You are on page 1of 15

Pengenalan

Program Bina Insan Guru ( BIG ) adalah satu program yang diwajibkan kepada
semua penuntut Institut Pendidikan Guru termasuklah Institut Pendidikan Guru
Bahasa Antarabangsa. Ia merupakan suatu program yang dirangka khas untuk
memenuhi syarat guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
bagi memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perguruan.
Proses pembinaan insan guru dibina berlandaskan kepada aspek kesedaran
bahawa profession perguruan adalah profesion yang mulia dan memerlukan sikap
dan tanggungjawab yang tinggi. Selain itu.Justeru, Program BIG yang melibatkan
semua pelajar PISMP TESL ambilan JAN 2013 telah diberi tugas untuk melakukan
penanda aras di sekolah-sekolah yang terpilih.
Program Bina Insan Guru (BIG) semester 6 berfokus kepada memberi
kefahaman yang menyeluruh berkaitan dengan pembinaan insan guru yang
seimbang, hubungan guru atau sekolah dengan komuniti ke arah meningkatkan
kualiti pendidikan serta guru dan akauntabiliti profesional. Di samping itu, guru
pelatih juga akan didedahkan dengan keperluan pembentukan iklim dan budaya
kerja serta kepimpinan sekolah yang berkesan.
Program penanda aras yang dianjurkan penting bagi membantu bakal-bakal guru
belajar tentang susah payahnya untuk membangunkan sesebuah sekolah untuk
menjadi sekolah yang berprestasi tinggi. Program penanda aras ini berlansung
selama satu hari saja dimana kumpulan Sem 5 dibahagikan kepada dua kumpulan.
Kelas saya iaitu 5.4 berada di dalam kumpulan kedua dan kami telah dipilih untuk
melakukan program penanda arasan di Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong.

OBJEKTIF
Program Bina Insan Guru adalah untuk melahirkan guru yang berakhlak mulia,
berpotensi dan mempunyai ketahanan diri dari segi fizikal dan mental. Antara objektif
Program Bina Insan guru adalah seperti berikut :
1)

Meningkatkan ketahanan fizikal dan mental

2)

Menunjukkan ciri-ciri insan yang berakhlak mulia

3)

Meningkatkan semangat hidup berpasukan

4)

Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada

komuniti.
5)

Menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak

keguruan.
6)

Merancang, melaksana, memimpin program, berkerjasama dan mengambil

peranan secara aktif dalam kumpulan.


7)

Menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika, dan akhlak

keguruan

OBJEKTIF LAWATAN PENANDA ARAS

Melalui lawatan penanda aras (benchmarking) dang bengkel ini, diharapkan guru
pelatih akan dapat:

1) Didedahkan dengan komuniti pendidikan yang wujud di sekolah


2) Memahami dan mengenalpasti maklumat- maklumat yang berkaitan dengan
Surat Pekeliling Ikhtisas dan Arahan Perkhidmatan
3) Mengetahui isu berkaitan dengan perundangan peraturan dan pekeliling
ikhtisas pendidikan.
4) Memahami dan melihat sendiri peranan dan fungsi PPD, BTP dan PKG
dalam pengurusan pendidikan dalam memartabatkan bidang pendidikan di
Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
5) Memahami dan mengenalpasti bentuk- bentuk pengurusan cemerlang.
6) Memahami dan menghayati budaya kerja cemerlang dan mengaplikasikan
dalam pengurusan pendidikan seharian.

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN

OBJEKTIF

ISI KANDUNGAN

LAPORAN BENGKEL

REFLEKSI KENDIRI

PENUTUP

Laporan Penanda Aras Sk Bukit Jelutong

Para pelajar ambilan TESL Sem 5 telah menjalani program BIG fasa yang ke 5
pada 8 April 2015 dan 9 April 2015 yang lepas. Program BIG pada kali ini adalah
lawatan penanda aras ke sekolah berprestasi tinggi. Sekolah-sekolah yang telah
dipilih adalah Sk Bukit Jelutong dan Sk Bandar Anggerik. Sekolah-sekolah ini telah
dipilih oleh kami kerana sekolah-sekolah ini adalah sekolah yang telah dinobatkan
sebagai sekolah berprestasi tinggi. Sekolah berbrestasi tinggi adalah sekolah yang
berjaya mancapai banyak pencapaian di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Disebabkan bilangan pelajar yang terlalu ramai, pelajar-pelajar telah dipecahkan
kepada dua kumpulan. Disebabkan bilangan ambilan kami yang terlalu ramai, kami
telah dipecahkan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama iaitu D,E dan F akan ke
Sk Bukit Jelutong pada 8 April manakala kumpulan kedua yang terdiri daripada A, B
dan C akan ke Sk Bandar Anggerik pada 9 April 2015.
Sebelum lawatan penanda aras dilakukan, kemi telah membuat persiapan
awal. Pada 28 Mac 2015, sesi taklimat berkenaan BIG Fasa 5 telah dilakukan di
Dewan Kuliah C IPGKBA. Sesi taklimat tersebut dimulakan dengan ucapan aluan
oleh Ketua Penyelaras Unit Kokurikulum. Sesi taklimat yang pertama ini diketuai oleh
Encik Baharuddin. Semasa sesi taklimat tersebut, Encik Bahar telah menerangkan
pergerakan dan tarikh BIG Fasa 5 akan dijalankan. Ini bagi memudahkan kerja kami
sebgai pelajar untuk merancang dan membuat kertas kerja untuk program ini.
Semasa 28 haribulan itu juga, sesi pelantikan Ajk Induk telah dilakukan. Sesi
pelantikan AJK induk telah dilakukan mengikut setiap kumpulan. Ketua bagi
kumpulan pertama ialah Tresihe Punga Anak Sabang dan bagi kumpulan kedua ialah
Azzra Shaheen. Setiap jawatan yang terpilih telah direkodkan oleh setiausaha kami
iaitu Tiviyaa. Selain daripada itu, AJK-AJK lain turut dipilih. Antaranya ialah
bendahari, AJK makanan dan AJK pengangkutan dan sebagainya. Kewujudan ajk-

ajk tersebut adalah bagi memastikan program BIG kami dapat berjalan dengan
lancar.
Banyak perkara yang telah dibincangkan pada hari tersebut. Antaranya ialah
beberapa peringatan telah diberikan kepada ajk-ajk yang terpilih. Antaranya ialah
dari segi pelaksanaan tugas. Peringatan telah diberikan kepada ajk-ajk yang terlibat
agar melakukan kerja dengan baik. Ketua projek haruslah menelefon sekolah dan
meminta izin daripada sekolah terlebih dahulu untuk meminta izin melakukan
lawatan penanda aras di sekolah mereka. Disebabkan persediaan awal yang
dilakukan, kami telah berjaya melakukan program ini mengikut tarikh yang
ditetapkan. Ini adalah kerana usaha ajk-ajk kami yang komited dan bertungkuslumus memastikan segala perkara berlaku dengan sempurna agar program ini dapat
berjalan dengan lancar dan tanpa kekangan.
Pada 8 April 2015, kelas saya iaitu 5.4 telah bertolak bersama kumpulan
kami yang lain untuk ke SK Bukit Jelutong. Kami berkumpul di garaj bas pada pukul
12 tengah hari kerana kami diwajibkan untuk menghadiri kelas pada sesi pagi. Tepat
pukul 12.15 kami bertolak ke SK Bukit Jelutong. Kami sampai di SK Bukit Jelutong
pada pukul 1.30 tengah hari. Kedatangan kami ke sana telah disambut dengan
begitu meriah oleh para guru. Kami merasa dirai apabila disambut dengan tangan
yang terbuka luas oleh para guru. Disebabkan pada waktu itu telah masuk waktu
Zohor, kami sepakat untuk menunaikan solat zohor terlebih dahulu sebelum
memulakan bengkel. Bengkel dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pihak
sekolah. Pensyarah kami juga turut memberi kata aluan dengan menyampaikan
ucapan terima kasih kepada para guru yang sanggup menerima kedatangan kami
ke sana. Setelah itu adalah persembahan video korporat IPGKBA oleh Fakhrul
Isskandar, beliau telah memberi sedikit penerangan tentang IPGKBA kepada warga

sekolah Sk Bukit Jelutong. Program diteruskan pula dengan ceramah oleh Guru
Besar Sk Bukit Jelutong iaitU Dati Hajah Ramlah binti Asmuri. Dalam ceramah
tersebut, beliau menerangkan sedikit sebnayak bagaimana seklah tersebut berjaya
menjadi sebuah sekolah cluster dan berprestasi tinggi. Banyak ilmu yang
diterangkan kepada kami semasa sesi ceramah tersebut. Beliau juga mempamerkan
kepada kami pencapaian-pencapaian murid-murid sekolah terseut pada peringkat
kebangsaan dan antarabangsa. Selain itu, turut diselitkan juga etos sekolah iaitu
prmainan catur yang berjaya memperoleh banyak pencapaian hingga ke peringkat
antarabangsa. Tidak hairanlah jika terdapat banyak lukisan-lukisan buah catur di
dinding sekolah dan di tapak perhimpunan sekolah.
Setelah itu, kami dijemput untuk melawat kawasan sekolah sebelum majlis penutup
diadakan. Semasa majlis penutup, pihak sekolah telah memberikan kami sekeping
gambar sebagai cenderamata.

REFLEKSI KENDIRI

Program Bina Insan Guru Fasa 5 kumpulan saya telah diadakan di Sk Bukit
Jelutong pada 8 April 2015. Tujuan kami ke sana adalah untuk melakukan penanda
aras di sekolah tersebut. Lawatan penanda aras ini dibahagi kepada tiga sesi iaitu
sesi taklimat, sesi soal jawab dan akhir sekali ialah lawatan ke kawasan sekitar
sekolah.
Banyak yang saya pelajari sepanjang lawatan penanda aras tersebut
terutamanya semasa sesi taklimat dilakukan oleh Guru Besar Sk Bukit Jelutong iaitu
Datin Hajah Ramlah bin Asmuri Di dalam sesi tersebut, beliau ada menerangkan
tentang bagaimana beliau memimpin sekolah untuk mencapai tahap sekolah cluster
dan sekolah berprestasi tinggi. Beliau sendiri ada menyatakan bahawa tidak mudah
untuk mencapai pencapaian sebegitu jika tidak dibantu dengan warga Sk Bukit
Jelutong. Sebagai pemimpin, beliau sendiri harus berusaha dan menggerakkan
anak-anak buahnya untuk memberi kerjasama kepadanya. Selain daripada itu,
hubungan yang positif antara warga sekolah amat penting untuk memastikan
kerjasama yang baik wujud semasa melakukan kerja. Bagai aur dengan tebing,
segalanya akan dapat diatasi jika warga sekolah bersatu padu membangunkan
sekolah untuk ke tahap yang cemerlang.
Sesi taklimat berikut dilakukan di bilik mesyuarat. Di dinding-dinding mesyuarat
Sk Bukit Jelutong terpampang banyak kejayaan yang mereka peroleh. Antaranya
ialah mereka berjaya memperoleh dana peruntukan sebanyak hampir 1 juta dalam
tahun yang sama. Mengenai ini, Datin Hajah Ramlah mengatakan yang tidak mudah
untuk memperoleh dana sebanyak itu. Pencapaian mereka haruslah di peringkat
kebangsaan dan antarabangsa. Semasa sesi taklimat beliau ada mempamerkan
kepada kami kejayaan anak-anak murid beliau di peringkat antarabangsa dalam
bidang yang pelbagai terutamanya permainan catur. Melalui penerangan yang diberi
oleh beliau, memang tidak mudah untuk mengangkat sebuah sekolah menjadi
sekolah yang ternama. Ianya bermula dari bawah dan memerlukan usaha yang
sangat keras.
Semasa lawatan ke kawasan sekolah dilakukan, saya sangta tertarik dengan
kemudahan infrastruktur kurikulum sekolah tersebut. Setiap subjek akan ada bilik

khasnya sendiri. Di dalam bilik-bilik khas tersebut, banyak kemudahan-kemudahan


yang ada terutamanya alat bantu mengajar. Ini bagi memudahkan kerja guru untuk
memudahkan kerja murid memahami sesuatu pelajaran. Saya amat bangga dengan
sekolah tersebut dan berhasrat untuk menyediakan sebuah bilik khas untuk subjek
Bahasa Inggeris apabila saya menjadi seorang guru nanti.
Sekolah ini mengamalkan satu budaya yang amat berkesan iaitu budaya sistem
merit demerit. Melalui apa yang saya faham sistem merit demerit ini banyak
kelebihannya. Ia adalah sebuah sistem pemberian dan penolakan poin berdasarkan
kelakuan murid-murid disekolah. Pada pandangan saya, sistem merit amat baik
untuk dijalankan. Terdapat banyak faedah yang diperoleh darinya. Antara faedah
yang bakal diterima melalaui sistem merit dimerit adalah sistem ini dapat menjadi
galakan kepada pelajar untuk membuat yang terbaik dalam apa jua aktiviti sekolah.
Mengikut Datin Hajah Ramlah, sistem merit dimerit disekolahnya telah berjaya untuk
memotivasikan murid untuk membuat yang terbaik di dalam kelas. Apa sahaja
pencapaian ataupun kelakuan baik yang dilakuakn oleh murid akan direkod dan
ditambah markahnya. Namun begitu, penolakan markah ( demerit ) akan diberi pada
pelajar yang berkelakuan buruk dan melakukan kesalahan. Dengan adanya sistem
merit demerit ini, disiplin murud-murid akan dapat dijaga dengan baik secara tidak
langsungnya. Apabila semua murid berlumba-lumba untuk melakukan yang terbaik,
disiplin itu akan dapat dicambah dalam diri murud tanpa murid itu sendiri sedar.
Contohnya, demerit akan dikenakan terhadap murid yang datang lewat kesekolah.
Untuk mengelakkan dari terkena demerit, murid-murid akan berusaha bersungguhsungguh untuk datang awal ke sekolah. Jikan semua murid berusaha sedemikian
untuk mengelakkan dari terkena demerit, disiplin sekolah akan terjaga dengan baik.
Selain daripada itu, sistem merit demerit yang dijalankan disekolah juga
memupuk sikap kerjasama diantara murid. Ini kerana sitem merit demerit yang
dilakukan adalah mengikut kelas. Contohnya pada setiap awal tahun, setiap kelas
akan diberi markah merit sebanyak 500. Setiap pelajar di dalam kelas
bertanggungjawab untuk menjaga markah merit mereka. Setiap kelakuan pelajar
baik mahupun buruk tidak akan terkecuali dari dikenakan merit demerit. Poin akan
ditambah bagi setiap kelakuan baik dan ditolak bagi setiap kelakuan buruk. Jadual di
muka surat seterusnya merupakan contoh sistem merit demerit yang dilakukan di
sebuah Sekolah Menengan Agama Al-Hasanah. Setiap dua bulan sekali, jumlah poin

akan dipamerkan di dalam kelas maisng-masing. Apabila pelajar melihat markah


poin mereka, ini akan menggalakkan mereka untuk berkelakuan lebih baik.

1. Kelakuan

POIN MERIT

a) Kehadiran 100 % tanpa datang lewat ( bagi setiap bulan )

+5

b) Amanah / bertanggungjawab terhadap segala tugas (Nilaikan satu kali

+3

sahaja bagi setiap bulan)


c) Kebersihan diri (Nilaikan satu kali sahaja bagi setiap bulan)

+2

d) Kecekapan dan ketepatan kerja (Nilaikan satu kali sahaja bagi setiap

+3

bulan)

+3

e) Bekerjasama dan sedia menolong (Nilaikan satu kali sahaja bagi setiap
bulan)
f) Berbudi bahasa (Nilaikan satu kali sahaja bagi setiap bulan)
e) Nilai murni yang lain

+3
+3
+3

g) Kehadiran ibu bapa di Mesyuarat Agung PIBG


2. Pencapaian Akademik
a) Peperiksaan ( Pertengahan Tahun, Khas,Percubaan, Akhir Tahun, dan
PMR)

+5
A+

bagi setiap mata pelajaran

+3

bagi setiap mata pelajaran

+2

A-

Bagi setiap mata pelajaran


( Poin PMR dimasukkan di Ting 4)
Bagi pelajar Menengah rendah:

+5

bagi setiap mata pelajaran

+3

bagi setiap mata pelajaran

+3

b) Lulus peperiksaan setelah mencapai kehadiran 100% di kelas pemulihan


c) Pelajar lemah yang mencapai kemajuan yang baik

SISTEM POIN MERIT ( PERLAKUAN POSITIF )

+3

SISTEM POIN DEMERIT ( PERLAKUAN NEGATIF )


TAJUK
HAL DIRI

KEDATANGAN

KERJA PELAJAR

KELAKUAN

SALAHLAKU SERIUS

LAIN-LAIN
KESALAHAN

KESALAHAN
Rambut panjang / tidak kemas
Pakaian (melanggar setiap peraturan pakaian)
Kuku panjang / kotor
Lewat
Ponteng kegiatan sukan / kokurikulum (setiap kali)
Ponteng kelas (setiap mata pelajaran)
Ponteng sekolah
(tidak hadir tanpa surat doktor / kebenaran setiap hari)
Ponteng peperiksaan / ujian (setiap hari)
Lambat menghantar buku / projek / kertas kerja
Tidak membuat latihan / membawa buku
Tidak bertugas

POIN DEME
-3
-3
-3
-3
-3
-3
-5

Bising / ketawa tanpa sebab / menjerit


Biadap kepada pelajar / ketua / guru
Meludah / membuang sampah merata-rata
Bahasa lucah
Tukar tempat / berjalan-jalan
Bertumbuk / bergaduh
Membeli, menyimpan, menghisap rokok
Mencuri / menipu / berjudi
Merosakkan harta sekolah / kerajaan
Mengambil minuman keras / dadah
Menghasut kekacauan
Membawa senjata bahaya
Memeras ugut
Menjadi ahli kumpulan haram
Mengancam guru (panggil polis dan terus dibuang sekolah)
Memukul guru (panggil polis dan terus dibuang sekolah)

-3
-3 / -5 /-5
-10
-5
-15
-10
-10
-15
-20
-20
-20
-20
-20
-30
-40

Untuk lain-lain kesalahan guru memberikan poin demerit


Mengikut keberatan kesalahan (setelah dirujuk kepada

-5
-3
-3
--3

Paling serius

-20

Sangat serius
Serius

-15
-10

Agak serius

Lembaga Disiplin)

Sungguhpun banyak kebaikan yang diperolehi dari sistem merit demerit ini,
apakah ianya sesuai untuk dijalankan di Institut Pendidikan Guru? Pada pendapat
saya, sistem ini tidak sesuai untuk dijalankan di IPG. Ini adalah kerana sistem
pembelajaran yang berbeza. Jika disekolah, murid akan ditempatkan mengikut kelas
masing-masing. Setiap aktiviti dan setiap proses pembelajaran akan diadakan
mengikut kelas dan tidak ada campur aduk dari kelas-kelas lain. Ia akan
memudahkan kerja guru untuk memantau dan mlaksanakan sistem merit demerit
terhadap kelas tersebut. Namun begitu, jika di IPG, walaupun murid mempunyai
kumpulan masing-masing seperti kumpulan 5.1,5.2, 5,3 dan sebagainya, pergerakan
kelas mereka adalah tidak tetap. Ini adalah kerana pelajar di IPG mempunyai subjek
yang memerlukan mereka untuk mendaftar di bawah pensyarah pilihan mereka. Ini
dipanggil sebagai kelas tutorial. Semasa kelas tutorial, pelajar akan duduk di dalam
kelas tutorial di bawah jagaan pensyarah yang telah mereka pilih pada awal
semester. Selain itu, pelajar-pelajar IPG juga mempunyai dua subjek elektif yang
berbeza. Subjek-subjek elektif ini adalah sibjek pilihan masing-masing dan bukannya
diberi mengikut kelas. Perbezaan kedua-dua pengkelasan ( tutorial dan elektif ) di
atas adalah sebab utama sitem merit demerit tidak sesuai untuk dijalankan di IPG. Ini
adalah kerana ia akan menyukarkan kerja pensyarah untuk memantau dan memberi
poin kepada pelajar.
Seterusnya adalah sistem merit demerit tidak sesuai untuk dijalankan di IPG
adalah kerana bimbang akan berlaku ketidakadilan terhadap pelajar. Contohnya
adalah sikap pilih kasih para pensyarah terhadap pelajar. Sikap pilih kasih para
pensyarah terhadap pelajar bukan perkara yang asing untuk didengar. Bukan di IPG
sahaja, malah di Universiti juga, sikap pilih kasih pensyarah terhadap pelajar adalah

-5

perkara yang biasa. Kebiasaannya pelajar yang kaya, cantik dan pandai mengampu
akan diberi perhatian yang lebih. Perkara ini akan menyebabkan pelajar yang lain
kecil hati dan tidak bersemangat untuk terlibat dengan apa jua aktiviti. Ini kerana
mereka tahu walau apa jua yang pencapaian mereka lakukan, mereka tidak akan
dipandang. Namun begitu, bukan semua pendidik berkelakuan seperti ini. Masih ada
lagi pendidik yang matang dan mampu berfikir dengan rasional dan tidak
mengamalkan sikap pilih kasih antara pelajar. Tetapi, wujudnya pendidik yang
mengamalkan sikap pilih kasih adalah antara sebab mengapa sistem merit demerit
tidak sesuai untuk dijalankan di IPG.
Namun begitu, terdapat kekangan yang didapati semasa kami melakukan
program penda aras ini. Saya mendapati bahawa masa selama 4 jam disekolah Sk
Bukit Jelutong adalah tidak cukup. Ini adalah kerana banyak perkara yang
sepatutnya dibincangkan semasa sesi taklimat tidak dapat dibincangkan akibat
kekangan masa. Sebagai cadangan penambaikan, lawatan penada aras mungkin
boleh dilakukan lebih lama disekolah agar banyak ilmu yang akan dapat kami
sebagai para pelatih dapat belajar.
Sesungguhnya, program lawatan penanda arasan ini sangat memberikan
banyakinput yang berguna kepada kami. Input yang diperolehi adalah mengenai
pengurusansekolah yang mantap dari segi akademik, kokurikulum dan pentadbiran
hal ehwal murid disekolah. Penggunaan sistem yang mana banyak membantu
mengurangkan masalah disiplindan juga meningkatkan pencapaian diri dan sekolah
boleh diaplikasikan di mana-manasekolah untuk menjadi sekolah cemerlang juga
suatu hari nanti.

PENUTUP
Program Bina Insan Guru yang telah diadakan pada kali ini banyak manfaatnya.
Memandangkan ini kali pertama kami melakukan lawatan penanda aras di sekolah
cemerlang, banyak ilmu baru bermanfaat yang saya dapat sebagai guru pelatih. Ini
sebagai langkah pertama untuk saya belajar bagaimana untuk membangunkan
sebuah sekolah daripada bawah untuk menjadi sebuah sekolah yang cemerlang.

You might also like