You are on page 1of 1

Keutuhan Perpaduan Keharmonian Berkekalan

Idea penubuhan Datuk Seri Mohd Najib B. Tun Abd. Razak tentang slogan 1
Malaysia telah membawa negara kita ke arah satu anjakan paradigma dan
menjadikan masyarakat majmuk yang tinggal di negara Malaysia hidup dalam
keadaan harmoni dan bersatu padu. Namun begitu, bagaimanakah keharmonian
dapat dikekalkan melalui perpaduan di Negara kita?
Langkah perdana bagi mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang kaum di
Malaysia ialah sikap individu itu sendiri. Setiap individu itu haruslah
mengamalkan sikap tolak ansur dan saling sayang-menyayangi antara satu
sama lain. Sebagai contohnya, mengadakan rumah terbuka sempena sesuatu
perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, bersama-sama meraikannya walaupun jiran
kita bukanlah saudara sebangsa mahupun seagama dengan kita.
Di samping itu, pihak sekolah mestilah mengadakan aktiviti-aktiviti yang
berunsurkan kemasyarakatan dan melibatkan komuniti pelbagai kaum. Sebagai
contoh, menggalakan pemakaian pakaian tradisi kaum masing-masing semasa
sambuatan-sambutan seperti sambutan Hari Kemerdekaan, perayaan dan
sebagainya supaya masyarakat berbilang kaum di negara kita akan dapat
merasai nikmat keharmonian dan kemakmuran hidup dalam masyarakat majmuk
di negara Malaysia.
Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama untuk mengekalkan
keamanan dan keharmonian antara masyrakat berbilang kaum di negara kita.
Ibarat kata pepatah, Bulat air kerana pembetung,bulat manusia kerana
muafakat. Sekian wbt.

You might also like