You are on page 1of 5

Pagi yang indah penuh ceria

Hari yang berbahagia penuh bermakna

Kami bawakan kepada anda Majlis

Yang Berusaha..
Yang Dihormati.

Seterusnya
Barisan guru, murid-murid, hadirin dan hadirat sekalian.
Selamat datang ke :

Majlis Kasih Disemai Bakti Dituai sempena persaraan Yang Diraikan En. Abdull
Mutalib bin Denan, Guru Besar SK LKTP Sg. Sayong.
Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal kata aluan pembuka bicara

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini,
marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan
dibacakan oleh Tn. Hj. Jaafar bin Ahmad.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tn. Hj.
Jaafar bin Ahmad atas bacaan doa itu tadi.

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Hadirin dan hadirat


Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha Tn. Hj. Mohmad Harin
bin Basiran, Guru Penolong Kanan 1, SK LKTP Sungai Sayong. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tn. Hj. Mohmad Hairin bin Basiran
atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada Yang Dihormati


En. Abdul Naser bin Bedu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK LKTP
Sungai Sayong untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati Tn. Hj. Abdul Naser bin Bedu
atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada yang Dihormati


En. Abdul Aziz bin Hj. Redwan, Pegawai Pelajaran Daerah Kulai untuk
menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada yang Dihormati En. Abdul Aziz bin Hj. Redwan
atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Sudah teradat si anak lelaki


Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.


Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda
kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu Yang Diraikan
En. Abdull Mutalib bin Denan.

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan


mempersilakan kepada Tn. Hj. Mohmad Hairin bin Basiran, Guru Penolong Kanan
1, SK LKTP Sungai Sayong untuk mengiringi Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin
Denan untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada kumpulan


aktiviti. wakil-wakil kelas

Dipersilakan wakil daripada kelas Pra-sekolah

Seterusnya Majlis mempersilakan kepada Yang Dihormati Tn. Hj. Abdul Naser bin
Bedu untuk menyampaikan cenderamata daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
SK LKTP Sungai Sayong.

Dan yang terakhir, Majlis mempersilakan kepada Yang Dihormati En. Md. Sukor
bin Marzuki untuk menyampaikan cenderamata daripada Badan Kebajikan Guru
dan Kakitangan SK LKTP Sungai Sayong.

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai


cenderamata sebentar tadi.

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan


Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.


Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Sebelum bersurai,
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin
yang sudi meluangkan masa bersama-sama kami di program

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah
dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.
Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali
Sekian sahaja, salam hormat, jumpa lg

You might also like