You are on page 1of 19

MATLAMAT PENUBUHAN PERSATUAN

Memperkasa dan memartabatkan profesionalisme ahli di dalam bidang


masing-masing dan seterusnya menjadi contoh/rujukan kepada semua pihak

Menjadi salah satu institusi yang menggerak, mengeratkan dan


mengukuhkan hubungan muhibah, kebajikan, kerjasama, persefahaman dan
kesejahteraan
bekerja
sesama
ahli

Bersama memaju dan memperkasakan kepakaran ikhtisas dan professional


di kalangan ahli selaras dengan keperluan, perancangan dan peranan
Universiti

Menjalin hubungan dan kerjasama dengan badan dan pertubuhan lain yang
mempunyai
matlamat
dan
kepentingan
yang
serupa

Menjadi saluran rasmi kepada ahli untuk bertemu dan berbincang sesama
ahli serta dengan pihak pengurusan universiti bagi tujuan memartabatkan
kepentingan kedua-dua pihak di dalam aspek perkhidmatan, perjawatan,
kebajikan serta profesionlisme kerjaya ahli dan organisasi.

Sumber : http://ppti.ump.edu.my/index.php?
option=com_content&view=article&id=61:matlamat-penubuhanpersatuan&catid=34:maincontent&Itemid=70

FASA II MATLAMAT DAN OBJEKTIF


FASA II
MATLAMAT DAN OBJEKTIF
2.1
Matlamat
a) Menjaga kebajikan Pegawai Pentadbir dan Ikhtisas
b) Mencapai persefahaman, kerjasama dan kesejahteraan ahli
c) Menegak dan mengukuhkan prinsip pengurusan yang cekap, adil dan demokratik
d) Mengada dan menjalinkan hubungan dengan lain-lain badan yang sesuai dengan tugas dan
matlamat Persatuan
e) Memajukan bidang pentadbiran, ikhtisas dan bidang-bidang lain yang dapat meninggikan lagi imej
universiti.
2.2

Objektif

2.2.1 Tujuan-tujuan Persatuan ialah :a) Menjadi satu badan yang mewakili Pegawai Pentadbir dan Ikhtisas Universiti Teknologi Malaysia
b) Memberi sumbangan untuk perkembangan dan kemajuan perkhidmatan, pentadbiran dan ikhtisas
Universiti
c) Memelihara matlamat Universiti
d) Menjadi badan perunding semua perkara berkenaan kebajikan dan kepentingan ahli
e) Menjadi ahli gabungan kepada mana-mana pertubuhan yang berdaftar di Malaysia dan sesuai dengan
dasar Persatuan
f) Bekerjasama dengan lain-lain Pertubuhan yang berdaftar di Malaysia yang sesuai dengan dasar
Persatuan
g) Menyebarkan penerangan dan maklumat mengenai kegiatan dan hal yang ada kaitan dengan
kepentingan ahli
h) Mengemukakan pendapat dan perakuan kepada pihak berkuasa Universiti, agensi dan Kerajaan serta
badan-badan lain mengenai perkara yang berkaitan dengan kepentingan ahli.

Sumber : http://www.utm.my/pertisas/perlembagaan/fasa-2/

Perlembagaan Persatuan
PERLEMBAGAAN
Persatuan Alumni Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

Fasal 1: NAMA
1. Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Alumni Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan selepas ini
disebut Persatuan.

Fasal 2: TEMPAT URUSAN


1.

Alamat tempat urusan ialah:

Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni

No. 19, 21, 23 dan 25 Jalan Serawak


Taman Bukit Kubu Jaya
02000 Kuala Perlis
2.

Dan alamat surat menyurat ialah:

Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni


No. 19, 21, 23 dan 25 Jalan Serawak
Taman Bukit Kubu Jaya
02000 Kuala Perlis
Alamat tempat urusan dan alamat surat menyurat Persatuan tidak boleh diubah dengan tidak dibenarkan oleh
Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

Fasal 3 :

BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA

Tiada

Fasal 4 :

TUJUAN / MATLAMAT

Tujuan Persatuan ini ialah:


1. Menggalakkan semua ahli-ahli Persatuan cenderung dalam aktiviti sosial.
2. Merancang dan mengadakan segala aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasi bagi ahli-ahli, keluarga dan warga
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
3. Merancang dan mengadakan khidmat komuniti.
4. Dapat menggunakan pelbagai kemudahan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
5. Membantu Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dalam membudayakan semangat cintakan universiti kepada
pelajar-pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Fasal 5: KEAHLIAN
Keahlian Persatuan ini boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu:
1.

Ahli Biasa

a.
b.
c.

i.
ii.
iii.
iv.
2.

Terdiri daripada semua graduan UniMAP;


Bersetuju mematuhi syarat-syarat keahlian serta perlembagaan persatuan ini;
Bertanggungjawab menjaga dan menaikkan nama persatuan dengan;

Mengambil bahagian di dalam semua mesyuarat agung Persatuan;


Mengundi dalam semua perkara di dalam mesyuarat Persatuan.
Memegang sebarang jawatan yang ditetapkan dalam mesyuarat agung dan mesyuarat Jawatankuasa;
Menyertai dan mengambil bahagian dalam semua aktiviti yang diadakan.
Ahli Bersekutu

a. Terbuka kepada mana-mana kakitangan UniMAP sahaja. Bagi kakitangan yang tidak lagi berkerja di UniMAP ini
secara automatik gugur dari menjadi ahli bersekutu;
b. Telah dipersetujui oleh ahli Jawatankuasa (AJK);
c. Mematuhi syarat-syarat keahlian dan sanggup menerima serta mematuhi perlembagaan persatuan ini;
d. Bertanggungjawab menjaga dan menaikkan nama persatuan ini.
3. Seseorang yang ingin menjadi ahli Persatuan ini hendaklah mengisi borang keahlian yang boleh didapati secara
percuma dari setiausaha persatuan.
4. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dihantar kepada Setiausaha Persatuan, yang hendaklah
mengemukakan permohonan itu secepat mungkin kepada ahli Jawatankuasa kerja untuk diluluskan. Jawatankuasa
kerja boleh menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.
5. Tiap-tiap permohonan yang permohonannya telah diluluskan hendaklah menjelaskan bayaran masuk dan yuran
bulanan pertama seperti yang ditentukan dan berhaklah ia sebagai ahli persatuan.

Fasal 6: BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN


1.

Bayaran masuk dan yuran yang perlu dibayar adalah seperti berikut:

i) Bayaran masuk
a. ahli biasa
- RM 50.00
( Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja)
b. ahli bersekutu - RM 100.00
( Ringgit Malaysia Seratus Sahaja)
(**dibayar sekali sahaja seumur hidup)
2. Yuran-yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara-pekara yang tertentu boleh dijalankan
dengan persetujuan mesyuarat agung.
3. Persatuan boleh menerima sumbangan sama ada berupa wang atau lain-lain bentuk bantuan daripada bukan

ahli, orang perseorangan atau swasta serta mengadakan kutipan derma dengan syarat mendapat kebenaran terlebih
dahulu daripada Pendaftar Pertubuhan dan pihak berkuasa dengan tujuan untuk memajukan aktiviti persatuan.

Fasal 7: PEMBERHENTIAN DAN PERMECATAN


1. Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli persatuan hendaklah memberikan kenyataan yang bertulis dua
minggu sebelum berhenti kepada setiausaha, dan melunaskan segala hutangnya.
2. Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang persatuan atau bertindak dengan cara yang boleh
mencemarkan nama baik persatuan boleh dipecat atau digantung keahliannya dalam sesuatu tempoh sebagaimana
yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantungkan ahli
tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungan secara bertulis. Ahli
tersebut juga hendaklah diberi peluang menerangkan dan membela diri. Pemecatan atau penggantungan itu
hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan ahli
tersebut.

Fasal 8: MESYUARAT AGUNG


1. Pengelolaan Pertubuhan ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli. Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2)
daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali ganda jumlah ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang
kurang, hendaklah hadir di dalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum
untuk mesyuarat.

2. Jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat maka
mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada satu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang telah ditetapkan oleh
Jawatankuasa dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat
yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir untuk menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa
mengubah undang-undang Persatuan dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.

3. Mesyuarat Agung Tahunan bagi Persatuan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah berakhir tahun
kewangan tetapi tidak lewat daripada 31 Mac pada tarikh, masa dan tempat yang telah ditetapkan oleh
Jawatankuasa. Agenda-agenda Mesyuarat Agung Tahunan ialah :
i. Menerima laporan Jawatankuasa berkenaan kerja-kerja persatuan ini di dalam tahun yang lalu.
ii. Menerima laporan Bendahari dan penyata kira-kira yang telah diaudit bagi tahun yang lalu.
iii. Melantik ahli-ahli Jawatankuasa dan pemeriksa kira-kira untuk tahun yang akan datang.
iv. Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.

4. Setiausaha hendaklah menghantar kepada setiap ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum Mesyuarat Agung
Tahunan diadakan suatu pengumuman mesyuarat yang menerangkan tarikh, masa dan tempat serta agenda
mesyuarat termasuk salinan-salinan peringatan mesyuarat dan laporan-laporan beserta dengan penyata kira-kira
persatuan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan surat-surat ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh
ahli-ahli di alamat tempat urusan persatuan.

5. Mesyuarat Agung Khas bagi persatuan ini boleh diadakan:i) Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa; atau
ii) Atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang daripada satu perlima (1/5) daripada jumlah
ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan-tujuan dan sebab-sebab mengadakannya. Permintaan itu
hendaklah dihantar kepada Setiausaha Persatuan.

6. Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu
bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.

7. Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada
semua ahli-ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.
8. Fasal 8(1) dan 8(2) di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan
boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah
jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli, maka mesyuarat itu
hendaklah dibatalkan dan dalam masa enam (6) bulan daripada tarikh ini Mesyuarat Agung Khas atas permintaan
ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.

9. Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan deraf peringatan tiap-tiap mesyuarat
Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dengan seberapa segera yang boleh setelah selesainya
mesyuarat itu.

Fasal 9: JAWATANKUASA
1. Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Pertubuhan hendaklah dipilih di dalam Mesyuarat
Agung Tahunan:
i. Seorang Pengerusi
ii. Seorang Naib Pengerusi
iii. Seorang Setiausaha
iv. Seorang Naib Setiausaha
v. Seorang Bendahari
vi. Seorang Penolong Bendahari
vii. 5 orang Ahli Jawatankuasa Biasa

2. Pemegang-pemegang jawatan Pertubuhan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif dalam
Pertubuhan ini hendaklah terdiri daripada Warganegara Malaysia.

3. Nama-nama untuk jawatan-jawatan yang di atas hendaklah dicadang dan pemilihan dijalankan dengan cara
mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka akan memegang jawatan selama 3 tahun dan
boleh dilantik semula.

4. Tugas Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian persatuan dan membuat keputusan
atas perkara-perkara mengenai perjalanan persatuan dengan tidak terkeluar dari dasar umum yang telah ditetapkan
oleh Mesyuarat Agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh membuat tindakan bertentangan dengan
keputusan Mesyuarat Agung Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan Mesyuarat Agung Jawatankuasa
hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung
Tahunan.

5. Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam masa empat (4) bulan. Pengumuman
bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli 7 hari terdahulu. Pengerusi dengan bersendirian atau
tidak kurang dari 4 orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat
Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang- kurangnya setengah daripada bilangan ahli-ahli Jawatankuasa
hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.

6. Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa tidak dapat diadakan maka
Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan daripada ahli-ahli Jawatankuasa secara mengedarkan surat pekeliling.
Syarat-syarat mengenainya seperti berikut hendaklah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa boleh
dianggap sebagai telah diterima:
i) Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang diedarkan
kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa.
ii) Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli-ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau
bantahan mereka terhadap cadangan itu; dan
iii) Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak.

Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada mesyuarat
Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatitkan di dalam peringatan mesyuarat.

7. Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang
memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa.

8. Seorang ahli Jawatankuasa berhak untuk melantik ahli persatuan yang lain bagi memenuhi kekosongan itu
sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.

9. Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada setiausaha dan pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusanurusan persatuan dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkannya mustahak.Jawatankuasa boleh
menggantung atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam tugas, curang,
tidak cekap, ingkar menjalankan keputusan Jawatankuasa atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh
merosakkan kepentingan persatuan.

10. Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan
khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa.

Fasal 10: KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI


1. Pengerusi dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah menjadi semua Pengerusi semua Mesyuarat
Agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua
mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangai peringatan mesyuarat bila telah
diluluskan. Ia hendaklah menandatangani semua cek persatuan bersama-sama Setiausaha dan Bendahari.

2.

Naib Pengerusi hendaklah memangku jawatan Pengerusi semasa ketiadaanya.

3. Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentabiran persatuan mengikut undang-undang dan hendaklah
perintah Mesyuarat Agung dan Jawatankuasa.
Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat-menyurat dan meyimpan semua buku, surat dan kertas kecuali
akaun dan buku-buku kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir
seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat
rumah setiap ahli. Ia hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat. Ia hendaklah
menandatangani semua cek persatuan bersama-sama dengan Pengerusi dan Bendahari. Setiausaha hendaklah di
dalam masa 60 hari dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan mengirimkan penyata tahunan Persatuan
kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 14(1) Akta Pertubuhan 1966.

4. Bendahari adalah bertangungjawab berkenaan semua hal kewangan persatuan. Ia hendaklah membuat dan
menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertangungjawab di atas ketepatannya. Ia hendaklah
menandatangani semua cek persatuan bersama-sama dengan Pengerusi dan Setiausaha.

5. Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa dalam menjalankan tugas yang diarahkan
olehnya.

Fasal 11: KEWANGAN


1. Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam undang-undang ini wang persatuan ini boleh digunakan
untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan persatuan termasuklah belanja pertadbiran, bayaran
gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah memeriksa kira-kira. Walau
bagaimanapun, wang itu tidaklah boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh
Mahkamah.

2. Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM5000.00 (Ringgit Malaysia Lima Ribu
sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang
diluluskan oleh Jawatankuasa. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama persatuan.

3. Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira persatuan hendaklah ditandatangan bersama oleh
Pengerusi, Bendahari atau Setiausaha maka bolehlah Jawatankuasa melantik sesiapa di antara mereka sebagai
pengganti untuk menandatangani cek atau kenyataan pengeluaran wang persatuan.

4. Perbelanjaan yang lebih daripada RM10000.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu sahaja) bagi sesuatu masa tidak
boleh dibayar dengan tidak diluluskan dahulu oleh Jawatankuasa dan perbelanjaan yang lebih daripada RM50000.00
(Ringgit Malaysia Lima Puluh Ribu sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran
Mesyuarat Agung terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang daripada RM10000.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu
sahaja) bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Pengerusi bersama Bendahari atau Setiausaha.

5. Penyata dari hal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan
oleh Bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksaan Kira-kira mengikut Fasal 12 dengan seberapa segera setelah
tamatnya tahunan kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh
Mesyuarat Agung Tahunan yang berikutan dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat
urusan persatuan.

6.

Tahun kewangan Persatuan ini bermula dari 1hb Januari dan berakhir pada 31hb Disember tiap-tiap tahun.

Fasal 12: PEMERIKSA KIRA-KIRA


1. Dua orang yang bukannya AJK yang boleh dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Pemeriksa kirakira. Mereka akan memegang jawatan selama 3 tahun dan boleh dilantik semula.

2. Pemeriksa kira-kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira persatuan bagi setahun dan membuat laporan atau
pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Pengerusi
mengaudit kira-kira persatuan bagi mana-mana masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan
kepada Jawatankuasa.

Fasal 13: PEMEGANG AMANAH


Tiada

Fasal 14: TAFSIRAN UNDANG-UNDANG


1. Di antara berlangsungnya mesyuarat agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada undangundang ini dan Jawatankuasa, jika mustahak, boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam
undang-undang ini.

2. Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam mesyuarat
agung keputusa Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan mesyuarat
agung.

Fasal 15: PENASIHAT / PENAUNG


Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi Penasihat / Penaung bagi
Pertubuhan ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuannya secara bertulis.

Fasal 16: LARANGAN


1. Ahli-ahli adalah dilarang daripada bermain sebarang jenis permainan berbentuk perjudian di dalam kawasan
Persatuan;
2. Ahli-ahli dilarang sama sekali meminum sebarang minuman keras di dalam kawasan persatuan;
3. Persatuan atau ahli-ahlinya tidak harus menghalang atau dengan cara apa jua mengganggu perniagaan atau
harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti definasi di dalam Akta
Kesatuan Sekerja 1959;
4. Persatuan ini tidak boleh menjalankan aktiviti perjudian samada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak atas nama
persatuan atau pegawai-pegawainya atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa
berkenaan;
5. Faedah-faedah seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966 tidaklah boleh diberi oleh
Persatuan kepada mana-mana ahlinya.

Fasal 17: PINDAAN UNDANG-UNDANG


Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan mesyuarat agung. Permohonan untuk
perubahan atau pindaan kepada undang-undang hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60
hari daripada tarikh keputusan mesyuarat agung meluluskan perubahan atau pindaan itu dan hanya boleh
dikuatkuasakan mulai daripada tarikh perubahan atau pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

Fasal 18: PEMBUBARAN


1. Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5)
daripada jumlah ahli yang menghadiri dalam suatu mesyuarat agung yang dipanggil khas kerananya,
2. Sekiranya Pertubuhan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan
Pertubuhan yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah
diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam mesyuarat agung berkenaan.
3. Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa
14 hari dari tarikh pembubaran itu.

*Perlembagaan ini telah disahkan dalam mesyuarat agung persatuan pada 30 Julai 2011 dan telah didaftarkan di
Pendaftar Pertubuhan

Sumber : http://alumni.unimap.edu.my/index.php/pendaftaran-ahli/perlembagaanpersatuan.html

MONDAY, JULY 12, 2010


Prosedur Penubuhan Kelab/Persatuan
BENGKEL PENUBUHAN KELAB PENGGUNA IPT ZON UTARA
RUMAH PERSEKUTUAN BRINCHANG CAMERON HAIGHLAND
(14 HINGGA 16 JULAI 2010)
Disediakan Oleh
Haji Ahmad Jasmi Don
Pensyarah Kanan Kokurikulum
IPG Kampus Tuanku Bainun BM

PENUBUHAN PERSATUAN/KELAB
1. OBJEKTIF
1.1 Menjelaskan matlamat dan tujuan penubuhan kelab atau persatuan di IPT dalam
konteks kependidikan dan kepimpinan
1.2 Memberi Pengetahuan dan kefahaman kepada peserta bengkel kaedah atau
tatacara untuk menubuhkan persatuan/kelab di IPT masing-masing
1.3 Memberi keyakinan diri kepada peserta untuk memimpin, mengurus,menyelia
dan melaksanakan operasi/kegiatan persatuan/kelab pengguna di IPT masingmasing.
2. PERSATUAN/KELAB
2.1 Definisi:
Sesuatu entiti kumpulan yang berstruktur, berpelembagaan, berperaturan dan
berkepimpinan yang dianggotai oleh Ahli-ahli yang berdaftar, mempunyai minat,
kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama serta bertujuan untuk saling
bekerjasama, bantu membantu dan berkongsi sumber dalam melaksanakan aktiviti
dan mencapai cita-cita serta matlamat berpersatuan/kelab yang telah ditetapkan
dan dipersetujui bersama.
2.2 Matlamat/Tujuan penubuhan persatuan/kelab

Menyediakan peluang dan ruang kepada rakan pelajar yang mempunyai minat,
kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama untuk bergabung dan
menggembeling tenaga, ilmu dan idea dibawah satu pimpinan dan pertubuhan.
Kemudian berkongsi mengadakan aktiviti yang lebih besar,sehat dan bermakna
supaya boleh dimanaafatkan oleh semua ahli dan komuniti.
3. BAGAIMANA MENUBUHKAN KELAB ATAU PERSATUAN
Umumnya kita akan juruskan perbincangan kepada 4 langkah tatacara penubuhan
persatuan/kelab yang biasa dilaksanakan.
3.1 LANGKAH 1 : Mewujudkan Jawatankuasa Penaja
3.1.1 Atas kesedaran diri Pemimpin pelajar (semua yang ada dalam bengkel
ini) menubuhkan jawatankuasa Penggerak/Jawatankuasa Penaja
dengan menyenaraikan diri sebagai AJK Penaja .Jawatankuasa Penaja
ini terdiri dari:a. Pengerusi
b. Naib Pengerusi
c. Setiausaha
d. Bendahari
e. 6-7 Ahli AJK biasa
3.1.1 AJK Penaja mengadakan Mesyuarat sesama sendiri bagi membincangkan
perkara berkaitan penubuhan kelab, matlamat dan tujuan, merangka strategi
kelulusan,peraturan-peraturan, perlembagaan,keahlian, kegiatan/aktiviti, dan lainlain maklumat berkaitan kelab .
3.1.2 Mesyuarat ini mesti ada agendanya, setiap perbincangan diminitkan dan
difailkan /didokumentasikan
3.1.3 Pelaksanaan tugas hasil mesyuarat ikut adalah mengikut jawatan masingmasing.

3.2 LANGKAH 2 : Hebahan Umum dan Persetujuan/Mandat dari


Warga/Komuniti
3.2.1 AJK Penaja mengadakan Mesyuarat Agung Penajaan/Majlis Pertemuan dengan
keseluruhan pelajar/warga kampus untuk membentangkan hasrat dan mendapat
restu persetujuan semua ahli.
3.2.2 Urusan surat-menyurat , jemputan yang dikeluarkan adalah atas nama
AJK Penaja.

contohnya: Kelab Pengguna IPG Kampus Tuanku Bainun


Alamat:..
3.2.3 Semua surat ditandatangani oleh Pengerusi AJK Penaja.
3.2.4 Cadangan Agenda:
1. Ucapan Aluan Pengerusi
2. Pembentangan Senarai Nama JK Penaja (Bayangan) untuk mendapat persetujuan
ahli mesyuarat.
3. Penjelasan/Penerangan tujuan Penubuhan Kelab
3.2.5 Setia usaha minit dan dokumentasikan mesyuarat.
3.3 LANGKAH 3 : Mendapatkan Kelulusan Pendaftar Kelab/Persatuan
3.3.1 Tanggung Jawab AJK Penaja sebelum mendapat kelulusan Pendaftar
3.3.1.1 Menyediakan Perlembagaan Kelab/Persatuan Mengikut nasihat
pendaftaran (Boleh dapatkan contoh dari pendaftar pertsatuan).
3.3.1.2 Mengadakan Mesyuarat Agung Khas - Membentangkan Perlembagaan
untuk bincang dan meluluskan perlembagaan KECUALI kalau mesyuarat agung
yang lalu telah memberi mandat/kepercayaan sepenuhnya kepada JK penaja untuk
meluluskan perlembagaan itu maka mesyuarat khas ini tidak perlu dibuat.
3.3.1.3 Jawatankuasa penaja menulis permohonan rasmi kepada Pendaftar
(Pengarah,Pengetua atau Guru Besar) dengan menyertakan dokuman termasuk
perlembagaan yang telah dipersetujui di atas.
3.3.1.4 Merancang/merangka aktiviti Tahunan. (Aktiviti hanya boleh dilaksanakan
apabila persatuan/kelab telah diluluskan dan didaftarkan secara sah oleh pendaftar
surat kelulusan sebagai dokumen bukti disimpan untuk rujukan)
3.3.2 Selepas Mendapat Kelulusan
3.3.2.1
3.3.2.2
3.3.2.3
3.3.2.4
3.3.2.5

JK Penaja mengadakan Mesyuarat AGUNG


Membuat dan mengedar Notis Mesyuarat Agung dan borang cadangan usul.
Draf Aktiviti/kegiatan persatuan/kelab
Membuat Surat jemputan Mesyuarat Agung kepada semua ahli.
Melaksanakan & Mengendali Mesyuarat Agung

Antara Agenda Mesyuarat:1. Ucapan Aluan Pengerusi


2. Pengesahan Minit Mesyuarat
3. Perkara Berbangkit

4. Melantik JK Persatuan/Kelab (bilangan AJK hendaklah mengikut perlembagaan)


AJK Penaja boleh diganti jika ada persetujuan.
5. Membentang & membaca kandungan perlembagaan untuk maklumat ahli
(Sekiranya terdapat pindaan yang dibuat oleh pihak pendaftar)
6. Membentang & mengesahkan Laporan Kewangan persatuan/Kelab berakhir
pada..(jika sebelum ini JK penaja mendapat sumbangan/kutipan
kewangan drp mana-mana pihak).
7. Bincang Usul-usul yang diterima termasuk usul-usul dari JK
8. Ucapan Penangguhan

3.4 LANGKAH 4 : Melaksana Tanggungjawab sebagai AJK Baru


3.4.1 JK persatuan/kelab yang telah dilantik dalam mesyuarat agung perlu
mengadakan Mesyuarat JK secepat mungkin untuk membincang, melaksanakan
usul atau aktiviti yang telah dirancangkan.
3.4.2 Contoh Agenda Mesyuarat JK ialah:1. Ucapan Aluan Pengerusi
2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat JK yang lalu
3. Perkara Berbangkit
4. Membentang & mengesahkan Penyata Kewangan yang berakhir pada:
.
5. Membincangkan usul-usul dan tindakan pelaksanaan (usul yang telah diluluskan
dlm mesyuarat agung yang lalu).
6. Membincangkan aktiviti tahunan
7. Hal-hal lain
3.4.3 Perbincangan perlu diminitkan utuk tujuan rekod dan rujukan
tindakan.

LAMPIRAN 1 : RUMUSAN PROSEDUR PENUBUHAN PERSATUAN/KELAB

Prosedur Penubuhan:
1. Mewujudkan/Penubuhan Jawatankuasa Penaja (Minimum 7 org Ahli)
2. Mengadakan Mesyuarat JK Penaja- Bincang Persediaan Penubuhan.
3. Membina dan menyediakan Draf Perlembagaan Persatuan dan Peraturan
Persatuan Kelab/Persatuan.
4. Draf Aktiviti Tahunan.
5. Mengadakan Majlis perjumpaan / Mesyuarat Agung Penajaan dgn ahli
5. Surat Permohonan Penubuhan Kelab dan Persatuan (Penaja).
6. Surat Kelulusan Penubuhan oleh Pendaftar Kelab dan Persatuan
(Pengarah/Pengetua/Guru Besar) institusi masing-masing.
7. Pengendalian Mesyuarat Agung (Tjwb Jawatankuasa Penaja):
i. Notis Mesyuarat Agung, Edar borang Usul
ii. Surat Jemputan Mesyuarat
iii. Mesyuarat Agung.
a. Pelantikan pengerusi dan AJK
b. Perbincangan Perlembagaan (persetujuan/pindaan)
c. Peraturan-peraturan
d. Sumber Kewangan Persatuan
e. Cadangan Aktiviti
f. Hal-hal lain
iv. Mencatat Minit
8. Pengurusan, Pelaksanaan aktiviti kelab dan Pemantauan(T/Jwb AJK Kelab)
9. Dokumentasi dan system fail
10. Pengauditan.

LAMPIRAN 2 : Contoh Surat Permohonan Penubuhan Persatuan

ALamat JK Penaja
_________________________________________________________________________
Ruj kami : IPGKTB/KOKO/KG/08/5(2)
Tarikh : 06 Januari 2010
Pengarah,
IPG Kampus Tuanku Bainun,
14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.
Tuan ,
PERMOHONAN PENUBUHAN KELAB PENGGUNA
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya ( nama).
berdasarkan Peraturan (4) dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 Mei 1998,P.U. (A) 196,
yang berkait dengan Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 dengan ini memohon
untuk menubuhkan Kelab Pengguna, di Institusi ini (IPG Kampus Tuanku Bainun ,
Bukit Mertajam, Pulau Pinang) mulai 25 Ogos 2010.
2. Sehubungan itu , bersama-sama ini dikemukakan maklumat-maklumat berikut:
2.1 Draf Perlembagaan
2.2 Draf Aktiviti Asas Kelab
2.3 Senarai Nama Jawatankuasa Penaja
Kerjasama dan jasa baik tuan bagi meluluskan perkara di atas terlebih dahulu
diucapkan ribuan terima kasih
Sekian.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
BERSAMA MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN
Saya yang menurut perintah,

(Don Fairuz bin Marzuki)


Pengerusi JK Penaja,
Kelab Pengguna IPG Kampus Tuanku Bainun,
14000 Bukit Mertajam , Penang.
LAMPIRAN 3 : Tanggungjawab JK Penaja
PENUBUHAN PERSATUAN/KELAB
1. Menubuhkan Jawatankuasa Penaja (minimum 7 orang Ahli)
2. Apakah tanggung jawab Jawatankuasa Penaja ini?
Mengadakan Mesyuarat JK Penaja
Penyediaan Dokumen-dokumen
Tujuan dan Persetujuan
Perlantikan Jawatankuasa
Perlembagaan
Menubuh pertubuhan
Meluluskan nama pertubuhan.
(selaras dengan tujuan dan keahlian)
meluluskan alamat pertubuhan
(surat kebenaran tuan pemunya alamat)
Memohon kelulusan pendaftar
3. Mesyuarat Agung kali Pertama
Bincang Tentang Penubuhan kelab, (nama, logo, alamat)
Kelulusan Pertubuhan/akta
Pembentangan & Perbahasan Perlembagaan
Pernyataan & Penjelasan Peraturan-peraturan
Pelantikan Peresiden & Ahli Jawatan kuasa & Tanggung jawab
Keahlian
Yuran
Draf Aktiviti-aktiviti/kegiatan
Aset
Dll
4. Pelaksanaan
5. Kepimpinan
6. Pemantauan & audit

LAMPIRAN 4 : Bengkel Merangka Aktiviti Kelab


TEMA AKTIVITI KELAB PENGGUNA.
1. Hak dan Tanggungjawab Pengguna
2. Jadilah Pengguna Bijak
3. Pengguna dan Alam Sekitar
4. Amalan Makanan Halal lagi Baik/bermutu
5. Pengguan dan Gaya Hidup Sehat
6. Gerkanan Pengguna dan Masyarakat/Komuniti
7. Barangan dan perkhidmatan berkualiti
8. Pengguna dan Budaya
9. Pengeluar dan Kepenggunaan
10. Pengguna Lestari
11. Aduan dan Tuntuan Pengguna
12. Kelab Pengguna dan Warga IPT/IPG
Bengkel : Merangka Aktiviti Kelab
Bengkelkan bersama Kumpulan anda melalui sumbangsaran bagi menyediakan
sekuarang-kurangnya 2 aktiviti bertemakan mana-mana 2 dari tema di atas untuk
dikongsikan dan akan diguna sebagai panduan untuk aktiviti kelab pengguna di
kampus anda kelak. Bincangkan dan rekodkan cadangan aktiviti anda itu
berdasarkan kandungan berikut :1. TEMA: (nama tema yang dipilih)
2. Tajuk Aktiviti:
3. Objektif Aktiviti:
4. Lokasi Aktiviti:
5. Tempoh masa aktiviti:
6. Peruntukan/Kos: (anggaran Perbelanjaan dan sumber Jika berkaitan)
7. Peralatan Yang diperlukan: (jika ada)
8. Huraian Aktiviti : (kaedah pelaksanaannya)
9. Refleksi/Pengajaran/Faedah : (Senaraikan Jangkaan Refleksi/Pengajaran/kebaikan
yang boleh diperolehi dari aktiviti yang anda cadangkan untuk dilaksanakan)
Sumber : http://jasmidon.blogspot.com/2010/07/prosedur-penubuhankelabpersatuan.html

You might also like