You are on page 1of 13

KRITIKAN ARTIKEL 1

(Educational Action Research)

Tajuk artikel

Teachers conceptions of student learning and own learning

Sumber :
Teachers and Teaching: theory and practice,
Vol. 10, No. 1,
February 2004
S.BolhuisDepartment of Educational SciencesUniversity of NijmegenNijmegenThe
NetherlandsS.Bolhuis@ped.kun.nl
Dalam talian : 11 Februari 2007 daripada , http://www.journalsonline.tandf.co.uk/
(32gejz454nrfln55tvnqsb2i)/app/home/content.asp?
referrer=contribution&format=3&page=1&pagecount=22

Penyelidik :
Sanneke Bolhuis* & Marinus J. M. Voeten
University of Nijmegen, The Netherlands

TAJUK
Bidang kajian ini meliputi kajian mengenai teori pembelajaran yang baru yang menekankan
idea tentang pengajaran secara pembelajaran terarah kendiri dan menyediakan konsep baru
tentang pembelajaran.

Antara bidang yang diberi keutamaan ialah pembelajaran

pengurusan kendiri, sikap membentuk pengetahuan, pembelajaran semulajadi sosial dan


model kepandaian dinamik.

Bidang ini amat sesuai dengan tajuk kajian ini iaitu

Tanggapan Guru tentang pembelajaran pelajar dan pembelajaran kendiri. Kata kunci
bagi kajian ini ialah pembelajaran berasaskan pembelajaran pengurusan kendiri, sikap
membentuk pengetahuan, pembelajaran semulajadi sosial dan model kepandaian dinamik.
Tajuk kajian dinyatakan dengan menggunakan ayat yang jelas dan padat, mudah difahami
tanpa mengandungi apa-apa gangguan frasa.

ABSTRAK
Abstrak kajian ini ada menerangkan tentang tujuan kajian ini dijalankan iaitu untuk
mengkaji teori pembelajaran yang baru di mana ia menguatkan lagi idea tentang pengajaran
secara pembelajaran terarah kendiri dan menyediakan konsep baru tentang pembelajaran.
Bidang kajian yang dikaji ialah pembelajaran pengurusan kendiri, sikap membentuk
pengetahuan, pembelajaran semulajadi sosial dan model kepandaian dinamik. Di samping
itu, kajian juga mengkaji apakah konsep/tanggapan yang dipegang oleh guru yang mungkin
berkaitan dengan toleransi mereka yang tidak pasti. Sampel kajian terdiri ini daripada guruguru di Dutch Senior Secondary Education.

Aspek yang ditekankan di sini ialah

pembaharuan merupakan asas kepada pembelajaran secara bebas/berdikari. Pengkaji juga


mendapati bahawa pengesahan emperikal tentang lima dimensi menjadi asas kepada konsep
pengajaran guru, iaitu untuk pembelajaran pelajar dan pembelajaran kendiri mereka.
Toleransi ketidakpastian penerangan adalah empat dimensi lain dalam konsep pembelajaran

pelajar tetapi bukan dalam konsep guru terhadap pembelajaran kendiri. Di sini pengkaji
secara umumnya mengesahkan bahawa konsep penentuan proses, walau pun beberapa
perbezaan terdapat di antara konsep guru terhadap pembelajaran pelajar dan pembelajaran
kendiri mereka. Kaedah dan instrumen kajian yang dijalankan ialah dengan membuat
tinjauan menggunakan borang soal selidik yang terdiri daripada versi pertama, kedua dan
akhir.

Abstrak ini menerangkan tentang keseluruhan kajian, secara tidak langsung ia

memberi gambaran awal kepada pembaca untuk membaca artikel ini sepenuhnya.

PENGENALAN
Konsep kajian ini menjelaskan tentang amalan yang diamalkan oleh guru-guru di Dutch
Senior Secondary Education bagi menggalakkan pelajar untuk memperkenalkan
pembelajaran terarah kendiri mereka. Dalam polisi kebangsaan Kementerian Pelajaran,
Senior Secondary Schools mestilah ditukar kepada rumah untuk belajar (house of study),
bagi komuniti pembelajaran pelajar.

Penyelidik menggunakan sebab berasaskan teori bagi menyokong kajiannya. Antaranya


ialah Pembaharuan ini berasaskan kepada idea baru tentang pembelajaran yang
mengandungi konsep seperti pengurusan kendiri, pembelajaran aktif, pembelajaran sosial
dan membina pengetahuan (Simons et al., 2000). Menurut Putnam and Borko (2000),
perhatian tidak mencukupi untuk membiayai permintaan guru yang baru belajar cara untuk
mengajar.

Belajar untuk memahami apa yang guru tahu tentang pembelajaran (dan

pengajaran) dan bagaimana pemikiran mereka yang boleh menyumbang untuk memahami
masalah dan kesulitan dalam bangunan house of study. Beberapa kajian mencadangkan
pembelajaran guru dipercayai berkait dengan amalan pengajaran mereka (Kagan, 1992;

Fang, 1996). Jadi, dalam hubungan pembaharuan amalan dalam bilik darjah, ia amat
penting untuk kajian konsep pembelajaran guru.

Penyelidik juga menyatakan bahawa matlamat kajian adalah untuk menyelidik konsep
pembelajaran yang dipegang dalam pembelajaran guru di Senior Secondary Education.
Penyelidik juga berminat terutamanya dalam melihat sama ada konsep pembelajaran guru
tentang pembelajaran adalah berlandaskan pandangan proses pengurusan tentang
pengajaran dan pembelajaran. Penyelidik juga mahu melihat sama ada pandangan guruguru yang berpegang pada pembelajaran bersetuju dengan pandangan tentang pembelajaran
kendiri mereka sebagai guru. Konsep pembelajaran dilihat amat penting dalam hubungan
untuk memperkenalkan pembelajaran terarah kendiri di sekolah yang dipilih daripada
tinjauan literatur iaitu :
(1) pembelajaran pengurusan kendiri
(2) pembelajaran sebagai pembinaan pengetahuan yang aktif
(3) pembelajaran semulajadi sosial
(4) pandangan dinamik tentang kepandaian

Tinjauan literatur yang digunakan oleh penyelidik banyak memberi panduan kepada
penyelidik untuk meneruskan kajian ke langkah berikutnya iaitu metodologi. Tiga topik
merujuk kepada isu utama dalam kajian pembelajaran terarah kendiri. Bersama-samanya
meliputi inti pati tentang apa yang dikatakan sebagai proses pembelajaran baru. Topik
keempat berkaitan dengan motivasi pembelajaran. Ia dilihat sebagai faktor penting yang
mempengaruhi pembelajaran. Orang yang melihat kepandaian sebagai sesuatu yang boleh
dilentur akan meneruskan matlamat pembelajaran lebih baik daripada melaksana matlamat
(Dweck & Leggett, 1988).

Pembelajaran dalam pembentukan minda pengetahuan ialah sosial yang lebih baik daripada
fenomena individu,

menurut teori pembelajaran sosial (Bandura, 1986) sebagai teori

pengurusan kendiri (Zimmerman et al., 1996).

Mereka berkeyakinan untuk mencapai

keputusan yang lebih baik melalui sosial atau pembelajaran kolaboratif.

Dalam

kebanyakkan pandangan tradisional, pembelajaran adalah proses individu dimana pelajar


membangunkan diri mereka sendiri dan memperolehi kemahiran intelektual.

Banyak

sekolah masih mengamalkan pembelajaran utama sebagai tindakan secara individu, dalam
usaha untuk memperkenalkan koperatif dan pembelajaran kolaboratif (Slavin, 1995, 1997;
Bolhuis, 2000).

Huber and Roth (1999) mempersembahkan bukti bahawa kemampuan untuk memberi
maklum balas kepada permintaan pembelajaran terarah kendiri, mengandungi pengurusan
kendiri dan pembinaan pengetahuan yang aktif dalam situasi pembelajaran sosial
bergantung kepada ketidakpastian toleransi pelajar.

Sebahagian model yang berkaitan antara konsep pembelajaran dan toleransi yang tidak pasti
adalah hipotesis yang logik yang diberikan oleh penyelidik. Hipotesis penyelidik adalah
konsisten dengan soalan soal selidik yang diberikan kepada responden. Hipotesis dan
soalan juga dinyatakan dengan jelas bagi memudahkan proses analisis data.

PERNYATAAN MASALAH
Dalam kajian ini, matlamat pertama kajian ialah satu faktor model dalam lima konsep
pembelajaran yang spesifikasinya berasaskan proses menentang pandangan pembelajaran
tradisional. Model ini dipadankan secara kasar dengan kesimpulan Kember and Kwan
(2000) bahawa konsep pengajaran pensyarah boleh jadi terbaik untuk menerangkan dua

orientasi yang bertentangan: fokus pengajaran transmisif berpusatkan guru atau pendekatan
berpusatkan kandungan dan pengajaran memudahkan.

Matlamat kedua kajian ini ialah untuk membuktikan bahawa penglibatan guru yang
berpusatkan pembaharuan terarah kepada pengajaran berasaskan proses mengesahkan lebih
banyak berpusatkan proses atau lebih banyak pembelajaran berkonsepkan tradisional.
Matlamat ketiga ialah membandingkan di antara tanggapan guru terhadap pembelajaran
pelajar berbeza daripada atau sama dengan persetujuan tanggapan terhadap pembelajaran
kendiri mereka. Mereka mungkin boleh untuk menunjukkan bahawa proses pembelajaran
pelajarnya adalah sebagaimana pembelajaran mereka sendiri.

METODOLOGI
Penyertaan
Penyelidik menyatakan bahawa kaedah soal selidik yang telah dijalankan membabitkan
semua peserta di konferen house of study menerima versi pertama Learning Inventori,
Learning: What do you think? Inventori yang digunakan dikembalikan oleh 259 orang
guru (69% lelaki). Hampir 1/3 daripada mereka mengajar di kelas senior. Versi kedua ialah
tentang pentabiran guru dalam kelas senior dalam lapan perbezaan sekolah menengah.
Maklum balas ini diambil daripada 260 guru (73% lelaki). Kebanyakkan guru dalam
kedua-dua sampel (7080%) mempunyai sekurang-kurangnya 15 tahun pengalaman. Ini
adalah keadaan biasa di sekolah menengah di Dutch. Guru-guru permulaan (02 tahun)
memberi persembahan yang lebih baik dalam kajian kedua. Ini telah dijangkakan sejak
versi pertama inventori yang ditadbir dalam konferen. Subjek yang dibincangkan ialah
sains, pengajian sosial, bahasa asing, Dutch, seni dan kraf dan pendidikan fizikal.
Senarai pembelajaran

Instrumen yang digunakan oleh penyelidik juga sesuai dengan ukuran pembolehubah kajian
di mana setiap item dalam Learning Inventory menerangkan tentang dua pernyataan yang
bertentangan tentang topik yang sama, lebih banyak pernyataan berpusatkan proses dan
pernyataan tradisional.

Item-item adalah dalam susunan rawak dengan pernyataan di

sebelah kiri seperti di sebelah kanan. Skala 4 titik digunakan :


(1) Saya agak bersetuju dengan pernyataan di sebelah kiri
(2) Saya sangat bersetuju dengan pernyataan di sebelah kiri berbanding dengan apa
yang saya buat satu di sebelah kanan
(3) Saya sangat bersetuju dengan pernyataan di sebelah kanan daripada yang saya
lakukan dengan satu di sebelah kiri
(4) Saya agak bersetuju dengan pernyataan di sebelah kanan

Penyelidik juga memasukkan maklumat yang mencukupi tentang ciri-ciri setiap item yang
digunakan iaitu bahagian pertama senarai mengandungi item-item pembelajaran pelajar dan
bahagian kedua item pembelajaran kendiri guru. Item-item kepandaian diambil daripada
Nature of Intelligence inventory yang digunakan oleh Chiu et al. (1994) dan Lynott and
Woolfolk (1994). Item-item ini termasuk untuk toleransi ketidakpastian yang diilhamkan
oleh senarai Hubers (1995). Item-item ini diterjemahkan dan diambil untuk disesuaikan
dengan situasti Dutch. Pernyataan yang bertentangan digabungkan ke dalam satu item.
Item-item pada pengurusan pembelajaran dalaman atau luaran, konstruktif atau fakta
semulajadi pengetahuan dan sosial atau pembelajaran individu semulajadi yang asas
utamanya kepada pertuturan guru dalam temuduga (Ebbens, 1994), tetapi juga pada
ekspresi yang digunakan dalam perbincangan umum tentang pembaharuan yang berlaku di
house of study. Dua orang guru, dua orang pengajar dan dua orang rakan penyelidik

diminta memberi komen pada versi draf senarai untuk meningkatkan kesahihan dan
kejelasan perkataan.

Bahan-bahan yang digunakan oleh penyelidik dalam mengendalikan kajian adalah meliputi
versi pertama mengandungi 75 item: 38 item mengambil kira pembelajaran pelajar dan 37
item lagi mengambil kira pembelajaran kendiri guru dengan tujuh atau lapan item untuk
setiap faktor. Berasaskan kepada analisis data dengan versi pertama penyelidk membuang
24 item. Versi kedua mengandungi 25 item pembelajaran pelajar dan 26 item pembelajaran
kendiri guru, dengan empat atau enam item bagi satu faktor. Prosedur saintifik dalam
susunan kronologi digunakan oleh penyelidik. Contohnya, Jadual 3 menunjukkan semua
item pembelajaran pelajar

(24 item diletakkan dalam versi akhir) dan Jadual 4

menunjukkan semua item pembelajaran guru (22 item diletakkan dalam versi akhir). Dalam
jadual, item disusun dalam cara seperti pernyataan di sebelah kanan selalunya merujuk
kepada pembelajaran berpusatkan pandangan pusat sementara pernyataan di sebelah kiri
menunjukkan lebih pandangan tradisional.

Prosedur
Prosedur yang digunakan oleh penyelidik juga sesuai dan jelas untuk menjelaskan tentang
masalah kajian dan hipotesis yang telah dibuat. Analisis data menfokuskan pada :
(1) menyemak kecukupan item, mengubahnya jika perlu
(2) menguji model secara teori yang sesuai dalam soalan kajian, untuk konsep guru terhadap
pembelajaran pelajar sebagaimana pembelajaran kendiri mereka. Untuk menguji model
secara teori, penyelidik mengaplikasikan penetapan faktor analisis kepada matrik varian,
menggunakan kaedah kemungkinan maksimum.
(Joreskog & Sorbom, 1993).

Pengiraan dibuat oleh LISREL 8.14

Menurut nasihat Hoyle and Panter (1995), sesetengah

kriteria yang sesuai digunakan. Kemudiannya ujian chi-square digunakan: makna punca
kesilapan menganggar segi empat (RMSEA), yang mana ukuran ketidaksamaan per darjah
bebas antara model dan matrik varian dalam populasi; makna baki piawaian asas segi empat
(SRMR), yang mana purata perbezaan di antara pemerhatian dan perkaitan pembinaan
semula; indeks kesesuaian bukan kebiasaan (NNFI), pernyataan yang menunjukkan
peningkatan kesesuaian model relatif dengan model kebebasan; dan jangkaan melintasi
indeks kesahan (ECVI), yang mana pengukuran untuk membuktikan kesesuaian model
untuk data sampel baru daripada guru yang sama. ECVI digunakan untuk membandingkan
model-model, nilai terendah membuktikan kesesuaian yang lebih baik.

Kesesuaian

bergantung kepada penerimaan kedua-dua SRMR_0.08 dan RMSEA _0.06 (Hu & Bentler,
1999). NNFI sekurang-kurang mesti hampir kepada 0.90. Data dianalisis dengan LISREL
8.30 (Du Toit et al., 1999). Analisis data bertujuan untuk:
(1) menguji model secara teori sekali lagi
(2) menjawab soalan dalam matlamat penyelidikan yang kedua dan ketiga tentang
pengesahan guru terhadap kedua-dua konsep pembelajaran tentang pembelajaran pelajar
dan pembelajaran mereka sendiri.

KEPUTUSAN/DAPATAN KAJIAN
Bahagian ini ditulis dengan jelas dan disusun dengan baik mengikut pernyataan masalah
yang dinyatakan di atas. Keputusan bagi masalah tersebut dinyatakan seperti di bawah ini:

Pengubahsuaian Inventori Pembelajaran


Hasil analisis LISREL tentang tanggapan guru terhadapa pembelajaran pelajar dalam
penyelesaian yang tidak boleh diterima apabila item Tolerance of Uncertainty dilibatkan.
Jadi, penyelidik membuang item tersebut.

10 item lain yang dibuang kerana mereka

menimbulkan indicator yang kurang tentang faktor.

Selepas perubahan ini penyelidik

menguji tiga model: satu faktor model (melibatkan semua item kecuali Tolerance of
Uncertainty, orientasi proses pengukuran), model empat faktor dengan empat hipotesis
dimensi proses orientasi dan model urutan kedua (jangkaan faktor susunan kedua untuk
menerangkan hubung kait di antara empat faktor). Model empat faktor, dengan semua
hubung kait di antara faktor kiri bebas, lebih sesuai berbanding alternative dan mempunyai
sebab kesesuaian yang baik.

Keputusan yang diperolehi adalah berkaitan terus dengan hipotesis yang dinyatakan oleh
penyelidik. Keputusan tersebut dinyatakan dalam bentuk jadual dan angka yang dilabelkan
dengan jelas serta disusun dengan baik seperti :
Jadual 1 : Kesesuaian kebaikan bagi model tiga faktor konsep pembelajaran guru
(n_260)
Jadual 2 : Hubung kait dalam model lima faktor
Jadual 3 : Faktor konsep guru terhadap pembelajaran pelajar: faktor penurunan
Faktor 1: Pengurusan Luaran menentang Pengurusan Dalaman
Faktor 2: Pengetahuan sebagai Entiti yang boleh dikembangkan menentang
Pengetahuan sebagai Pembinaan Aktif
Faktor 3: Pembelajaran individu menentang Pembelajaran Sosial
Faktor 4: Kemampuan Tetap menentang Kemampuan Dinamik
Faktor 5: Tidak toleransi ketidakpastian menentang Toleransi ketidakpastian
Jadual 4 : Mempersembahkan item versi akhir inventori dengan statistik diskritif dan
standard yang ditentukan untuk model lima faktor.

10

Perbezaan di antara konsep pembelajaran pelajar dan pembelajaran sendiri


Untuk membandingkan faktor pembelajaran pelajar dengan faktor pembelajaran sendiri,
skor perubahan tersembunyi (Joreskog, 2000) dikira untuk semua guru. Kelebihan utama
kaedah ini adalah hubung kait antara skor perubahan tersembunyi bersamaan dengan
hubung kait antara perubahan tersembunyi dalam model. Disebabkan oleh saiz sampel
yang kecil penyelidik dihalang daripada menganalisa kedua-dua set item serentak.

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN


Penyelidik ada menyatakan batasan kajian ini iaitu konsep guru tentang pembelajaran
pelajar sebagai mana pembelajaran mereka sendiri. Perbincangan juga meliputi semua
pernyataan masalah yang telah dikenal pasti. Contohnya, Learning Inventory (Learning:
What do you think?) adalah untuk menguji lima dimensi ini, termasuk pembelajaran
pengurusan kendiri, pengetahuan sebagai pembinaan aktif kepada pelajar, pembelajaran
sosial semula jadi, model dinamik kepandaian dan toleransi ketidakpastian. Dibandingkan
antara dua sampel, bahagian inventori pembelajaran sendiri guru dilihat kurang stabil
berbanding bahagian pembelajaran pelajar.

Penyelidik juga ada mencadangkan kesan

penyelidikan ini kepada kajian lanjutan iaitu agar meningkatkan inventori, terutamanya
bahagian pembelajaran guru. Dalam versi yang lepas tentang inventori jawapan bagi item
pembelajaran sendiri guru boleh mempengaruhi item pembelajaran pelajar. Susunan yang
mungkin ini perlu disiasat untuk memastikan hubung kait antara beberapa dimensi bukanlah
hasil artifak metodologi. Sebagai tambahan, ia boleh digunakan untuk membandingkan
format item yang lepas dengan format item yang lain yang tidak dijadikan pilihan di antara
pernyataan berpusatkan proses dan pernyataan yang lebih tradisional.

11

Kesimpulan umum yang dibuat oleh penyelidik berkaitan dalam menjelaskan keputusan
kajian iaitu guru-guru dalam kajian ini secara umum menyokong konsep berpusatkan proses
pembelajaran. Guru-guru yang sebelumnya banyak terlibat dalam pembaharuan sasaran
pendidikan yang aktif dan pembelajaran terarah kendiri pelajar. Pengajaran berpusatkan
proses memerlukan guru menjelaskan model pembelajaran mental mereka.

Perbandingan konsep guru terhadap pembelajaran pelajar dan pembelajaran mereka sendiri
dalam kajian ini adalah dilihat sebagai sesuatu perbezaan yang menarik.
bagaimanapun, terdapat juga perbezaan di antara konsep guru

Walau

terhadap pembelajaran

pelajar dan juga pembelajaran mereka sendiri. Pertama, guru menjangkakan lebih banyak
toleransi ketidakpastian dalam pembelajaran pelajar daripada apa yang mereka lakukan
untuk pembelajaran mereka sendiri.

Perbezaan ini boleh menunjukkan kelemahan hala tuju guru kepada pelajar dengan tahap
toleransi ketidakpastian rendah, siapa yang memerlukan lebih banyak struktur dan sokongan
dalam mengamalkan pembelajaran berdikari. Hubungan yang rendah bagi toleransi yang
tidakpasti dalam pembelajaran sendiri guru juga mencadangkan yang mereka juga boleh
memerlukan sokongan berstruktur dalam pembelajaran mereka (Huber & Roth, 1999).
Keduanya, guru-guru dalam kajian ini memerlukan banyak konsep kepandaian dinamik
untuk mereka sendiri daripada apa yang mereka lakukan untuk pelajar. Kesimpulan yang
positif ialah guru-guru percaya bahawa mereka mengikuti pembelajaran melalui karier
mereka.

12

BIBLIOGRAFI
Rujukan yang digunakan untuk menyiapkan kajian ini adalah mencukupi dan meliputi
pelbagai sumber.

Kebanyakkan rujukan yang digunakan adalah berbentuk tinjauan

literature yang digunakan dalam perkaitan dengan kajian yang dijalankan oleh penyelidik.
Penyelidik juga banyak menggunakan petikan berbentuk teks untuk tinjauan literature
dengan memasukkan sumber sesuatu petikan itu diperolehi.

Rujukan yang banyak

digunakan juga menjadikan penulisan artikel ini menarik dan padat untuk dijadikan rujukan
dan panduan untuk kajian selanjutnya terutamnya kepada penyelidik baru.

PANDANGAN/PENDAPAT UMUM
Artikel ini adalah satu contoh laporan kajian yang baik. Cara penulisannya jelas dan
disusun dengan baik dengan mengikut kronologi bagi satu kajian. Banyak panduan yang
diperolehi daripada artikel ini antaranya ialah cara penulisan dan penyusunan sesuatu bahan.
Kesemuanya dapat dijadikan panduan kepada saya untuk menulis kertas kerja untuk kajian
nanti. Kekuatan pada artikel ini ialah cara memaparkan dapatan kajian. Dapatan kajian
dinyatakan dalam bentuk jadual dan juga graf. Ianya nampak jelas dan mudah difahami.
Selain itu, jenis-jenis ujian, kaedah analisis yang digunakan dan juga dapatan kajian
dinyatakan dengan jelas mengikut setiap masalah yang dikenal pasti. Namun, terdapat
kekurangan pada dapatan kajian ini ialah penyelidik tidak menyertakan cara pengiraan
bagaimana dapatan tersebut diperolehi. Apa yang menarik dalam artikel ini yang tidak saya
temui dalam artikel lain ialah penyelidik memasukkan nota untuk penyumbang sebagai
penghargaan di atas sokongan dan sumbangan mereka untuk menjayakan kajian ini. Cara
ini jarang dilakukan kerana kebanyakkan penyelidik hanya memasukkan penghargaan
mereka dalam bentuk rujukan sahaja.

Mungkin inilah kaedah terbaik untuk memberi

penghargaan kepada seseorang melalui penulisan artikel.

13

You might also like