You are on page 1of 10

1.

Sebelum menyusun atur pola di atas fabrik, kita perlu


memastikan:
a) Pola tersebut tidak berkedut.
b) Pola juga telah diubahsuai mengikut stail dan ukuran
yang ditetapkan.

2.

Membentang Fabrik

a) Dapatkan permukaan yang luas dan rata untuk


membentang fabrik
b) Kenal pasti sebelah dalam dan sebelah luar
fabrik
c) Kenal pasti corak fabrik

3. Menyusun atur

pola di atas fabrik

Mula-mula, fabrik dilipat dengan sebelah luar bertemu dan pola disusun di atasnya.

Apabila sekeping sahaja pola perlu digunting, susun pola di bahagian luar fabrik.

Pola perlu dibentang dengan mengikut tanda ira lurus iaitu selari dengan ira lurus fabrik.
Seterusnya, pola perlu di ukur dari tepi supaya mendapat ukuran yang tepat.

Kepingan pola perlu di susun mengikut pola yang besar diikuti dengan kepingan pola
yang kecil.

Kemudian, tepi lipatan pola yang bertanda lipatan diletakkan tepat di atas lipatan.

Sekiranya dua kepingan pola perlu digunting satu per satu, terbalikkan kepingan pola
apabila menggunting pada kali kedua untuk mendapatkan satu bahagian kiri atau satu
bahagian kanan.

Kepingan pola tersebut perlu disemat dengan menyemat merentas sudut dalam jarak 10
15 cm. Pastikan kedudukan peniti tidak terkeluar daripada garisan menggunting.

Fabrik dan pola hendaklah diletakkan di atas permukaan rata semasa menyemat.

Semua kepingan pola perlulah di susun atur di atas fabrik sebelum menggunting. Hal ini
adalah untuk memastikan setiap kepingan pola dapat dimuatkan di atas fabrik.

Fabrik atau dikenali sebagai tekstil berasal daripada perkataan


textilis yang bermaksud tenunan. Walau bagaimanapun secara
amnya perkataan fabrik bukan hanya untuk fabrik bertenun sahaja
malah juga sesuai fabrik tanpa tenun seperti fabrik berkait dan fabrik
yang direka khas iaitu fabrik terikat dan bernep. Fabrik boleh
dibahagikan kepada dua iaitu fabrik asli dan fabrik buatan.
Fabrik yang

sesuai untuk membuat baju ialah fabrik

sederhana tebal bercorak dan juga tanpa corak. Jenis fabrik yang
digunakan untuk menghasilkan sesuatu jenis pakaian terpulang
kepada keselesaan individu. Kebiasaannya fabrik yang digunakan
ialah fabrik kapas campuran. Corak pada fabrik yang dipilih juga
perlu menepati citarasa pemakai.
Fabrik yang kami gunakan untuk membuat baju bagi projek
RBT 3203E ini ialah fabrik kapas campuran bercorak dan tanpa
corak. Fabrik ini dikenali sebagai Tetra Cotton. Warna yang kami pilih
adalah warna biru dan jingga. Fabrik kapas campuran ini merupakan
daripada gentian kapas yang dicampur dengan gentian lain seperti
gentian buatan manusia untuk menghasilkan fabrik kapas campuran.
Kelebihan mengunakan fabrik ini adalah :

tahan lasak.

mudah dikendalikan.

tahan panas dan tidak mudah mengembang.

mudah dijahit.

Kain Tetron
Cotton bercorak
bunga

Kain Tetron
Cotton tanpa
corak

CARA CARA MENGAMBIL UKURAN BADAN:

BIL.

BAHAGIAN UKURAN BADAN

LANGKAH-LANGKAH

1.

Bahu

Ukur dari sendi bahu


kanan ke sendi bahu kiri
melalui batang tengkuk.

2.

Dada

Ukur keliling dada yang


paling penuh.
Pastikan kedudukan pita
ukur terletak pada mercu
dada
Pastikan kedudukan pita
ukur di bahagian
belakang badan selari
dengan lantai.
Masukkan dua jari untuk
kelonggaran.

3.

Pinggang

Ukur keliling bahagian


yang telah diikat dengan
tali

4.

Pinggul

Ukur keliling bahagian


pinggul yang paling
penuh
Pastikan kedudukan pita
ukur selari dengan lantai
Masukkan dua jari untuk
tujuan kelonggaran.

5.

Bidang hadapan

Ukur dari pangkal ketiak


kekanan ke pangkal

ketiak kekiri (lebih kurang


7cm ke bawah garis
leher)
6.

Lubang Lengan

Ukur keliling pergelangan


tangan atau ukur
bahagian keliling tapak
tangan yang paling lebar.
Masukkan dua jari untuk
tujuan kelonggaran.

7.

Leher

Ukur keliling pangkal


leher.

8.

Garis tengah belakang

Ukur dari tulang tengkuk


ke paras pinggang yang
diikat

9.

Labuh Lengan

Ukur dari tulang bahu ke


paras yang dikehendaki.

Ukuran badan

BIL

BAHAGIAN BADAN

UKURAN (cm)

1.

Leher

37.0

2.

Dada

69.5

3.

Pinggang

47.0

4.

Bahu

29.0

5.

Bidang Hadapan

33.0

6.

Bidang belakang

36.0

7.

Lubang lengan

28.0

8.

Labuh baju

34.0

9.

Labuh lengan

23.0

REFLEKSI INDIVIDU
OLEH : NORSHAKEERAH BINTI ABEDU RASHID

Kemahiran Hidup Bersepadu sekolah Rendah bertujuan memberi


asas dalam melahirkan individu yang dapat berdikari dan yakin untuk
menjalani kehidupan dalam dunia teknologi yang sentiasa berubah.
Alhamdulillah..bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya saya
berjaya menyiapkan projek RBT 3203E dengan jayanya. Tugasan ini
mengkehendakkan saya menyediakan sehelai baju dan portfolio jahitan.
Setelah sebulan bertungkus lumus dengan rakan seperjuangan saya iaitu
Nezanna, Farah dan Aisyah, kami berbangga dengan hasil projek yg kami
sediakan.
Tugasan projek kali ini merupakan satu cabaran baru kepada saya
kerana saya tidak pernah melakukan apa-apa jahitan. Sepanjang projek ini
dilaksanakan, banyak kemahiran dan ilmu telah saya pelajari berkaitan
dengan ilmu jahitan ini. Seperti yang kita sedia maklum, untuk menjahit,
ketelitian dan kesabaran yang tinggi perlu ada dalam diri kita supaya
mendapat hasil yang baik. Perbincangan dengan rakan kumpulan juga
begitu membantu dalam melaksanakan projek jahitan ini. Pelbagai rujukan
telah saya jalankan untuk menyelesaikan tugasan ini. Sesungguhnya
peranan internet sebagai sumber ilmiah begitu memudahkan saya, bakal
guru untuk terus mendapat bahan-bahan rujukan serta penyelidikan yang
berkesan.
Selain itu, melalui tugasan ini saya dapat mengatur masa dengan
lebih sistematik. Hal ini kerana bagi saya bagi menghasilkan satu tugas
yang boleh dianggap cemerlang, ia memerlukan komitmen yang tinggi
serta pengurusan masa yang cekap. Dengan adanya perbincangan serta
kolaborasi antara pensyarah dapat melatih saya supaya lebih menghargai
masa memandangkan terdapat pelbagai tugasan yang harus saya
selesaikan dalam masa yang sama. Namun demikian, saya dapat jua
akhirnya untuk mengatur masa dan saya berpuas hati dengan hasil
tugasan saya.

Dalam menyiapkan projek ini, saya dapati semangat kerjasama dan


bersungguh-sungguh sesama ahli kumpulan sangat tinggi. Kami telah
berganding bahu dalam menyumbangkan idea, fikiran dan tenaga supaya
projek ini dapat disiapkan dengan jayanya tanpa sebarang kekangan.
Tidak guna jika setiap ahli mempunyai pelbagai kepakaran jika tidak
disulamkan dengan kerjasama dalam kumpulan. Pertikaian boleh berlaku
sekiranya sikap ini disisihkan. Jika dikaitkan dalam profesion perguruan,
kita sebagai guru, haruslah bekerjasama dengan guru-guru yang lain.
Sikap pentingkan diri sendiri tidak boleh ada dalam diri seorang guru. Hal
ini kerana, setiap guru saling melengkapi antara satu sama lain. Dalam
membentuk anak didik yang akan memajukan Negara, semua guru
mempunyai
kerjasama

sumbangannya
dalam

pasukan

yang
begitu

tersendiri.
penting

Oleh
dan

sebab
saya

itu

sikap

telah

mula

mempelajarinya dan mendalaminya semasa berada di program Bina Insan


Guru ini.
Oleh yang demikian, saya amat berbesar hati dengan selesainya
perlaksanaan tugasan Projek ini, saya mendapat pengalaman serta ilmu
yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Saya berharap agar
dengan ilmu yang ada di dada, saya dapat laksanakan tanggungjawab
sebagai seorang guru dalam mencungkil bakat dalam kalangan murid dan
dapat melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif pada suatu hari
nanti.

You might also like