You are on page 1of 25

Wednesday, October 3, 2012

APA ITU PERSATUAN?

DEFINISI PERSATUAN

Persatuan didefinisikan sebagai sesuatu entiti kumpulan yang berstruktur,


berpelembagaan, berperaturan dan berkepimpinan. Di peringkat sekolah persatuan
biasanya dianggotai oleh murid-murid sekolah yang mempunyai minat, kegemaran,
hasrat dan kecenderungan yang sama serta bertujuan untuk saling bekerjasama,
bantu-membantu dan berkongsi sumber dalam melaksanakan aktiviti dan mencapai
cita-cita serta matlamat yaqng telah ditetapkan dan dipersetujui bersama bagi
memperkembangkan minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan masingmasing. Persatuan juga didefinisikan sebagai satu gabungan, ikatan dan kumpulan.
Mengikut kamus Oxford Edisi Kedua, persatuan ialah:

an association of people with mutual aims or interest, an organization of


people formed for a particular and shared purpose: an association,

...... bermaksud sejenis perkumpulan, gabungan atau perikatan yang dianggotai


oleh individu-individu yang mempunyai tujuan dan matlamat yang sama.

KONSEP PERSATUAN

Menurut Peraturan 4 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah)


tahun 1998, Warta Kerajaan P.U(A) 196 bertarikh 21 Mei 1998 menegaskan bahawa
Guru Besar atau Pengetua, setelah menerima permohonan secara
bertulis MESTILAHmenubuhkan persatuan sekolah dari kategori yang berikut iaitu:

Mata pelajaran diajar di sekolah yang dinyatakan dalam Peraturan Pendidikan

Hobi dan rekreasi

Sukan dan permainan

Badan beruniform Atau

Apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh pendaftar.

TUJUAN PENUBUHAN PERSATUAN

Usaha menubuhkan persatuan di sekolah adalah usaha kependidikan yang penting,


khususnya untuk menyemai dan memupuk prinsip, kaedah dan kemahiran
kepimpinan dikalangan murid di samping membangunkan diri mereka menjadi
insan yang mewarisi dan menghayati keseluruhan ciri-ciri kecemerlangan murid
yang tersurat dan tersirat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Sehingga
kini insiatif dan usaha sekolah menubuhkan persatuan yang dipimpin, dianggotai
dan digerakkan oleh murid-murid amatlaj menggalakkan. Insiatif dan usaha ini akan
memberi impak yang lebih besar dalam mengangkat kegiatan kokurikulum sebagai
sebahagian daripada program pendidikan di sekolah apabila pengetahuan,
kesungguhan dan kemahiran murid-murid memimpin, mengurus dan
mengoperasikan persatuan yang ditubuhkan itu dipertingkatkan secara bersepadu
dan berterusan. Sebagai contoh murid-murid yang mempunyai minat, kegemaran,
hasrat dan kecenderungan yang sama akan berpeluang

Merancang dan melaksanakan aktiviti dan kegiatan berkumpulan.

Berkongsi pengetahuan & pengalaman dalam bidang yang diminati &


digemari.

Menetapkan matlamat yang dipersetujui dan dilaksanakan bersama.

Berkongsi sumber & peralatan.

Wujudkan peluang untuk murid mengembangkan bakat & potensi


kepimpinan.

Wujudkan wahana kepada murid-murid agar bakat & potensi dapat


ditingkatkan.

OBJEKTIF PENUBUHAN PERSATUAN

Objektif Am
Guru-Guru dan murid-murid akan:

Mengetahui dan memahami ciri-ciri dan nilai-nilai kepimpinan yang


diperlukan untuk memimpin, mengurus dan mengoperasikan kelab atau
persatuan di sekolah.

Mengetahui dan memahami kaedah, stategi dan prinsip pengurusan kelab


atau persatuan secara berkesan.

Mengetahui dan memahami kaedah dan stategi memimpin dan


memotivasikan ahli-ahli kelab atau persatuan yang dipimpin

Mempunyai pengetahuan dan kemahiran merancang, mengelola, menyelia


dan menilai aktiviti dan kegiatan kelab atau persatuan yang dipimpin.

Mempunyai keyakinan diri sebagai pemimpin yang berwibawa,


berketrampilan dan berwawasan.

Objektif Khusus

Menjelaskan matlamat dan tujuan penubuhan kelab atau persatuan di


sekolah dalam konteks kependidikan dan kepimpinan.Menjelaskan kaedah
dan tatacara penubuhan kelab atau persatuan.

Menjelaskan kaedah dan tatacara pentadbiran dan pengurusan kelab atau


persatuan.

Menjelaskan kaedah dan tatacara pengurusan dan pengelolaan aktiviti dan


kegiatan kelab atau persatuan di sekolah berdasarkan perancangan dan
undang-undang.

Membentang dan menjelaskan ciri-ciri dan nilai-nilai asas kepimpinan.

Menjelaskan tanggungjawab dan peranan murid-murid sebagai warganegara


berdasarkan Rujunegara, perlembagaan negara dan Wawasan 2020.

RASIONAL

Berdasarkan hakikat kejadian insan, setiap murid mempunyai bakat dan potensi
untuk memimpin, sekurang-kurangnya untuk memimpin diri sendiri menjadi apa
yang diinginkan. Walau bagaimanapun pengetahuan, kesungguhan dan kemahiran
memimpin, mengurus dan mengoperasikan sesuatu kelab atau persatuan bukanlah
warisan semula jadi. Pengetahuan, kesungguhan dan kemahiran ini sebaliknya

boleh diperolehi melalui proses-proses pengajaran dan pembelajaran formal dan


tidak formal, pengalaman secara langsung, perkongsian pemikiran, pengalaman
dan latihan.

MATLAMAT
Agar dapat membantu guru dan murid-murid merancang dan melaksanakan
dengan bermatlamat untuk melahirkan insan yang berwibawa, berketrampilan dan
berkeyakinan tinggi sebagai pemimpin di sekolah dan berpotensi mengembangkan
bakat dan upaya kepimpinan masing-masing ke peringkat yang lebih tinggi dalam
bidang-bidang yang diceburi pada masa akan datang.
Posted by PERSATUAN at 5:57 AM
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Sumber : http://dplipersatuan.blogspot.com/2012/10/definisi.html

9 September 2013

Mengurus Persatuan - Objektif dan Faedah Berpersatuan

Persatuan merupakan sebuah organisasi formal di mana penubuhan dan pengurusannya tertakluk
kepada peraturan, undang-undang dan akta yang ditetapkan. Persatuan perlu diuruskan atau ditadbir
dengan baik bagi memastikan perjalanannya mencapai objektif dan matlamat penubuhannya. Dengan
mengambil bahagian dalam aktiviti persatuan seseorang ahli akan dapat menambah pengetahuan dan
pengalamannya yang mampu mematangkan pemikiran dan meningkatkan keyakinan diri.
Satu elemen penting yang tidak boleh dipinggirkan dalam berpesatuan ialah konsepkesukarelaan.
Konsep ini merujuk kepada kerja-kerja yang dilakukan oleh ahli-ahli secara sukarela tanpa mengira
waktu, tenaga dan wang ringgit dan bukan untuk memperoleh pendapatan atau keuntungan. Konsep
kesukarelaan dapat digambarkan menerusi kesanggupan ahli persatuan menjalankan tugasan tanpa
paksaan dan mengharapkan pembalasan. Selain dari itu, kegiatan berpersatuan juga amat penting dalam
memupuk semangat toleransi, perpaduan dan menghapuskan perasaan prejudis.

1.0 Objektif Berpesatuan


Objektif berpesatuan pada dasarnya merujuk kepada operasi sesebuah persatuan yang berlandaskan
kepada objektif dan matlamat persatuan. Sebelum sesebuah persatuan diwujudkan, ia hendaklah
menetapkan terlebih dahulu objektif utama penubuhannya. Umumnya objektif berpesatuan adalah untuk
memenuhi keperluan sosial, kebudayaan, ekonomi dan kerohanian serta memberi sumbangan kepada
pembangunan masyarakat dan negara. Kemudian, ia akan menatijahkan setiap ahli persatuan untuk
berusaha ke arah mengeratkan hubungan dan kerjasama dikalangan ahlinya bagi mencapai matlamat
persatuan.
Dalam usaha untuk mencapai objektif persatuan, kegiatan atau aktiviti yang hendak dijalankan mestilah
seiring dengan matlamat dan objektif persatuan yang ditubuhkan. Walaupun fokus aktiviti dan keahlian
setiap persatuan adalah berbeza-beza, namun secara umumnya persatuan diwujudkan untuk
mencapai objektif yang dapat diringkaskan seperti berikut:
i. Untuk mencapai objektif pembangunan sosial, kebudayaan, ekonomi dan kerohanian di kalangan ahli
dan anggota masyarakat
ii. Membentuk organisasi yang dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat baik dari aspek fizikal
mahupun bukan fizikal
iii. Untuk mengeratkan interaksi dan komunikasi yang boleh membina hubungan mesra dalam memupuk
semangat kerjasama di antara ahli dengan masyarakat
iv. Memelihara keharmonian dan membentuk amalan bekerjasama dan kebajikan dikalangan ahli dan

anggota masyarakat
v. Menggalakkan keterlibatan ahli dalam kepelbagaian aktiviti yang dianjurkan untuk faedah bersama
selaras dengan objektif persatuan dan kehendak masyarakat
vi. Menggalakkan ahli terlibat dalam aktiviti yang dapat meninggkatkan pemahaman terhadap
pembangunan masyarakat
vii. Meninggkatkan kualiti kepimpinan dalam organisasi
viii. Melahirkan dan menerapkan amalan pengurusan yang terpuji dan nilai-nilai murni dikalangan ahli.

2.0 Prinsip Berpersatuan


Prinsip-prinsip persatuan pula merujuk kepada keperluan untuk menjadi ahli, mengurus persatuan dan
bagaimana persatuan dapat memberi faedah bersama. Sebagai ahli persatuan, kita hendaklah
memahami dan mengetahui tentang prinsip-prinsip berpesatuan untuk memudahkannya memainkan
peranan dalam menggerakkan persatuan seiring dengan objektif dan matlamatnya. Tanpa
memahami prinsip-prinsip persatuan memungkinkan timbul kekeliruan dikalangan ahli yang akhirnya
akan menimbulkan konflik. Umumnya terdapat tiga prinsip berpesatuan iaitu:
1. Keahlian adalah secara sukarela
2. Pengurusan secara demokrasi
3. Pertubuhan untuk faedah bersama

3.0 Komitmen Terhadap Persatuan


Urusan pentadbiran persatuan biasanya dikendalikan oleh satu gabungan tenaga ahli atau jawatankuasa
yang dipilih dan diamanahkan oleh ahli-ahli melalui proses pemilihan secara sah seperti
dalam mesyuarat agung. Gabungan jawatankuasa ini bertanggungjawab terhadap persatuan untuk
memastikannya terus bergerak dan menjalankan berbagai-bagai aktiviti untuk kebaikan ahlinya. Memang
terdapat ahli persatuan yang benar-benar komiteddan sanggup berkorban menyumbangkan tenaga,
masa dan wang ringgit malahan sanggup berusaha bersungguh-sungguh melakukan apa sahaja untuk
meletakkan persatuan yang mereka ceburi di tempat yang baik. Kadangkala ahli-ahli yang komited
sanggup mempertahankan persatuan yang mereka ceburi daripada diganggu gugat oleh mereka yang
cuba menjatuhkannya.
Komitmen terhadap persatuan boleh ditakrifkan dengan beberapa cara berbeza. Komitmenterhadap
persatuan adalah suatu sikap yang menggambarkan kesungguhan dan kesanggupan ahli melaksanakan
peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan terhadap persatuannya. Menurut Azimi dan Turiman
(1998) komitmen terhadap organisasi persatuan dirangkumi tiga konsep utama iaitu menerima maklumat,
bersedia bekerja kuat dan ingin kekal di dalam pertubuhan yang dianggotainya. Grusky
(1966) mendefinisikan komitmen sebagai sifat hubungan seseorang ahli kepada suatu sistem secara
keseluruhan. Justeru, konsep komitmen merujuk kepada ketaantan seseorang, kesediaannya
menyumbangkan usaha dan tenaga untuk persatuan yang mempunyai matlamat ke arah kesejahteraan
ahli.
Komitmen yang keterlaluan terhadap persatuan kadang kala boleh menimbulkan konflikdikalangan ahliahlinya. Dalam sesebuah persatuan, konflik dikalangan pihak pengurusan dan ahli-ahlinya tetap ada.
Biasanya konflik yang berlaku terbahagi kepada dua iaitu konflik yang membawa manfaat dan tidak
bermanfaat.

Komitmen pemimpin dalam persatuan merupakan salah satu elemen yang penting dalam pengurusan
persatuan. Kepimpinan ialah keupayaan atau kebolehan individu atau kumpulan manusia yang mampu
mempengaruhi orang lain membuat sesuatu mengikut kehendak mereka. Robiah (1993) menjelaskan
kepimpinan adalah aktiviti atau tindakan mempengaruhi, kemampuan mengajak, keupayaan mengarah,
proses meyakinkan, seni memujuk, cara mempengaruhi orang lain untuk mengerjakan sesuatu. Seorang
pemimpin itu memperolehi kuasa memimpin melalui proses pemilihan yang dibuat berdasarkan
personaliti, kewibawaan dan aktiviti yang dijalankan. Pemimpin yang berwibawa bukan sahaja perlu
mempunyai pengetahuan dan pengalaman tetapi juga perlu bekerja untuk membina kuasa dalaman
melebihi kuasa fizikal. Ibrahim Mamat (1997) pula menyatakan pemimpin yang tulen ialah orang yang
cekap yang mempunyai tanggungjawab dalam mengatur, mengurus, mentadbir dan memandu orang
yang dipimpinnya.
Peranan dan komitmen ahli-ahli dalam berpesatuan pula dapat dilakukan dengan menyokong aktiviti
yang dijalankan. Sokongan ahli dapat diperkukuhkan melalui penyertaan dan penglibatan secara
langsung bagi menjayakan sesuatu program atau aktiviti yang dijalankan. Penyertaan dan sokongan akar
umbi menunjukkan kekuatan dan kesatuan ahli-ahli dalam sesebuah persatuan di samping
memperlihatkan kemampuan kepimpinan dalam berpesatuan bagi menggerakkan ahli-ahlinya turut serta
dalam semua aktiviti yang dijalankan bagi mencapai objektif persatuan. Akhirnya kedua-dua komitmen
pemimpin dan ahli persatuan merupakan indikator dalam mengukur keupayaan sesebuah persatuan itu
bergerak dengan lebih mantap dan berjaya.
4.0 Faedah Berpersatuan
1. Membina semangat kerjasama
2. Memupuk perpaduan
3. Kebolehan bersosial
4. Memupuk bakat pemimpin
5. Membina personaliti yang baik
6. Mampu membujuk dan mempengaruhi
7. Berfikiran rasional
8. Mampu membina keyakinan diri
9. Membentuk sifat kejujuran
10. Dapat berinteraksi dan berkomunikasi dengan baik
11. Menerapkan nilai murni

Dicatat oleh Abdul Fattah Sadiq Abd Hafidz di 6:24 PTG

Sumber : http://abdulfattahsadiq228.blogspot.com/2013/09/mengurus-persatuanobjektif-dan-faedah.html

Kelab dan Persatuan


Sesuatu entiti kumpulan yang berstruktur, berpelembagaan, berperaturan dan berkepimpinan
yang dianggotai oleh murid-murid sekolah yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan
kecenderungan yang sama serta bertujuan untuk saling bekerjasama, bantu membantu dan
berkongsi sumber dalam melaksanakan aktiviti dan mencapai cita-cita serta matlamat yang telah
ditetapkan dan dipersetujui bersama bagi memperkembangkan minat, kegemaran, hasrat dan
kecenderungan masing-masing.

Wednesday, October 15, 2008


PENGURUSAN PERSATUAN/KELAB
1. LATAR BELAKANG
1.1 Inisiatif dan usaha menubuhkan kelab atau persatuan yang dipimpin, diangotai dan digerakkan
oleh murid-murid adalah selaras dengan harsat menggiatkan lagi pelaksanaan program aktiviti
kokurikulum di sekolah-sekolah seluruh negara. Malah Peraturan 4 dalam Peraturan-Peraturan
Pendidikan ( Persatuan Sekolah ) 1998 seperti yang dimaktubkan dalam Warta Kerajaan P.U (A) 196
bertarikh 21 Mei 1998 menegaskan bahawa Guru Besar atau Pengetua, setelah menerima
permohonan secara bertulis, hendaklah menubuhkan persatuan sekolah dari kategori yang berikut:1.1.1 Mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan
Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997,
1.1.2 Hobi dan rekreasi;
1.1.3 Sukan dan permainan;
1.1.4 Badan beruniform; atau
1.1.5 Apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh pendaftar.
1.2 Usaha menubuhkan kelab atau persatuan di sekolah adalah juga usaha kependidikan yang penting,
khususnya untuk menyemai dan memupuk prinsip, kaedah dan kemahiran kepimpinan di kalangan
murid, di samping membangunkan diri mereka menjadi insan yang mewarisi dan menghayati
keseluruhan ciri-ciri kecemerlangan murid yang tersurat dan tersirat dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
1.3 Sehingga kini inisiatif dan usaha sekolah menubuhkan kelab atau persatuan yang dipimpin,
dianggotai dan digerakkan oleh murid-murid amatlah menggalakkan. Inisiatif dan usaha ini akan
memberi impaks yang lebih besar kepada penyemarakkan kegiatan kokurikulum sebagai sebahagian
daripada program pendidikan di sekolah, apabila pengetahuan, kesungguhan dan kemahiran muridmurid memimpin, mengurus dan mengoperasikan kelab atau persatuan yang ditubuhkan itu
dipertingkatkan secara bersepadu dan berterusan.

2. RASIONAL
Berdasarkan hakikat kejadian insan, setiap murid mempunyai bakat dan potensi untuk memimpin,
sekurang-kurangnya untuk memimpin diri sendiri menjadi apa yang diinginkan. Walau bagaimanapun
pengetahuan, kesungguhan dan kemahiran memimpin, mengurus dan mengoperasikan sesuatu kelab
atau persatuan bukanlah warisan semula jadi. Pengetahuan, kesungguhan dan kemahiran ini
sebaliknya boleh diperolehi melalui proses-proses pengajaran dan pembelajaran formal dan tidak
formal, pengalaman secara langsung, perkongsian pemikiran, pengalaman dan latihan.

3. MATLAMAT
Agar dapat membantu guru dan murid-murid merancang dan melaksanakan dengan bermatlamat
untuk melahirkan insan yang berwibawa, berketrampilan dan berkeyakinan tinggi sebagai pemimpin di
sekolah dan berpotensi mengembangkan bakat dan upaya kepimpinan masing-masing ke peringkat
yang lebih tinggi dalam bidang-bidang yang diceburi pada masa akan datang.

4. OBJEKTIF AM
Guru-Guru dan murid-murid akan:
4.1 Mengetahui dan memahami ciri-ciri dan nilai-nilai kepimpinan yang diperlukan untuk memimpin,
mengurus dan mengoperasikan kelab atau persatuan di sekolah.
4.2 Mengetahui dan memahami kaedah, stategi dan prinsip pengurusan kelab atau persatuan secara
berkesan.
4.3 Mengetahui dan memahami kaedah dan stategi memimpin dan memotivasikan ahli-ahli kelab atau
persatuan yang dipimpin
4.4 Mempunyai pengetahuan dan kemahiran merancang, mengelola, menyelia dan menilai aktiviti dan
kegiatan kelab atau persatuan yang dipimpin.
4.5 Mempunyai keyakinan diri sebagai pemimpin yang berwibawa, berketrampilan dan berwawasan.

5. OBJEKTIF KHUSUS
5.1 Menjelaskan matlamat dan tujuan penubuhan kelab atau persatuan di sekolah dalam konteks
kependidikan dan kepimpinan
5.2 Menjelaskan kaedah dan tatacara penubuhan kelab atau persatuan.
5.3 Menjelaskan kaedah dan tatacara pentadbiran dan pengurusan kelab atau persatuan
5.4 Menjelaskan kaedah dan tatacara pengurusan dan pengelolaan aktiviti dan kegiatan kelab atau
persatuan di sekolah berdasarkan perancangan dan undang-undang.
5.5 Membentang dan menjelaskan ciri-ciri dan nilai-nilai asas kepimpinan.

5.6 Menjelaskan tanggungjawab dan peranan murid-murid sebagai warganegara berdasarkan


Rujunegara, perlembagaan negara dan Wawasan 2020.

6. KELAB ATAU PERSATUAN


6.1 Definisi:
Sesuatu entiti kumpulan yang berstruktur, berpelembagaan, berperaturan dan berkepimpinan yang
dianggotai oleh murid-murid sekolah yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan
yang sama serta bertujuan untuk saling bekerjasama, bantu membantu dan berkongsi sumber dalam
melaksanakan aktiviti dan mencapai cita-cita serta matlamat yang telah ditetapkan dan dipersetujui
bersama bagi memperkembangkan minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan masing-masing.
6.2 Tujuan penubuhan/pembentukan kelab atau persatuan:
6.2.1 Menggabungkan murid-murid yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan
yang sama supaya murid-murid berpeluang dan berkesempatan:
a. Merancang dan melaksanakan aktiviti dan kegiatan secara berkumpulan.
b. Berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam bidang yang diminati dan digemari.
c. Menetapkan matlamat yang dipersetujui dan dilaksanakan bersama.
d. Berkongsi sumber dan peralatan.
e. Mewujudkan peluang kepada murid-murid mengembangkan bakat dan potensi kepimpinan
f. Mewujudkan wahana kepada murid-murid mengembangkan bakat dan potensi masing-masing ke
peringkat yang lebih tinggi

7. BAGAIMANA MENUBUHKAN KELAB ATAU PERSATUAN


7.1 Murid-murid membentuk jawatankuasa penaja untuk menetapkan:7.1.1 Tujuan dan matlamat
Posted by kelab at 4:02 PM
Home

Subscribe to: Posts (Atom)

Sumber : http://kpukk.blogspot.com/

PENGURUSAN UNIT KOKURIKULUM


JABATAN PELAJARAN NEGERI PULAU PINANG
WEDNESDAY, SEPTEMBER 17, 2008
Posted by Pengurusan Unit Kokurikulumat 10:43 AM
Organisasi Unit Kokurikulum
Unit Kokurikulum,
Jabatan Pelajaran Pulau Pinang
d/a Bangunan Mara, No.33, Tingkat 8,
10300 Pengkalan Weld, Pulau Pinang
Tel: 04-2630042
Faks: 04-2630048
ukkjpnpp@yahoo.com.my
Unit Kokurikulum di lapangan secara am: - Membantu perkembangan personaliti
murid melalui kegiatan kokurikulum di sekolah - Menyelaras dan memantau
program pembangunan dan pengembangan Kegiatan Pendidikan Luar dan Pasukan
Pakaian Seragam - Menyelaras dan mengelola program peningkatan kepimpinan
dan pengurusan Persatuan/Kelab - Mengelola Program dan Aktiviti Peningkatan
Penggunaan Bahasa melalui Kegiatan Kokurikulum Akademik Bahasa
- Mengelolakan kegiatan kebudayaan dan kesenian melalui aktiviti Kesenian dan
Muzik - Menyelaras dan mengelola Program Penggalakan Sains, Teknologi dan
Matematik
- Menyelaras program pertukaran murid antarabangsa -Menyelaras aktiviti kelab
dan persatuan

Unit Kokurikulum Maklumat Pegawai

Nama MOHD JAMIL BIN HJ.OTHMAN


Jawatan Ketua Unit Kokurikulum
No. Telefon 04 2630042, 013 4414 552 e-Mail jamil@jpnpp.edu.my

Nama Haji Azman Bin Hj.Lot Jawatan Penolong Ketua Unit / Penolong Pengarah No.
Telefon 019-4100002 / e-Mail azmanlot@gmail.com
Bidang Tugas
Menjalankan tugas Penolong Ketua Unit, Program Kelab & Persatuan, Program Sains
Sosial termasuk Pertukaran Pelajar Antarabangsa, Data Koku SMM/Markah 10% ,
Peruntukan Kokurikulum, Bantuan Pakaian Seragam - KPM, Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar - KPM/KSAAS
Agensi Luar :
1.Program Usahawan Muda (PUM/PPU) - Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang
(PDC)
2.Kelab Pelancongan Pelajar Sekolah - Kementerian Pelancongan, JKPNPP dan
Tourism Malaysia
3.Program Sekolah Angkat Kelab Astronomi - Jabatan Mufti
4.Program Ikan Hiasan / Akuaskap - Jabatan Perikanan / Jabatan Pertanian / FAMA
5.Program Bumi Hijau - Kementerian Pertanian dan Asas Tani /KPM
6.Program Jabatan Alam Sekitar , MPPP/MPSP - MASM , Anugerah Hijau
7.Kelab Petanq Koperasi Sekolah- ANGKASA, MSN, MAKSAK
8.Program Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan ANGKASA (Koperasi)
9.Program Pendidikan Keselamatan Jalanraya (MKJR/JKJR/Shell)
10.Aktiviti Agensi Kerajaan dan NGO - KRN, Kelab Setia, Kuiz Pelaburan PNB,
Dr.Muda, Nestle (Memasak), Anugerah Remaja Perdana (JBS)

Nama Shamsir Bin Jemain

Jawatan Penolong Pengarah Kokurikulum Akademik (Sc.Math)


No. Telefon 012 428 7811
e-Mail sham_7811@yahoo.com

Bidang Tugas Program & Aktiviti Koku Akademik Sains & Matematik - Kementerian
Pelajaran Malaysia

Agensi Luar :
1.Toyota ECO - Youth - Toyota
2.F1 In Challenge - F1 In Schools
3.Playsmart - Petrosains
4.Program Anak Angkat - Pusat Sains Negara
5.National Space Challenge - ANGKASA
6.National Science Challenge - Akademi Sains Malaysia
7.National Robotic Competetion - SASBADI Sdn. Bhd
8.Physic Olympiad - Universiti Kebangsaan Malaysia
9.Chemestry Olympiad - Universiti Malaya
10.Kem Pendidikan Alam Semulajadi - Universiti Putra Malaysia
11.Program CETREE - Universiti Sains Malaysia
12.Program Astronomi - Universiti Sains Malaysia
13.Kid Witness News - Panasonics Malaysia
14.Sony With Nature - Sony Malaysia
15.Actology Science - Petrosains
16.Kem Penyelidikan Hutan - FRIM
17.Pertandingan Rekacipta Muda - MINDS
18.Pertandingan Inovasi Sains - Intel Malaysia

Nama Hj.Zulkafli Bin Kamaruddin Jawatan Penolong Pengarah No. Telefon 019 445
2060 e-Mail asmalfiq@yahoo.com

Bidang Tugas Uniform: Unit Badan Beruniform dan Program Seni Bela Diri
Agensi Luar :
Program Jembori Pengakap Antarabangsa
Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum

Nama Mohd Hasli Bin Mat Hasan Jawatan Penyelia Kanan Kokurikulum Akademik No.
Telefon 012 428 8557 e-Mail hasli_hasan@yahoo.com

Bidang Tugas Program dan Aktiviti Bahasa Melayu Negeri, Kebangsaan Kementerian Pelajaran Malaysia , Sekolah Seni
Program Kokurikulum Akademik Bahasa Melayu / inggeris / Cina dan Tamil KPMKuiz
Komuniti, Kuiz Sejarah,
Agensi Luar :
1.Badan Pencegah Rasuah
2.Lembaga Hasil Dalam Negeri
3.Dewan Bahasa & Pustaka
4.Kementerian Pembangunan Luar Bandar & Wilayah (KEMAS)
5.Perbadanan Perpustakaan Negara
6.Kementerian Kebudayaan Kesenian & Warisan
7.Aifos Media
8.Program Arkib Negara.

Nama Azizan Bin Ismail Jawatan Penyelia Kokurikulum No. Telefon 019 458 4410 ,
012-454 4410 e-Mail azizan@jpnpp.edu.my
Bidang Tugas Tugas-tugas Khas, Prog & Aktiviti, Pertandingan Bahasa Inggeris
Agensi Luar :
1.Kementerian Kebudayaan Kesenian & Warisan
2.Young Enterprise - AMCHAM (American Malaysian Chamber Of Commerce)
3.Pertandingan Melukis Malaysia-Jepun - MAY ASAKA Japan

Unit Kokurikulum Maklumat Staf Sokongan

Nama Rozaini Binti Ibrahim Jawatan Pembantu Tadbir N17 No. Telefon 04 263
0042 , 016 400 0474 e-Mail rozaini@jpnpp.edu.myBidang Tugas Pentadbiran /
Kewangan
Nama
Siti Hajar binti Hamid
Jawatan
Pembantu Tadbir - N17
Bidang Tugas - Pentadbiran / Kewangan
Nama
Norzaina binti Drani
Jawatan
Pembantu Tadbir - N17
Bidang Tugas - Pentadbiran Am
Nama
Mohd Kamal Bin Man@Mansor
Jawatan
Pembantu Am Pejabat N1
No. Telefon
014 243 0050
e-Mail
ukkjpnpp@yahoo.com.my
Nama
Ahmad Bin Saad
Jawatan
Jaga R1

No. Telefon
019 472 9627
e-Mail
ukkjpnpp@yahoo.com.my

Posted by Pengurusan Unit Kokurikulumat 10:16 AM


Home
Sumber : http://mgtkoku.blogspot.com/

Perlembagaan Pertubuhan
FASAL 1 NAMA
(1) Pertubuhan ini dikenali dengan nama PERSATUAN VETERAN KOR
KESIHATAN DIRAJA SEMALAYSIA
Selepas ini disebut "Pertubuhan".
(2) Takrif Nama : Ahli Persatuan adalah terdiri daripada bekas anggota kerja
korkesihatan yang berada di seluruh Malaysia.
(3) Taraf Pertubuhan : Kebangsaan
FASAL 2 TEMPAT URUSAN
1. Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ialah
NO. 4, JALAN BP 4/7, BANDAR BUKIT PUCHONG, 47120 PUCHONG,
SELANGOR
47120
dan alamat untuk surat-menyurat adalah
LOT 1066, BATU 3, JLN. POKOK MANGGA, 75200 MELAKA.
75200 MELAKA
MELAKA
atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa
oleh Jawatankuasa;

2. Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah
tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.
FASAL 3 TUJUAN/MATLAMAT
Tujuan pertubuhan adalah seperti berikut :
(1)mengumpulkan dan mengeratkan hubungan silaturahim di antara ahli iaitu bekas
kor kesihatan angkatan tentera malaysia dan keluarga
(2)menjadi sebuah platform bagi menyatupadukan anggota bekas kor kesihatan
angkatan tentera malaysia
(3)mengadakan program dan aktiviti yang berunsurkan pendidikan bagi melahirkan
generasi yang berkualiti dan dapat menyumbang ke arah kemajuan negara
(4)menjadi sebuah platform yang menyalurkan permasalahan ahli kepada pihak yang
berwajib dan terlibat dan juga agensi-agensi lain yang berkaitan dengan veteran
(5)menjalankan kerja-kerja amal bagi tujuan kebajikan kepada veteran dan juga
keluarga bekas anggota kor kesihatan yang tidak berkemampuan
(6)tiada
FASAL 4 KEAHLIAN
(1) Keahlian Pertubuhan adalah seperti berikut:
A. AHLI BIASA
(i) Kewarganegaraan: Warganegara Malaysia
(ii) Umur Minima: 20 tahun
(iii)Tempat Tinggal: MALAYSIA
(iv) Keturunan: Semua
(v) Jantina: Lelaki Dan Perempuan
(vi) Agama: Bebas / Terbuka
vii) Kriteria Keahlian Yang Lain: - Bekas Tentera Kor Kesihatan / Kor Kesihatan
DiRaja sama ada Pegawai atau pun Lain-Lain Pangkat;
Ahli Bersekutu :1) Dianggotai oleh isteri dan anak-anak Bekas Tentera yang berumur
18 tahun ke atas; 2) Dianggotai oleh orang awam yang bekerja di dalam Kor
Kesihatan Angkatan Tentera.
FASAL 5 PERBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
(1) Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan hendaklah memberi
kenyataan bertulis 2 minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan
segala hutangnya.
(2) Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Pertubuhan atau bertindak
dengan cara yang akan mencemarkan nama baik Pertubuhan boleh dipecat atau
digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah
oleh Jawatankuasa.Sebelum Jawatankuasa
memecat atau menggantung keahlian ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan

sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut


juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya.
Pemecatan atau penggantungan itu hendaklahdilaksanakan melainkan mesyuarat
agung menunda atau membatalkan keputusan
itu atas rayuan oleh ahli tersebut.
FASAL 6 SUMBER KEWANGAN
Sumber kewangan pertubuhan ini adalah daripada:
(1) Bayaran Masuk RM 10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh).
(2)(a) Yuran tahunan
(i) Yuran tahunan RM 30.00 hendaklah dijelaskan kepada Bendahari terlebih dahulu
dalam tempoh 7 hari dari awal tiap-tiap tahun.
(b) Yuran Seumur Hidup (perlu dijelaskan semasa permohonan keahlian) RM
150.00(RINGGIT MALAYSIA Satu Ratus Lima Puluh)
(c) Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada dua (2) tahun akan
menerima surat peringatan
yang ditandatangan oleh atau wakil Setiausaha, dan hilanglah hak-hak
keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan.
(d) Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi tiga (3)
tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan dan Jawatankuasa
boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat
mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima
kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.
(e) Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa
yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.
(f) Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh
dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang
mungkir membayar wang yuran tersebut dalam maka wang itu akan dianggap sama
seperti hutang yuran tahunan.
(3) Sumbangan
Pertubuhan ini dibenarkan untuk menerima sumbangan dalam bentuk wang dan
barangan. Sumbangan berbentuk wang hendaklah diisytiharkan dengan jelas dan tepat
dalam Penyata Tahunan pertubuhan.
(4) Kutipan Derma
Pertubuhan ini boleh membuat kutipan derma dari orang ramai dengan syarat
kebenaran pihak berkenaan diperolehi terlebih dahulu.
(5) Kegiatan Ekonomi
Pertubuhan ini boleh menjalankan kegiatan ekonomi seperti menjual, membeli,
melabur, menyewa, memiliki harta alih dan tak alih serta lain-lain kegiatan ekonomi
FASAL 7 MESYUARAT AGUNG
(1) Pengelolaan Pertubuhan ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli Sekurang-

kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali
jumlah ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam
mesyuarat agung bagi mengesahkan
perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat.
(2) Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan
untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh
tidak lebih daripada 30 hari yang ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan jika korum tidak
cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat
yang ditangguhkan itu, maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat
tetapi tidaklah berkuasa meminda undang undang Pertubuhan.
(3) Mesyuarat Agung Tahunan bagi Pertubuhan hendaklah diadakan dalam tempoh 12
bulan daripada tarikh Mesyuarat Agung tahunan terakhir tetapi tidak lewat daripada
12 bulan pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa.
Agenda Mesyuarat Agung Tahunan adalah:
(a) mempertimbangkan laporan Jawatankuasa berkenaan aktiviti pertubuhan yang lalu
(b) mempertimbangkan laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit
(c) memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan melantik Juruaudit (jika berkenaan)
(d) menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu
(4) Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 14
hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan satu agenda mesyuarat termasuk
salinan minit mesyuarat dan laporan aktiviti tahunan serta penyata kewangan
Pertubuhan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan dokumendokumen ini juga
hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan Pertubuhan.
(5) Mesyuarat Agung Khas bagi pertubuhan ini boleh diadakan:
(a) bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa; atau
(b) atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang dari satu perlima
(1/5) dari jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab
mengadakannya. Permintaan ini hendaklah dihantar kepada Setiusaha Pertubuhan.
(6) Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu
tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.
(7) Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan
oleh Setiausaha kepada semua ahli-ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh
yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.
(8) Fasal 7(1) dan 7(2) di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan
penangguhan Mesyuarat AgungTahunan terpakai untuk Mesyuarat Agung Khas, tetapi
dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah
ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu, maka mesyuarat
tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini, Mesyuarat
Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang samatidaklah boleh
diadakan.
(9) Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan minit

Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dalam tempoh 3 bulan setelah
selesainya mesyuarat itu.
FASAL 8 JAWATANKUASA
(1) Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Pertubuhan hendaklah
dipilih Dua Tahun Sekali di dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
Seorang Presiden
Seorang Timbalan Presiden
Seorang Setiausaha
Seorang Penolong Setiausaha
Seorang Bendahari
10 orang Ahli Jawatankuasa Biasa
2 orang Pemeriksa Kira-kira
(2) Pemegang-pemegang jawatan pertubuhan ini dan tiap-tiap pegawai yang
menjalankan tugas eksekutif dalam Pertubuhan ini hendaklah terdiri
daripadaWarganegara Malaysia.
(3) Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong
dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam
Mesyuarat Agung Tahunan. Semua pegawai boleh dipilih semula Dua Tahun Sekali
(4) Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian
Pertubuhan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan
Pertubuhan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh mesyuarat
agung.Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang
bertentangan dengan mesyuarat agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung
dengannya dan
Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan mesyuarat agung. Jawatankuasa
hendalah mengemukakan laporan berkenaan kegiaatannya dalam tahun yang lalu
kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung.
(5) Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya Dua Tahun Sekali
dalam setahun. Notis bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli
Jawatankuasa 7 hari terlebih dahulu. Pengerusi dengan bersendirian atau tidak kurang
daripada 4 orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan
mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurangkurangnya
setengah (1/2) daripada bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi
mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.
(6) Jika timbul perkara mustahal yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan
mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah
mendapatkan kelulusan dari ahli-ahli Jawatankuasa secara pengedaran surat
pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan
sebelum keputusan Jawatankuasa
(a) Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat

pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa.


(b) Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa mestilah
menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap itu; dan
(c) Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang
didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada
mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatitkan dalam minit.
(7) Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga kali
berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan
jawatan.
(8) Jika seorang ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon
yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah
dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada
atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang lain
memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung
Tahunan.
(9) Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan pegawai-pegawai lain
untuk menjalankan urusan Pertubuhan, dan melantik pengurus dan kakitangan yang
difikirkan mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang
pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar
menjalankan keputusan Jawatankuasa, atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh
merosakkan kepentingan Pertubuhan.
(10) Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa Kecil jika difikirkan mustahak
dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa.
(11) Jawatankuasa yang lama hendaklah menyerahkan semua dokumen Pertubuhan
seperti sijil pendaftaran, perlembagaan berdaftar, salinan Penyata Tahunan, surat-surat
maklumbalas, buku-buku akaun, buku bank, cek dan resit, geran-geran tanah, senarai
aset dan sebagainya kepada Jawatankuasa baru.
FASAL 9 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI
(1) Pengerusi dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah menjadi pengerusi
semua mesyuarat agung dan semua mesyuarat jawatankuasa dan bertanggungjawab
atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan
hendaklah menandatangani minit mesyuarat bila ia diluluskan.
(2) Timbalan Pengerusi hendaklah memangku tugas Pengerusi semasa ketiadaannya.
(3) Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Pertubuhan mengikut 6
perlembagaan dan hendaklah ia menjalankan semua perintah mesyuarat agung dan
jawatankuasa. Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan
menyimpan semua rekod dan dokumen Pertubuhan, kecuali buku-buku akaun dan
dokumen kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang
mengandungi maklumat terperinci ahli mengikut kategori seperti nama, tempat dan
tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat

rumah kediaman tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir dalam semua masyarakat dan
membuat catatan mesyuarat.
(4) Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerjakerjanya
dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha.
(5) Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Pertubuhan.
Dia hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya atas ketepatan penyata kewangan
pertubuhan yang terdiri daripada penyata penerimaan dan perbelanjaan serta kunci
kira-kira.
(6) Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa dalam menjalankan
tugas yang diarahkan olehnya.
FASAL 10 KEWANGAN
(1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam perlembagaan ini wang
Pertubuhan ini boleh digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah bagi
menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji,
biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah
juruaudit.
(2) Bendahari dibenarkan menyimpan wang tunai tidak lebih daripada
RM200(Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih dari
jumlah itu mestilah dalam tempoh 7 hari dimasukkan ke dalam akaun bank atas nama
Pertubuhan.
(3) Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari akaun Pertubuhan hendaklah
ditandatangani bersama oleh Pengerusi, Setiausaha dan
Bendahari.Walaubagaimanapun, Jawatankuasa berhak melantik sesiapa antara mereka
sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau pengeluaran wang Pertubuhan
semasa ketiadaan mana-mana penandatangan tersebut.
(4) Perbelanjaan yang lebih daripada RM 500(Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja)
bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh
Jawatankuasa, dan perbelanjaan yang lebih daripada RM 2000(Ringgit Malaysia Dua
Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran
mesyuarat agung terlebih dahulu. Perbelanjaan RM 500(Ringgit
Malaysia Lima Ratus Sahaja) dan ke bawah bagi sesuatu masa boleh diluluskan
bersama oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.
(5) Penyata kewangan bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan 7
diperiksa oleh Juruaudit yang dilantik di bawah Fasal 11 perlembagaan ini dengan
seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kewangan yang telah
diaudit itu hendaklah diedarkan untuk makluman ahli-ahli dan dikemukakan untuk
diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut. Setiap salinan tersebut
hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan Pertubuhan.
(6) Tahun kewangan Pertubuhan ini hendaklah bagi tempoh 12 bulan iaitu bermula
dari 01/01/2013.

FASAL 11 JURUAUDIT
(1) Dua orang yang bukannya pegawai Pertubuhan hendaklah dilantik di dalam
Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Juruaudit. Mereka yang memegang jawatanselama
boleh dilantik semula.
(2) Juruaudit adalah dikehendaki memeriksa penyata kewangan Pertubuhan bagi
.Juruaudit hendaklah membuat perakuan dan menandatangi penyata kewangan
tersebut untuk pertimbangan Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka juga dikehendaki
pada bila-bila masa oleh Pengerusi mengaudit penyata kewangan Pertubuhan pada
bila-bila masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada
Jawatankuasa.
FASAL 12 PENTADBIR HARTA
(1) Segala harta tidak alih Pertubuhan hendaklah didaftarkan atas nama Pertubuhan
dan segala surat cara pelaksanaan berkaitan dengan harta ini dianggap sah dan
berkuatkuasa seolah-olah ianya telah dilaksanakan oleh seorang tuan punya berdaftar
dengan syarat surat cara itu disempurnakan oleh 3 orang pemegang jawatan
pertubuhan pada masa itu yang mana perlantikan mereka
disahkan melaui sijil perakuan yang dikeluarkan oleh Pendaftar Pertubuhan dan
dimeteri dengan meteri Pertubuhan.
(2) Harta tidak alih Pertubuhan tidak boleh dijual, digadai, ditarik balik atau ditukar
milik tanpa persetujuan Mesyuarat Agung.
FASAL 13 TAFSIRAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN
(1) Dalam tempoh diantara dua Mesyuarat Agung, Jawatankuasa boleh memberikan
tafsirannya kepada perlembagaan ini dan Jawatankuasa, jika perlu, boleh memutuskan
perkara-perkara yang kurang jelas di dalam perlembangaan ini. Kecuali perkaraperkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam
mesyuarat agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli
adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung.
FASAL 14 PENASIHAT / PENAUNG
(1) Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak
menjadi Penasihat/Penaung bagi Pertubuhan ini dengan syarat orang yang dilantik itu
menyatakan persetujuannya secara bertulis terlebih dahulu.
FASAL 15 LARANGAN
(1) Sebarang bentuk perjudian seperti yang ditafsirkan dalam Akta Rumah Judi
Terbuka, 1953 adalah dilarang di permis pertubuhan.
(2) Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara
juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di
dalam gerakan kesatuan pekerja seperti definisi di dalam Akta Kesatuan Pekerja 1959.
(3) Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahliahli

atau tidak, atas nama Pertubuhan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli,
tanpa kelulusan dari pihak berkuasa yang berkenaan.
(4) Faedah seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966,
tidaklah boleh diberikan oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahlinya.
(5) Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh Pertubuhan ini hasil dari
penyertaannya dalam kegiatan ekonomi hendaklah disalurkan kembali kepada
pertubuhan bagi mencapai matlamat pertubuhan ini dan tidak boleh digunakan untuk
membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada mana-mana ahli Pertubuhan.
Sungguhpun begitu peruntukan ini tidak menghalang sebarang
pembayaran gaji atau perbelanjaan pentadbiran atau kedua-duanya kepada manamana
ahli atau pekerja Pertubuhan.
(6) Persatuan penganut tidak dibenarkan mentadbir rumah ibadat.
FASAL 16 PINDAAN PERLEMBAGAAN
(1) Perlembagaan ini tidak boleh dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung.
Permohonan untuk pindaan perlembagaan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar
Pertubuhan dalam masa 60 hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Agung yang
meluluskan pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh
pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.
FASAL 17 PEMBUBARAN
(1) Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela melalui persetujuan tidak kurang
daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dalam suatu
Mesyuarat Agung yang dipanggil khas kerananya.
(2) Sekiranya Pertubuhan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka
segala hutang dan tanggungan Pertubuhan yang sah mengikut undangundang
hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut
cara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Agung yang berkenaan.
(3) Permohonan pembubaran ini hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan
dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan pembubaran itu.
FASAL 18 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA
1. Bendera
Keterangan
2. Lambang

Keterangan

Keterangan Warna dan Gambar di dalam Logo:


a) Kuning : Melambangkan warna DiRaja kerana nama Persatuan Veteran Kor
Kesihatan DiRaja SeMalaysia.
b)Biru : Melambangkan ketenangan kepada Pegawai-Pegawai yang telah berpencen.
c) Maroon : Melambangkan percampuran ahli di antara orang awam dan anggota
d) Ular melilit batang jarum melambangkan perubatan di mana; ular adalah penawar
dan racun yang ibarat juga ubat itu sebagai racun atau penawar dan; jarum adalah
suntikan yang menceritakan tentang ubat yang disuntik ke badan.
3. Lencana
Keterangan
Sumber : http://www.veterankorkesihatan.org.my/perlembagaan.html

You might also like