You are on page 1of 1

Pengenalan

Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Prasekolah ialah penglibatan


yang dapat ditakrifkan sebagai usaha bersama-sama atau saling bantumembantu antara dua pihak ataupun beberapa pihak. Penglibatan ibu bapa
dalampendidikan

kanak-kanak

dapat

meneguhkan

pertumbuhan

dan

perkembangan kanak-kanak dan membantu mengekalkan kejayaannya.


Menurut kajian yang dijalankan oleh Siti Fatimah Abdul Rahman (2006)
tentang penglibatan ibu bapa dengan pencapaian kanak-kanak, beliau
merumuskan bahawa sekiranya kita mahu anak-anak berjaya dalam bidang
pendidikan, ibu bapa perlu terlibat secara langsung dalam arus pembelajaran
mereka. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak secara tidak
langsung memberikan kesan yang positif terhadap perkembangan anak-anak
antaranya sikap bersungguh-sungguh dalam aktiviti pembelajaran di samping
menunjukkan tingkah laku yang lebih baik dan seimbang.
Di Malaysia Event et al. (1999) mendapati bahawa penglibatan ibu bapa
terdapat ruang lingkup yang agak terbatas. Corak penglibatan ibu bapa
ditentukan oleh penganjur sesebuah tadika. Ada pula yang menunjukkan
kecenderungan ibu bapa terlibat dalam aktiviti kokurikulum tetapi ibu bapa tidak
dijangka dan dirancang terlibat dalam pengendalian pengajaran harian dalam
kelas prasekolah. Hanya 10% daripada ibu bapa yang aktif di prasekolah, Di
antara sebab yang dinyatakan adalah kekurangan masa dan ibu bapa
mempunyai tanggungjawab di rumah, serta kurangnya kesedaran ibu bapa
mengenai peranan mereka sebagi pendidik kanak-kanak pra sekolah.

You might also like