You are on page 1of 2

Kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran

Melalui pembacaaan, saya dapat catatkan bahawa pengajaran merupakan

aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan dan
kemahiran yang tertentu.
perlu ada guru, murid, rancangan mengajar, objektif pelajaran, tempat belajar, alat
bantu mengajar serta strategi, kaedah dan teknik mengajar.

Antara ciri-ciri idea yang kreatif termasuklah baru, asli, pelbagai, luar biasa, bernilai dan
provokatif. Dalam konteks pendidikan, kreativiti dan inovasi saling bergandingan bagi
memastikan kedua-dua proses tersebut dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran
(P&P).
Kreativiti dalam P&P dapat dilihat apabila murid

gemar menyoal dan mencari jawapan, membuat hubung kait,


menjangka peristiwa yang akan berlaku, membuat spekulasi tentang
kemungkinan,
meneroka idea, berfikir secara lateral, dan
sentiasa membuat refleksi secara kritikal tentang idea, tindakan dan hasil

Menjayakan elemen kreatif terarah menerusi pelbagai strategi pembelajaran dapat


merangsang pembelajaran yang lebih efektif dan menarik. Persediaan guru yang sempurna
menjadi faktor utama menjayakan keseluruhan proses pendidikan di bilik darjah.
Dalam membangunkan kreativiti, terdapat beberapa strategi P&P yang sesuai diaplikasikan
oleh guru. Antara strategi P&P yang boleh digunakan ialah:
Konstruktivisme
Inkuiri penemuan
Pembelajaran berasaskan masalah
Membuat keputusan
Pembelajaran berasaskan projek
Muzik merupakan suatu mata pelajaran yang menyumbangkan penjana pengajaran kreatif..
Ini kerana

kanak-kanak peka terhadap pic dan irama serta sensitif terhadap bunyi-bunyian di
persekitaran.
murid memberi reaksi terhadap apa yang mereka dengar.
Muzik menekankan kemahiran pendengaran.
memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengambil bahagian dalam aktiviti
menyanyi, menari dengan pergerakan kreatif, mencipta lagu, irama dan seni kata lagu
secara kreatif.
membolehkan guru mengubah seni kata lagu mengikut kreativiti masing-masing
mengikut irama yang digemari.

You might also like