You are on page 1of 5

PERANAN BAHASA MELAYU

1) Asas pembinaan negara dan kebudayaan masyarakat Perkara 152 Perlembagaan


Persekutuan telah memainkan peranan penting menjadikan Bahasa Melayu
sebagai asas pembinaan negara. Sesungguhnya Perkara 152 ini telah mengiktiraf
dan mengisytiharkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta bahasa
rasmi negara. Perkara ini termaktub dalam Perkara 152 (1). Hal ini disebabkan
menjadi satu kepentingan bahawa negara ini mempunyai masyarakat yang
berbilang kaum dan sangat memerlukan satu bahasa sebagai panduan. Bahasa ini
pula boleh difahami oleh setiap kaum. Lagipun peruntukan ini adalah berdasarkan
penduduk asal di Malaysia iaitu orang Melayu yang memonopoli lebih daripada
50 peratus penduduknya. Oleh yang demikian, dengan termaktubnya Perkara 152
mendapati negara mempunyai asas yang kukuh untuk membina sebuah negara.
2) Lambang jati diriBahasa Melayu mempunyai lambang, iaitu sebagai bahasa
kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa pemersatu. Hasrat ini terungkap dalam
dasar bahasa dengan merujuk pada Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu. Melalui perkara ini, Bahasa Melayu telah dipilih sebagai lambang jati diri
warganegara Malaysia. Hal ini sangat diperlukan kerana setiap negara mempunyai
bahasanya sendiri. Contohnya Negara Jepun dengan hasa Jepunnya, Negara
Jerman dengan Bahasa Jermannya dan Negara Perancis dengan Bahasa
Perancisnya. Oleh hal demikian, Bahasa Melayu memainkan peranan sebagai
lambang Negara Malysia di persada dunia. Dengan hal demikian, bahasa Melayu
berperanan sebagai perakuan kejatidirian bangsa Malaysia demi memenuhi
maksud kemajuan mengikut acuan sendiri, seperti yang digariskan dalam
Wawasan 2020.
3) Bahasa perpaduan
Bahasa Melayu juga berperanan sebagai bahasa perpaduan. Perpaduan sangatlah
penting dalam masyarakat yang berbilang bangsa. Tanpa perpaduan negara akan
kucar-kacir dan musnahlah sebuah negara beraulat. Di Malaysia ini, terapat tiga
kaum utama iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Kaum Melayu merupakan
penduduk asal Malaysia dan mempunyai penduduk yang melebihi lima puluh
peratus daripada keseluruhan warganegara di sini. Oleh sebab itulah bahasa
Melayu telah dipilih berdasarkan kaum majoriti penduduk. Bahasa ini wajib
diketahui oleh setiap kaum kerana bahasa ini menjadi bahasa utama dalam
konteks hubungan antara kaum.
Bagi merealisasikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan agen
perpaduan negara, Penyata Razak dijadikan sebagai asas Ordinan Pelajaran 1957.
Menurut penyata itu, bahasa dan pendidikan dapat digunakan sebagai alat untuk
meningkatkan persefahaman perpaduan kebangsaan anatara penduduk yang
berbilang kaum.
4) Bahasa pengantar ilmu pengetahuan
Bahsa Melayu memainkan peranan sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan.
Perkara ini terkandung dalam Laporan Razak pada tahun 1957 dan tahun 1961
setelah melaksanakan syor yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyemak
Rahman Talib yang seterusnya menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan ini
bertujuan untuk memungkinkan bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai

bahasa kebangsaan, bahasa itu diberi tempat sebagai bahasa pengantar ilmu
pengetahuan agar dapat berkembang menjadi bahasa yang moden dan mampu
menjadi asas pembinaan negara bangsa yang maju dan berdaulat.
5) Menjadi bahasa yang cemerlang dalam pembinaan negara bangsa
MalaysiaBahasa Melayu berperanan untuk menjadi bahasa yang cemerlang dalam
pembinaan negara bangsa Malaysia. Bahkan semua bahasa di dunia ini
mempunyai hak tersebut. Pengguna bahasa yang mahu melihat bahasa kebangsaan
mereka berfungsi dengn cemerlang selaras dengan perkembangan bangsanya
mestilah berusaha menjadikan bahasanya lebih baik dan dihormati daripada
bahasa yang dipinjam semata-mata untuk menunjukkkan status penutur, dan
bukannya untuk menyerlahkan kegemilangan bangsa penutur itu sendir. Oleh hal
demikian, penduduk di negara bangsa Malaysia ini perlulah dengan penuh
keyakinan apabila mengunakan bahasa Melayu untuk memartabatkan bahasa ini
di persada antarabangsa.

6) Menampakkan penggunaannya dalam pelbagai perisian dan kesantunan


Bahasa Melayu juga berfungsi sebagai bahasa kebangsaan yang mencerminkan
pengunaannya dalam pelbagai perisiannya dan kesantunanya. Tingkat ilmu dan
tingkat keperisian itu dapat diukur melalui laras bahasanya manakala nilai estetika
keluwesan bahasa ini menjadi pengukur kesantunannya. Bahasa Melayu memiliki
peribai yang istimewa selain terkenal dengan ciri-ciri ketimuran, seperti lemah
lembut, beradab, dan berbudi bahasa. Oleh sebab itu, bangsa Malaysia harus
menggunakan bahasa Melayu yang baku dan yang mempunyai nilai estetika dan
nilai kesantunan.
7) Wahana politik dalam menentukan kualiti penggunaan bahasa negara
bangsanyaBahasa Melayu sebgai bahasa kebangsaan berperanan sebgagai wahana
politik dalam menentukan kualiti penggunaan bahasa negara bangsanya. Bahasa
yang dapat membina neara bangsanya seharusnya dapat juga melahirkan
pengguna bahasa yang brkualiti, berkuasa dan berketerampilan. Maka, lebih
banyak kumpulan enutur yang berkuasa dalam penggunaan bahasa Melayu perlu
dipupuk. Mereka ialah yang terdiri daripada ahli politik, ahli korporat, golongan
professional, pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta, pelajar sekolah,
dan ali masyarakat. Kehadiran kumpulan inidapat mengembangkan bahasa itu
dengan terancang, meliputi pelbgai bidang. Contonya, jika ali politik dan ahli
profesional mempunyai daya ungkapan yang tinggi dan bermutu melalui bahasa
Melayu, bahsa itu akan dilihat sebagai berkuasa dalam arenanya.
8) Menggambarkan bangsa yang berkuasa
Bahasa yang berkuasa menggambarkan bangsa yang berkuasa. Ungkapan Bahasa
Jiwa Bangsa menunjukkan bahawa sesuatu bahasa itu dapat maju jika bangsa itu
pun maju. Namun begitu, untuk mengetengahkan bahsa Melayu, bahasa lain tidak
perlu ditolak. Dalam era globalisasi, pengetahuan tantang bahasa lain amat perlu
dan tidak merugikan bangsa. Bangsa itu akan maju dengan mempelajari ilmu
pengetahuan daripada bahasa lain, lalu disebarkan ilmu kepada bangsanya melalui

pengetahuan yang sudah dialih ke dalam bahasa Melayu melalui usha penerbitan
bahan bacaan.
Sumber : Kerja Kursus Sosiolinguistik, Dr. Awang Sariyan, 2006.

Cikgu Bashid in Kesihatan Guru, Artikel Pilihan


Yang kurik kundi
Yang merah saga
Yang cantik budi
Yang indah bahasa
Indahnya Bahasa Melayu, begitu halus sehingga menusuk kalbu. Daripada banyak
faktor, bahasa muncul sebagai faktor yang dominan dan daripada begitu banyak
bahasa, Bahasa Melayu yang terpilih sebagai bahasa kebangsaan dan seterusnya
menjadi wahana perpaduan masyarakat majmuk di negara Malaysia
Melihat kepada pengiktirafan yang diberi kepada Bahasa Melayu tentunya Bahasa
Melayu memiliki keistimewaan tersendiri sehingga berupaya mengangkat bahasa
ini sebagaiTeras Perpaduan Bangsa Malaysia
Maka dalam tulisan ini saya ingin membuktikan kepada pembaca mengapa dan
bagaimana Bahasa Melayu mampu menjadi teras atau tunjang kepada perpaduan
rakyat berbilang kaum di negara ini.Di akhirnya pula saya akan menuliskan
beberapa ancaman ke atas Bahasa Melayu dalam kedudukannya untuk bertahan
sebagai bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan.
Secara konseptual Bahasa Melayu Teras Perpaduan Bangsa Malaysia bolehlah
didefinisikan sebagai bahasa utama yang menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa
perantaraan berupaya menjadi tunjang atau nadi kepada penyatuan pelbagai kaum
di negara ini.
Mengapakah Bahasa Melayu Dipilih Sebagai Bahasa Kebangsaan?
Sejarah membuktikan bahawa Bahasa Melayu telah diterima sebagai lingua franca
atau bahasa komunikasi utama sejak zaman kesultanan Melayu Melaka pada abad
ke-15 lagi. Bahasa ini digunakan secara meluas dalam bidang perdagangan dan
hubungan diplomatik.
Dalam Kitab Sejarah Melayu menyebutkan bagaimana para pedagang bertungkus
lumus mempelajari Bahasa Melayu dan menguasainya bagi memudahkan mereka
berurusan dengan pemimpin dan masyarakat setempat yang telah lama
menggunakan bahasa itu.
Dalam konteks hubungan antarabangsa surat-surat rasmi dan dokumen perjanjian
turut menggunakan Bahasa Melayu bertulis jawi. Ini membuktikan bahasa Melayu
dapat difahami oleh pelbagai kaum termasuk pihak British. Kalau mereka tidak
mengerti pun ada munsyi atau guru Bahasa Melayu yang akan mengajar mereka.

Begitu juga dokumen-dokumen lain seperti undang-undang tubuh negeri-negeri


Melayu telah menggunakan Bahasa Melayu dengan tulisan Jawi sebagai medium.
Semua ini membuktikan kepada kita betapa Bahasa Melayu pernah mencapai
tahap yang tertinggi dan diguna sehingga ke peringkat antarabangsa.
Memandangkan Bahasa Melayu telah diguna sekian lama sebagai bahasa rasmi
dan basahan, sebagai bahasa komunikasi dan persuratan maka Bahasa Melayu
telah dipersetujui dan disepakati bersama oleh pemimpin pelbagai kaum di negara
ini agar menjadi bahasa kebangsaan bagi persekutuan Malaysia yang merdeka
pada tahun 1957.
Malahan permuafakatan pelbagai kaum itu dirakamkan dalam bentuk dokumen
tertinggi dan luhur iaitu Perlembagaan Negara sepertimana yang termuat dalam
Perkara 152, para 1 sebagai bahasa bagi persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia
yang merdeka.
Maka sejak itu Bahasa Melayu berkembang luas penggunaannya termasuk
menjadi bahasa perantaraan di sekolah-sekolah dan menjadi bahasa rasmi di
semua agensi kerajaan termasuk di mahkamah.
Jelas sekali Bahasa Melayu telah diiktiraf oleh semua kaum sebagai bahasa utama
dan dapat digunakan bersama untuk mencapai matlamat perpaduan.
Bagaimanakah Bahasa Melayu Boleh Berfungsi Secara Berterusan sebagai
Bahasa perpaduan?
Bahasa Melayu yang mampu menjadi teras perpaduan bangsa Malaysia ialah
Bahasa Melayu yang digunakan secara bersama dan meluas. Bahasa melayu
bukan sahaja berfungsi sebagai bahasa basahan, namun bahasa rasmi dan tidak
rasmi.
Bahasa ini bukan sahaja dijadikan bahasa perantaraan di sekolah-sekolah dan
universiti tetapi penggunaannya menjangkau ke peringkat antarabangsa. Buktinya
DS Mohd Najib telah bertutur dalam Bahasa Melayu sepenuhnya di sebuah
Universiti di China semasa lawatan beliau ke sana baru-baru ini.
Ini bererti Bahasa Melayu yang dimaksudkan ialah bahasa Melayu yang standard
dan mengikut struktur bahasa Melayu baku dan mempunyai sistem yang sama
untuk semua.
Slanga atau loghat mungkin sesuai untuk orang Melayu di negeri-negeri tertentu,
tetapi apabila bertutur dengan bangsa Melayu dari kawasan atau negeri yang lain
dan dengan orang bukan Melayu, Bahasa Melayu yang standard wajar digunakan.
Inilah bahasa yang diajar dan digunakan di sekolah, dalam buku teks, buku-buku
dan majalah serta dalam dokumen rasmi yang lain.
Selain itu, Bahasa Melayu sebagai alat perpaduan utama mempunyai masa depan
yang cerah kerana Bahasa Melayu bersikap terbuka kepada bahasa lain. Kita sedar
sesuatu bahasa yang terlalu rigid, terpencil dan statik tidak akan mampu
mengadaptasikan dirinya dengan perubahan semasa.
Dunia semakin berkembang, masyakaratnya semakin maju dan berpengetahuan,

maka begitulah juga halnya dengan bahasa Melayu Sejak dahulu Bahasa Melayu
dilihat mempunyai tahap keterbukaan dan toleransi yang begitu tinggi,kepada
kemasukan isitilah-istilah baru dan kata asing.
Dinamika bahasa ini amat diperlukan untuk memastikan Bahasa Melayu tidak
terkubur seperti yang berlaku kepada bahasa Sanskerta.

You might also like