You are on page 1of 46

SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI

2013

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME


GURU SAINS SEKOLAH RENDAH
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KERANGKA MODUL 1
Tajuk

PEMANTAPAN PEDAGOGI DALAM PEMBELAJARAN DAN


PENGAJARAN SAINS

Topik

Pembelajaran Berasaskan Minda-inkuiri penemuan

Masa

2 jam

Personel

Penceramah

A. Objektif
Pada akhir sesi ini, peserta dapat:
1. Mengenal pasti perkaitan pembelajaran berasaskan minda dan pendekatan inkuiri .
2. Mengenalpasti bagaimana perkembangan otak kanak-kanak selaras dengan
pendekatan inkuiri dan pembelajaran abad ke-21
3. Memperihalkan penyambungan kognitif kritikal bagi saraf,sosial dan emosi bagi
mewujudkan pembelajaran berkesan
B. Kandungan Pengajaran
1. Pembelajaran berasaskan minda
2. Pendekatan inkuiri
C. Kaedah
1. Ceramah
2. Perbincangan
D. Bahan Pengajaran
LCD, Laptop, Bahan power point
E. Alatan

F. Penilaian
G. Rumusan / Refleksi

4|

SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI

2013

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME


GURU SAINS SEKOLAH RENDAH
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KERANGKA MODUL 2
PEMANTAPAN PEDAGOGI DALAM PEMBELAJARAN
DAN PENGAJARAN SAINS
Kemahiran Proses Sains
- Memerhati, Mengelas dan Mengukur dan Menggunakan nombor

Tajuk
Topik
Masa

2 jam

Personel

Penceramah

A. Objektif
Pada akhir sesi ini, peserta dapat:
1.

Menguasai kemahiran Memerhati, Mengelas, dan Mengukur dan


Menggunakan nombor.

2. Mengaplikasi kemahiran Memerhati, Mengelas, dan Mengukur dan Menggunakan


nombor)

B. Kandungan Pengajaran
1. Deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau digunakan untuk
mengumpulkan maklumat tentang objek dan fenomena.
2. Pemerhatian boleh dilakukan secara kuantitatif dan kualitatif .
3. Mengasing dan mengumpulkan objek atau fenomena berdasarkan ciri yang sama.
4. Mengukur dan menggunakan nombor melibatkan penggunaan nilai dan unit.

C. Kaedah
1. Secara berkumpulan jalankan aktiviti " Jauhari mengenal manikam .
2. Bincang dan bentangkan hasil aktiviti.
D. Bahan Pengajaran
Lampiran 1
E. Alatan
1. Daun dari jenis yang berbeza (urat daun)- 3 sampel berlainan setiap satu

2. Kertas graf
F. Penilaian
1. Latihan

5|

3. Pembaris

4. Benang

SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI

2013

G. Rumusan / Refleksi
1.Berasaskan hasil kerja / perbincangan
2.Berasaskan borang penilaian kursus

Nota dan bahan PdP:


KEMAHIRAN PROSES SAINS 1: MEMERHATI
Memerhatikan Spesimen : Daun
Anda memerhati apabila:
1.
2.
3.
4.
5.

Menggunakan lima deria secara berkesan


Mengenalpasti butiran relevan bagi daun dan persekitarannya
Bezakan kesamaan dan perbezaan
Kenalpasti ciri-ciri unik yang ada pada daun
Menggunakan alat untuk meningkatkan keupayaan deria

Mengapakah kita perlu membuat pemerhatian?


Untuk mengumpul maklumat atau data sebanyak mungkin mengenai objek atau fenomena
Bagaimana anda memerhati ?
1. Memberi fokus terhadap objek atau fenomena yang hendak dikaji
2. Mengenal pasti ciri-ciri
Apabila memerhati sesuatu objek atau fenomena, bermaksud kita sedang meneroka
ciri-ciri fizikal objek atau fenomena. Contoh ciri-ciri fizikal ialah warna, tekstur, bau,
bentuk, berat, isipadu atau suhu. Bunyi juga merupakan satu jenis pemerhatian.
3. Bandingkan objek atau fenomena
-

Objek yang berlainan akan mempunyai ciri yang membezakannya dari objek lain

Pemerhatian melibatkan mengenalpasti dan menghuraikan ciri-ciri secara kuantitatif


dan kualitatif

Jika berlaku perubahan, perhatikan perubahan fizikal dan kimia yang berlaku
sebelum, semasa dan selepas perubahan

4. Alatan yang sesuai boleh digunakan untuk mendapatkan pemerhatian yang lebih
terperinci ( contoh : pembaris, penimbang, silinder penyukat, kanta pembesar dan
bikar)
KEMAHIRAN PROSES SAINS 2: MENGELAS

6|

SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI

2013

Mengelas spesimen : Daun


Apakah yang dimaksudkan dengan mengelas?
Mengumpul objek ke dalam sesuatu kumpulan berdasarkan ciri-ciri tertentu
Bagaimana anda mengelas ?
1. Kenalpasti ciri-ciri am bagi objek
2. Asingkan objek-objek dengan ciri yang sama ke dalam kumpulan yang sama
3. Kenalpasti dan tuliskan ciri tersebut
4. Ulangi langkah 1 hingga 3 sehingga hanya terdapat satu objek dalam setiap kumpulan.

Mengelas objek

Pengelasan boleh dilakukan dengan menggunakan sistem pengelasan binari yang


mana objek dibahagikan kepada dua subset berdasarkan ciri yang dipunyai dan ciri
yang tidak dipunyai oleh objek.

Untuk membina sistem binari, kita perlu mengenalpasti ciri umum yang ditunjukkan
oleh objek dan seterusnya dibahagikan kepada kumpulan pertama dan kumpulan
kedua iaitu yang tidak mempunyai ciri dan yang mempunyai ciri.

Contoh :
Benda
Benda hidup

Tumbuhan

Benda bukan hidup

Haiwan

KEMAHIRAN PROSES SAINS 3: MENGUKUR DAN MENGGUNAKAN NOMBOR

7|

SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI

2013

Mengukur dan menggunakan nombor adalah proses memerhati secara kuantitatif


menggunakan alatan piawai atau alat pengukuran yang dipiawaikan sebagai unit-unit rujukan.
Alatan piawai- alat-alat yang dihasilkan seperti pembaris, pita pengukur, selinder penyukat
(alat yang diterima secara universal).
STANDARDISED TOOLS (alatan yang dipiawaikan) adalah alatan yang boleh
digunakan untuk mengukur kuantiti objek menggunakan unit yang tidak diterima secara
universal seperti

cawan, sudu dan sebagainya.Pengukuran melibatkan proses membuat

pemerhatian kuantitatif dengan membandingkan dengan sesuatu unit piawai seperti


sentimeter, inci, gram, liter dan sebagainya.
Pelajar membuat pemerhatian kuantitatif dengan membandingkan unit piawai dengan
bukan piawai. Mereka akan berupaya menerangkan perhubungan antara objek dengan
menggunakan graf, carta. gambarajah dan jadual. Radas seperti termometer, jam, pembaris
dan

sebagainya.digunakan

untuk

membuat

pengukuran.

Kita

perlu

mengukur

dan

menggunakan nombor-nombor untuk mendapatkan pengukuran yang lebih tepat seperti


indeks jisim badan kita.
Bagaimana kita mengukur dan menggunakan nombor?
1. Kenalpasti pengukuran yang diperlukan, sebagai contoh diameter satu tabung uji.
2. Spesifikkan instrumen untuk digunakan. Yang manakah yang lebih tepat? Pembaris
meter, angkup vernier atau tolok skrew mikrometer?
3. Bandingkan bacaan daripada setiap alat.
4. Yang manakah alat yang anda rasakan memberi bacaan yang paling tepat.
Pengukuran secara metrik
Sistem metrik ialah sistem unit antarabangsa yang dikenali sebagai SI. Metrik berasal daripada
unit asas panjang iaitu meter.

Mengukur panjang metrik meter ialah unit asas untuk mengukut panjang (m).
Jarak yang melebihi beberapa meter boleh diukur menggunakan pita pengukur dalam
unit meter, sentimeter dan milimeter. Satu kilometer bersamaan dengan 1000 meter
(km)

Mengukur jisim metrik - unit asas bagi jisim ialah gram (g). Kilogram ialah unit yang
digunakan untuk menyukat jisim yang lebih besar, manakala jisim yang sangat besar
disukat menggunakan tan metrik ( 1 tan = 1000 kg). Jisim yang kurang daripada satu
gram disukat menggunakan milligram (mg).

Lampiran 1

8|

SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI

2013

TAJUK AKTIVITI: JAUHARI MENGENAL MANIKAM


Bahan:
1. Daun berurat jejala dan selari (sekurang 3 helai setiap jenis)
2. Benang
3. Kertas graf
4. Pembaris

Prosedur:
1. Buat pemerhatian pada daun.
2. Tulis pemerhatian anda dengan menggunakan semua deria.
Keputusan:
a)

Deria penglihatan :
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

b)

Deria bau :
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

c)

Deria sentuh :
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

d)

Deria dengar :
------------------------------------------------------------------------------------------------------

e)

Apakah deria lain yang tidak dinyatakan di atas.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------.

f)

Dengan menggunakan peralatan yang dibekalkan jalankan pemerhatian secara


kuantitatif.

g)

Buat pengelasan daripada maklumat di atas

PENILAIAN

9|

SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI

2013

SENARAI SEMAK PENILAIAN KEMAHIRAN PROSES SAINS


KPS 1. Memerhati
KPS 2. Mengelas
KPS 3. Mengukur dan Menggunakan nombor

Senarai semak diri untuk memerhati

Hanya maklumat terus ( first -hand information) merupakan ciri pemerhatian.


Menggunakan sebanyak deria yang mungkin.
Pemerhatian negatif boleh diterima, contoh tidak berbau
Pemerhatian kuantitatif digalakkan: ukur objek dengan alat.
Sebarang perubahan dicatat dengan jelas.

Senarai semak diri mengelas

Hanya ciri yang dapat diperhatikan digunakan dalam pengelasan.


Untuk setiap aras pengelasan, satu objek hanya boleh dikelaskan di bawah satu
kategori iaitu kriteria yang digunakan dapat membezakan objek-objek yang
dikelaskan
Kriteria-kriteria yang berlainan boleh digunakan untuk mengelaskan set objek yang
sama untuk menghasilkan sistem pengelasan yang sama.

Senarai semak diri Mengukur dan Menggunakan nombor

Adakah unit sembarangan yang sama digunakan semasa mengukur?


Adakah alat mengukur yang digunakan sesuai dengan ukuran yang dibuat?
Adakah unit metrik yang digunakan sesuai dengan ukuran yang dibuat?

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME


GURU SAINS SEKOLAH RENDAH
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

10 |

SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI

2013

KERANGKA MODUL 3
PEMANTAPAN PEDAGOGI DALAM PEMBELAJARAN
DAN PENGAJARAN SAINS
Kemahiran Proses Sains
Menginferens, Meramal dan Berkomunikasi

Tajuk
Topik
Masa

2 jam

Personel

Penceramah

A. Objektif
Pada akhir sesi ini, peserta dapat:
1. Mengenalpasti kemahiran menginferenss, meramal dan berkomunikasi
2. Memahami kemahiran menginferenss, meramal dan berkomunikasi
3. Memperihalkan kemahiran menginferenss, meramal dan berkomunikasi

B. Kandungan Pengajaran
1. Menginferenss
-

Menganalisis secara kritis

Mengenalpasti idea utama menggunakan maklumat daripada situasi lain

2. Meramal
-

Kepentingan meramal

Bagaimana membuat ramalan?

3. Berkomunikasi
-

Pelbagai alat komunikasi: tafsiran graf, carta, rajah, lisan, laporan bertulis,
perbincangan, jadual dll.

C. Kaedah (induktif, inkuiri penemuan)


1. Penceramah menunjukkan video nujum pak belalang. Peserta diminta mengenalpasti
adakah jawapan untuk soalan yang ada daripada video yang ditayangkan merupakan
tekaan, ramalan atau inferenss. (10 minit)
2. Penceramah meminta 2 orang peserta menyatakan dapatan mereka.(5 minit)
3. Penceramah mengedarkan hands on. (tapak kaki)
4. Peserta diminta menuliskan secara individu inferenss yang mungkin daripada
pemerhatian hands on. (5 minit)
5. Peserta juga diberikan pilihan samada menulis ramalan atau memberikan pendapat
tentang ramalan berpandukan pemerhatian hands on. (10 minit)
6. Peserta sumbang saran dalam kumpulan untuk menghasilkan

langkah-langkah

membuat inferenss dan ramalan. (minds on) (25 minit)


7. Penceramah membimbing peserta untuk mengenalpasti langkah-langkah inferenss

11 |

SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI

2013

yang betul dan meminta peserta membandingkan dengan inferenss dan ramalan
yang telah peserta bina di langkah 4 dan 5. (25 minit)
8. Peserta diminta berbincang dalam kumpulan untuk mengenalpasti kemahiran
komunikasi disepanjang aktiviti ini berjalan. Peserta diminta memilih mana-mana alat
komunikasi yang sesuai untuk memerihalkan dapatan mereka. (15 minit)
9. Penceramah

membimbing

peserta membuat

kesimpulan

tentang

kemahiran

komunikasi. (35 minit)

D. Bahan Pengajaran
1. LCD, Laptop
Rajah dibawah menunjukkan tiga jalur jejak kaki selepas setiap satu iaitu jalur 1 diikuti
dengan jalur 2 dan kemudian jalur 3. Siri jejak kaki dilihat dipantai.Titik disekeliling jejak kaki
dalam jalur 2 menunjukkan kasut itu telah meninggalkan kesan yang dalam.

1.

2.

3.

Berdasar rajah, tuliskan pemerhatian anda pada setiap jalur jejak dan rekodkan inferenss
anda. Anda boleh membuat inferenss melebihi satu bagi setiap kes.

12 |

SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI

PEMERHATIAN

2013

INFERENSS

jalur 1
jalur 2
jalur 3

Bandingkan senarai inferens anda dengan rakan anda. Adakah anda merasakan inferens
anda lebih baik? Kenapa?
___________________________________________________________________

___________________________________________________________________.

2. Ramalkan apakah yang akan berlaku selepas jalur 3. Apakah pendapat anda tentang
ramalan anda itu?
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________.

E. Alatan
1. Kertas sebak, marker pen, pita pelekat

E. Penilaian

F. Rumusan / Refleksi

13 |

SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI

2013

Nota dan bahan PdP:


KEMAHIRAN PROSES SAINS 4 : MEMBUAT INFERENS
NUJUM PAK BELALANG
Kita lebih menghargai persekitaran kita jika kita mampu membuat interpretasi dan
menerangkan perkara-perkara yang berlaku disekeliling kita.Kita belajar untuk mengenal corak
dan menjangkakan corak itu akan berulang lagi dalam keadaan yang sama. Banyak
tingkahlaku kita adalah berdasarkan inferenss yang kita buat mengenai sesuatu peristiwa yang
berlaku.Saintis membina hipotesis berdasarkan inferenss yang dilakukan terhadap sesuatu
penyiasatan.Sebagai guru kita selalu membuat inferenss mengenai mengapa murid
berkelakuan sedemikan. .

Sumber:Courtesy of Learning and Assessing Science Process Skills, 1995, p 69.


Pemerhatian adalah pengalaman yang di perolehi melalui satu atau lebih deria
Membuat inferenss adalah penerangan atau interpretasi sesuatu pemerhatian itu. Proses ini
selalunya dikaitkan dengan pengalaman lampau. Pengalaman yang baru hanya akan
membawa makna jika kita boleh membuat hubungan dengan apa yang telah diketahui. Untuk
membuat inferenss bermaksud untuk membuat perkaitan dengan apa yang dilihat secara terus
dan apa yang telah diketahui dari penglaman yang lampau.

MEMBUAT INFERENSS

14 |

Apa yang telah diketahui


dari pengalaman lampau
Apa yang diperhatikan
secara terus?

SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI

2013

Sebagai contoh ianya hujan dan anda melihat satu pancaran cahaya yang terang di
luar jendela.Hampir serta merta selapas pancaran itu anda mendengar bunyi yang kuat.Anda
kemudian berkata bahawa kilat telah memanah sesuatu tidak jauh dari situ.Ini adalah inferens
anda kepada pemerhatian tentang sinar cahaya dan bunyi bising tersebut. Ianya berdasarkan
pengalamanyang lampau dengan kilat dan guruh yang termasuk pengetahuan tentang tempoh
masa antara cahaya dan bunyi yang boleh mengukur sejauh manakah kilat itu akan
berdentum.
Suatu inferens adalah BUKAN tekaan kerana tekaan adalah pendapat yang dibentuk daripada
bukti yang sedikit atau tiada bukti.Bila membuat inferenss ,adalah penting untuk mengikuti
langkah-langkah berikut:
Buat seberapa banyak pemerhatian tentang sesuatu objek atau peristiwa
Imbas kembali pengalaman lampau tentang maklumat yang relevan tentang objek atau
peristiwa yang boleh digarapkan dengan apa yang telah diperhatikan.
Nyatakan setiap inferens supaya ianya berbeza dengan pernyataan yang lain.

daripada apa yang diperhatikan saya membuat inferens

bukti mencadangkan . Mungkin telah terjadi

penjelasan yang munasabah dari apa yang saya lihat adalah

daripada apa yang saya perhatikan saya merumuskan

Selalunya apabila sudah membuat inferens daripada suatu set pemerhatian,maklumat baru
mungkin akan timbul dan menyebabkan anda berfikir semula inferens yang asal. Ini
kadangkala akan memperkukuhkan inferens anda.Pada masa yang lain maklumat tambahan
mungkin menyebabkan anda mengubahsuai atau menolak inferens yang anda fikirkan penting
pada satu ketika dulu.Pemerhatian yang baru menjurus kepada pengubahsuaian corak
pengalaman untuk melakukan akodomasi maklumat yang baru.
Anda juga boleh membuat inferens mengenai sesuatu peristiwa.Setiap inferens mestilah
berdasarkan pemerhatian.Oleh yang demikian anda perlulah membuat pemerhatiam yang teliti
dan membuat interpretasi atau menerangkan pemerhatian tersebut.Interpretasi mengenai
pemerhatian ini adalah inferens.
Anda telah membuat inferens jika anda ..

15 |

SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI

1.

2013

Menggunakan maklumat daripada pemerhatian untuk membuat kesimpulan yang


munasabah.

2. membuat beberapa interpretasi yang munasabah dari satu pemerhatian.


3. Boleh mengenalpasti keterbatasan inferens.
4. Menguji ketepatan inferens melalui pemerhatian yang lanjut.
5. Menggunakan inferens sebagai alat untuk menentukan pemerhatian lanjut

(PPK, 1994)

yang sesuai.

Rajah dibawah menunjukkan tiga jalur jejak kaki selepas setiap satu iaitu jalur 1 diikuti dengan
jalur 2 dan kemudian jalur 3. Siri jejak kaki dilihat dipantai.Titik disekeliling jejak kaki dalam
jalur 2 menunjukkan kasut itu tela meninggalkan kesan yang dalam
1.

2.

3.

Berdasarkan rajah, tulis pemerhatian anda pada setiap jalur jejak dan rekodkan inferens anda.
Anda boleh membuat inferens melebihi satu bagi setiap kes.
PEMERHATIAN
jalur 1
jalur 2
jalur 3

16 |

INFERENS

SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI

2013

Bandingkan senarai inferens anda dengan rakan anda. Adakah anda merasakan inferens anda
lebih baik? Kenapa?

KEMAHIRAN PROSES SAINS 5 : BERKOMUNIKASI


Berkomunikasi ialah kemahiran menyampaikan maklumat atau idea kepada orang lain
sama ada secara lisan atau berbentuk tulisan. Pelajar-pelajar harus berkomunikasi untuk
berkongsi pemerhatian mereka dengan orang lain. Komunikasi mestilah jelas dan berkesan
jika seseorang itu hendak difahami maklumat yang disampaikan.Komunikasi berkesan
semestinya jelas, tepat dan tidak kabur dan seterusnya mengguna kemahiran yang perlu
dikembang dan diamalkan.
Apa itu berkomunikasi? Berkomunikasi ialah satu proses penerimaan, penyebaran, dan
perkongsian maklumat dan idea. Anda sedang berkomunikasi apabila anda :
1.

Bercakap, mendengar atau menulis untuk menyatakan idea atau maksud.

2.

Mencatat maklumat daripada penyiasatan atau kajian.

3.

Melakar atau mangambil nota.

4.

Mengguna atau menjelaskan makna simbol

5.

Mengguna carta, graf, dan jadual bagi menyampaikan maklumat.

6.

Menyoal dengan jelas.

7.

Mengguna rujukan

8.

Menulis laporan eksperimen bagi membolehkan orang lain mengulangi


eksperimen tersebut.

Idea berkomunikasi menggunakan perkataan deskriptif dimana dua orang mempunyai


atau berkongsi persefahaman. Ada tiga langkah yang menunjukkan anda sedang
berkomunikasi apabila :
1.

Mencatat maklumat yang diperolehi daripada pelbagai sumber.

2.

Menterjemah maklumat kepada bentuk lain seperti carta, graf, dan jadual.

3.

Menyebarkan maklumat melalui pelbagai bentuk dan cara.

Kita boleh berkomunikasi dengan berkesan jika kita :


1.

Menerangkan hanya apa yang kita perhati (lihat, dengar, bau dan rasa)
bukannya apa yang kita buat inferens atau andaian berkenaan sesuatu objek
atau peristiwa.

2.

Menjelaskan secara ringkas menggunakan bahasa dan istilah yang tepat.

3.

Menyampaikan maklumat dengan betul menggunakan


kualitatif seperti yang dikehendaki oleh keadaan.

17 |

banyak pemerhatian

SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI

4.

2013

Mengambil kira pandangan dan pengalaman lampau orang yang kita sedang
berkomunikasi.

5.

Membuka ruang untuk mendapat maklum balas dari orang yang kita sedang
berkomunikasi supaya dapat menentukan keberkesanan komunikasi kita.

6.

Membina penyampaian alternatif jika keadaan memerlukan.

Bercakap dan berbual semasa menjalankan aktiviti sains, membuat catatan dalam
buku jurnal, menyusun data, membanding keputusan dan berkongsi dapatan adalah aktivitiaktiviti

yang

boleh

membantu

kanak-kanak

mengembangkan

cara

berkesan

untuk

berkomunikasi. Mempelajari mengguna alat komunikasi boleh membantu kanak-kanak


membuat cara yang terbaik bagaimana berkomunikasi bagi menyampaikan pemerhatian dan
idea.
ALAT BERKOMUNIKASI

Bahasa Badan

Simbol
Graf
Model

Muzik
BERKOMUNIKASI

Peta
Lakaran

Carta
Peta Konsep

Bahasa Lisan

Jadual

Penulisan

Penomboran

Para pendidik sains bersetuju bahawa mempelajari kemahiran proses sains bermaksud
mempelajari cara belajar. Kanak-kanak belajar melalui pemikiran kritikal dan menggunakan
maklumat secara kreatif. Kenapa kita harus berkomunikasi? Kemahiran berkomunikasi akan
membantu kita :
1.

Menyebar luaskan idea atau maklumat.

2.

Berkongsi idea atau maklumat.

Semasa kemahiran proses sains diperkenalkan dalam sains sekolah rendah, Pusat
Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pelajaran Malaysia, mencadangkan garis
panduan bagaimana guru-guru boleh mengesan sama ada murid-murid telah menguasai
kemahiran tersebut. PPK telah mencadangkan dan memberi indikator bagi setiap kemahiran.
Indikator bagi kemahiran komunikasi adalah :
1.

Bertutur, mendengar atau menulis untuk menerangkan sesuatu idea atau


maksud kepada kawan-kawan.

18 |

2.

Mencatat maklumat daripada kajian.

3.

Melakar dan mencatat nota.

SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI

2013

4.

Menggunakan simbol dan menjelaskan makna di sebaliknya.

5.

Menyoal dengan jelas

6.

Menggunakan bahan-bahan rujukan

7.

Menulis laporan eksperimen supaya orang lain juga dapat mengulangi


eksperimen yang serupa.

(PPK 1994)

KEMAHIRAN PROSES SAINS 6 : MEMBUAT RAMALAN


Kemahiran yang penting adalah membuat ramalan. Membuat ramalan adalah proses
yang menggunakan pemerhatian yang lampau atau data bersama pengetahuan sains untuk
meramal peristiwa atau hubungan. Ianya adalah membentuk idea mengenai jangkaan hasil
apa yang akan berlaku berdasarkan pengetahuan kini dan kefahaman, pemerhatian dan
inferens. Suatu kenyataan yang tidak berdasarkan pemerhatian adalah bukan ramalan. Ia
hanyalah tekaan.Ia boleh di klasifikasikan kepada :
a) Interpolasi adalah ramalan data yang baru berdasarkan kepada trenda atau corak
yang diperhatikan dari data lampau yang diperhatikan.
b) Ekstrapolasi adalah ramalan data baru diluar atau menjangkau julat data yang
diperolehi sebelum ini.
Membuat ramalan adalah tekaan yang bijak terhadap apa yang akan berlaku.Ia perlu
diikuti dengan menulis atau menerangkan secara lisan untuk mengelaskan idea dan
mendedahkan sebarang miskonsepsi atau maklumat yang hilang. Anda mungkin boleh
bertanya apa yang akan berlaku?, kenapa anda berfikir itu berlaku? , adakah cara anda
boleh mencari penyelesaian? Membuat ramalan mempunyai hubungan yang rapat dengan
pemerhatian, membuat inferens dan pengelasan. Membuat ramalan adalah berdasarkan
kepada pemerhatian yang teliti dan inferens yang dibuat terhadap hubungan diantara peristiwa
yang diperhatikan. Inferens adalah penerangan atau interpretasi yang dibuat daripada
pemerhatian. Pengelasan digunakan apabila kita hendak mengenalpasti persamaan atau
perbezaan terhadap objek atau peristiwa. Kita memahami persekitaran di sekeliling kita
dengan cara pemerhatian perkara yang berlaku dan kemudian membuat interpretasi dan
membuat penjelasan.Kita selalunya boleh mengesan corak dari apa yang diperhatikan.
Kerapkali kita boleh membuat ramalan apa yang akan berlaku pada masa akan datang.
Contoh-contoh membuat ramalan adalah:

Saya melihat hari hujan dan matahari muncul. Mungkin akan ada pelangi.

Jika saya melepaskan kedua-dua bola pada masa yang sama, mungkin ia akan jatuh
ke tanah pada waktu yang sama.

Setiap

pernyataan

diperkembangkan

19 |

ramalan

adalah

berdasarkan

pemerhatian

dan

corak

yang

daripada pemerhatian yang lampau. Bagaimana kita menerangkan dan

SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI

2013

membuat interpretasi apa yang kita perhatikan memberikan kesan kepada bagaimana kita
membuat ramalan. Menguji ramalan kita akan menjuruskan kita untuk melakukan lebih banyak
pemerhatian yang akan menyokong atau tidak menyokong ramalan yang asal. Apabila
pemerhatian yang baru konsisten dengan corak pemerhatian yang diramal maka kita
mempunyai keyakinan dalam ramalan kita. Walau bagaimanapun jika pemerhatian yang baru
tidak menyokong ramalan awal kita,maka kita mungkin akan menolak atau menilai semula
pemerhatian kita. Pemerhatian yang baru akan mengarahkan kepada inferens dan ramalan
yang baru. Dibawah menunjukkan peta bagi kemahiran membuat ramalan:

MERAMAL

MEMERHATI

INFERENS

Selagi data yang baru (pemerhatian) dikumpul, teori (inferens) dicadangkan untuk
menerangkan apa yang telah diperhatikan dan meramal tentang perkara yang belum
diperhatikan. Sesuatu teori hanya dapat diterima dalam sains ianya perlu memenuhi tiga
lapisan ujian.
Boleh menerangkan apa yang telah diperhatikan
Boleh meramal apa yang belum diperhatikan
Boleh diuji dengan melakukan pemerhatian selanjutnya dan diubahsuai
mengikut keperluan data yang baru.
Anda membuat ramalan jika .
1.

Menggunakan bukti yang lampau atau sekarang untuk menyatakan


peristiwa yang akan datang.

2.

Boleh membezakan antara membuat ramalan dengan membuat tekaan.

3.

Boleh untuk menentukan natijah daripada tindakan yang di ambil.

4.

Menggunakan corak data secara eksplisit untuk membuat unjuran.

5.

Yakin dengan ketepatan ramalan.

6.

Boleh untuk mengesahkan pernyataan yang berkaitan dengan peristiwa masa depan
mempunyai perkaitan dengan bukti atau pengalaman lampau.

20 |

SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI

2013

7.

Berhati-hati dalam membuat andaian mengenai corak atau data yang menjangkau dari
data yang sedia ada.

8.

Ekstrapolasi dan menggunakan data sebagai alat untuk meramal. (PPK, 1994)

Aktiviti 1
Belajar Meramal Titisan Air
Bahan
Duit syiling 5 sen, 10 sen, 50 sen, RM 1
penitis
bikar yang berisi air
Kaedah:
1. Gunakan penitis untuk menitiskan air ke atas duit siling 20 sen.Lakukan dengan
cermat sehingga air melimpah keluar dari permukaan duit siling. Bilang titisan
air.
2. Duit siling 20 sen boleh memegang

*titis air.

3. Rekodkan bilangan titisan air dalam ruang yang bertanda *didalam jadual
dibawah.
4. Bandingkan duit siling 20 sen dengan duit siling yang lain dari segi bentuk dan
saiz. Ramalkan bilangan titisan air yang boleh dipegang oleh duit siling yang
lain.

Duit siling

5 sen

10 sen

20 sen

50 sen

RM 1

Ramalan
Sebenar

5. Apakah faktor yang anda pertimbangkan apabila membuat ramalan?


_________________________________________________________
6. Uji ramalan anda dengan menitiskan air ke atas setiap duit siling.
________________________________________________________

21 |

SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI

2013

7. Jika bilangan titisan air yang anda ramalkan berbeza dengan data sebenar,
pada pendapat anda apa yang menyebabkan perbezaan ini?
________________________________________________________

Aktiviti 2
Latihan meramal Hari yang terpendek
Bahan
Lampiran data (dibawah) berkenaan masa matahari terbit dan terbenam.
Kertas graf
Kaedah
1. Lampiran data menunjukkan masa matahari terbit dan terbenam pada setiap
hari yang ke-enam bagi suatu daerah di hemisfera utara (30(N).
Tarikh

Matahari

Matahari

Siang

Bulan-Hari

terbit

terbenam

* (jam, minit)

11-13
11-19
11-25
12-01
12-07
12-13
12-19
12-25
12-31
1-06
1-12
1-18

a.m.
6:23
6:28
6:33
6:38
6:42
6:47
6:51
6:54
6:56
6:57
6:57
6:56

p.m.
5:05
5:02
5:00
5:00
5:00
5:01
5:03
5:06
5:10
5:15
5:20
5:25

2. Lukis dan labelkan graf bagi setiap masa untuk matahari terbit dan terbenam.
Daripada graf dapatkan tarikh bila matahari terbenam yang terawal dan terbit
yang terlambat.
________________________________________________________
________________________________________________________
3. Daripada dua graf,ramalkan tarikh bagi hari yang paling pendek.Ingat ,anda
boleh meletakkan salah satu graf ini diatas yang satu lagi.Terangkan bagaimana
anda membuat ramalan.
________________________________________________________
________________________________________________________

22 |

SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI

2013

________________________________________________________
4. Kira panjang hari terpendek dengan mengambilkira panjang hari bagi beberapa
hari sebelum dan beberapa hari selepas tarikh hari terpendek tersebut dan
Rekodkan dapatan anda dalam lajur yang bertanda *

dalam jadual yang

diberikan .
________________________________________________________
________________________________________________________
1) Pernyataan yang manakah pemerhatian, inferens atau ramalan?
a) saya boleh merasai bumi bergegar.
gegaran ini disebabkan oleh gunung berapi.
ia akan meletus!
b) kedua perempuan itu memakai jubah dan mortarboard.
mereka baru sahaja menghadiri hari graduasi.
mereka akan mendapat kerja dengan pendapatan yang baik.
c) sebelah kiri jongkang- jongkit adalah lebih rendah dari sebelah kanannya.
jika seseorang disebelah kiri turun maka hujung yang kanan akan jatuh.
seseorang lebih berat dari yang lain.
2) Harith menjatuhkan bola dari dua ketinggian yang berbeza,dan mengikur ketinggian bola
setiap kali ia melantun semula. Dia merekodkan keputusan ke dalam graf palang.
tinggi
lantunan
(cm)

70
60
50
40
30
20
10
0

50

100
Tinggi jatuhan (cm)

a) Ramalkan ketinggian lantunan bola jika ia dijatuhkan dari 75 cm pada permukaan yang
sama?
b) Ramalkan ketinggian lantunan jika dijatuhkan pada ketinggian 200 cm

___________________________________________________________________________

23 |

SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI

2013

Lampiran Aktiviti

HELAIAN RANCANGAN PENYIASATAN BAGI GURU SEKOLAH RENDAH


Nama

Ahli kumpulan

Kumpulan

Apa yang ingin saya kaji?

Apa yang saya fikir akan berlaku dan mengapa ia berlaku?

Alasan saintifik bagi pemikiran saya

Apakah alat komunikasi yang ingin saya guna?

Bagaimanakah cara untuk saya menyampaikan maklumat/idea kepada orang lain ?

Bagaimana saya akan mengeksperimen?

Radas dan bahan yang saya perlukan

Bagaimana untuk memastikan keselamatan ?

24 |

SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI

2013

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME


GURU SAINS SEKOLAH RENDAH
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KERANGKA MODUL 4
PEMANTAPAN PEDAGOGI DALAM PEMBELAJARAN
DAN PENGAJARAN SAINS
Kemahiran Proses Sains
-Menggunakan Perhubungan Ruang & Masa, Mentafsir Maklumat &
Mendefinisi Secara Operasi

Tajuk
Topik
Masa

2 jam

Personel

Penceramah

A. Objektif
Pada akhir sesi ini, peserta dapat:
1. Memahami maksud menggunakan perhubungan ruang dan masa, mentafsir maklumat
dan mendefinisi secara operasi.
2. Mengenalpasti aktiviti hands-on dan mind-on yang sesuai bagi menggunakan
perhubungan ruang dan masa, mentafsir maklumat dan mendefinisi secara operasi.
3. Mengenalpasti tajuk-tajuk yang sesuai dengan kemahiran proses sains ini seperti cahaya
dan bayang, pergerakan dan kedudukan serta kelajuan.

B. Kandungan Pengajaran
1. Mengenal pasti bentuk dan pergerakan mengikut masa.
2. Memberi penerangan tentang pola atau perhubungan berdasarkan maklumat yang
dikumpul
3. Memberi takrif dengan memerihalkan apa yang diperhatikan atau dibuat secara operasi.

C. Kaedah
1. Aktiviti hands-on , minds-on & "hearts on"
2. Peserta diminta menjalankan aktiviti yang disediakan. ( 40 Minit)
3. Penceramah memberi input Kemahiran Proses Sains iaitu menggunakan
perhubungan ruang dan masa, mentafsir maklumat dan mendefinisi secara
operasi. ( 30 Minit)
4. Peserta membentangkan hasil aktiviti yang dijalankan. ( 50 minit )

D. Bahan Pengajaran
1. Slaid PowerPoint, Modul, Nota

25 |

SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI

2013

E. Alatan
1. Kertas sebak (mahjong), pen penanda, jam randik, bola ping pong, pita ukur,
Pita pelekat (masking tape)

F. Penilaian
1. Senarai semak

G. Rumusan / Refleksi
Diakhir PdP peserta dapat membuat kesimpulan bahawa terdapat perkaitan antara
perhubungan ruang dan masa, mentafsir maklumat dan mendefinisi secara operasi daripada
aktiviti yang disediakan.

___________________________________________________________________________
Nota dan bahan PdP :
KEMAHIRAN PROSES SAINS 7 : MENGGUNAKAN PERHUBUNGAN RUANG DAN MASA
Ruang dan masa adalah dua konsep asas dalam sains fizikal. Penggunaan hubungan
ruang dan masa melibatkan kebolehan untuk menjelaskan arah,susunan dalam ruang,gerakan
dan laju,simetri dan kadar perubahan. Kemahiran ini boleh menjelaskan perubahan dalam
parameter terhadap masa.Ia melibatkan pengenalpastian bentuk dan gerakan terhadap masa.
Parameter yang lain adalah lokasi,arah,saiz,isipadu,berat dan jisim. Kemahiran ini boleh
dikembangkan dengan memberi perhatian terhadap urutan dan kedudukan di mana peristiwa
itu berlaku. Sebagai contoh melihat fasa-fasa bulan,memerhatikan perubahan fizikal kiub ais
dan lain-lain.
Kenapa anda perlu menguasai kemahiran ini?
Ia menyedarkan kita tentang perubahan berlaku terdapatnya hubungan dengan
masa.
Ia membantu kita menyusun peristiwa dalam urutan yang sesuai.

26 |

SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI

Petunjuk menggunakan perhubungan ruang dan masa

2013

(PPK 1994)

Menghuraikan kedudukan lokasi terhadap masa


Menghuraikan perubahan arah terhadap masa
Menghuraikan perubahan bentuk terhadap masa
Menghuraikan perubahan saiz terhadap masa
Menyusun peristiwa secara kronologi
Menentusahkan perubahan dengan merujuk kepada kadar perubahan
Menentusahkan kedudukan sesuatu objek dan menghuraikan kedudukan dalam
ruang.
Menghuraikan perubahan sesuatu objek yang dilihat daripada kedudukan yang
berbeza
Menghuraikan hubungan diantara jarak sesuatu objek yang bergerak dan masa.
___________________________________________________________________________
KEMAHIRAN PROSES SAINS 8 :

MENTAFSIR MAKLUMAT

Dalam penyiasatan anda mungkin telah mengumpulkan beberapa data kuantitatif


kemudian anda perlu menerangkan pola-pola atau perhubungan berasaskan maklumat yang
dikumpulkan. Langkah pertama dalam mentafsir data adalah apakah data yang anda hendak
dapatkan bersama-sama.

Anda boleh memikirkan penyiasatan yang ingin dilakukan,

menggambarkan apa yang akan berlaku dan menentukan apakah jenis maklumat yang anda
perlu perolehi bagi menerangkan apa yang berlaku. Bagaimana anda mengatur kajian anda
supaya anda boleh mentafsirkan hasilnya.
Kemahiran ini digunakan bila;

Membuat kesimpulan daripada data yang dikumpulkan


Mengenalpasti corak daripada data yang dikumpulkan
Menyatakan perhubungan daripada data yang dikumpulkan
Membuat pernyataan daripada data yang dikumpulkan
Menyatakan kesimpulan yang disokong oleh data.

Mengapakah kemahiran ini penting?


Untuk melihat perhubungan di antara pemboleh ubah
Untuk membuat keputusan.
Satu daripada cara terbaik untuk mengorganisasi data untuk pentafsiran adalah dengan
menjadikannya dalam bentuk visual seperti graf, carta atau histogram. Jadual data

27 |

SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI

2013

sampel dengan graf daripada komputer atau data dan kalkulator adalah alatan berguna
bagi membina graf.
Pentunjuk Mentafsir Maklumat (PPK, 1994)

Mengumpul pelbagai data untuk membuat pernyataan tentang maksudnya

Mengesan pola atau corak yang terdapat pada maklumat yang didapati

Menyatakan hubungan di antara maklumat

___________________________________________________________________________
KEMAHIRAN PROSES SAINS 9 : MENDEFINISI SECARA OPERASI
Kaedah atau prosedur yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah dinamakan
definisi operasi. Definisi operasi ini memberitahu apakah operasi yang dilakukan dan di
perhatikan dan bagaimana ia diukur. Jika anda boleh mengukur pemboleh ubah secara
langsung dengan menggunakan sistem pengukuran yang piawai, anda tidak perlu untuk
mendefinisikan secara operasi. Contoh: kedalaman-pembaris, suhu-termometer, masa-jam
randik. Mendefinisikan seara operasi melibatkan cara yang sama bagi mengukur sesuatu
secara tidak langsung di mana pengukuran langsung tidak dapat dilakukan dengan mudah.
Contohnya-

aktiviti bandul-Mengukur tempoh masa satu ayunan dilakukan dengan

menentukan bilangan ayunan bagi tempoh 15 saat.Ini adalah kerana masa bagi satu ayunan
tidak dapat diukur dengan mudah.
Penyiasat berbeza mungkin menggunakan definisi operasi yang berbeza bagi pemboleh
ubah yang sama. Contoh: Penyiasatan untuk menentukan kesan vitamin E ke atas ketahanan
seseorang.

Pemboleh ubah Ketahanan seseorang boleh didefinisikan secara operasi

dengan berbagai cara;

Bilangan jam seseorang boleh berjaga

Jarak larian tanpa henti seseorang

Bilangan lompatan yang dilakukan sebelum letih

Definisi operasi perlulah eksplisit supaya pengkaji yang lain boleh melakukan
pengukuran tanpa maklumat lanjut daripada pengkaji.
Pentunjuk Mentafsir Maklumat (PPK, 1994)

Mentakrif istilah dalam konteks pengalaman sendiri

Membuat pernyataan apa yang diperhatikan dan apa yang dibuat.


HELAIAN AKTIVITI KEMAHIRAN PROSES SAINS
TAJUK : BOLA-BOLA API

28 |

SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI

2013

KPS 7 - MENGGUNAKAN PERHUBUNGAN RUANG DAN MASA


KPS 8 - MENTAFSIR MAKLUMAT
KPS 9 - MENDEFINISI SECARA OPERASI
Bahan dan radas:
1. Wisel -10
2. Bola ping pong- 10 biji
3. Jam randik -10 buah
4. Pita pengukur 5 meter-10
5. Kertas sebak-10
Langkah-langkah:
1. Peserta A sebagai pencatat masa akan meniup wisel untuk menandakan
permulaan dan tamatnya 5 saat. Apabila peserta A meniup wisel pertama, peserta
B menolak bola pingpong di atas lantai secara perlahan. Apabila wisel ditiup untuk
kali kedua, peserta C akan menandakan kedudukan bola ping pong. Jarak yang
dilalui oleh bola ping pong dalam 5 saat diukur dan dicatat.
2.

Ulangi langkah 1 di atas. Pada kali ini, peserta B menolak bola ping pong dengan
kuat. Rekodkan keputusan.

Daya Tolakan

Jarak dilalui dalam 5 saat

Kelajuan

Kuat
Perlahan
Berdasarkan data yang dikumpul :
3. Nyatakan definisi secara operasi untuk "laju"
4. Nyatakan definisi secara operasi untuk "kelajuan"
5. Nyatakan definisi secara operasi untuk "jarak"
6. Nyatakan hubungan antara daya tolakan dengan jarak yang dilalui.
7. Nyatakan hubungan antara daya tolakan dengan kelajuan
8. Nyatakan kesimpulan penyiasatan ini.
Kesimpulan : Contoh
Bola ping pong yang perlahan bergerak lebih (jauh / dekat) dalam 5 saat.
Bola ping pong yang laju bergerak lebih (jauh / dekat) dalam 5 saat

29 |

SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI

9.

2013

Tandakan satu jarak 5 meter. Catatkan masa yang diambil untuk bergerak 5
meter oleh :

(a) Bola ping pong yang ditolak dengan perlahan


(b) Bola ping pong yang ditolak dengan kuat

Daya Tolakan

Masa untuk bergerak 5 meter

Kelajuan

Perlahan
Kuat

Berdasarkan data yang dikumpul :


10. Nyatakan hubungan antara daya tolakan dengan masa untuk bergerak 5 meter.
11. Nyatakan hubungan antara daya tolakan dengan kelajuan
12. Nyatakan kesimpulan penyiasatan ini.
13. Peserta diminta memberi maklumat tentang perkaitan antara kemahiran
proses sains iaitu menggunakan perhubungan ruang dan masa, mentafsir
maklumat dan mendefinisi secara operasi berdasarkan aktiviti yang
disediakan.
Perbincangan untuk kenal pasti tajuk-tajuk yang sesuai dengan kemahiran proses
sains ini. (40 Minit)
14. Penilaian & Refleksi (20 Minit)

SENARAI SEMAK PENILAIAN KEMAHIRAN PROSES SAINS


KPS 7. Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa
KPS 8. Mentafsir Maklumat
KPS 9. Mendefinisi Secara Operasi

30 |

SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI

2013

Senarai semak diri untuk menggunakan perhubungan ruang dan masa


Adakah bentuk dua-dimensi dan tiga dimensi dapat dibezakan dengan jelas ?
Adakah perubahan bentuk, lokasi, saiz, arah atau jarak dengan masa diperhatikan?
Adakah turutan perubahan berlaku dengan betul?
Adakah pergerakan relatif antara beberapa objek dapat dihurai oleh pemerhati?
Bolehkah kadar perubahan seperti laju dikirakan secara matematik?

Senarai semak diri mentafsir maklumat


Data yang dikumpul mencukupi untuk ditafsir
Kesimpulan yang dicapai adalah berdasarkan maklumat yang dikumpul
Maklumat yang dikumpul dianalisis secara kuantatif dan kualitatif
Pola atau perhubungan dapat dikesan daripada maklumat yang dikumpul

Senarai semak diri mendefinisi secara operasi


Adakah definisi secara operasi itu dapat diperhatikan?
Adakah definisi secara operasi itu dapat dibuat?
Adakah definisi secara operasi mempunyai lebih daripada satu makna dan mengelirukan?

Bolehkah definisi secara operasi itu diperbaiki lagi supaya lebih jelas dan jitu?

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME


GURU SAINS SEKOLAH RENDAH
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KERANGKA MODUL 5
Tajuk
Topik

31 |

PEMANTAPAN PEDAGOGI DALAM PEMBELAJARAN


DAN PENGAJARAN SAINS
Kemahiran Proses Sains
-Mengawal Pembolehubah, Membuat Hipotesis dan
Mengeksperimen

SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI

Masa

2 jam

Personel

Penceramah

2013

A. Objektif
Pada akhir sesi ini, peserta dapat:
1. Guru dapat menguasai kemahiran Mengawal Pembolehubah, Membuat Hipotesis dan
mengeksperimen.

2. Mengaplikasi kemahiran Mengawal Pembolehubah, Membuat Hipotesis dan


mengeksperimen.
B. Kandungan Pengajaran
1. Mengenalpasti jenis-jenis pembolehubah.
2. Membina hipotesis .
3.

Menjalankan eksperimen.

C. Kaedah
1. Secara berkumpulan jalankan aktiviti Tak kenal maka tak cinta .
2. Perbincangan dan pembentangan hasil aktiviti.
D. Bahan Pengajaran
Lampiran 4
E. Alatan

1. Kertas sebak

2. Pen penanda

E. Penilaian
1. Latihan
F. Rumusan / Refleksi
1. Berasaskan hasil kerja / perbincangan
2. Berasaskan borang penilaian kursus

___________________________________________________________________________
Nota dan bahan PdP :

32 |

SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI

2013

KEMAHIRAN PROSES SAINS 10 : MEMBUAT HIPOTESIS


Saintis memulakan penyiasatan menggunakan tekaan bijak yang dipanggil hipotesis
yang boleh diuji menggunakan data sebenar. Ia merupakan penerangan untuk satu set
pemerhatian, dan data yang direkod atau beberapa inferenss. Hipotesis adalah ramalan
mengenai hubungan di antara dua pemboleh ubah. Eksperimen yang bermula dengan
hipotesis akan membantu anda menentukan jenis data yang akan dipunggut.
Apakah hipotesis?
Hipotesis ialah pernyataan yang mencadangkan penerangan terhadap sesuatu fenomena atau
peristiwa.
Hipotesis ialah pernyataan yang boleh diuji dan mungkin merangkumi ramalan
Hipotesis bukan teori. Teori ialah pernyataan umum berdasarkan kepada pelbagai data.
Contoh, teori evolusi merujuk kepada semua benda hidup berdasarkan

kepada banyak

pemerhatian. Walau bagaimanapun banyak perkara mengenai evolusi yang belum difahami.
Banyak hipotesis yang telah dicadangkan dan diuji.
Bagaimana menulis hipotesis?
1.Semakin bertambah kuantiti yis, semakin bertambah saiz roti
2. Jika bertambah suhu air, maka berkurang masa gula melarut

Pernyataan di atas mengandungi perkataan jika dan maka. Ini adalah perlu dalam penulisan
hipotesis formal. Walau bagaimanapun tidak semua ayat yang mengandungi perkataan jika
dan maka adalah hipotesis.
Sebagai contoh,
"Jika saya main golf, maka saya akan menjadi kaya."
Penyataan di atas adalah ramalan. Dalam penulisan hipotesis, satu hubungan tentatif
dinyatakan.

_____________________________________________________________________
KEMAHIRAN PROSES SAINS 11 : MENGAWAL PEMBOLEH UBAH

33 |

SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI

2013

Apa yang dimaksudkan dengan pemboleh ubah?


Tindakan dan tindak balas dalam dunia semula jadi selalunya berlaku secara kompleks.
Pendekatan saintifik digunakan bagi memudahkan pemahaman tentang tindakan dan tindak
balas kompleks ini. Pendekatan ini dilakukan dengan memecahkan tindak dan tindak balas
kompleks kepada bahagian-bahagian tertentu. Bahagian-bahagian peristiwa atau sistem ini
dinamakan pemboleh ubah. Pemboleh ubah adalah faktor-faktor, keadaan dan perhubungan
yang boleh mengubah ataupun diubah dalam sesuatu peristiwa atau sistem.

Maka satu

pemboleh ubah adalah sesuatu yang boleh diubah ataupun boleh mengubah. Terdapat tiga
jenis pemboleh ubah dalam sesuatu eksperimen iaitu pemboleh ubah dimanipulasi (diubah),
pemboleh ubah bergerak balas (berubah), pemboleh ubah malar (ditetap)
Mengapa perlu mengawal pemboleh ubah ?
Pemboleh ubah perlu dikawal dan diukur semasa menjalankan eksperimen.
Eksperimen yang dilakukan akan dimulakan dengan membina pernyataan hipotesis yang
mengandungi pemboleh ubah dimanipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas. Selepas itu,
pengujian hipotesis akan dilakukan. Faktor-faktor yang tidak berkaitan dengan hipotesis perlu
ditetapkan untuk menggelakkan kesan faktor yang ditetapkan itu dalam keputusan
eksperimen. Ini adalah bagi memastikan data yang jitu dan tepat diperolehi.
Bagaimana anda mengawal pemboleh ubah ?
Saintis menggunakan eksperimen untuk mendapatkan hubungan antara sebab dengan
kesan bagi sesuatu peristiwa semulajadi.

Eksperimen direka bentuk supaya perubahan

sesuatu faktor akan menyebabkan faktor lain berubah seperti yang diramalkan.
pemboleh ubah akan dimanipulasikan supaya pemboleh ubah lain boleh bergerak balas.
KEMAHIRAN PROSES SAINS 12 : MENGEKSPERIMEN
Aktiviti 1.

Dalam kumpulan, sediakan satu senarai semua jenis kemahiran yang


diperlukan oleh pelajar untuk menjalankan eksperimen atau penyiasatan.

Apa yang dimaksudkan dengan mengeksperimen?


Proses merancang dan menjalankan aktiviti untuk menguji hipotesis
Menggabungjalin semua kemahiran proses sains.
Indikator:
Mereka bentuk satu penyiasatan untuk menguji hipotesis.
Menjalankan eksperimen mudah.
Mengenal pasti batasan-batasan kaedah dan peralatan.

34 | Mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa


menjalankan penyiasatan.

Maka

SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI

2013

Mereka bentuk penyiasatan


Indikator:
Membuat keputusan mengenai jenis peralatan , bahan dan sebagainya yang diperlukan
untuk sesuatu penyiasatan.
Mengenal pasti apa yang diubah dan perlu diubah semasa membuat pemerhatian atau
membuat pengukuran.
Mengenal pasti pemboleh ubah malar .
Mempertimbangkan bagaimana pengukuran, perbandingan, dan lain-lain akan
digunakan untuk menyelesaikan masalah.
Memutuskan urutan langkah-langkah yang perlu diambil dalam penyiasatan.
Aktiviti 2.

Baca arahan dan jalankan aktiviti berikut.

1.

Senaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kadar keterlarutan gula dalam air.

2.

Pilih faktor dan kenal pasti pemboleh ubah dimanipulasi, mendefinisi secara operasi
pemboleh ubah bergerak balas.

3.

Mereka bentuk eksperimen mudah untuk mengesahkan pernyataan hipotesis yang


dibuat berdasarkan no 2 di atas. Gunakan helaian perancangan yang disediakan.

4.

Bincangkan hasil pembentangan anda.

___________________________________________________________________________
LAMPIRAN 1
TAJUK AKTIVITI: TAK KENAL MAKA TAK CINTA
Bahan:
1. Gunting
2. Pembaris
3. Lembaran kerja
4. Rajah Helikopter (Rajah 1)
Prosedur:
1.Potong kertas mengikut pola pada rajah 1 Helikopter
2. Rekodkan masa helikopter menceccah lantai dari ketinggian berlainan dalam Jadual 1.

35 |

SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI

Ketinggian helikopter dilepaskan (cm)

2013

Masa mencecah lantai (s)

Jadual 1
Nota:
Bagi mendapatkan data yang pelbagai anda boleh mengubah suai ukuran pada gambarajah
Helikopter.

potong

Lipat ke
belakang

36 |

potong

Lipat ke
belakang

SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI

Rajah 1

1. Bina hipotesis dalam eksperimen ini.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------2. Nyatakan apa yang diubah (pembolehubah manipulasi)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------3. Nyatakan apa yang diukur (pembolehubah bergerakbalas)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------4. Nyatakan apa ditetapkan (pembolehubah malar)
...................................................................................................................................
5. Berdasarkan data yang anda perolehi bina graf ketinggian (cm) melawan masa (s).

37 |

2013

SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI

2013

6. Kesimpulan
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

HELAIAN RANCANGAN PENYIASATAN BAGI GURU SEKOLAH RENDAH


Nama Kumpulan

Ahli kumpulan

Apa yang ingin saya kaji?

Apa yang akan berlaku dan mengapa ia berlaku?

Alasan saintifik bagi pemikiran saya

Apakah pemboleh ubah yang ingin saya kawal?

Apakah klasifikasi pemboleh ubah yang bergerak balas?

Bagaimana eksperimen ini akan dijalankan?

38 |

SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI

2013

Radas dan bahan yang saya perlukan

Apakah langkah berjaga-jaga yang perlu diambil ketika menjalankan eksperimen ini?

SENARAI SEMAK PENILAIAN KEMAHIRAN PROSES SAINS


10. Mengawal Pemboleh ubah
11. Membina hipotesis
12. Mengeksperimen
Senarai semak diri untuk mengawal pembolehubah
Mengenal pasti pemboleh ubah yang dimanipulasi dan pemboleh ubah yang
bergerak balas?
Memanipulasi hanya satu pemboleh ubah dan memalarkan semua pemboleh ubah
yang lain.
Memerhati kesan ke atas pemboleh ubah yang bergerak balas.
Adakah kawalan disediakan untuk tujuan membanding dengan pemboleh ubah
yang dimanipulasi?

Senarai semak diri membina hipotesis


Adakah pengetahuan dan pengalaman sedia ada dipertimbangkan?
Adakah hipotesis yang dilihat itu dpat diuji?
Adakah hipotesis itu mengaitkan pemboleh ubah yang dimanipulasi dengan
pemboleh ubah yang bergerak balas?

Senarai semak diri mengeksperimen

39 |

SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI

2013

Murid-murid telah menggunakan pelbagai kemahiran proses sains dalam


mengeksperimen.
Murid-murid diberi kebebasan untuk mereka bentuk eksperimen sendiri
Laporan murid ditulis dengan bersistem dan jelas.

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME


GURU SAINS SEKOLAH RENDAH
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KERANGKA MODUL 6
Tajuk

PEMANTAPAN PEDAGOGI DALAM PEMBELAJARAN


DAN PENGAJARAN SAINS

Topik

Pengurusan Bilik Sains

Masa

4 jam

Personel

Penceramah

A. Objektif
Pada akhir sesi ini, peserta dapat:
2. Menerangkan konsep dan kegunaan bilik sains
3. Mengendalikan alatan dan radas sains dengan kaedah yang betul
4. Menjelaskan pengurusan stok yang betul
5. Menerangkan langkah-langkah keselamatan ketika berlaku kemalangan

B. Kandungan Pengajaran
6. Penjelasan tentang konsep dan kegunaan bilik sains
7. Penjelasan tentang cara mengendalikan alatan dan radas dengan betul
8. Penjelasan tentang pengurusan stok
9. Penjelasan langkah-langkah keselamatan ketika berlaku kemalangan

C. Kaedah

40 |

i.

Penerangan

ii.

Aktiviti hands-on

iii.

Tunjuk cara

iv.

Perbincangan

SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI

v.

Sumbangsaran

Penerangan
i. Konsep dan kegunaan bilik sains menggunakan slaid power point
ii. Pengendalian alatan dan radas dengan betul
iii.Pengurusan stok
vi. Langkah-langkah keselamatan ketika berlaku kemalangan
Aktiviti hands-on dan tunjuk cara
i. Pengendalian alatan dan radas dengan betul-Aktiviti mencampur air
Perbincangan
i. Menyediakan stok dan semakan stok akhir tahun

D. Bahan Pengajaran
1. Termometer -10
2. Bikar 250 ml - 20
3. Selinder penyukat 100 ml -20
4. Air sejuk 4 liter
5. Air panas 4 liter
6. Kertas mahjung
7. Pen marker
8. Kad tugasan
9. pensil, pemadam dan pembaris
10 Lembaran kerja Latihan Kendiri guru sains / Jadual keputusan aktiviti
11. Slaid Power Point :
i. Konsep dan kegunaan bilik sains menggunakan slaid power point
ii.

Pengendalian alatan dan radas dengan betul

iii.

Pengurusan stok

E. Alatan
1. Komputer riba

2. LCD

3. Skrin putih

4. Meja untuk aktiviti berkumpulan

E. Penilaian
2. Latihan kendiri guru sains

41 |

2013

SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI

2013

F. Rumusan / Refleksi
1. berasaskan hasil kerja/perbincangan
2. berasaskan borang penilaian kursus

Nota dan Bahan PdP :


KONSEP BILIK SAINS
Bilik Sains adalah sebuah bilik kelas di mana PdP Sains Sekolah Rendah dijalankan
Bilik ini mempunyai kemudahan asas untuk menjalankan aktiviti PdP Sains seperti eksperimen,
demonstrasi dan kerja projek. Bilik Sains boleh diubahsuai dari bilik darjah biasa.
Kemudahan asas yang perlu ada dalam sebuah Bilik Sains ialah kerusi meja yang sesuai,
kabinet, punca bekalan air, punca kuasa elektrik dan peralatan sains seperti yang disenaraikan
untuk mata pelajaran Sains Rendah berdasarkan buku Peralatan Pengajaran dan
Pembelajaran Sains Rendah, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kegunaan Bilik Sains
Bilik Sains merupakan satu daripada tempat PdP Sains. Aktiviti PdP hendaklah
dilaksanakan supaya kemahiran saintifik dapat diberi penekanan sewajarnya. Pendekatan ini
bagi membolehkan PdP berpusatkan murid dapat direalisasikan dan konsep murid membuat,
guru membimbing dapat dilaksanakan. Guru perlu membuat perancangan bagi menambahkan
bilangan peralatan dan bahan untuk membolehkan setiap murid berkesempatan berinteraksi
dengan peralatan dan bahan.
Peralatan Bilik Sains
Sekolah dibekalkan dengan peralatan asas melalui bekalan pusat. Selain daripada itu
penggantian peralatan atau bahan yang habis, pecah atau rosak dan pembelian peralatan atau
bahan tambahan boleh dilakukan dari semasa ke semasa.
Pengurusan Stok
Penyediaan

buku

stok

dan

penyimpanan

peralatan

dan

bahan

sains

di

setengahsetengah sekolah tidak mempunyai butiran seperti yang diperlukan dan ini
menimbulkan pelbagai masalah. Dalam hubungan ini penyelenggaraan stok amat perlu bagi
menyelaras, menyemak, mengesan, mengemaskini dan memudahkan pentadbiran Bilik Sains.

42 |

SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI

2013

Buku Stok
Buku Stok Bilik Sains disediakan dalam dua jenis.:
Daftar Inventori KEW PA 3 - untuk merekodkan peralatan dan bahan kimia yang
Harganya kurang RM1000.00
Daftar Inventori KEW PA 2 - untuk merekodkan barang yang harganya RM1000.00 dan ke
atas
Penyemakan Buku Stok hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya sekali setahun.
Panduan Perbendaharaan (tatacara pengurusan stor) dan Pekeliling Perbendaharaan Bil.2
Tahun 1992 hendaklah dirujuk dan dipatuhi.
Penggunaan komputer dalam pengurusan stok digalakkan.
Penyenggaraan dan Penyimpanan
Terdapat banyak peralatan dan bahan sains yang mudah rosak. Penyenggaraan dan
penyimpanan yang kerap hendaklah dilakukan untuk mengelakkan dari terjadinya perkara ini.
Maklumat yang tercatat dalam buku stok hendaklah menunjukkan keadaan sebenar
berhubung dengan penyenggaraan dan penyimpanan peralatan tersebut.
Bahan kaca
Alat kaca yang kotor boleh dibersihkan dengan menggunakan alat dan bahan pencuci
yang sesuai. Alat kaca tidak boleh disimpan di tempat yang terlalu tinggi dan tidak dicampur
aduk dengan peralatan berat terutamanya daripada logam.
Alat kaca yang besar disusun di belakang dan yang kecil di depan.
Bahan Kimia
Di peringkat sekolah rendah, pada hakikatnya tidak ada bahan kimia yang

dalam

aktiviti PdP ada dicadangkan penggunaan bahan kimia yang digunakan di rumah seperti cuka,
gula, garam dan sabun. Bahan-bahan ini pada prinsipnya tidak berbahaya atau membawa
kesan toksik. Namun begitu, perlu diingatkan bahawa sebarang bahan kimia patut
diselenggarakan dan dikendalikan seperti mana yang sepatutnya dari segi penyimpanan,
penggunaan dan pelupusan. Dalam hal ini cuma cuka yang perlu diberi perhatian kerana ia

43 |

SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI

2013

adalah sejenis asid lemah. Jika sekiranya cuka termasuk ke dalam mata, basuhkan segera
dengan air bersih.
Formalin adalah satu bahan yang berbahaya dan tidak digalakkan penggunaannya.
Sekiranya formalin digunakan untuk mengawet haiwan, sila berhati-hati ia berbahaya jika
terminum (ia boleh mengeraskan protein). Jika wapnya termasuk ke dalam mata dan hidung,
ia mengakibatkan rasa pedih dan tidak selesa. Jadi elakkan dari terminum, terhidu dan
termasuk ke dalam mata. Bahan ini hendaklah disimpan di dalam botol yang sesuai dan
dilabelkan.
Alat Optik
Alat optik seperti kanta, prisma dan bongkah kaca yang mudah tercalar oleh
permukaan yang kasar, eloklah disimpan dalam kepingan stairofom yang mempunyai ruang
berbentuk alat-alat optik tersebut. Binokular dan mikroskop perlu disimpan di tempat kering
untuk mengelakkan berkulat. Untuk tujuan ini binokular dan mikroskop bolehlah disimpan
dalam kotak bersama-sama dengan gel silika. Sebaik-baiknya gunakan gel silika biru yang
boleh menjadi merah jambu apabila kuasa penyerapannya berkurang. Kanta mata dan juga
kanta objektif perlulah dibersihkan menggunakan kertas silicon (kertas tisu atau kain boleh
mencalarkan permukaan kanta).
Alat Elektrik
Setiap Bilik Sains dibekalkan dengan sekurang-kurangnya dua punca kuasa (soket)
untuk kegunaan alat dan perkakas elektrik seperti cerek elektrik atau projektor. Penggunaan
alat-alat elektrik boleh menimbulkan kemalangan jika tidak mengikut peraturan atau tidak
diselenggarakan dengan sempurna. Berikut adalah beberapa langkah untuk mencegah
kemalangan:
pastikan murid tidak memasang suis dengan tangan yang basah
tutup suis apabila selesai menggunakan alat elektrik
soket atau palam yang retak atau rosak hendaklah diganti
pastikan wayar disambung mengikut kod warna yang betul
pastikan wayar dan kabel bertebat
alat elektrik hanya boleh disambung pada soket tiga pin
jangan

gunakan kabel yang terlalu panjang bagi alat elektrik

44 |

SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI

2013

SOALAN PRA DAN PASCA UJIAN


PRA UJIAN KEMAHIRAN PROSES SAINS (B/S)
BAHAGIAN A
Berikut adalah pernyataan betul atau salah. Sila tanda (/) pada penyataan yang betul dan (X)
pada penyataan yang salah.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.

Pemerhatian ialah penggunaan lime deria untuk mengetahui mengenai sesuatu objek atau
peristiwa,
Klasifikasi ialah meletakkan objek atau peristiwa menurut persamaan dan perbezaan
masing-masing.
Mengukur menggunakan nombor ialah membuat pemerhatian kuantitatif dengan
membandingkannya secara konvensional
Membuat inferens bermaksud menggunakan pengalaman lalu untuk membuat kesimpulan
dan membuat penerangan terhadap sesuatu peristiwa.
Meramal ialah membuat jangkaan mengenai apa yang akan berlaku di masa hadapan
berdasarkan pengalaman lalu atau data yang dipungut.
Berkomunikasi ialah menggunakan perkataan atau simbol grafik seperti jadual, graf, rajah,
model untuk menerangkan sesuatu tindakan, objek atau peristiwa.
Interpretasi data ialah proses membuat keputusan menggunakan maklumat sedia ada.
Mengenal dan mengawal pembolehubah ialah proses menetukan dan menerangkan
sesuatu yang boleh mempengaruhi keadaan atau sistem.
Membentuk hipotesis ialah suatu proses membuat rumusan terhadap sesuatu peristiwa
atau keadaan.
Definisi operasi ialah proses menentukan maksud dan konteks perkataan atau pernyataan
supaya terdapat kefahaman yang sama di antara penyampai dan pihak penerima.
Mengeksperimen ialah proses mendapatkan data yang berkait dengan sesuatu tajuk atau
bidang yang dikaji.
Menggunakan dan mengaplikasi radas sains dan bahan bermakna kebolehan memilih
radas dan bahan yang berkaitan, boleh membaca skala pada instrumen dan menggunakan
instrumen dan radas dengan betul.
Melukis radas sains merujuk kepada penggunaan teknik yang betul dalam menghasilkan
lukisan radas yang tepat.
Membersih radas menggunakan teknik yang betul adalah diperlukan untuk memastikan
radas berfungsi dengan betul.
Menyimpan bahan dan radas di tempat yang betul dan langkah-langkah yang diperlukan
adalah perlu dalam memastikan kebersihan radas dan hayat yang lebih lama bagi
instrumen yang digunakan.

BAHAGIAN B
Arahan : Bulatkan abjad bersebelahan jawapan yang betul.

45 |

(
(

)
)

SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI

2013

1. Manakah antara berikut merupakan pemerhatian sahaja?


A.
Blok kanak-kanak berwarna oren.
B.
Logam kelihat membara, oleh itu ia panas.
C.
Meja itu kelihatan diperbuat daripada kayu.
D.
Jalan itu basah, menunjukkan baru lepas hujan.
2. Manakah di antara berikut boleh diperhatikan melalui deria penglihatan?
A.
Suhu air.
B.
Kemanisan sesuatu bahan kimia.
C.
Perubahan ketinggian anak pokok.
D.
Bunyi yang dikeluarkan oleh sesuatu enjin.
3.

4.

Manakah antara berikut bukan ciri sebiji oren.


A.
Berair
B.
C.
Berwarna merah
D.

Seorang saintis menemui sebuah batuan besar di padang. Batuan ini kelihatan berbeza
jika dibandingkan dengan batuan lain yang berada di sekelilingnya. Apakah anggapan
yang boleh dibuat oleh penemuan ini.
A. hipotesis

5.

B. inferens

C. peristiwa

D. interpretasi data

Berikut adalah maklumat pelajar Sekolah Antarabangsa Seri Intan.


Nama

Jantina

Tarikh lahir

Warganegara

M. Formichelli
B. Thermal
A. Siddique

Perempuan
Lelaki
Lelaki

Itali
India
Pakistan

R. Johnson
R. Ali
J. Martinez

Perempuan
Lelaki
Lelaki

June 1994
March 1994
December
1993
May 1994
Oktober 1993
Ogos 1993

Tahun masuk
sekolah
2006
2006
2006

Sweden
Indonesia
Sepanyol

2006
2006
2006

Manakah anatara berikut kurang sesuai untuk mengklasifikasi pelajar di atas kepada
dua kumpulan berlainan?
A. Jantina

B. Tahun lahir

C.

Warganegara

D. Tahun masuk sekolah

6.

Manakah antara beikut mencirikan pemerhatian dengan tepat?


A.
Penerangan mengenai sesuatui inferens.
B.
Mesti menggunakan sekurang-kurangnya satu deria rasa.
C.
Mengkategorikan objek dan/atau peristiwa mengikut kesamaan.
D.
Menerangkan data yang diambil oleh mana-mana atau semua deria.

7.

Seseorang pemerhati sedang menjalankan pemerhatian jika perkara berikut berlaku.


A.
Merekod data yang diperhati.
B.
Memikirkan data yang sedang diperhati.
C.
Mengalami peristiwa atau memanipulasi objek
D.
Membuat penerangan mengenai objek atau peristiwa.

8.

Apakah jenis pembolehubah yang mesti dipertimbangkan semasa menulis sesuatu


hipotesis?
A.
B.
C.
D.

46 |

Tidak bulat
Boleh dikupas kulitnya.

Pembolehubah bersandar dan pembolehubah tidak bersandar


Hanya pembolehubah tidak bersandar atau dimanipulasi
Kedua-dua pembolehubah dimanipulasi dan pembolehubah bergerakbalas.
Kedua-dua pembolehubah dimanipulasi dan pembolehubah bergerakbalas
termasuk pembolehubah malar.

SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI


9.

Manakah di antara pernyataan di bawah menerangkan hipotesis?


I.
II.
III.
IV.
A.
B.
C.
D.

10.

D.

Sediakan lebih banyak balang kaca dengan kuantiti cuka yang berlainan.
Tambah lebih banyak ikan ke dalam kedua-dua balang kaca yang digunakan.
Tambah lebih banyak balang dengan pelbagai jenis ikan dan kuantiti cuka yang
berlainan.
Tambah lebih banyak cuka ke dalam balang kaca yang sedang digunakan.

Alisa mendengar bunyi siren yang kuat dari jalan yang berdekatan. Keesokan harinya
apabila dia berjalan ke sekolah Alisa melihat sebuah rumah mempunyai kesan terbakar
dan berasap.
Apakah inferens yang paling sesuai untuk peristiwa ini?
A.
B.
C.
D.

12.

Hipotesis boleh dibentuk melalui pemerhatian sahaja.


Hipotesis dinyatakan dalam bentuk pernyataan yang boleh diuji.
Hipotesis boleh dibentuk daripada inferens
Hipotesis membolehkan sesuatu eksperimen dijalankan.
I, II,III dan IV.
II dan III sahaja.
I, II dan III sahaja.
II, III dan IV sahaja.

Seorang pelajar ingin mengkaji kesan hujan asid terhadap populasi ikan. Dia
mengambil dua balang kaca dan mengisikannya dengan kuantiti air yang sama. Dia
menitiskan lima puluh titis cuka ke dalam salah satu daripada balang tersebut.
Kemudian dia meletakkan sepuluh jenis ikan yang sama ke dalam setiap balang,
Kedua-dua balang diberikan rawatan yang sama. Selepas satu minggu membuat
pemerhatian, pelajar ini telah membuat kesimpulan.
Apakah cadangan yang boleh dibuat untuk memperbaiki eksperimen di atas?
A.
B.
C.

11.

Rumah itu telah dimusnahkan oleh kebakaran.


Rumah itu telah dimusnahkan oleh puting berliung.
Rumah itu telah dimusnahkan oleh binatang buas.
Rumah itu telah dimusnahkan oleh kecuaian manusia.

Pada tengah malam Ahmad telah terdengar bunyi guruh yang amat kuat. Semasa
berjalan ke sekolah esok harinya sebuah pokok yang besar telah tumbang dan
menghalang laluan.
Apakah inferens yang mungkin dibuat oleh Ahmad?
A. Dibom oleh kapal terbang.
C. Dimusnahkan dalam kebakaran.

47 |

2013

B. Dimusnahkan dalam ribut petir.


D. Pokok telah ditumbangkan oleh bulldozer.

13.

Berdasarkan kepada data yang diberi anda diminta untuk menamakan bulan yang
paling sejuk dalam setahun?
Apakah kemahiran proses sains yang membolehkan anda menjawab soalan tersebut?
A. Inferens
B. Ramalan
C. Klasifikasi
D. Pemerhatian

14.

Rahimah dan Razak ingin mengetahui sama ada terdapat perbezaan di antara
perbatuan apabila menggunakan tayar basikal daripada jenama yang berlainan.
Rahimah dan Razak menggunakan dua jenama berbeza pada roda basikal yang
mereka gunakan.
Manakah di antara pembolehubah berikut paling penting untuk mengawal eksperimen
ini?.
A.
Masa ujian dilakukan.
B.
Berat basikal yang digunakan.
C.
Keadaan fizikal penunggang basikal.
D.
Jumlah perbatuan yang dilalui oleh kedua-dua jenama tayar.

15.

Sekumpulan pelajar menjalankan eksperimen untuk menentukan jika terdapat kesan


haba pada percambahan biji benih bunga matahari.

SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI

2013

Apakah perkara paling tidak penting dalam mengawal eksperimen ini?


A.
Jenis tanah yang digunakan.
B.
Kuantiti lembapan dalam tanah.
C.
Suhu yang dikawal untukmemanaskan biji benih.
D.
Masa yang diambil untuk biji benih menyerap haba.
16.

Suhu tertinggi yang dilaporkan setiap hari dalam seminggu adalah seperti berikut:
Ahad
28C

17.

Isnin
27C

Selasa
34C

Rabu
35C

Khamis
30C

Jumaat
29C

Sabtu
33C

Manakah antara pernyataan berikut adalah benar?


A.
Ahad menunjukkan suhu paling rendah.
B.
Hujan turun sepanjang hari pada hari Isnin
C.
Suhu paling tinggi direkodkan pada hari Rabu.
D.
Suhu pada hari Isnin lebih tinggi daripada hari Ahad.
Mee Tan menyediakan dua mangkuk yang serupa. Kedua-duanya diisikan air gula dan
dibiarkan tidak bertutup. Satu disimpan di tempat gelap manakala satu lagi diletakkan di
tempat terang.
Apakah perbezaan yang anda perhatikan di antara kedua-dua mangkuk ini?
A. Pendedahan mangkuk.
B. Pendedahan kepada udara.
C. Pendedahan kepada cahaya.
D. Kuantiti gula dalam setiap mangkuk.

18.

Manakah di antara pernyataan berikut menerangkan tentang hipotesis?


A.
Magnet menagkap dua belas keping klip kertas.
B.
Susu dalam botol membeku dalam masa dua puluh minit.
C.
Jika kadar air mengalir berterusan, kolam akan dipenuhi air dalam masa
sepuluh minit.
D.
Kebanyakan cecair mengembang apabila dipanaskan kerana zarah-zarahnya
bergerak jauh di antara satu sama lain.

19.

Manakah di antara berikut dinyatakan dalam bentuk definisi operasi?


A.
Masa yang diambil untuk kolam membeku.
B.
Kolam membeku kerana suhu berada di bawah 0C.
C.
Suhu boleh diukur menggunakan jangkasuhu Celsius.
D.
Jika suhu udara jatuh di bawah paras beku, maka kolam akan beku.

20.

Jika kuantiti lobak merah yang dimakan oleh hamster bertambah, bilangan yang akan
mati disebabkan oleh sakit ekor akan berkurang.
Apakah kemahiran proses sains yang cuba diterangkan oleh pernyataan di atas?
A. Inferens
B. Hipotesis
C. Pemerhatian
D. Peristiwa bercanggah

21.

Apakah unit yang paling sesuai digunakan untuk mengukur jarak daripada Ipoh ke
Tapah?
A. meter
B. batu
C. kilometer
D. sentimeter

22.

Pelajar mencipta jadual data menunjukkan beberapa jenis gula-gula dalam sebuah
kedai runcit. Mereka ingin melukis graf untuk menunjukkan interpretasi data dalam cara
yang berlainan.
Apakah jenis graf yang paling sesuai digunakan di atas?
A. Graf Bar
B. Graf garisan
C. Kedua-dua graf di atas
D. Sejenis graf yang berlainan.

23.

48 |

Sekumpulan pelajar telah membuat beberapa pemerhatian.


Apakah langkah seterusnya yang perlu diambil?
A.
hantar laporan makmal.
B.
hasilkan satu graf
C.
lukiskan gambar yang menunjukkan bagaimana pemerhatian dibuat
D.
Buat beberapa inferens mengenai pemerhatian anda dan mulakan siasatan.

SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI

24.

25.

Apakah yang perlu dilakukan semasa menukarkan satu unit kepada unit lain dalam
sistem matriks?
A.
Formula konversion perlu digunakan.
B.
Terdapat dua belas sentimeter dalam satu meter.
C.
Satu siri suffixes digunakan untuk menunjukkan unit baru.
D.
Satu siri prefixes digunakan untuk menunjukkan unit baru.
Kemahiran manipulatif merangkumi:
I
Membersih radas sains dengan betul
II
Mengguna dan mengurus radas sains
III
Melukis diagram dan radas dengan tepat
IV
Mengurus spesimen dengan betul dan cermat
A.
C.

49 |

2013

I dan III sahaja


I, II dan III sahaja

B.
D.

II dan IV sahaja
Kesemua di atas

You might also like