You are on page 1of 12

1.

0 Pengenalan
Tamadun melayu telah mengalami proses perkembangan yang lama dan
menerusi beberapa manifestasi berbeza. Manifestasi ini memainkan peranan yang
penting dalam pembentukan tamadun melayu. Menurut teori migrasi, rumpun melayu
berasal dari wilayah Yunnan atau Selatan China kemudian berhijrah ke alam melayu
seawal 3500 S.M. Pandangan lain pula menyatakan masyarakat melayu telah bertapak
di kawasan Asia Tenggara sekurang-kurangnya 5,000 tahun dahulu. Namun teori ini
ditolak oleh para sarjana tempatan seperti Nik Hassan Suhaimi yang menolak pendapat
tersebut dengan mengatakan bahawa orang melayu adalah penduduk asal kawasa
Asia Tenggara.
Penerimaan terhadap agama islam sabagai asas tamadun melayu merupakan
kemajuan yang drastik dan berjaya membentuk sebuah tamdun melayu islam yang
cemerlang dan diterima oleh orang ramai. Tamadun melayu terdiri daripada sekelompok
manusia yang secara amnya dikelaskan sebagai kumpulan orang melayu. Kumpulan ini
tertumpu kepada satu wilayah di Asia tenggara yang dikenali dengan pelbagai nama
seperti Gugusan kepulauan melayu(Malay Archipelago), Gugusan Kepulauan MelayuIndonesia, Nusantara, Alam Melayu dan Tanah Jawi. Bahasa Melayu yang menjadi
bahasa perdagangan (lingua fraca) di seluruh kawasan ini dan agama islam yang
menjadi panduan pembentukan tamadum melayu merupakan dua elemen penting yang
menjadi asas perkembangan tamadun melayu. Istilah melayu dapat dibahagikan
kepada tiga perkara yang berbeza iaitu ras(genetik), kebudayaan dan bahasa. Ras
(genetik)merujuk kepada kumpulan orang melayu yang berbeza daripada kumpulan
yang lain dari segi ciri-ciri fizikan luaran dan kebudayaanya. Kebudayaan pula merujuk
kepada ilmu pengetahuan yang diwarisi daripada satu generasi kepada satu generasi
yang lain. Akhir sekali, bahasa pula menjadi sistem berhubungan dengan penuturpenutur bahasa yang sama. Hal-hal sebegini menjadi asas pembentukan tamadun
melayu yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Mohad, R. A. (2012). Tamadun Islam & Tamadun Asia (TITAS). Dalam R. A. Mohad,
Tamadun Islam & Tamadun Asia (TITAS) (hlm. 104). Selangor: Penerbitan Multimedia
SDN. BHD.

2.0 Ciri-Ciri Tamadun Melayu


Ciri- ciri tamadun melayu mempunyai hubungan yang berkait rapat dengan ciriciri tamadun islam. Ciri-ciri tamadun melayu seperti kesenian, penduduk yang ramai,
sains dan teknologi, keamanan dan ekonomi merupakan elemen yang penting dalam
perkembangan tamadun ini. Kesenian dalam seni bina dan seni landskap telah menjadi
penyumbang utama dalam tamadun melayu. Selain itu, penduduk yang ramai yang
hidup bermasyarakat tanpa peperangan menjadi faktor untuk kemajuan tamadun
melayu. Di sampiing itu, sains dan teknologi juga telah memainkan peranan dan telah
menemui pelbagai pencapaian dalam penemuan tekologi baru dan dalam bidang
perubatan. Keamanan dalam sesebuah tamadun juga dapat menjadi faktor yang
penting dalam perkembangan tamadun melayu kerana ia dapat membentuk
sekelompok masyarakat yang bermuafat dan ia dapat membentuk jalinan hbungan
yang silaturahim. Akhir sekali, kemajuan ekonomi melalui perdagangan di sesebuah
tamadun juga menjadi salahsatu faktor untuk perkembangan tamadun melayu.
(MOHAD, R. A. (2012). TAMADUN ISLAM&TAMADUN ASIA. SELANGOR: PENERBITAN
MULTIMEDIA SDN.BHD. )

Kali ini saya diberi peluang untuk mengupas tentang ciri-ciri utama tamdun
melayu dari segi seni bina, seni landskap, perubatan dan teknologi. Saya telah memilih
dua ciri-ciri utama tamadun melayu yang telah mencapai banyak pencapaian dari segi
seni bina, seni landskap, perubatan dan teknologi iaitu: Kesenian Tamadun Melayu
serta Sains dan Teknogi Tamadun Melayu.
(MOHAD, R. A. (2012). TAMADUN ISLAM&TAMADUN ASIA. SELANGOR: PENERBITAN
MULTIMEDIA SDN.BHD.)

2.1 Kesenian Tamadun Melayu.

Kemajuan tamadun islam dapat dilihat menerusi kesenian orang melayu. Kesenian
orang melayu menjadi asas perkembangan tamadun melayu. Kesenian yang dihasikan
orang melayu dapat mencerminkan kebudayaan orang melayu yang diwarisi dan
dituruni dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Kesenian yang halus menjadi
pelengkap kepada tamadun melayu serta memainkan peranan untuk melengkapkan
kehidupan orang melayu dengan menunjukan sikap kebudayaan dari setiap hasai seni
mereka. Kehidupan orang melayu yang dipengaruhi dengan kesenian yang
bersumberkan alam semulajadi seperti pokok-pokok,gunung-ganang dan sebagainya.
Ia juga dipengaruhi oleh sama ada dari segi hubungan masyarakat Melayu dengan
manusia lain dan juga hubungan manusia dengan kepercayaan dan agama mereka.
Kesenian yang unik dapat dilihat dalam tamadun melayu telah menunjukan pencapaian
dan menjadi landasan kepada perkembangan tamadun ini. Pencapaian dalam bidang
kesenian ini dapat dilihat melalui seni bina dan seni landskap dalam tamadun ini dan
menjadi punca perkembangan tamadun melayu.

pencapaian
dalam bidang
kesenian

seni bina

seni landskap

HARJIN, U. A. (2012, APRIL 15). CIRI-CIRI TAMADUN MELAYU. Retrieved JANUARI 15,
2014, from http://ctu551.blogspot.com/2008/04/ciri-ciri-tamadun-islam.htm

2.1.1 Seni Bina


Kehalusan pertukangan dan kerja tangan masyarakat melayu yang diambil
daripada nilai-nilai agama dan budaya adalah punca pencapaian tamadun melayu
dalam bidang seni bina. Ia memberi sebuah gambaran yang jelas tentang hasil kerja
masyarakat melayu dalam bidang ini dan membantu untuk mendapat pencapaian yang
cemerlang dalam bidang seni serta menjadi landasan kejayaan tamadun melayu. Nilainilai agama dan budaya telah membina personaliti, kemahiran dan displin masyarakat
melayu yang mempunyai idea-idea kreatif dan berjiwa seni. Oleh itu, seni bina melayu
adalah seni dan kemahiran yang bukan hanya dilihat darisegi estetika, rupa bentuk dan
simbolnya semata-mata teteapi ia mempunyai makna yang lebih indah dan kaya
dengan kesedaran, kefahaman dan pengajaran.
(FARISI, Z. (2013, APRIL 3). LOG PRIMA . Retrieved FEBRUARI 20, 2014, from
PRINSIP- PRINSIP SENI BINA: http://www.log.prima.org.my/2013/04/prinsip-prinsipseni-bina-melayu/)

Seni bina melayu adalah ilham daripada sosio budaya masyarakay melayu. Hal
ini dapat dilihat pada hasil karya yang dibina yang mempunyai strukturnya yang kuat
dan landasan yang khas yang menjadi punca pencapaian tamadun melayu dari segi
bidang kesenian ini. Walaupun rupa bentuknya yang dilihat agak berbeza daripada seni
bina yang lain tetapi ia masih mempunyai hubungan antara alam dan binaan yang
diciptakan. Keserasian antara alam dan binaan menjadi asas kepada prinsip prinsip
seni bina melayu iaitu berdasarkan kepada pemikiran, falsafah serta kepekaan
terhadap alam yang menjadi garis panduan masyarakat melayu.
FARISI, Z. (2013, APRIL 3). LOG PRIMA . Retrieved FEBRUARI 20, 2014, from PRINSIPPRINSIP SENI BINA: http://www.log.prima.org.my/2013/04/prinsip-prinsip-seni-binamelayu/

Keunikan seni bina melayu dapat dilihat dalam bentuk seni binanya yang
berlandaskan sistem pembinaan yang mempunyai lima elemen yang asas dalam
struktur seni bina melayu iaitu rangka, dinding, tangga, lantai dan bumbung. Element
elemen ini berkait rapat dengan prinsip pasang siap binaan seni bina melayu. Seni bina
melayu juga tidak memerlukan arkitek kerana konsepnya bergantung kepada tukang
besar-besaran. Menurut Wan Burhanuddin(1984), Kehalusan seni bina Melayu seperti
yang terdapat pada rumah Melayu, pada prinsipnya yang implisit dan bukan hanya
pada ukiran-ukiran atau kerawang-kerawang yang menjadi ragamhias sesuatu
bangunan itu. Secara amnya seni bina melayu bergantung kepada ilmu pengetahuan
asas seni arkitektur yang tidak bercanggah dengan alam fizikal.
(FARISI, Z. (2013, APRIL 3). LOG PRIMA . Retrieved FEBRUARI 20, 2014, from
PRINSIP- PRINSIP SENI BINA: http://www.log.prima.org.my/2013/04/prinsip-prinsipseni-bina-melayu/)

Gambar 1.1 menunjukan seni bina melayu yang mempunyai lima elemen yang
asas dalam struktur seni bina melayu iaitu rangka, dinding, tangga, lantai dan
bumbung.

Kesimpulannya, seni bina melayu mempunyai keunikannya yang tersendiri dan


ia berdasarkan agama dan kebudayaan masyarakat melayu. Kehalusan seni dan kerja
tangan mayarakatnya telan membuktikan kemajuan tamadun melayu melalui
pencapaian yang cemerlang dalam bidang kesenian ini. Kita sebagai rakyat malaysia
harus bangga dan menhargai hasil karya sebegini kerana ia menjadi identiti dan
lambang bangsa serta megara kita.
2.1.2 Seni Lanskap
Masyarakat melayu mencintai alam semula jadi. Mereka menghargai khazabah
alam ini dan ia menjadi punca utama kediaman orang melayu begitu tersusun rapi.
Kediaman masyarakat melayu yang cantik dan sebilangan kunpulan lain juga terpesona
dan kagum dengan kegunaan alam semula jadi untuk menghiasi kediaman mereka.
Masyrakat melayu menganggap alam sekitar sebagai asas kehidupan mereka. Ini
kerana alam sekitar menjadi punca tempat pencarian rezeki dan tempat bersosial
masyarakat melayu. Alam sekitar menyumbangkan idea-idea kreatif ,motif dan
sebagainya. Hal hal sebegini dapat membantu untuk mencipta hasi karya yang unik
seperti tenunan, ukiran, anyaman, seni kraft dan binaan.
( AMNIMARSYA. (2012, APRIL 19). TAMADUN MELAYU. Retrieved FEBRUARI 23, 2014,
from

TITAS

WONDERFUL:

http://amnimarsya.blogspot.com/2012/04/tamadun-

melayu.html)

Terdapat tiga elemen yang mempengaruhi seni landaskap tamadun melayu iaitu
element buatan dan elemen seni hiasan. Elemen buatan seperti pagar, perigi begitu
berkait rapat dengan alam sekitar kerana ia diambil dari daya kreatifiti masyarakat
melayu. Element buatan seperti snagar ayam, pelita dan sebagainya merupakan ilham
daripada air, tanah dan tumbuhan yang menjadi asa dan keperluan kehidupan
masyarakat melayu dan kecemerlangan tamadun melayu. Elemen seni hiasan pula
terdiri daripada tumbuh tumbuhan herba dan pokok seperti pandan,

limau purut,

lengguas dan sebagainya amat berguna dan ditanam di sekeliling rumah untuk
menggunakanya untuk masakan atau sebagai ubat-ubatan. Akhir sekali merupakan
elemen landskap yang terdiri daripada fleksibel, fungsi dan estetika.

(AMNIMARSYA. (2012, APRIL 19). TAMADUN MELAYU. Retrieved FEBRUARI 23, 2014,
from

TITAS

WONDERFUL:

http://amnimarsya.blogspot.com/2012/04/tamadun-

melayu.html)

Fleksibel sebuah seni landskap melayu dapat dilihat menerusi halaman rumah yanf
dikenali sebagai ruang pertama dalam penyusuan landskap melayu. Keadaan halaman
rumah berpasir, bersir dan berumpun. Kebiasaanya halaman hadapan rumah dibiarkan
lapang untuk tujuan upacara seperti perkhawinan atau aktiviti kemasyarakatan.
Element landskap yang kedua iaitu fungsi pula bertumpu kepada tumbuhan tumbuhan
yang ditanam di sekeliling halaman rumah. Fungsi ini terdiri daripada kegunaan secara
langsung dan tidak langsung. Kegunaan langsung tumbuk-tumbuhan yang ditanam
ialah sebagai:
a)
b)
c)
d)
e)

Sumber makanan utama


Keperluan dan peralatan rumah
Ubat tradisi
Tumbuhan kosmetik
Senjata dan bahan racun.

Kegunaan tak langsung pula bertumpu kepada khazanah sastera melayu seperti
pantun, peribahasa, nyanyian, syair dan upacara adat.
(AMNIMARSYA. (2012, APRIL 19). TAMADUN MELAYU. Retrieved FEBRUARI 23, 2014,
from TITAS WONDERFUL: http://amnimarsya.blogspot.com/2012/04/tamadunmelayu.html )

Elemen landskap juga terdiri daripada estetika yang merujuk kepada perasaan
dan nilai yang murni dan penekannya lebih kepada aspek kesenian. Ketiga-tiga elemen
ini menjadi punca percapaian yang cemerlang dalam bidang seni landskap melayu
serta menjadi tonggak untuk untuk kemajuan tamadum melayu.

Gambar 1.2 menunjukan seni landskap melayu yang terdiri daripada tiga element iaitu
elemen buatan, elemen seni hias dan elemen landskap.

Kesimpulannya, seni landskap melayu menggunakan alam semula jadi


sepenuhnya kerana orang melayu menghargai dan mencintai alam sekeliling.
Masyarakat melayu amat teliti dalam mereka bentuk landskap kerana ia merupakan
satu proses yang amat penting . hal ini kerana penghasilan landskap adalah untuk
melahirkan sesuatu yang menarik dan permandangan yang mengujakan. Oleh yand
demikian landskap melayu merupakan insur-unsur daripada alam semula jadi yang
dapat mewujudkan keindahan jiwa dalam kehidupan seharian masyarakat melayu. Kita
sebagai masyarakat malaysia harus menghargai khazanah alam ini kerana ia
mempunyai banyak maanfaatnya.
2.2 Sains dan Teknologi Tamadun Melayu.
Kemajuan tamadun islam dapat dilihat menerusi sains dan teknologi orang melayu.
Sains dan teknologi orang melayu menjadi asas perkembangan tamadun melayu. Sains
dan teknologi yang dihasikan orang melayu dapat mencerminkan kebudayaan orang
melayu yang diwarisi dan dituruni dari satu generasi ke satu generasi yang lain.
Kemajuan sains dan tenologi menggambarkan tentang kebesaran dan keunggulan
tamadun melayu. Bangsa yang menguasai sains, teknologi dan ilmu pengetahuan sejak
dahulu hingga kini merupakan bangsa yang menguasai dan memimpin dunia.Pada

zaman keagungan tamadun islam iaitu Zaman Bani Abassiyyah, umat islam menguasai
sains, teknologi dan ilmu pengetahuan. Sains dan teknologi yang unik dapat dilihat
dalam tamadun melayu telah menunjukan pencapaian dan menjadi landasan kepada
perkembangan tamadun ini. Pencapaian dalam bidang sains ini dapat dilihat melalui
teknologi dan perubatan dalam tamadun ini dan menjadi punca perkembangan
tamadun melayu.
(MOHAD, R. A. (2012). TAMADUN ISLAM&TAMADUN ASIA. SELANGOR: PENERBITAN
MULTIMEDIA SDN.BHD )

pencapaian
dalam bidang
sains
penemuan
teknologi

Perubatan

2.2.1 Penemuan Teknologi Baru


Teknologi yang ditemui dalam tamadun unik dan mencerminkan keperluankeperluan serta nilai kebudayaan melayu. Tamadun melayu menghasilkan satu sistem
sains tepat dan ia menjadi keperluan-keperluan kebudayaan melayu. Sebahagian
daripada sistem sains yang dihasilkan oleh tamadun melayu boleh dilihat daripada
sistem sukatan atau penekatan melayu.

(SHAZLI, K. A. (2011, DISEMBER 12). Retrieved FEBRUARI 18, 2014, from


TEKNOLOGI TAMADUN MELAYU: http://kamarulazlishali369.blogspot.com/)

Pengukuran jarak merupakan salah satu aspek yang memainkan peranan


penting dalam tamadun melayu. Pengukuran jarak seperti sejengkal, sedepa,hasta,dan
rantai merupakan contoh-contoh istilah yang digunakan untuk mengukur jarak. Istilahistilah seperti ini membantu masyarakat tamadunmelayu untuk menjalankan kehidupan
seharian mereka dengan lancar.
(SHAZLI, K. A. (2011, DISEMBER 12). Retrieved FEBRUARI 18, 2014, from
TEKNOLOGI TAMADUN MELAYU: http://kamarulazlishali369.blogspot.com/)

Istilah yang digunakan untuk sistem timbangan juga merupakan salah satu
elemen yang menjadi keperluan dalam tamadun melayu. Istilah timbangan seperti
cupak ,gantang dan koyan meruoakan istilah yang kerap digunakan masyarakat
tamadun melayu dalam kehidupan seharian mereka. Menurut Zainal Abidin Borhan dan
Ahmad Khairuddin (2008), sistem-sistem penekatan berbeza dengan sistem penekatan
yang lain dan berkaitan rapat dengan keperluan serta pengalaman masyarakat Melayu.
(MOHAD, R. A. (2012). TAMADUN ISLAM&TAMADUN ASIA. SELANGOR: PENERBITAN
MULTIMEDIA SDN.BHD)

Daripada pemerhatian saya, saya berasa sistem penekatan yang digunakan


dalam tamadun melayu merupakan sesuatu yang amat unik dan istilah sistem
penekatan ini juga menjadi sesuatu amalan dalam tamadun tamadun lain seperti
tamadun india dan tamadun cina. Melalui cara ini kita boleh melihat kreativiti
masyarakat tamadun melayu dalam menghasilkan istilah-istilah seperti ini.
Kemampuan orang melayu juga dapat dikesan dalam bidang kimia yang berkait
dengan keperluan menyediakan material bagi kegunaan harian dan juga simbol kerajan
kesultanaan raja-raja melayu. Masyarakat melayu terlibat dengan aktiviti penciptaan
logam hasil peleburan tembaga, besi, emas dan perak. Menurut Mohd. Koharuddin
Mohd. Balwi (2005), keperluan pada bidang ini muncul sesuai dengan keperluan sistem
politik yang meletakkan barangan tertentu sebagai simbol kerajaan, peralatan

pertahanan dan keperluan kehidupan masyarakat seharian selain daripada keperluan


barang perhiasan.
(MOHAD, R. A. (2012). TAMADUN ISLAM&TAMADUN ASIA. SELANGOR: PENERBITAN
MULTIMEDIA SDN.BHD)

2.2.2 Perubatan
Masyarakat melayu memiliki sistem perubatan tradisional yang tersendiri. Pada zaman
ini, kita sering bergantung kepada perubatan moden. Sebelum perubatan moden
diperkenalkan, masyarakat melayu bergantung sepenunnya kepada perubatan
tradisional. Tetapi kini dalam arus kemodenan dan kecanggihan sains dan teknologi
perubatan moden, kaedah perubatan tradisional masyarakat melayu sering menjadi
rawatan alternative bagi kes-kes yang tidak Berjaya ditangani oleh rawatan moden.
Teknik rawatan dan perincian penyakit dan penawarnya telah dinyatakan dalam
buku perubatan melayu yang dikenali sebagai kitab-kitab tib. Antara kitab tib yang
terkenal ialah taj-ul-muluk. Sewal 1886, sebuah buku perubatan melayu telah
diterjemahkan ke dalm bahasa inggeris. Disamping itu, salah satu preskripsi daripada
buku yang diberi judul This Is The Medical Book Of Malayan Medicine ini telah
digunakan sebagai ubat untuk meredakan leleah dan bronchitis di Barat sekitar tahun
1951(Mohd. Koharuddin Mohd. Balwi, 2005)
(MOHAD, R. A. (2012). TAMADUN ISLAM&TAMADUN ASIA. SELANGOR: PENERBITAN
MULTIMEDIA SDN.BHD)

Ubat-ubat tradisional pula adalah bersumberkan daun dan akar-akar kayu.


Penggunaan ramuan atau ubat akar kayu masig diamalkan sehingga ke hari ini. Orang
melayu percaya khasiat yang terkandung dalam ramuan tradisioanl mampu merawat
banyak penyakit. Terdapat lebih kurang 6000 hingga 7000 spesies tumbuhan digunakan
sebagai bahan untuk ubat akar kayu oleh pakar perubatan tradisional melayu. Antara
kemajuan ubat-ubatan melayu tradisional ini ialah adanya penawaratau antidote untuk
beberapa jenis kes keracunan.

Terdapat juga beberapa bahan untuk meransang muntah yang digunakan oleh
para pengamal melayu sejak dulu higga kini dalam perubatan barat moden (Mohd.
Koharuddin Mohd. Balwi, 2005). Dalam pandangan saya berasa perubatan masyarakat
melayu mempunyai ciri-ciri keistimewaanya tersendiri dan menjadi kaedah alternative
dalam perubatan moden.
(MOHAD, R. A. (2012). TAMADUN ISLAM&TAMADUN ASIA. SELANGOR: PENERBITAN
MULTIMEDIA SDN.BHD)

Rumusan
Kesimpulannya, pembentukan tamadun Melayu dikaitkan dengan identity
bangsa. Dalam erti kata lain, kewujudan tamadun melayu boleh dikaitkan dengan
kewujudan bangsa melayu itu sendiri.kemajuan dan pencapaian yang dinikmati oleh
Negara

hari

ini

merupakan

proses

pengukuhan

dan

pemantapan

kepada

perkembangan sejarah yang berkesinambungan daripada peradaban bangsa melayu


yang mampu berasililasi dengan kepelbagaian unsure dipersekitarannya. Oleh yang
demikian, adalah menjadi keutamaan setiap rakyat Malaysia untuk mengenali budaya
bangsa dan sejarah ketamadunan mereka.

You might also like