Undefined (10 Ogos 2013). Teks Ucapan Hari Guru. Ppdhl. Retrieved 17 Ogos
2013, from http://www.ppdhl.net/v1/Rujuk%20Lampiran%20:/article/1278/TEKS
%20UCAPAN%20HARI%20GURU%20MENTERI%20PELAJARAN
%20MALAYSIA%202013.pdf

You might also like