You are on page 1of 1

N2 UtArA

Waktu solat
Kawasan

Subuh Zuhur

Asar Maghrib Isyak

Ipoh

5.43

1.02

4.23

7.00

8.11

Pulau Pinang
Alor Setar

5.46

1.04

4.25

7.01

8.12

5.47

1.04

4.25

7.00

8.11

Kangar

5.47

1.04

4.25

7.00

8.11

Diari
MAJLIS

Serah pek
muruku
majlis Bandaraya Ipoh
akan mengadakan majlis
penyampaian pek muruku
sempena sambutan Hari
Deepavali pada 9 November
ini di Lobi & kaunter bayaran
MBI, Jalan Sultan Abdul Jalil,
Ipoh, Perak mulai jam 9 pagi.

PrOGrAM

Sirih Pulang
ke Gagang
Pusat Perhubungan Alumni,
Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI), Perak akan menerbitkan
sebuah antologi puisi dan
akan dilancarkan sempena
program Sirih Pulang ke Gagang
Siri Ke-3 pada 27 hingga
29 November 2012. Alumni
SITC-UPSI dijemput
mengirimkan puisi kepada
halim.ali@fbk.upsi.edumy
atau ghazali_din@fbk.upsi.
edu.my. Info hubungi Prof
Madya Dr Abdul Halim Alidi
talian 0199977833 atau
Ghazali Din (019-2792143).
tAKLIMAt

Bajet kasih
sayang

Jabatan Penerangan Kedah


dengan kerjasama Team Bajet
Kementerian Kewangan
Malaysia akan mengadakan
taklimat Bajet Kasih Sayang
untuk Rakyat di Dewan
Serbaguna Bangunan KDN,
Kompleks Bangunan
Kerajaan Persekutuan, Bandar
Muadzam Shah, Anak Bukit,
Kedah jam 8 pagi ini.

MAKLUMAN

Temu duga
peniaga
Sesi temu duga terbuka untuk
orang awam mendapatkan
tapak berniaga di PSS Pesiaran
Gurney (Payung Kuning) MPPP
di Bahagian Pelesenan Dewan
Bandaraya, Jalan Padang
Kota Lama, Pulau Pinang
jam 8 pagi, Khamis ini.

iSnin 5 nOvember 2012

Insinerator operasi awal 2013


Loji masih
di peringkat
percubaan bagi
pastikannya
patuhi syarat
ditetapkan JAS
Oleh Suzalina Halid
suzalina@bharian.com.my
Alor Setar

oji pengumpulan dan pelupusan sampah (insinerator)


pertama di negara ini yang
mampu menjana kuasa sendiri
daripada sisa pepejal di Langkawi,
dijangka memulakan operasinya
awal tahun depan.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor
Chee Heung, berkata ketika loji
berkenaan masih di peringkat percubaan untuk memastikan operasinya mematuhi syarat ditetapkan
Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Masih peringkat percubaan
Beliau berkata, loji berkenaan
yang terletak di Kampung Belanga
Pecah, Air Hangat itu, mempunyai
keupayaan untuk memproses 100
tan sisa pepejal setiap hari bagi
menjana elektrik.
Loji itu masih di peringkat
percubaan dan ia dijangka untuk
memulakan operasi pada suku

RM68 juta
harga loji

Chee Heung membuat tinjauan di Rumah Pangsa Seberang Terus.


pertama tahun depan, katanya
kepada pemberita selepas melawat
Rumah Pangsa Seberang Terus, di
sini, semalam.
Chee Heung yang juga Ahli Parlimen Alor Setar berkata, loji berharga RM68 juta itu adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan
bagi mewujudkan negara bersih
dan hijau untuk mengurangkan
sisa pepejal, selain memelihara
alam sekitar.
Katanya, ia akan menjadi satusatunya insinerator di negara ini
yang mampu menjana elektrik
sendiri melalui wap yang dihasilkan daripada haba sisa pembaka-

ran dan pelupusan di loji.


Insinerator di kawasan pelancongan itu adalah antara lima loji
di bawah kendalian kementerian
berkenaan. Empat loji lain terletak di Pulau Tioman, Johor; Pulau
Pangkor, Perak; Labuan, Wilayah
Persekutuan dan Cameron Highlands, Pahang.
Perumahan dibaik pulih
Sementara itu, Rumah Pangsa
Seberang Terus yang mempunyai
10 blok dengan kira-kira 3,000 penduduk itu adalah satu daripada
tiga perumahan lain untuk dibaik
pulih di bawah Strategi Lautan

[ FOTO SYAHARIM ABIDDIN / BH ]

Biru Kebangsaan Tujuh (NBOS7).


Beliau berkata, arahan kepada
semua agensi terbabit sudah dikeluarkan dan kerja pembaikan
dijangka selesai sebelum akhir
tahun ini.
Banyak kerja yang perlu dilakukan bagi baik pulih berikutan
rumah pangsa ini dibina lebih 30
tahun lalu dan ia memerlukan
peningkatan sistem pendawaian,
katanya.
Dua kawasan perumahan
lain yang akan dibaiki di bawah
program NBOS7 adalah rumah
pangsa di Simpang Kuala dan
Taman Setia Jaya.

Guru terima rawatan psikiatrik, kaunseling

Sintok: Seramai 273 guru di negeri


ini dikesan mengalami tekanan
perasaan sehingga menerima
rawatan psikiatrik dan kaunseling
antara Januari hingga bulan lalu.
Timbalan Pengarah Jabatan
Pelajaran Kedah, Roslee Ismail,
berkata jabatan berkenaan memandang serius perkara berkenaan dengan menyediakan rawatan pemulihan melalui sektor
Psikologi dan Bimbingan Kaunseling.
Guru yang terbabit dalam
masalah ini bukan hanya disebabkan faktor di sekolah, malah
turut disumbangkan pelbagai
punca lain iaitu masalah peribadi
seperti kewangan, kemurungan
dan sunyi yang terbawa-bawa
hingga ke sekolah.

Jabatan jadi mentor


Untuk itu, sektor Psikologi dan
Bimbingan Kaunseling di jabatan
akan bertindak sebagai mentor
kepada guru terbabit supaya
mereka boleh terus mengajar,
katanya selepas Diskusi Meja Bulat
Pelan Pembangunan Pendidikan
Kebangsaan di Universiti Utara

Malaysia (UUM), di sini, semalam.


Hadir sama, Pengerusi Persatuan Kecemerlangan Pendidikan
Kedah (CERDIK), Datuk Abd Aziz
Sheikh Fadzir dan Naib Canselor
UUM, Prof Datuk Dr Mohamed
Mustafa Ishak.
Bagaimanapun, katanya, berikutan langkah pemulihan yang
dijalankan jabatan itu, jumlah
guru yang mengalami tekanan
perasaan pada tahun ini berkurang 54 kes, berbanding tempoh
sama tahun lalu.
Sementara itu, Roslee berkata,
Jabatan Pelajaran Kedah mensasarkan untuk menjadi lima negeri
terbaik dalam pencapaian keputusan peperiksaan utama sekolah
menjelang 2015.
Sehubungan itu, sistem pendidikan di Kedah akan ditransformasikan membabitkan semua
aspek keberhasilan pendidikan
negara melalui strategi khas yang
terhasil daripada Resolusi Diskusi
Meja Bulat itu.
Sehingga kini, Kedah mendapat tempat ke-13 bagi keputusan
peperiksaan UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah), tempat ke-11

bagi PMR (Penilaian Menengah


Rendah) dan SPM (Sijil Pelajaran
Malaysia).

Hasilkan 10 resolusi
Melalui rundingan itu kita sudah
menghasilkan 10 resolusi untuk
dihantar kepada Kementerian
Pelajaran untuk tindakan lanjut,
katanya.
Beliau berkata, antara resolusi itu, termasuk memantapkan
pengajaran bahasa Melayu serta
memberi penekanan kepada
pengajaran bahasa Inggeris dan
mengoptimumkan penggunaan
teknologi internet dalam pengajaran selari dengan falsafah Dahulukan Pendidikan, Kemudiankan
Teknologi.
Selain itu, katanya, resolusi turut
menekankan aspek jawatan berteraskan akademik seperti pengetua
dan guru besar perlu diiklankan
serta dilantik melalui proses temu
duga, selain menjadikan Institut
Pendidikan Guru (IPG) di Kedah
sebagai pusat perkhidmatan dalam
tempoh setahun kepada guru di
negeri ini untuk meningkatkan
motivasi kepada mereka.

Guru yang terbabit


dalam masalah ini
bukan disebabkan
faktor di sekolah,
malah turut
disumbangkan
pelbagai punca lain,
iaitu masalah peribadi
seperti kewangan,
kemurungan dan
sunyi yang
terbawa-bawa
hingga ke sekolah"
Roslee Ismail,
Timbalan Pengarah
Jabatan Pelajaran Kedah

You might also like