You are on page 1of 11

SJK (T) MAHAJOTHI,

TAMAN SUTRA JAYA,


08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN.

KERTAS KERJA
PROGRAM PERKHEMAHAN DAN KHIDMAT KOMUNITI
PERSATUAN BULAN SABIT MERAH PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2015 (LINK
KULIM)

TARIKH
20 OGOS HINGGA 22 OGOS 2015

TEMPAT :
PADANG SEKOLAH SJK T) MAHAJOTHI

ANJURAN :
PERSATUAN BULAN SABIT MERAH, SJK (T) MAHAJOTHI,
TAMAN SUTRA JAYA, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH.

1.0

PENDAHULUAN

Perkhemahan Persatuan Bulan Sabit Merah Peringkat Sekolah ini khasnya ditujukan
kepada ahli murid sekolah rendah yang terlibat dalam badan beruniform ini. Program
perkhemahan dan khidmat komuniti ini penting bagi memenuhi kurikulum Bulan
Sabit Merah Malaysia dan juga untuk menyokong pelaksanaan falsafah pendidikan
negara yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang secara holistik.
Perkhemahan unit beruniform meyalurkan pendidikan luar bilik darjah yang amat
berkesan dalam usaha menangani segala bentuk masalah gejala sosial. Ia juga
dapat mendidik murid-murid untuk membina jati diri. Mereka akan didedahkan
dengan suatu persekitaran baru dan mendapat pengalaman melalui aktiviti-aktiviti
yang disediakan. Aktiviti khidmat komuniti juga dapat membantu murid-murid untuk
memahami

kehendak

dan

keperluan

dalam

kalangan

masyarakat.Ia

juga

memberikan satu rasa dengan menanam sifat keberanian dan kepercayaan diri dan
intrapersonal. Justeru, penglibatan aktif daripada ahli-ahli kanak-kanak ini dalam
program perkhemahan dan khidmat komuniti adalah penting sebagai jambatan untuk
mereka bagi mengatasi pelbagai cabaran dalam menempuhi kehidupan.

2.0

TUJUAN

Program perkhemahan ini sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang


berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan telah dirancang sebagai
sebahagian daripada usaha berterusan untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari
segi jasmani, emosi dan intelek serta berpotensi untuk memberi sumbangan kepada
kesejahteraan dan kemajuan diri sendiri, masyarakat, bangsa, negara dan agama.

aktiviti khidmat komuniti dapat membantu setiap ahli PBSM untuk memahami
kehendak dan keperluan dalam sebuah persekitaran luar selain daripada sekolah.

3.0 LATAR BELAKANG


Persatuan Bulan Sabit Merah di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Mahajothi telah
dengan ahli terkini yang berdaftar seramai 45 murid. Aktiviti perkhemahan
merupakan salah satu aktiviti yang disenaraikan dalam silibus yang ditetapkan.
Aktiviti-aktiviti yang djalankan adalah selaras dengan kehendak silibus tersebut.
Khidmat komuniti juga telah diselitkan dalam aktiviti perkhemahan ini untuk
memenuhi kehendak silibus.
Aktiviti perkhemahan

dapat dan mengukuhkan pengetahuan bagi memastikan

kandungan kurikulum dikuasai secara tidak langsung dan tanpa tekanan. Aspek ini
diberi perhatian kepada murid agar mempunyai potensi diri dan mampu menjalani
kehidupan yang mempunyai pelbagai cabaran untuk diharungi.

4.0 OBJEKTIF
4.1 Mendedahkan para peserta kepada aspek-aspek asas perkhemahan.
4.2 Membina dan memupuk pemimpin dalam kalangan murid yang sentiasa
mengamalkan, mempraktikkan isi kandungan ko-kurikulum.
4.3 Mendedahkan para peserta dengan pelbagai kemahiran ikhtiar hidup.
4.4 Membina generasi yang bersemangat patriotik, cintakan agama, bangsa
dan negara.
4.5 Melatih murid untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan seharian
secara teratur dan berdisiplin.
4.6 Memupuk semangat setiakawan, toleransi, kerjasama, dan tolong
menolong antara ahli-ahli PBSM

4.7 Menunjukkan prihatin terhadap kepentingan perkhidmatan kepada


komuniti.
4.8 Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki
keterapilan diri, daya saing yang sihat, semangat berjuang, kreatif dan
inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup.

5.0 ASAS PERTIMBANGAN


Lokasi bagi perkhemahan adalah padang sekolah kerana ia agak sesuai untuk
menjalankan pelbagai aktiviti dan juga menepati kehendak aktiviti perkhemahan
kerana mempunyai kemudahan tapak perkhemahan yang selamat dan bebas
daripada sebarang ancaman alam.

6.0 RASIONAL
Program Perkhemahan Persatuan Bulan Sabit Merah ini merupakan satu bentuk
pendedahan awal kepada ahli-ahli muda iaitu murid sekolah rendah agar mereka
dapat menguasai kemahiran hidup berdikari. Mereka juga akan dapat peluang untuk
mengaplikasikan teori yang telah mereka pelajari sepanjang sesi perjumpaan dan
latihan mingguan unit beruniform. Justeru, lahirnya murid-murid yang seimbang dari
aspek jasmani, emosi, sosial intelek, rohani serta berupaya memberi sumbangan
kepada kesejahteraan dan kemajuan diri sendiri, masyarakat, bangsa dan negara.

7.0 MATLAMAT

Pendekatan berkaitan kepimpinan dan disiplin yang perlu ada dalam setiap ahli
PBSM dapat diberi melalui program perkhemahan ini. Program perkhemahan ini
juga dapat membantu setiap ahli PBSM untuk meningkatkan daya tahan dan
keyakinan diri dari segi fizikal dan juga mental. Selain itu, ahli-ahli muda PBSM juga
dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat semangat kesukarelaan.

8.0 STRATEGI PELAKSANAAN


8.1 HARI
: Hari Khamis, Jumaat dan Sabtu
8.2 TARIKH
: 20 Ogos hingga 22 Ogos 2015
8.3 TEMPAT

: SJK (T) Mahajothi


Taman Sutra Jaya

8.4 PESERTA

: Ahli Persatuan Bulan Sabit Merah (Murid tahap

2)
8.5 PENGELOLA

: Unit Badan Beruniform

8.6 PENGINAPAN

: Khemah SJK (T) Mahajothi

8.7 KEWANGAN

: i ) Pihak sekolah
ii ) Unit Badan Beruniform

8.8 TENTATIF PROGRAM


: (Sila rujuk dalam Lampiran 1)
8.9 JAWATANKUASA PROGRAM : (Sila rujuk dalam Lampiran 2)
8.10 SENARAI NAMA PESERTA
: (Sila rujuk dalam Lampiran 3)

8.11 SASARAN PESERTA

8.11.1 Bilangan Murid :

TAHUN

BILANGAN MURID

BILANGAN MURID

JUMLAH

4
5
6

LELAKI
8
7
9

PEREMPUAN
7
5
9

15 Orang
12 Orang
18 Orang

JUMLAH

45 Orang

8.11.2 Bilangan Guru :


GURU
GURU LELAKI
GURU PEREMPUAN
JUMLAH

BILANGAN
3 Orang
2 Orang
5 Orang

Bilangan Murid = 45 Orang


Bilangan Guru = 5 Orang
Jumlah = 50 Orang

8.12 SENARAI GURU BERTUGAS

: (Sila rujuk dalam Lampiran 4)

8.13 ANGGARAN PERBELANJAAN :


8.13.1 Anggaran Makanan Dan Minuman

MAKANAN/MINUMAN

KUANTITI

CATATAN

Hari 1
Minuman Petang

RM 3.00 x 50

RM 150.00

Makanan Malam
Hari 2

RM 5.00 x 50

RM 250.00

Sarapan

RM 3.00 X 50

RM 150.00

Makanan tengah hari

RM 5.00 X 50

RM 250.00

Minuman Petang

RM 3.00 X 50

RM 150.00

Makanan Malam
Hari 3

RM 6.00 X 50

RM 300.00

Sarapan

RM 3.00 X 50

RM 150.00

Makanan Tengah hari

RM 6.00 X 50

RM 300.00

JUMLAH ANGGARAN PERBELANJAAN = RM 1700.00

8.14 PERALATAN
8.14.1 Peralatan Aktiviti

BIL
1
2
3
4
5
6

PERKARA
Cenderamata
Khemah jenis Igloo
Khemah jenis A
Air Mineral
Kertas A4
(Putih, Hijau dan Biru)
Kertas Mahjung

KUANTITI
5
8 unit
3 unit
4 kotak
3 rim

CATATAN
Stor sekolah
Stor sekolah
Stor sekolah
Stor sekolah
Stor sekolah

1 gulung

Stor sekolah

7
8
9
10

Sijil
Beg Plastik hitam
Kad Manila
Tali Rafia

50
2 bungkus
14 Keping
2 gulung

Stor sekolah
Stor sekolah
Stor sekolah
Stor sekolah

8.14.2 Barangan Yang Perlu Dibawa Oleh Guru Pengiring


Bagi Setiap Kumpulan

Bil.

Nama Barang

1.

Senduk

2.

Kuali

3.

Mangkuk

4.

Sudip

5.

Pisau

6.

Papan pemotong ( landas )

7.

Sudu

8.

Garpu

9.

Cawan

10.

Pinggan

# Mengikut kuantiti yang mencukupi untuk setiap kumpulan

9.0 PENUTUP
Adalah amat diharapkan agar program perkhemahan dan khidmat komuniti yang
akan dijalankan ini akan mendapat sokongan dari semua pihak dalam mencapai
matlamat yang telah digariskan. Program ini merupakan salah satu usaha pencetus
kepada pembinaan insan dalam kalanhan ahli-ahli PBSM yang mempunyai akhlak
mulia, nilai-nilai kerohanian dan sifat berkepimpinan

yang mantap bermanfaat

kepada diri, masyarakat serta negara selaras dengan Prinsip Rukun Negara dan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kerjasama dan sokongan pihak sekolah dan
pihak lain yang terlibat amat diharapkan bagi menjayakan program ini. Dengan
berakhirnya program ini juga nanti, segala bahan dan pengalaman serta segala
bentuk proses yang dilalui akan dapat dijadikan sumber rujukan untuk individu
atau kumpulan seterusnya merancang dan mengelola program seumpama dengan
lebih baik.

DISEDIAKAN OLEH;

DISEMAK OLEH;

..
(

Penyelaras,

Perkhemahan Unit Beruniform

GPK Kokurikulum,

SJK (T) Mahajothi

SJK (T) Mahajothi

DISAHKAN OLEH;

.
(
Guru Besar
SJK (T) Mahajothi

You might also like