You are on page 1of 2

REFLEKSI

( KARTINI BINTI JAPAR )


Syukur Alhamdulillah akhirnya Tugasan Kerja Kursus Pendek Matematik Asas
ini siap dilaksanakan dengan jayanya.
Tugasan kali ini berbeza dengan tugasan pada semester lepas
disebabkan oleh sukatan pelajaran yang tidak sama. Tugasan ini melibatkan
penyelesaian masalah dengan mengaplikasikan Model Penyelesaian masalah
Polya dengan beberapa strategi yang berbeza. Dalam tugasan ini, kami juga
diminta untuk menyelesaikan masalah bukan rutin. Tugasan ini dilakukan
dalam kumpulan bertiga yang terdiri daripada saya sendiri, Kartini Binti Japar,
Noor Azila Binti Zaini dan Nur Musernah Binti Musini.
Saya mula mencari bahan maklumat yang diperlukan kerana tidak
mahu membuat kerja di hujung waktu. Berdasarkan pengalaman pada
semester lepas, kerja yang dihasilkan di hujung waktu adalah kurang berkualiti.
Oleh itu, saya mula bergerak awal bagi memastikan saya menghasilkan
tugasan yang berkualiti dan boleh mendapat markah yang terbaik.
Melalui sesi pembelajaran waktu kuliah dan sesi perbincangan yang
dilakukan, saya dapat memahami skop tugasan ini dengan baik. Saya
menggunakan beberapa kaedah untuk mencari dan mengumpul maklumat.
Saya mencari maklumat berkaitan di pusat sumber dan mengakses
maklumat daripada internet. Saya juga mengumpul bahan daripada buku
rujukan serta melalui sesi kuliah topik penyelesaian masalah

yang

diterangkan oleh Encik Badrul Hisham bin Jaafar. Kaedah-kaedah yang


dilaksanakan ini sangat mudah dan membantu menjimatkan masa untuk
mencari bahan maklumat.
Sepanjang melaksanakan tugasan ini, banyak perkara yang telah saya
pelajari dan perolehi. Saya belajar untuk menyusun bahan maklumat secara
sistematik, dan memperbaiki pengurusan masa saya. Saya percaya, untuk
menghasilkan tugasan yang baik, seseorang individu perlu ada disiplin diri
yang jitu.

Melalui tugasan ini juga, saya dapat memahami bahawa setiap


masalah yang berlaku sama ada rutin atau bukan rutin boleh diselesaikan
dengan pelbagai cara. Sesuatu keputusan itu hendaklah dibuat secara kritis
dan kreatif dengan membuat pemilihan yang terbaik daripada beberapa pilihan
alternatif yang telah dipertimbangkan dengan teliti. Kita juga perlu menyedari
bahawa terdapat pelbagai cara untuk melakukan sesuatu tindakan dan memilih
perkara yang dikehendaki dan terbaik daripada bebrapa pilihan yang ada.
Satu perkara yang sangat bermakna setelah membuat tugasan ini
ialah saya mampu untuk menerangkan berkaitan dengan pelbagai strategi
penyelesaian masalah ini kepada rakan yang kurang memahami. Namun
demikian, saya masih kurang arif untuk memilih strategi daripada pelbagai
strategi yang ada yang bersesuaian dengan pernyataan masalah. Walaupun
begitu, saya akan menyelesaikan masalah ini dengan bertanyakan kepada
pensyarah ketika sesi kuliah yang akan datang bagi memantapkan lagi
perolehan ilmu saya.
Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan hasil kerja kami.
Berdasarkan pengalaman yang diterima dan pemerolehan ilmu

sepanjang

melaksanakan tugasan ini, saya yakin dan percaya kami mampu untuk
menyelesaikan masalah sama ada rutin ataupun tidak rutin dengan
mengaplikasikan

Kaedah

Penyelesaian

maslah

menggunakan

Model

Penyelesaian Masalah Polya dengan pelbagai strategi pada masa akan


datang.

You might also like