You are on page 1of 2

MASALAH DAN LANGKAH-LANGKAH PENGUKURAN HAKMILIK

Bagi mengganti tanda sempadan yang hilang atau menanam pastian tanda yang
berganjak, pengukur perlu menentukan nilai sebenar bearing asal bagi
membolehkan ia membuat sebarang pembetulan kepada nilai ukuran asal. Di
sini nilai pengukuran asal hendaklah mempunyai ketepatan yang memuaskan.
Apabila terdapat kesilapan dalam pengukuran terdahulu yang memberi kesan
kepada kejituan pengukuran, pengukur perlulah menghantar laporan lengkap
berserta dengan rajah kepada Jurukur Daerah. Jurukur Daerah akan menyiasat
laporan ini dan jika perlu akan menyerahkan kepada Pengarah ukur yang akan
mengambil tindakan selanjutnya.
Di dalam kes di mana tanda sempadan yang digunakan oleh pengukur adalah
meragukan dan menimbulkan perselisihan. Pengukur perlulah menghantar
laporan bertulis sebagai tambahan kepada tambahan kepada maklumat di dalam
buku kerjaluar untuk membolehkan Jurukur Daerah atau Pengarah Ukur
merujukkan pekara ini ke Pejabat Tanah. Kedudukan pagar, parit dan butiran
pendudukan perlulah diukur apabila terdapat perbezaan di antara sempadan
yang diukur dengan sempadan pendudukan.
Bagi memudahkan penyelesaian pertelingkahan tanah, maka pengukur perlulah
mendapatkan tandatangan pihak-pihak yang berkepentingan yang bersetuju
dengan sempadan yang telah diukur.

Adalah menjadi tanggungjawah pengukur untuk menjaga kepentingan kerajaan


dengan mengelakkan pengukuran yang boleh menimbulkan tanah terbuang
mahupun yang akan merugikan orang perseorangan. Pertimbangan wajar
perlulah dibuat apabila menjalankan tugas mereka.

Apabila mengukur di kawasan yang telah diduduki dan mendapati kerjanya


terhalang atau melibatkan perselisihan sempadan, maka pengukur perlulah
membuat laporan kepada Jurukur daerah yang akan menghubungi Pejabat
Tanah.

You might also like