You are on page 1of 28

PUMS99 : \

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH


BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS@
JUDUL:

t\'f1S"tJ ,~'" ~"M\-A.I

~~

f'J1ttJ t:..e~~N

Il..INUJItN

Iftf "IHI..I

Ef!.l~: ~-j'~N

'----"--'-----_
rP ~
_'__=:_:_
L ~=ms,
=~___

Q) l.A-t.A1.O{).ftu

'1'Ae1.ft1

ft:~ ~

SESIPENGAJlAN:._-----'--lOD1

SA Y A._ _

(HURUF BESAR)

It

q ""'~

.
~mengaku membenarkan tesis (LPSMISarjana/Doktor FaIsafah) ini disimpan di Perpustakaan Universiti
Malaysia Sabah dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:-

I.
2.
3.
4.

,.....

Tesis adalah hakmilik Universiti Malaysia Sabah.


Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
sahaja.
Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institutsi
pengajian tinggi.
Si la tandakan (I)

(Mengandungi mak lumat yang berdarjah keselamatan atau


Kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKT A RAHSIA RASMJ 1972)

SULIT

[2J

TERHAD

TlpAK TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan


oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

Disahkan Oleh

(TANDATANGAN PENULIS)

Nama Penyelia
Tarikh:

Tarikh:_H ,---+-

1~~

CATATAN:- *Potong yang tidak berkenaan.


**1ika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa
/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu
dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD.
lagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Saljana secara
PERPUSTAKAAN UMS tai bagi pengajian secara kerja kursus dan Laporan Projek Sarjana

III

1400017165

KESAN IKLAN MAKANAN RINGAN TELEVISYEN


KE ATAS TABIAT MAKAN DAN KEGEMARAN BELlA:
KAlIAN DI KALANGAN PELAlAR UMS

YAPYEE LENG
HA2006-2698
PERPUSTAKAAN
..aSITI MALAYSIA SAiiAH

Latihan Ilmiah ini dikemukakan untuk


memenuhi sebahagian daripada syarat-syarat
bagi Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial
( Komunikasi) dengan kepujian.

PROGRAM KOMUNIKASI

SEKOLAH SAINS SOSIAL


UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

2009

Pengesahan Penyelia Latihan Ilmiah

Latihan ilmiah bertajuk 'Kesan Iklan Makanan Ringan Televisyen Ke Atas Tabiat Makan
Dan Kegemaran Belia: Kajian Di Kalangan Pelajar UMS', yang disediakan oleh Yap Yee
Leng bagi memenuhi syarat mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dengan
kepujian. Saya mengesahkan bahawa latihan ilmiah ini telah dihasilkan oleh pelajar ini
mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah.

Disahkan oleh

~~AQ~
AbdUiiat1

( Dzulkifle
Binsin )
DluMdtIte Allduflah lin...
Fn,1IfIIl Program ~

~h Sains SosiaI
Universiti Malaysia Sabah

~t
Pembaca Kedua
( Lee Kuok Tiung )
LEE KUOK TIUNG .

Pensyarah program Kon:unlkasl


5ekolah 5ains 50sIai
Universiti Malaysia 5abah

II

Perakuan Pelajar

Saya mengaku bahawa latihan ilmiah ini adalah hasil usaha saya sendiri kecuali nukilannukilan, ringkasan dan rujukan yang setiap satunya telah saya nyatakan sumbernya.

Nama: Yap Yee Leng


HA2006-2698

Tarikh

III

Penghargaan

Saya bersyukur dapat menghabiskan latihan ilmiah ini untuk memenuhi syarat-syarat
mendapat Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian, Universiti Malaysia Sabah.
Terlebih dahulu saya ingin merakam jutaan terima kasih kepada penyelia latihan ilmiah
saya, Encik Dzulkiflee Abdullah Binsin, atas bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar yang
diberikan sepanjang latihan ilmiah ini dijalankan.
Saya juga ingin merakam jutaan penghargaan kepada semua pensyarah Program
Komunikasi atas tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan selama tiga tahun berada di
Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah.
Di sam ping itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya serta
sahabat handai kerana memberi sumbangan dari segi kewangan, tenaga dan moral
untuk membolehkan saya menjalani latihan ilmiah saya.
Akhir sekali, saya ingin meminta maaf sekiranya saya menimbulkan sebarang kesulitan
sepanjang latihan ilmiah saya dijalankan.

IV

Senarai Jadual

Jadual

Muka Surat

4.0.1(a)

Kegemaran makan makanan ringan

28

4.0.1(b)

Kegemaran makan makanan ringan

29

4.0.2(a)

Kekerapan mengambil makanan ringan

30

4.0.2(b)

Kekerapan mengambil makanan ringan

31

4.0.3(a)

Masa yang diluangkan untuk menonton televisyen


dalam sehari

32

4.0.3(b)

Masa yang diluangkan untuk menonton televisyen


dalam sehari

33

4.0.4(a)

Bila mula makan makanan ringan

34

4.0.4(b)

Bila mula makan makanan ringan

35

4.0.5(a)

Faktor yang menyebabkan responden makan


makanan ringan

36

4.0.5(b)

Faktor yang menyebabkan responden makan


makanan ringan

37

4.0.6(a)

Perhatian pada iklan makanan ringan semasa


menonton televisyen

38

4.0.6(b)

Perhatian pada iklan makanan ringan semasa


menonton televisyen

39

4.0.7(a)

Iklan akan mengubah tabiat makan dan kegemaran


responden atau tidak

40

4.0.7(b)

Iklan akan mengubah tabiat makan dan kegemaran


responden atau tidak

42

4.0.8(a)

Kesan iklan terhadap tabiat makan dan kegemaran


responden jika terus menonton iklan makanan
ringan televisyen yang disiarkan

44

4.0.8(b)

Kesan iklan terhadap tabiat makan dan kegemaran


responden jika terus menonton iklan makanan
ringan televisyen yang disiarkan

46

Abstrak

Kesan Iklan Makanan Ringan Televisyen Ke Atas Tabiat Makan Dan


Kegemaran Selia: Kajian Di Kalangan Pelajar UMS

Kajian yang dijalankan ini adalah untuk melihat kesan iklan makanan ringan televisyen
ke atas tabiat makan dan kegemaran belia. Dalam kajian ini, pengkaji telah
menggunakan kaedah kumpulan fokus untuk menjawab objektif kajian yang telah
ditetapkan. Objektif kajian pertama adalah menguji sama ada iklan makanan ringan
televisyen berkesan dalam mengubah tabiat makan dan kegemaran belia atau tidak.
Objektif kajian kedua adalah menguji persepsi belia terhadap iklan makanan ringan
televisyen merupakan saluran utama dan penting untuk mempromosikan makanan
ringan. Dalam kajian ini, pengkaji mendapati iklan makanan ringan televisyen adalah
mempunyai kesan ke atas tabiat makan dan kegemaran belia.

VI

Abstract
The Effects Of Television Advertisements For lunk Food On Adults' Food
Attitudes And Preferences: Research On Students UMS

The research was done to examine the effects of television advertisements for junk food
on adults' food attitudes and preferences. This research used the focus group method to
achieve the research objectives. The first objective of this research is to look whether
the television advertisements for junk food have effect or changes in adult's food
attitudes and preferences. The second objective is to examine the perception of adult on
television advertisements for junk food as a main channel to promote junk food. This
research discovers that food advertisements for junk food are effective on adults' food
attitudes and preferences.

lSI KANDUNGAN

Kandungan

Muka Surat

Abstrak

Bab 1: Pengenalan

1.0

Sejarah Periklanan di Malaysia

1.1

Latar Belakang Kajian

1.2

Kenyataan Masalah

1.3

Persoalan Kajian

1.4

Objektif Kajian

1.4.1 Objektif Utama

1.4.2 Objektif Khusus

1.5

Kepentingan Kajian

1.6

Limitasi Kajian

10

Bab 2 : Sorotan Literatur

2.0

Definisi Periklanan

11

2.1

Kerangka Teori

12

2.2

Model

14

2.3

Kajian Lepas

15

8ab 3 : Metodologi Kajian

3.0

Kaedah Kajian

22

3.1

Instrumen Kajian

22

3.2

Populasi

23

3.3

Sampel

23

3.4

Prosedur Persampelan

23

3.5

Definisi Konsep

24

3.6

Definisi Operational

24

3.7

Jadual Menjalankan Kajian

25

8ab 4 : Pembentangan dan Analisis Data

4.0

Penemuan PenyeJidikan 8erdasarkan Transkrip Data

26

4.0.1 Kegemaran makan makanan ringan

28

4.0.2 Kekerapan mengambi/ makanan ringan

30

4.0.3 Masa yang di/uangkan untuk menonton televisyen

32

4.0.4 8i/a mula makan makanan ringan

34

4.0.5 Faktor yang menyebabkan responden makan makanan

36

ringan

4.0.6 Perhatian pada iklan makanan ringan semasa menonton

38

televisyen

4.0.7 Iklan akan mengubah tabiat makan dan kegemaran

40

responden atau tidak

4.0.8 Kesan iklan terhadap tabiat makan dan kegemaran

44

4.0.9 Iklan makanan ringan patut diharankan atau tidak

48

responden jika terus menonton iklan makanan ringan


televisyen yang disiarkan

8ab 5 : Kesimpulan dan Perbincangan


5.0

Perbincangan kajian berdasarkan objektif kajian

52

5.0.1

52

Kesan iklan makanan ringan televisyen terhadap tabiat


makan dan kegemaran belia

5.0.2 Iklan makanan ringan televisyen akan memberi kesan


terhadap tabiat makan dan kegemaran belia

53

5.0.3

54

Iklan makanan ringan merupakan satu saluran utama


dan penting untuk mempromosikan makanan ringan

5.1

Perbincangan kajian berdasarkan sorotan literatur kajian

54

5.2

Cadangan

56

5.3

Kesimpulan

57

RUjukan
Lampiran

BABl

PENGENALAN

1.0

Sejarah Periklanan di Malaysia

Menurut Mohd. Sidin dan Noorbathi (2002), periklanan mula wujud di Malaysia
dan Singapura pada kurun ke-19, iaitu semasa kedatangan pedagang-pedagang
asing ke Negeri-Negeri Selat. Ia berkembang bersama media cetak di bandarbandar besar di Semenanjung Malaysia. Media yang digunakan pada waktu itu
amat terbatas dan teknik penerbitannya adalah tidak begitu menarik perhatian.
Namun begitu, prinsip asasnya iaitu periklanan diperlukan dengan bertujuan
menjual barangan, masih dipegang teguh. Corak periklanan pada waktu itu
adalah terdiri daripada poster, risalah dan akhbar di mana semua adalah dalam
bahasa Inggeris dan lebih menitikberatkan beberapa kawasan pelabuhan seperti
Singapura dan Pulau Pinang.
Akhbar pertama di negara ini, The Prince of Wales Island's Gazette yang
diterbitkan di Pulau Pinang pada tahun 1805, merupakan akhbar pertama yang
memuatkan iklan di negara ini (Mohd Hamdan, 1997). Maka, boleh dikatakan
bahawa kemunculan media cetak di pusat perdagangan Tanah Melayu seperti
Singapura, Melaka dan Pulau Pinang telah menyebabkan media cetak menjadi
satu media utama dan berkesan bagi pedagang untuk menyebarkan maklumat
dan mempromosikan produk, pengeluaran dan perkhidmatan mereka.

2
Jelas kelihatan industri periklanan di Malaysia mula berkembang serentak
dengan kegiatan perdagangan antarabangsa yang wujud di Malaysia. Contohnya,
seperti yang ditunjukkan pada halaman pertama akhbar The Straits Times pada
15 Julai 1845. Terdapat pelbagai jenis iklan seperti pergerakan perkapalan yang
melambangkan kegiatan perdagangan dipaparkan dalam suratkhabar tersebut.
(Mohd. Sidin dan Noorbathi, 2002)
Menjelang kurun ke-20, barangan yang diiklankan tidak hanya terhad
kepada ubat-ubatan, perkapalan dan penginapan, tetapi juga termasuk kereta,
senapang, mesin dan sebagainya (Mohd. Sidin dan Noorbathi, 2002). Ini
bermakna periklanan semakin penting dan penggunaan iklan untuk menyebarkan
maklumat dan promosi semakin meningkat. Singapopre and Malayan Directory
telah menyenaraikan lebih kurang 17 buah syarikat yang mengkhusus dalam
periklanan, publisiti dan kajian pasaran di Malaya dan Singapura pada tahun
1930. Agensi-agensi yang disenaraikan tersebut hanya berfungsi memberi
panduan tentang cara menjual barangan dengan berkesan dan cekap kepada
khalayak tertentu.
Menurut Mohd. Sidin dan Noorbathi (2002), media lain seperti televisyen,
poster dan lain-lain telah menguasai bidang periklanan menjelang tahun 1980-an.
Atas faktor perkembangan teknologi, penggunaan media di kalangan khalayak
tidak hanya terhad kepada media cetak sahaja. Justeru, iklan boleh disiarkan
melalui pelbagai saluran media selain daripada media cetak.
Pada 1 Mei 1948, Persatuan Periklanan Ejen Bertauliah (Association of
Accredited Advertising Agents) untuk melindungi kepentingan agensi periklanan

yang banyak ditubuhkan dan industri periklanan yang pesat berkembang di

3
Malaya. Selepas itu, para pengiklan telah menubuhkan Persatuan Pengiklan
Malaya iaitu Malaya Advertisers Association (MAA) pada tahun 1952. Presiden
MAA pertama adalah Datuk James Peter Chin dan ahli-ahli awal persatuan ini
termasuklah Fraser and Neave, Shell, Nestle dan Lever Brothers (Mohd. Sidin &
Noorbathi, 2002).
Corak periklanan di Malaya pada akhir kurun ke-19 dan awal kurun ke-20
yang banyak mencerminkan unsur-unsur Barat mungkin disebabkan Malaya
merupakan jajahan Inggeris pada masa tersebut. Namun demikian, unsur-unsur
periklanan berubah disebabkan perubahan zaman dan iklan yang disiarkan harus
bersesuaian dengan kebudayaan masyarakat serta minat pasaran tempatan.

1.1

Latar Belakang Kajian

Berdasarkan statistik Kementerian kesihatan Malaysia tahun 2007, 22% daripada


populasi dewasa adalah gemuk dan 6.8% adalah obesiti. Dalam pada itu,
bilangan pesakit dijangka akan bertambah sebanyak 13% menjelang tahun 2020
atas sebab menjangkit penyakit obesiti. Pada awal tahun 2007, Kementerian
Kesihatan telah menyatakan bahawa ia telah membelanjakan RM 180 juta (20%)
daripada peruntukan tahunan

sebanyak RM 900 juta

untuk mencegah

peningkatan kadar penyakit kronik seperti hipertensi, diabetis, dan kolesterol


tinggi rakyat Malaysia (Buletin Pengguna, 2008).
Obesiti adalah bermaksud kegemukan iaitu suatu keadaan berat badan
seseorang yang mengalami 20 peratus melebihi normal. Mengikut skala
antarabangsa, individu yang mempunyai BMI (Body Mass IndeX) 18.5 sehingga

4
24.9kg/m adalah ditakrifkan sebagai berat normal. Selain itu, kegemukan dalam
perkataan lain adalah obesiti yang dianggap satu penyakit di mana terdapat
lebihan

lemak yang

terkumpul

pada

tubuh

seseorang

sehingga

boleh

membahayakan kesihatan. Kegemukan boleh menyebabkan seseorang mudah


mendapat penyakit lain seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung, kencing
manis dan strok (http://www.medicine.ukm.mY/wiki/index.php/Obesiti).
Banyak kritikan tentang iklan ditujukan kepada iklan makanan televisyen
kerana

ia dipercayai dapat mempengaruhi tabiat makan dan

makanan

kegemaran penonton, terutamanya dalam mempromosikan makanan ringan


kepada penonton (Dixon, Scully, Wakefield, White & Crawford, 2007).
Perkataan iklan berasal daripada perkataan Arab, nan yang bermaksud
"khabar yang disiarkan". Dalam bahasa Inggeris, perkataan advertising dipinjam
daripada perkataan Latin advetere yang bermaksud "memalingkan fikiran
kepada" sesuatu perkara (Mohd. Sidin & Noorbathi, 2002).
Secara umumnya, periklanan memang memalingkan perhatian orang
ramai kepada suatu barang atau perkhidmatan. Dalam erti yang lebih luas,
periklanan selalunya dianggap sebagai satu bentuk pengumuman awam yang
berbayar dan bertujuan untuk meningkat jualan barangan atau perkhidmatan.
Salah satu saluran media yang digunakan untuk menyiarkan iklan adalah
televisyen.

Iklan

televisyen

mempunyai

kuasa

yang

kuat

kerana

ia

menggabungkan tarikan visual dan tarikan audio, iklan televisyen boleh


membawa tarikan yang amat kuat jika dibandingkan dengan iklan-iklan di media
lain.

5
Suatu kajian telah dijalankan untuk mengkaji tentang hubungan antara
iklan makanan dengan pengaruh tabiat makan dan makanan kegemaran kanakkanak. Kajian tersebut telah menunjukkan bahawa hubungan positif antara iklan
makanan dan pengaruh tabiat dan makanan kegemaran kanak-kanak (Dixon,
Scully, Wakefield, White &Crawford, 2007). Ini bermakna iklan makanan
berkhasiat akan memupuk tabiat makan dan makanan kegemaran kanak-kanak
yang positif, manakala iklan makanan ringan pula akan memupuk tabiat makan
dan makanan kegemaran kanak-kanak yang negatif.
Iklan makanan ringan adalah iklan yang mempromosikan makanan yang
dianggap sebagai tidak sihat atau tidak berkhasiat. Makanan ringan biasanya
mengandungi kandungan lemak, garam atau gula dan pelbagai penambah
makanan seperti kalium sorbet yang tinggi. Makanan ringan juga dianggap
mengandungi

kandungan

protein,

vitamin

dan

serat

yang

kurang

(http://www.answer.com/topicliunk-food).
Takrif belia menu rut Kementerian Selia dan Sukan Malaysia dalam kertas
kerja "Cadangan Dasar Pembangunan Selia Negara" (1995), belia ialah orang
yang berumur antara 15 hingga 40 tahun dengan takrifan Majlis Selia Malaysia.
Selain itu, belia dianggap sebagai golongan yang sudah mencapai taraf matang
yang memuaskan. Golongan belia juga mempunyai keinginan untuk mencapai
sikap bertanggungjawab; memperoleh bentuk nilai hidup dan sistem etika
sebagai panduan tingkah laku serta mewujudkan satu ideologi untuk diri sendiri
(http://www.pts.com.my).
Kajian ini dijalankan untuk membuktikan sarna ada iklan makanan ringan
akan memberi kesan terhadap tabiat makan dan kegemaran belia. Kajian ini

6
merupakan lanjutan kajian kesan iklan makanan berkhasiat dan iklan makanan
ringan terhadap tabiat makan dan makanan kegemaran kanak-kanak. Kajian
lepas ini dijalankan oleh Dixon, Scully, Wakefield, White &Crawford (2007). Jadi,
kajian ini dijalankan untuk membuktikan sarna ada iklan memainkan peranannya
dala~

mempromosikan barangan kepada penonton terutamanya memberi kesan

terhadap tabiat makan dan kegemaran belia.

1.2

Kenyataan Masalah
Menurut Laporan World Health Organization (WHO) pada tahun 2006 bertajuk

Marketing of Food and Non-Alcoholic Beverages to Children, terdapat bukti yang


menunjukkan bahawa pemasaran makanan yang mempunyai kandungan lemak,
gula dan garam tinggi mempunyai kesan secara langsung dengan kehendak
kanak-kanak untuk memakan makanan sebegini yang akan membawa kepada
obesiti. Antara taktik-taktik pemasaran yang sering disasarkan kepada kanakkanak dan remaja oleh industri makanan adalah seperti iklan televisyen,
penajaan program dan lain-lain (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan
Hal Ehwal, 2008).
Iklan televisyen dikatakan mempunyai pengaruh yang kuat terhadap
penonton kerana ia menggabungkan tarikan visual dan audio, maka iklan
televisyen boleh dikatakan membawa tarikan yang amat kuat dan mampu
mempengaruhi penonton (Mohd. Sidin & Noorbathi, 2002).

Justeru, boleh

dikatakan bahawa hubungan antara sikap dan penontonan iklan televisyen


adalah positif. Ini bermakna, tabiat makan dan makanan kegemaran seseorang

7
penonton akan berubah setelah menonton iklan makanan televisyen. Justeru,
iklan televisyen memainkan peranan yang penting dalam mempromosikan
makanan ringan dan makanan yang berkhasiat kepada kanak-kanak dan remaja.
Selia boleh dikatakan mempunyai pemikiran sendiri dan boleh membuat
pertimbangan, dan kajian ini dijalankan untuk menguji sarna ada iklan makanan
televisyen boleh memberi kesan terhadap tabiat makan dan makanan kegemaran
belia. Kajian ini lebih menumpukan kepada kesan iklan makanan ringan
televisyen terhadap belia. Pandangan belia terhadap iklan makanan ringan,
perubahan tabiat makan dan kegemaran belia sebelum dan selepas menonton
iklan makanan ringan televisyen akan diambil kira.
Di sam ping itu, menurut Story dan French (2004), terdapat pelbagai
faktor yang boleh mengubah tabiat makan dan pilihan makanan kanak-kanak
dan remaja. Iklan makanan merupakan faktor utama di kalailgan faktor-faktor
yang lain seperti pengaruh kawan, pengaruh persekitaran dan lain-lain. Hal ini
kerana masyarakat masa kini hidup dalam zaman yang penuh dengan pelbagai
jenis media dan teknologi.
Jadi, kajian ini dijalankan untuk mengkaji sarna ada iklan makanan ringan
televisyen memberi kesan terhadap tabiat makan dan kegemaran belia atau
sebaliknya.

8
1.3

Persoalan Kajian
Persoalan kajian adalah seperti berikut:
1.

Adakah tabiat makan dan kegemaran belia berubah kerana kesan


pendedahan iklan makanan ringan televisyen?

2.

Apakah persepsi belia terhadap penggunaan iklan dalam mempromosikan


makanan ringan?

1.4

Objektif Kajian
Objektif-objektif kajian adalah seperti berikut:

1.4.1 Objektif Utama


1.

Secara keseluruhannya, kajian ini akan melihat kesan iklan makanan


ringan televisyen terhadap tabiat makan dan kegemaran belia.

1.4.2 Objektif Khusus


1.

Iklan makanan ringan televisyen akan memberi kesan terhadap tabiat


makan dan kegemaran belia.

2.

Iklan makanan ringan merupakan satu saluran utama dan penting untuk
mempromosikan makanan ringan.

1.5

Kepentingan Kajian
Terdapat tiga kepentingan dalam kajian ini.
Kepentingan
menyumbangkan

yang

kepada

pertama

adalah

pengumpulan

dapatan

maklumat.

hasil

Ini

kajian

dapat

bermakna,

segala

keputusan dan hasil kajian ini boleh disumbangkan kepada penyelidik yang lain
pada masa akan datang. Ia boleh digunakan sebagai panduan untuk
memperbaiki kesihatan belia.
Kepentingan kajian yang kedua adalah mengetahui sejauh mana kesan
iklan makanan televisyen ke atas tabiat makan dan kegemaran belia. Melalui
kajian ini, penyelidik boleh mengetahui sarna ada iklan makanan televisyen
merupakan salah satu faktor utama penyumbangan dalam peningkatan kadar
kegemukan belia. Selain itu, penyelidik juga boleh mengetahui sarna ada iklan
televisyen boleh memberi kesan terhadap tabiat makan dan makanan kegemaran
belia atau tidak.
Kepentingan

yang

ketiga

adalah

mengetahui

fa ktor-faktor

yang

mendorong seseorang remaja tertarik kepada satu-satu iklan yang disiarkan. Ini
bermakna, kajian ini penting kepada penyelidik untuk mengetahui atau
memastikan faktor-faktor yang memberi kesan terhadap belia.

10

1.6

Limitasi Kajian

Terdapat tiga limitasi yang dihadapi oleh penyelidik semasa menjalankan kajian
ini.
Limitasi yang pertama ialah tidak semua peringkat umur responden belia
dimasukkan dalam kajian ini, kerana penyelidik tidak mempunyai tenaga
penyelidik yang mencukupi. Ini ditunjukkan pada responden-responden dalam
kajian ini adalah dalam lingkungan umur antara 19 hingga 23 tahun, dan tidak
terdapat responden yang berumur lebih daripada lingkungan umur 19 hingga 23
tahun. Di samping itu, bilangan responden dalam setiap peringkat umur adalah
banyak dan adalah tidak mudah untuk membuat kesimpulan jika penyelidik
hanya tertumpu kepada satu peringkat umur yang tertentu.
Limitasi yang kedua ialah kajian ini hanya tertumpu kepada satu kawasan
atau tempat sahaja iaitu dalam kawasan Universiti Malaysia Sabah (UMS). Ini
adalah kerana masa dan tenaga penyelidik yang terhad menyebabkan kajian ini
tidak dapat dijalankan di kawasan yang lain untuk membuat perbandingan.
Limitasi yang ketiga adalah tidak semua iklan makanan ringan televisyen
digunakan dalam kajian ini. Ini kerana sumber iklan makanan boleh didapatkan
daripada

Internet

sahaja. Penyelidik memuat turun iklan makanan televisyen

daripada satu laman web seperti

Youtube.

Jadi, bilangan iklan makanan yang

diperolehi adalah bergantung kepada individu tertentu untuk


laman web

Youtube tersebut.

upload

dalam

11
BAB2

SOROTAN LITERATUR

2.0

Definisi Periklanan

Terdapat banyak variasi apabila seseorang itu menyebut tentang periklanan.


Misalnya, menurut Wells, Burnett dan Moriarty (2003), periklanan mempunyai
enam unsur. Antaranya adalah periklanan merupakan satu komunikasi yang
berbayar; penganjur iklan adalah dikenal pasti; iklan cuba memujuk atau
mempengaruhi pengguna untuk bertindak; mesej yang disampaikan melalui
pelbagai jenis media massa; iklan adalah disampaikan kepada khalayak yang
ramai; dan iklan adalah tidak hanya ditumpu kepada seorang individu sahaja. Ini
bermakna, periklanan adalah suatu bentuk komunikasi yang dibayar oleh
penganjur dengan menggunakan media massa bertujuan untuk memujuk atau
mempengaruhi khalayak.
Periklanan adalah satu teknik bagi komunikasi pasaran. Ia juga adalah
sebahagian

daripada

teknik

promosi

untuk melariskan

jualan,

promosi

perdagangan dan jualan perseorangan. (Clow dan Baack, 2002) Ini bermaksud,
periklanan adalah satu komunikasi yang utama untuk mendekati pengguna dan
mempengaruhi khalayak tersebut.
Selain itu, periklanan ialah satu alat pemasaran yang membantu menjual
jenama barangan. Ia juga menolong membina keyakinan bagi syarikat dan
institusi melalui penyampaian maklumat yang tepat kepada pengguna mengenai
jenama atau syarikat (Mohd Hamdan, 1997) Maka, boleh dijelaskan bahawa

12
periklanan membantu pengguna dengan memberi makna atau peranan tentang
barangan dan institusi. Pengguna akan disalurkan tentang apa yang boleh
bertindak apabila suatu keluaran dipromosikan dan membantu pengguna untuk
memahami dan menilai keluaran tersebut.
Secara keseluruhan, periklanan boleh ditakrifkan sebagai satu proses
komunikasi, proses pemasaran, proses ekonomi dan sosial, proses perhubungan
awam dan proses maklumat dan pemujukan.

2.1

Kerangka Teori

Terdapat dua teori akan digunakan dalam kajian ini. Teori pertama adalah

Cultivation 777eory adalah lebih tertumpu kepada medium tertentu iaitu


televisyen. Teori ini menyatakan bahawa televisyen membentuk konsep realiti
sosial di kalangan masyarakat. ( Miller, 2005) Ini bermakna, sebarang program,
iklan atau isu yang disiarkan melalui televisyen boleh memberi kesan secara
tidak langsung kepada pemikiran audien dalam jangka masa panjang. Teori juga
menyatakan bahawa audien yang terdedah kepada televisyen dengan kekerapan
yang banyak dalam jangka masa panjang, akan mengubah pandangan audien
terhadap suatu isu dalam dunia.
Selain itu, Cultivation 777eory ini juga menyatakan bahawa media massa
membentuk suatu sikap dan nilai yang muncul dalam budaya masyarakat,
manakala media pula mengekalkan nilainya di kalangan khalayak. ( Miller, 2005)
Jadi, ia menggabungkan kedua-dua ciri ini menjadikan media seperti televisyen
akan membentuk satu nilai atau sikap yang lain dan baru. Pada masa yang sama,

RUJUKAN
Buku

Clow, K.E & Baack, Donald. 2002. Intergrated Advertising, Promotion & Marketing
Communication. Boston: Pearson Education, Inc.
Khidmat Terjemahan Nusantara. 2002. Perik/anan Sezaman. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka. Diterjemahkan dari "Contemporary Advertising". Bovee,
C.L. & Arens, W.F. 1986.
Miller, K. 2005. Communication T77eories: Perspectives, Process and Contexts.
2nd Edition. Boston: McGraw-Hili International Edition.
Mohd Hamdan Adnan. 1997. Periklanan: Suatu Pengenalan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Mohd Sidin Ahmad Ishak & Noorbathi Haji Badaruddin. 2002. Asas Periklanan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Papalia, D.E. ,Olds, S.W. & Feldman, R.D. 2001. Human Development 8th Edition.
Boston: McGraw-Hili.
Syed Arabi Idid. 1998. Kaedah Penyelidik Komunikasi dan Sains Sosia!. Selangor:
Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Steward, T.D. 2002. Principles ofResearch in Communication. Boston: A Pearson
Education Compo
Wells, W., Burnett, J. & Moriarty, S. 2003. Adverfsising: Principles and Practice.
6th Edition. United State: Pearson Education, Inc.

lurnal
Coon, K.A., Goldberg, J., Rogers B.L. & Tucker, K.L. 2001. Relationship Between Use of
Television During Meals and Children's Food Consumption Patterns. 107(1-9).
D'Ixon, H.G., Scully, M.L., Wakefield, M.A., White, V.M. & Crawford, D.A. 2007. The

Effect of Television Advertisements for Junk Food versus Nutritious Food on


Children'S Food Attitudes and Preferences. Journal ofSocial Science & Medicine.
65(1311-1323).

Jarrett, R.B., Thomas, T.N., Peterson, K.E., Wiech a, J., Sobol, A.M. & Gortmaker, S.L.
2003. Impact of Television Viewing Pattern on Fruit and Vegetable Consumption
Among Adolescents. 112(1321- 1326).
Lewis, MK & Hill, AJ. 1998. Food Advertising on British Children'S Television: A Content
Analysis and Experimental Study with Nine-Year Olds. International Journal of
Obesity. 22(206-214).
Story, M. & Faulkner, P. 1990. The Prime Time Diet: A Content Analysis of Eating
Behavior and Food Message in Television Program Content and Commercial,
Journal ofPublic Health. 80(738-740).
Story, M. & French Simone. 2004. Food Advertising and Marketing Directed at Children
and Adolescents in the US. Journal ofBehavioral Nutrition and Physical Activity.
(1-17).

Bahan Rujukan Elektronik

"Apa Itu Belia?" (atas talian)


Dicetak 28 Februari 2009.

http://www.pts.com.my

"Bulletin Pengguna" (atas talian)


http://www.kpdnhep.gov.my/buletin/MAC 2008.
Dicetak 23 September 2008.

"Cadbury Chocolate" (atas talian)


http://www.youtube.com/watch?v-LY9LevHaA2Y&
feature=PlayList&P=CTF96E05A4204A48&playnext
Dicetak 29 September 2008.

"Iklan

"Jack

"KFC

McDonald
EURO
2008
Malaysia"
http://www.youtube.com/watch?v=Q4mwpT2K2AQ
Dicetak pada 29 September 2008.

Jill

(atas

talian)

TV

Commercial"
(atas
taJian)
http://www.youtube.com/view play Iist?p=B9B6442B94EE5DFE&playnext-1&
playnext from=PL&v=jPmKFsOyF2g
Dicetak pada 29 September 2008.

\ Fresh New Look, Same Great Taste'


http://www.youtube.cpm/watchMTTQErCT9RY
Dicetak pada 29 September 2008.

Malaysia

Ad"

(atas

taJian)

"Kosmo! Online Recana Utama" (atas talian)


www.kosmo.com/kosmolcontent.asp?
y-2008&dt-0313&pub-kosmo&sec=Rencana Utama&pg=ru 01.htm.
Dicetak 17 Oktober 2008.

"Nutrition" (atas taJian)


http://www.answer.com/topiclnutrition.
Dicetak 29 Ogos 2008.

"Obesiti" (atas talian)


http://www.medicine.ukm.my/wiki/index.php/Obesiti.
Dicetak 29 Ogos 2008.

"Paddle
Pop
Advertisement"
http://www.youtube.com/watch?v= JBVDgJ9a2g
Dicetak pada 29 September 2008.

(atas

talian)

"Twisties
TV
Commercial"
htto:Uwww.youtube.com/watch?v=SPAMA9FFIU
Dicetak pada 29 September 2008.

(atas

talian)

Latihan Ilmiah

Wendy Cheong Siew Yen. 2006. Meni/ai Keberkesanan Ik/an Suatu Perbandingan Ik/anIldan Da/am Maja/ah CLEO. Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah.

You might also like