You are on page 1of 1

(2) Sifat Khianat

Sifat khianat boleh dianggap sebagai teman akrab dengan penyakit dengki kerana kedua-duanya lahir dari hati manusia yang kotor lantaran
sangat lemah keimanannya. Wujudnya sifat khianat dalam masyarakat disebabkan oleh cuainya individu dalam menjaga amanah orang lain.
Ia timbul disebabkan rasa tidak senang apabila orang lain dianugerahkan nikmat atau rezeki oleh Allah subhanahua taala. Khianat ialah
satu sifat yang sangat berbahaya kerana boleh berlaku dalam pelbagai aspek kehidupan, khianat-mengkhianati boleh timbul di antara suami
isteri dalam kehidupan rumahtangga, boleh berlaku di antara adik-beradik, jiran tetangga, teman sekeluarga, juga wujud dalam hal
perdagangan, politik dalam aspek kehidupan yang lain.
Perbuatan khianat ini juga boleh berlaku baik secara terang-terangan mahupun secara sembunyi. Kita sering mendengar istilah seperti
musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan, pagar makan padi yang mana semua itu ditujukan kepada orang yang melakukan
pengkhianatan secara sembunyi atau rahsia. Apa yang jelas ialah sifat khianat ini sangat dimurkai Allah subhanahua taala. Orang yang
memiliki sifat ini sesungguhnya tidak memberi apa-apa keuntungan pun. Apa yang pasti hanyalah kerugian kerana tidak menemui
ketenangan dan kedamaian hidup sebaliknya sentiasa resah gelisah. Juga ia termasuk dalam golongan orang munafik seperti sabda nabi
yang bermaksud : tanda orang munafik ada tiga apabila berbicara ia berdusta, apabila berjanji dia mungkiri, apabila diamanahkan dia
khianat .

http://www.al-azim.com/masjid/khutbah11.html

You might also like