You are on page 1of 4

ISL 4

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang dilaksanakan secara berperingkat


bermula pada awal tahun 2011 adalah transformasi dilakukan Kementerian Pelajaran bagi
memastikan sistem pendidikan negara dapat melahirkan modal insan yang berkesan. Sistem
PBS juga adalah salah satu usaha membangunkan modal insan secara holistik dengan
menekankan penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap
progresif dan pengamalan nilai, etika dan moral yang tinggi. Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS) merupakan penambahbaikan bagi sistem peperiksaan yang sedia ada iaitu
UPSR dan PMR. Sistem pentaksiran yang baru ini telah dirangka dan disusun secara
sistematik oleh lembaga peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia yang mana
terdapat bukupanduan pengurusan dan pengendalian pentaksiran berasaskan sekolah yang
boleh dijadikan panduan untuk mengoperasikan PBS di sekolah rendah dan menengah.
Konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu pentaksiran yang
bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan
psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR). Komponen-komponen PBS terbahagi kepada dua
bidang iaitu mentaksir bidang akademik dan bukan akademik yang mana bidang akademik
terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala bidang
bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti
Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Kedua-dua bidang ini memberi pengiktirafan
dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang
berasaskan sekolah.
Setiap komponen tersebut memainkan peranan yang penting untuk mentaksir muridmurid mengikut bidang yang ditetapkan. Di dalam bidang akademik murid-murid,
Pentaksiran pusat (PS) dan Pentaksiran Sekolah (PS)

yang memainkan peranan.

Pentaksiran pusat (PS) adalah pentaksiran yang ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di
peringkat sekolah oleh guru berdasarkan tugasan yang dikeluarkan oleh Lembaga
peperiksaan dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran. Pentaksiran Sekolah
(PS) pula adalah pentaksiran yang menjurus kepada bidang akademik yang mana berfungsi
sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang
pembelajaran (assessment of learning). Terdapat dua jenis pentaksiran sekolah iaitu
pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif.
Pentaksiran

formatif

membabitkan

proses

sepanjang

pembelajaran

murid

menggunakan pelbagai kaedah dalam melapor maklumat selain membuat penilaian sama

ada bertulis atau verbal mengenai cara meningkatkan pembelajaran murid. Guru tidak
dibenar membandingkan murid serta meletakkan skala yang menunjukkan kedudukan
mereka seperti digunakan sebelum ini. Contoh instrumen yang boleh digunakan ialah
lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan, tugasan rumah dan
ujian. Manakala Pentaksiran sumatif dilakukan pada hujung pembelajaran dengan membuat
pertimbangan dan penilaian prestasi murid dalam meneruskan pembelajaran. Maklumat itu
dalam bentuk kualitatif atau kuantitatif mengikut standard ditetapkan sekolah. Contoh
instrumen yang boleh digunakan ialah ujian bulanan dan ujian penggal. Pembaharuan lain
ialah segala perkembangan murid dapat dipantau apabila hasil kerja mereka termasuk ujian
dan peperiksaan disimpan dalam portfolio. Dokumen portfolio itu merekodkan kegiatan dan
pencapaian murid sepanjang sesi persekolahannya untuk rujukan guru dan ibu bapa.
Pentaksiran Sekolah adalah komponen utama dalam proses pengajaran dan
pembelajaran kerana ia berperanan mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan
pengajaran guru serta mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah
dilaksanakan atau dicapai dalam satu-satu proses pengajaran dan pembelajaran.
Pentaksiran ini dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula daripada
aspek perancangan, pembinaan item dan instrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan
atau penskoran, perekodan dan pelaporannya. Justeru, pentaksiran ini amat penting untuk
menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang
harmoni dan seimbang. Selain daripada itu, ianya merupakan aktiviti yang berterusan yang
menagih komitmen yang tinggi serta hala tuju yang jelas daripada guru dan pihak sekolah
untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum.
Pentaksiran sekolah bercirikan satu pentaksiran yang holistik iaitu mampu memberi
maklumat keseluruhan tentang pencapaian pengetahuan dan kemahiran serta pengamalan
nilai murni murid-murid. Disamping aktiviti pentaksiran berterusan iaitu berjalan seiring
dengan proses pengajaran dan pembelajaran, pentaksiran sekolah juga bersifat fleksibel
iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan kesediaan murid dengan
merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan standard kurikulum. Jelas menunjukkan
pentaksiran yang dirangka sangat menyeluruh dan memberi banyak kelebihan kepada
pendidikan di negara kita walaupun terdapat kekeliruan daripada segelintir para pendidik dan
ibu bapa untuk melaksanakan sistem ini di sekolah.
Dalam usaha menjadikan pentaksiran berasaskan sekolah ini dapat dilaksanakan
dengan berkesan, pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan iaitu menggunakan
Standard Prestasi sebagai sumber rujukan oleh semua pihak yang terlibat dalam pendidikan

secara langsung dan tidak langsung. Standard Prestasi digunakan untuk melihat kemajuan
dan pertumbuhan pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Disamping itu,
Ia merupakan proses untuk mendapatkan maklumat tentang sejauh mana tahap
pengetahuan, pemahaman dan tindakan yang boleh murid-murid lakukan atau telah
menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan
mengikut tahap-tahap pencapaian. Pernyataan Standard diletakkan dalam kategori mengikut
Band iaitu Band 1, Band 2, Band 3, Band 4, Band 5 dan Band 6 yang disusun mengikut
hierarki dan dijelaskan dengan deskriptor yang menyatakan tingkah laku terperinci yang
boleh diperhati dan diukur dalam menentukan prestasi individu murid-murid.
Salah satu kelebihannya ialah, pentaksiran ini tidak membandingkan pencapaian
seseorang murid dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran
dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan murid tersebut dalam
pembelajaran berdasarkan pernyataan standard. Justeru, murid-murid akan dinilai secara
adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan,
bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Malahan, pihak
sekolah juga mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif
dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu bagi
membolehkan

pihak

yang

bertanggungjawab

mengenali,

memahami,

menghargai,

mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan
mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsa mengikut
keupayaan dan kebolehan masing-masing. Selain itu, Standard Prestasi juga boleh dijadikan
kayu ukur standard pendidikan negara dan sebagai alat untuk membandingkan dengan
standard pendidikan negara lain.
Konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) juga menyediakan pentaksiran bagi
menilai murid-murid tidak hanya di dalam bidang akademik malah terdapat pentaksiran yang
dirangka untuk melihat penglibatan murid-murid di dalam bidang sukan dan kemahirankemahiran yang lain. Komponen pentaksiran tersebut terdiri daripada Pentaksiran
Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) adalah sebagai panduan
untuk menilai aktiviti fizikal dan kesihatan, mengukur penyertaan, penglibatan, prestasi murid
dalam pelbagai aktiviti sukan, kokurikulum dan ekstrakurikulum (extra-curricular). PAJSK
memerlukan murid melibatkan diri dalam aktiviti bukan akademik sama ada di dalam atau di
luar bilik darjah mengikut keupayaan murid dan dibangunkan untuk melengkapi sistem
pentaksiran pendidikan di Malaysia supaya lebih holistik dan bersepadu. Ia juga sejajar
dengan konsep Satu Murid Satu Sukan (1M1S), pembangunan modal insan dan

perkembangan potensi murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) seperti
yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Manakala bagi Pentaksiran Psikometrik, dilaksanakan untuk menilai dan mengukur
kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperoleh (acquired ability)
daripada pengalaman dan persekitaran. Ianya suatu kaedah yang digunakan secara
sistematik untuk mengumpul maklumat yang menggambarkan ciri (trait) psikologi yang
diukur merangkumi dua komponen utama iaitu aptitud dan personaliti murid. Ujian Aptitud
pula terbahagi kepada dua komponen iaitu Ujian Aptitud Am dan Ujian Aptitud Khusus. Yang
mana, Ujian Aptitud Am mengukur kebolehan yang menggambarkan kemahiran asas murid
secara hierarki juga mengenal pasti kecenderungan murid berdasarkan kriteria tertentu
seperti mengenal pasti kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah dan
kecenderungan murid. Manakala Ujian Aptitud khusus adalah untuk mendapatkan maklumat
khusus tentang struktur kecerdasan serta minat atau kecenderungan murid dalam bidang
tertentu. Ujian Aptitud Khusus ini telah menerapkan Teori Kecerdasan Pelbagai yang
diperkenalkan oleh Howard Gardner. Yang mana beliau percaya bahawa manusia itu
diklasifikasikan pintar cerdas bukan dari cerdas akademik semata tetapi mempunyai
sembilan kecerdasan yang lain iaitu verbal, kreativiti, muzik, naturalis, visual, kinestetik,
interpersonal, intrapersonal dan logik matematik.
Inventori Personaliti pula ialah satu instrumen yang digunakan untuk mengumpul
maklumat tentang sahsiah unik setiap murid. ianya bertujuan membantu mengenal pasti
personaliti murid supaya guru dapat menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran
yang sesuai serta membantu murid dan ibu bapa mengenal pasti personaliti anaknya dan
menyedari potensi diri mereka. Disamping itu, pihak sekolah dapat menyediakan profil murid
yang lengkap untuk rujukan dan kegunaan dalam pendidikan dan perkembangan individu
murid-murid.

You might also like