You are on page 1of 5

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

Tajuk 2

Persediaan Rancangan Pelajaran Tahunan dan


Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Moral

Sipnosis
Apabila seseorang guru masuk ke dalam kelas, sememangnya anda akan
nampak buku tebal yang dibawa bersama, itulah Buku Rekod Mengajar yang
dimiliki oleh semua guru di mana tersimpannya Rancangan Pengajaran
Tahunan dan Rancangan Pengajaran Harian dan butiran-butiran mengenai
pengajaran dan pembelajaran seperti jadual waktu, senarai nama murid
beserta markah dan sebagainya.

Kementerian Pendidikan Malaysia

mewajibkan semua guru menyediakan butiran-butiran pengajaran dan


pembelajaran (P&P) bagi setiap waktu mengajar mengikut jadual waktu
sekolah.
Tajuk Kedua ini memerlukan guru menguasai kemahiran menyediakan
Rancangan Pengajaran Tahunan dan Rancangan Pengajaran Harian untuk
menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Rancangan
Pengajaran Tahunan akan memberikan garis panduan kepada susunan topiktopik yang perlu diajar sepanjang tahun yang dipecah-pecahkan mengikut
minggu. Persediaan Rancangan Pengajaran Harian merupakan garis
panduan terperinci yang digunakan oleh guru untuk menjalankan pengajaran
dan pembelajaran secara sistematik.

Hasil Pembelajaran
1.

Mengetahui perincian butiran Rancangan Pengajaran Tahunan/Semester bagi


subjek Pendidikan Moral di sekolah, dan boleh merancang pecahan nilai bagi
setiap minggu dan semester.

2.

Mengetahui perincian butiran Rancangan Pelajaran Harian bagi subjek


Pendidikan Moral KBSR (dan KSSR), termasuk penulisan hasil pembelajaran
dari segi kognitif, afektif dan tingkah laku.

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

Kerangka konsep tajuk

Persediaan Rancangan Pelajaran


Tahunan dan Rancangan
Pengajaran Harian Pendidikan Moral

Kepentingan
persediaan RPT dan
RPH Pendidikan Moral

2.1

Perincian butiran
Rancangan Pengajaran
Tahunan/Semester
Pendidikan Moral
KBSR & KSSR

Perincian bituran
Rancangan Pengajaran
Harian Pendidikan
Moral KBSR & KSSR

Rancangan Pengajaran Tahunan


Rancangan Pengajaran Tahunan perlu disediakan oleh guru pada awal tahun
sebelum minggu persekolahan pertama bermula. Rancangan Pengajaran
Tahunan mempaparkan semua topik dan sub-topik dalam sukatan pelajaran
mengikut minggu persekolahan dalam satu tahun. Perancangan agihan topiktopik bagi setiap minggu perlu teliti supaya topik-topik yang luas perlu masa
yang lebih lama untuk disampaikan kepada murid, dan P&P semua topik
dapat disempurnakan dalam satu tahun. Guru juga perlu merujuk kepada
maklumat dalam takwim sekolah seperti cuti sekolah, cuti am, minggu
peperiksaan, hari majlis, aktiviti-aktiviti sekolah dan sebagainya, untuk
perancangan P&P sepanjang tahun.

2.2

Kepentingan Rancangan Mengajar


1.

Ia merupakan satu panduan kepada guru tentang topik-topik yang

hendak disampaikan.
2.

Dapat mengelakkan guru terpesong atau terkeluar tajuk-tajuk yang

hendak diajar.
3.

Membantu guru menentukan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik

P&P yang sesuai dengan objektif, pengalaman murid, kehendak sukatan dan
resos P&P.
4.

Membantu guru menyediakan bahan dan alat bantu mengajar.

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

Selain daripada kepentingan Rancang Mengajar tersebut di atas,


bincang bersama rakan sejawat sekolah anda, apakah kepentingan
lain yang mereka tahu?

Bandingbezakan pandangan guru veteren

dengan guru permulaan

terhadap penulisan Rancangan Mengajar

sebagai tugas wajib seseorang guru, dan apakah komen anda sendiri.
(1 jam)

2.3

Contoh butiran persediaan Rancangan Pengajaran Tahunan


(i)

KBSR (rujuk Lampiran 1)

(ii)

KSSR (rujuk Lampiran 2)

Dengan merujuk kepada Huraian Sukatan Pendidikan Moral KBSR dan


KSSR, sediakan satu Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) bagi
Pendidikan Moral KBSR Tahun 5 atau Tahun 6, dan satu lagi bagi
Pendidikan Moral KSSR Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3 atau Tahun 4.
Anda boleh minta kebenaran guru Pendidikan Moral di sekolah anda
untuk merujuk dan membincangkan RPT yang disediakan oleh mereka
pada tahun-tahun lepas.
(1 jam)

2.4

Butiran Persediaan Rancangan Pengajaran Harian (KBSR)


Pada umumnya RPH (KBSR) perlu mengandungi butiran seperti
berikut:
1. Butiran-butiran am tarikh, masa, kelas, bilangan murid, pengetahuan
2.
3.
4.
5.

sedia ada, kemahiran berfikir, nilai sampingan dan bantu mengajar.


Objektif pengajaran/Hasil Pembelajaran kognitif/ afektif / tingkah laku
Strategi pengajaran/aktiviti
Langkah-langkah pengajaran Set Induksi, Perkembangan, Penutup.
Penilaian Kendiri

Contoh Format Persediaan Mengajar adalah seperti berikut:

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral


Maklumat am yang perlu ada dalam persediaan harian

2.5

Mata Pelajaran
Tarikh/Masa
Kelas
Tajuk
Bidang Pembelajaran Rujuk Sukatan Pelajaran Tahunan berkenaan

yang mengandungi 5 Bidang Pembelajaran.


Nilai
Sub Nilai - rujuk Sukatan Pelajaran Tahun berkenaan
Hasil Pembelajaran Kognitif. Afektif dan Tingkah Laku
Pengetahuan Sedia Ada
Pendekatan
Bahan Bantu Mengajar

Contoh Butiran Persediaan Rancangan Pengajaran Harian


(i)

KBSR (rujuk Lampiran 3)

(ii)

KSSR (rujuk Lampiran 4)

Lampiran 4 yang disertakan dalam Modul ini adalah satu contoh


Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang ringkas bagi Pendidikan
Moral KSSR Tahun 2 (Saya dan Keluarga), ia adalah satu garis
panduan mengikut format yang dicadangkan, anda dikehendaki
menyediakan

merancang

secara

perinci

bagi

butiran

Aktiviti

Pengajaran dan Pembelajaran dan Elemen Merentasi Kurikulum


(EMK). Anda boleh merujuk kepada contoh penulisan dan penjelasan
kedua-dua butiran di atas dengan melayar internet, antara laman web
berkenaan ialah www.slideshare.net/sealih/emk-dalam-kssr.
(1 jam)

Rumusan

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral


Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
perlu mengambil kira perkara-perkara berikut:
1. Mengenal pasti objektif 3 domain dalam Pendidikan Moral iaitu: Kognitif
(Pemikiran Moral), Afektif (Perasaan Moral) dan Psikomotor (Tingkah laku
Moral).
2. Mengambil semua faktor yang akan mempengaruhi pelaksanaan pengajaran
dan pembelajaran dalam kelas seperti cuti, aktiviti sekolah dan peperiksaan.
3. Mengetahui secara terperinci isi-isi yang hendak disampaikan kepada murid.
4. Memilih teknik dan sumber Pengajaran dan Pembelajaran yang dapat
meningkatkan kualiti pembelajaran murid-murid di samping mencapai hasil
pembelajaran yang dirancangkan.
5. Persediaan mengajar harian biasanya mengandungi butiran yang lebih
terperinci seperti contoh penggajaran di lampiran.

You might also like