You are on page 1of 7

Ketaksamaan Peluang Pendidikan ( Nota )

Pengenalan
Rakyat Malaysia cukup bertuah kerana kerajaan di bawah Kementerian
Pelajaran begitu prihatin terhadap masalah dan isu-isu pendidikan serta sedaya upaya
menyediakan peluang pendidikan yang terbaik dan bertaraf dunia kepada seluruh
rakyat. Pelbagai isu pendidikan termasuklah isu guru, pelajar dan infrastruktur
pendidikan diberi cukup perhatian. Selain itu, dasar-dasar yang digubal seperti Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan yang dibentang di Parlimen turut memperkukuhkan
lagi pendidikan di Malaysia. Petikan dari ucapan mantan Menteri Pendidikan Malaysia,
Yang Berhormat Dato Seri Hishamuddin bin Tun Hussein yang dibuat sempena
perutusan tahun baru 2006 jelas menterjemahkan misi dan visi kementerian yang
sedaya upaya merapatkan jurang pendidikan agar tidak ada golongan yang tercicir dari
arus pembangunan negara. Namun begitu, masih terdapat ketaksamaan peluang
pendidikan kepada setiap rakyat dan etnik di Malaysia.
Masalah ketaksamaan peluang pendidikan ini dibincangkan kepada beberapa
faktor penyumbang masalah termasuklah:
Kelas sosial

Jantina

Kumpulan minoriti

Murid berkeperluan khas

Isu-isu ketaksamaan peluang pendidikan

Perbincangan kita akan lebih berfokus kepada kelas sosial dan jantina. Bagi
membincangkan topik ketidaksamaan peluang pendidikan ini, saya telah merujuk kaum
Cina sebagai penanda aras. Sebagai pengenalan, masyarakat Cina adalah sebahagian
daripada etnik yang bermastautin di Malaysia. Menurut laman web Wikipedia,
Masyarakat Cina adalah golongan minoriti yang menduduki hampir 25 peratus daripada
keseluruhan penduduk di Malaysia. Masyarakat ini kaya dengan adat resamnya,
bahasa pertuturan dan sememangnya perbezaan dari segi budaya amat ketara bagi
dua lagi masyarakat utama di Malaysia iaitu kaum Melayu dan India.
Kelas sosial

Secara geografinya, etnik Cina kebiasaannya tinggal di kawasan bandar terutama


bandar-bandar besar di Malaysia termasuklah Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh dan
Selangor. Ini terbias daripada dasar penjajahan lampau British yang mengamalkan
dasar pemerintahan pecah dan perintah. Oleh sebab itu, Etnik ini mempunyai peluang
pendidikan yang lebih baik berbanding kaum-kaum lain seperti Melayu yang tinggal di
kawasan persisir pantai dan pedalaman serta etnik India yang tinggal di ladang-ladang
dan estet. Seperti yang kita sedia maklum, isu pendidikan dari aspek prasarana lebih
dititik beratkan di kawasan bandar. Selalunya, sekolah-sekolah di kawasan bandar
dilengkapi dengan peralatan belajar yang lebih lengkap berbanding di luar bandar. Ini
memberi kelebihan bukan sahaja penduduk di kawasan bandar tetapi juga dari segi
etnik yang dirujuk iaitu etnik Cina. Di pedalaman yang rata-rata diduduki oleh etnik
Melayu, mereka kurang diberi pendedahan peluang pendidikan yang baik. Oleh sebab
itu, mereka hanya menganggap pendidikan ini hanyalah sekadar menulis, membaca
dan mengira (3M). Setelah penguasaan asas tersebut tercapai, mereka akan lebih
berminat untuk menyambung legasi ibu bapanya seperti menangkap ikan, menjual di
kedai runcit dan sebagainya.
Etnik Cina mempunyai advantage kerana secara umumnya, penguasaan
ekonomi masih lagi berada di tangan mereka. Oleh itu, mereka mempunyai pendapatan
bulanan yang lebih besar berbanding kaum-kaum lain di Malaysia. Oleh sebab itu,
mereka dapat menghantar anak-anak ke sekolah. Malah, mereka yang hartawan pula
sanggup menghantar mereka ke sekolah yang lebih baik berbanding sekolah kerajaan.
Mengikut siaran berita Al-jazeera pada 24 April 2009, etnik Cina di Johor Bahru
sanggup menghantar anak mereka ke Singapura semata-mata kerana inginkan
pendidikan yang lebih baik berbanding di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah
Kebangsaan. Dianggarkan lebih 5000 pelajar Malaysia bersekolah di Singapura dengan
berulang alik ke sana setiap hari dengan merentasi sempadan kedua-dua buah negara.
Ini menggambarkan mereka mempunyai kesungguhan yang tinggi serta ditampung pula
dengan faktor kewangan yang baik. Sudah semestinya, kaum-kaum lain di Malaysia
seperti Melayu dan India rata-rata kurang berkemampuan berbuat demikian kerana kita
sedia maklum, pecahan pendapatan kedua-dua kaum tersebut jauh lebih rendah
berbanding etnik Cina.
Antara masalah pokok yang masih melanda Malaysia semenjak sebelum
merdeka lagi adalah isu bahasa dan agama. Memandangkan etnik Cina rata-rata lebih
selesa bertutur dalam bahasa ibunda mereka (malah masih ada yang tidak fasih
berbahasa Kebangsaan), mereka lebih senang memilih untuk ke sekolah jenis
kebangsaan dan sekolah swasta. Tumpuan utama kerajaan semestinya kepada

sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan di mana setiap tahun,


peruntukan yang besar diberikan kepada kedua-dua bentuk sekolah ini. Kewujudan
sekolah jenis kebangsaan ini menyerlahkan lagi ketidaksamaan peluang pendidikan
kepada setiap etnik di Malaysia.
Tidak dapat dinafikan konsep diskriminasi yang ditakrifkan sebagai pandangan,
pemikiran, dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok etnik terhadap
anggota atau kelompok etnik lain masih menebal dalam kalangan masyarakat Malaysia
hari ini. Ini tergerak dek perasaan prejudis dan saling membenci akibat kecelaruan
politik semasa. Faktor ini menyumbangkan masalah semakin lebarnya jurang
pendidikan bagi setiap etnik di Malaysia. Sebagai contoh, di peringkat IPT, wujud
fenomena etnik Cina memberi nota yang diperoleh kepada kalangan etnik mereka
sahaja. Begitu juga etnik Melayu dan sebagainya. Sebagai akibatnya, pasti terdapat
perbezaan ketara keputusan peperiksaan akhir setiap etnik. Sememangnya, sikap
diskrimasi dan prejudis ini melebarkan jurang ketaksamaan peluang pendidikan.
Jantina
Jurang ketidaksamaan peluang pendidikan antara jantina juga amat ketara.
Lazimnya, kita mendengar sesuatu kursus yang ditawarkan di peringkat IPT sering
dimonopoli oleh satu-satu jantina sahaja. Sebagai contoh perandingan, kursus
kejuruteraan masih dimonopoli oleh lelaki manakala perempuan masih memonopoli
hampir keseluruhan kursus di IPT termasuklah kursus perguruan. Ini jelas membuktikan
bahawa ketaksamaan peluang pendidikan wujud dengan ketara di antara kedua-dua
jantina ini.
Faktor ini disokong oleh minat atau interest satu-satu jantina itu. Kaum lelaki
sememangnya sesuai serta menyukai sesuatu kursus yang mencabar dari segi fizikal,
dan ini membuatkan kursus kejuruteraan menjadi monopoli mereka. Berbeza pula
dengan perempuan yang lebih bersifat keibuan, mementingkan ilmu teori serta kurang
terhadap aktiviti lasak, mereka pasti memilih kursus yang lebih feminin seperti bidang
keguruan, kedoktoran serta kulinari.
Selain itu juga, minat terhadap pelajaran juga amat ketara sekali bagi kedua-dua
jantina ini. Menurut data dari Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa (MCIIUM)
pada tahun 2006, peratus pelajar perempuan yang layak mendaftar di MCIIUM adalah
sekitar 60 peratus berbanding pelajar lelaki 40 peratus. Menurut Encik Khair Ngadiron,
bekas pengarah MCIIUM, fenomena ini disebabkan pelajar lelaki sebenarnya kurang
berminat untuk melanjutkan pelajaran di peringkat tertiari dan memilih kerjaya yang

setimpal dengan kelulusan PMR dan SPM mereka bagi menampung keperluan harian
diri. Ini berbeza dengan pelajar perempuan yang masih memikirkan ilmu itu penting
bagi memperoleh peluang kerjaya yang lebih baik pada masa akan datang. Menurut
buku karangan Syed Ismail dan Ahmad Subki bertajuk Budaya dan Pembelajaran
(2009), kadar pencapaian murid perempuan di peringkat tertiari telah meningkat
daripada 0.5 peratus pada tahun 1970 kepada 4.9 peratus pada tahun 1991 sementara
bagi murid lelaki adalah daripada 1.2 peratus kepada 6.0 peratus bagi tempoh yang
sama.
Peluang melanjutkan pelajaran bagi kedua-dua jantina ini juga berbeza. Jika
disingkap kembali sejarah, zaman penjajah memperlihatkan golongan lelaki mendapat
tempat dalam pendidikan kerana pada zaman tersebut, peranan lelaki sangat meluas
meliputi isu pentadbiran, ketenteraan dan kepimpinan. Berbeza dengan perempuan
yang mana hanya diberi pendidikan asas kerana peranan golongan ini masih kecil pada
ketika itu. Jika dilihat dari konteks sekarang, golongan wanita telah mendapat tempat di
peringkat IPT malah peratusannya lebih tinggi berbanding lelaki. Namun begitu, masih
terdapat lagi stigma kuno yang mana perempuan perlu berada di rumah menguruskan
rumah tangga dan tidak dibenarkan keluar mencari pekerjaan. Ini sedikit sebanyak
memberi gambaran bahawa wanita tidak memerlukan pendidikan yang tinggi. Justeru
itu, masih ada golongan wanita yang tidak menyambung pelajaran mereka setelah
tamat di peringkat menengah atau rendah.
Kumpulan minoriti
Kumpulan minoriti ditafsirkan sebagai suatu kumpulan etnik dalam sesebuah
masyarakat yang mempunyai jumlah ahli yang kecil ( Syed Ismail, 2009). Kumpulan ini
banyak terdapat di Sabah dan Sarawak. Kumpulan ini termasuklah golongan daripada
kaum Bajau, Murud, Kadazan dan sebagainya. Kaum Asli juga termasuk dalam
kalangan kumpulan minoriti. Mereka sering terpisah daripada arus pembangunan dan
pendidikan amnya kerana faktor geografi dan taburan penduduknya yang rata-rata
tinggal di kawasan ceruk rantau dan pedalaman. Sebagai contoh, kaum asli Temiar di
Pos Poi terpisah dari bandar terdekatnya Sungai Siput sejauh 20 kilometer. Untuk
sampai ke situ, individu perlu menaiki pacuan empat roda atau sekurang-kurangnya
motor scrambleruntuk sampai ke penempatan orang asli tersebut. Ini jelas
membuktikan pendidikan juga sedikit terkebelakang kerana teknologi masih kurang di
sana. Oleh itu, pendidikan masih lagi bukan menjadi peranan utama anak-anak
daripada golongan minoriti ini. Sebaliknya, kerja-kerja untuk mencari nafkah tetap
menjadi keutamaan.

Kumpulan minoriti ini tidak terhad kepada isu etnik dan kaum semata-mata.
Golongan yang bermasalah disiplin seperti pelajar ponteng sekolah, menghisap rokok,
kaki buli dan sebagainya juga dikaitkan dengan kumpulan minoriti. Ini kerana mereka
tergolong daripada sekelompok kecil pelajar yang bermasalah. Kebiasaannya, mereka
yang bermasalah ini kurang cemerlang dalam pendidikan. Ini ditambah lagi dengan
masa yang kurang untuk membuat rujukan dan ulangkaji kerana banyak masa
dihabiskan dengan kerja-kerja tidak berfaedah tersebut. Sememangnya golongan ini
harus diambil perhatian serius kerana mereka turut tergolong dalam kalangan yang
tidak mendapat sama rata dalam peluang pendidikan.
Murid berkeperluan khas

Murid sebegini telah diberi kekurang atau kelebihan daripada manusia normal.
Sememangnya, pelajar genius, lembam, down sydrom, dan sebagainya tidak dapat
mengikuti arus pendidikan normal seperti kanak-kanak dan pelajar lain. Mereka samada
terlalu kehadapan atau terlalu terkebelakang dari aspek pendidikan, perlu diberi
pendidikan khas. Terdapat 7 kategori kanak-kanak istimewa yang memerlukan program
pendidikan khas, iaitu:
Kerencatan mental

Bermasalah pembelajaran

Kecelaruan tingkah laku

Cacat pendengaran dan bermasalah komunikasi

Cacat penglihatan

Cacat fizikal

Pintar-cerdas dan berbakat istimewa

Golongan ini jika dibiarkan dengan arus pendidikan normal, sudah pasti mereka tidak
mampu mengecapi erti kata pendidikan sebenar. Mereka tidak dapat menimba ilmu
dengan baik malah pencapaian dalam peperiksaan juga akan sangat kurang baik.
Implikasi terhadap individu, keluarga, masyarakat dan negara
Setiap tindakan atau peristiwa yang berlaku pasti akan memberi implikasi secara
langsung atau tidak langung kepada golongan sasaran. Isu ketaksamaan peluang
pendidikan ini akan memberi kesan atau implikasi kepada individu, keluarga,
masyarakat dan negara.

(i) Individu
Umumnya, sudah semestinya ketaksamaan peluang pendidikan ini akan
membuatkan pelajar tersebut tidak selari dengan pencapaian pendidikan normal pelajar
lain. Sebagai contoh, sekiranya seorang pelajar tersebut pelajar yang lemah pelajaran
kerana faktor kewangan keluarga ditambah lagi dengan tinggal di pedalaman serta
kurang berminat untuk belajar pasti tidak dapat menandingi pelajar-pelajar lain yang
pintar. Seterusnya, individu tersebut akan tersisih daripada arus pembangunan negara,
hidup dalam kejahilan, tiada masa depan yang cerah dan juga kurangnya ilmu di dada.
Mungkin juga, jika dilihat dari sudut positifnya, individu itu akan lebih berdikari.
Ini kerana individu tersebut tiada kemudahan asas dan kesenangan sepertimana
pelajar lain. Ini mungkin membuatkan mereka akan lebih beruasaha untuk setaraf
dengan pelajar lain atau sekurang-kurangnya berdaya saing dengan yang lain.
(ii) Keluarga
Kita percaya bahawa pendidikan mampu mengubah nasib keluarga. Jika jurang
ketaksamaan peluang pendidikan masih melebar, tidak mustahil nasib keluarga masih
berada pada tahap yang sama tanpa perubahan positif. Sebagai contoh, orang asli
yang masih kurang mementingkan pendidikan kurang proaktif dalam dunia global
sekarang. Akibatnya, mereka lebih senang tinggal di dalam hutan seperti dahulu. Tiada
kemudahan yang sempurna dan jauh sekali perkembangan teknologi.
(iii) Masyarakat
Implikasi kepada masyarakat lebih kepada refleks daripad implikasi kepada keluarga.
Apabila kelompok keluarga yang kurang proaktif ini membentuk satu komuniti, sudah
masti masyarakat tersebut terkenal dengan tidak proaktifya, mundur dari aspek
pendidikan malah tercicir daripada arus pembangunan negara. Mungkin daripada kesan
yang lebih buruk lagi, masyarakat ini akan terus didiskriminasi dan tidak diambil peduli
oleh masyakarat lain.
(iv) Negara
Sesebuah negara bergantung penuh kepada kepakaran modal insannya. Sekiranya
modal insan yang diharapkan iaitu berpendidikan dan berpengetahuan luas di samping
berdaya saing dan proaktif tidak mencukupi, sudah semestinya banyak dasar-dasar
yang telah digubal oleh pemerintah tidak dapat dilaksanakan. Kesan daripada hal
sedemikian, negara akan menjadi mundur, tidak mampu menjadi negara yang kuat dan
yang paling memalukan, kedaulatan negara akan dicabul. Imej negara akan menjadi
buruk dan semestinya pelbagai lagi andaian negatif bakal terjadi.

Kesimpulannya, isu ketaksamaan peluang pendidikan ini patut ditangani oleh


bukan sahaja di pihak kerajaan, tetapi juga pihak berwajib seperti ibu bapa, guru-guru,
masyarakat sekeliling dan individu itu sendiri. Semua perkara mampu ditangani selagi
azam dan tekad menjadi tunjang perjuangan.

You might also like