You are on page 1of 29

BMM3033E

Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

1.0 PENGENALAN
Perancangan pengajaran dan pembelajaran (PdP) berfungsi sebagai panduan kepada guru
supaya menjadi lebih yakin untuk mencapai objektif pengajarannya. Tanpa perancangan dan
persediaan yang rapi oleh guru, sesi pengajaran dan pembelajaran akan terganggu dan
menyebabkan objektif pengajaran tidak dapat dicapai. Oleh itu, seorang guru perlulah
merancang pengajarannya dengan menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang
sesuai. Melalui RPH, guru dapat memastikan pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan
selaras dengan objektif yang ingin dicapainya. Sehubungan itu, bagi memastikan sesuatu sesi
PdP mencapai objektifnya, pentaksiran, pengujian, penilaian juga tidak kurang pentingnya untuk
menilai tahap penguasaan murid terhadap pengajaran guru.
2.0 KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN
2.1 Konsep pentaksiran
Pentaksiran ialah satu proses untuk mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat
penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Istilah pentaksiran mula digunakan
dalam penilaian pencapaian. Mokhtar Ismail (1985), pentaksiran ialah langkah untuk menentukan
tahap sejauh mana seseorang memiliki sifat tertentu.

maklumat

produk

konsep
pentaksir
an

penghakiman

Rajah 1 : Konsep pentaksiran

proses

BMM3033E

Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Rajah 1 menunjukkan bahawa terdapat beberapa aspek untuk menjelaskan konsep pentaksiran
iaitu proses, maklumat, penghakiman dan produk. Proses bermaksud langkah ataupun tindakan
serta operasi yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki. Maklumat pula ialah
bukti tentang prestasi pelajar dalam sesuatu perkara yang ditaksir. Aspek penghakiman pula
merupakan proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan pelajar dan terakhir ialah
produk yang melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang pelajar peroleh setelah melalui
proses pendidikan.
Dalam proses pendidikan pula, pentaksiran melibatkan operasi, dapatan dan hasil.
Aspek-aspek utama dalam pentaksiran ialah:

Instrume
n

Kumpula
n ditaksir

Respon
Kumpula
n
mentaksi
r
Skor

Rajah 2 : Aspek-aspek pentaksiran


Pentaksiran melibatkan proses membuat keputusan berdasarkan kepada suatu peraturan atau
piawaian. Pentaksiran, yang merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran, merangkumi
aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemahkan maklumat tentang
pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia,
2000). Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai
untuk memastikan keadilan kepada murid dan juga untuk mengekalkan kewibawaan institusi
pentaksiran. Dalam proses pendidikan pula, pentaksiran melibatkan operasi, dapatan dan hasil.

BMM3033E

Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Kesimpulannya, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang


merangkumi aktiviti mengumpul, merekod, memberi skor menginterpretasi serta menghurai
maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan.

2.2 Konsep pengujian


Pengujian selalunya dianggap mendukung maksud yang lebih sempit atau khusus.
Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu
dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel
tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau murid. Menurut Cronbach (1970), ujian
ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang
individu dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang
berkategori.
Pengujian adalah satu proses penyerahan set soalan yang standard yang perlu dijawab,
atau satu set instrumen atau satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah
laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar. Pengujian bertujuan untuk menentukan
pencapaian seseorang pelajar dalam sesuatu pembelajaran dan seterusnya dapat menempatkan
pelajar dalam kumpulan belajar yang sesuai. Oleh itu, pengujian boleh dilaksanakan dengan
cara mengadakan pemerhatian, ujian bertulis dan ujian lisan.

Pengujian ini biasanya,

dilaksanakan selepas satu atau beberapa topik pelajaran diajar.


Tuckman (1975) mendefinisikan ujian sebagai sejenis atau alat pengukuran yang
biasanya digunakan untuk mengetahui tentang seseorang. Gagne (1975) pula menjelaskan
bahawa ujian adalah cara yang sistematik untuk mengukur tingkahlaku seseorang individu
kerana pembelajaran telah dikaitkan dengan perubahan tingkahlaku. Ujian sebagai alat
pengukuran digunakan untuk menguji sesuatu kemahiran bahasa. Misalnya, guru membina ujian
kloz bagi menguji kefahaman membaca atau ujian imlak bagi menguji kefahaman mendengar.
Contoh skala bernombor ialah angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100/120 untuk ujian
kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti
Sains. Manakala contoh sistem berkategori pula ialah ekstrovert atau introvert bagi ujian
personaliti, atau rabun warna bagi ujian penglihatan. Kepentingan pengujian bagi mengukur
perubahan tingkah laku murid seperti yang dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros 1981,
(dipetik dari Raminah, 1991) yang menegaskan bahawa ujian adalah suatu cara untuk
mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal
atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat
penilaian atau pengadilan.

BMM3033E

Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Kesimpulannya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat melalui


pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat, yang dilaksanakan guru dalam bilik darjah.
Justeru, kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat penting, malah sama pentingnya
dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran.

lb
is
e
/jm
n
a
rtu
g
h
:k
p

PENGUJIAN

Rajah 3 : Aspek-aspek pengujian

2.3 Konsep Penilaian


Penilaian didefinisikan dengan banyak cara.

Stufflebeam et al. (1971) menyatakan

bahawa, accessment is the process of delineating, obtaining, and providing useful information
for judgements decision alternatives. Kenyataan beliau bermaksud penilaian adalah satu proses
mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya
digunakan dalam membuat keputusan.
Gay (1985) pula berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap sistematik
semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang
telah ditetapkan itu telah tercapai. Penilaian ini membantuguru supaya dapat membuat
pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran.

Persediaan
ujianaspek pengujian, pengukuran, penganalisisan
Kesimpulannya, prosedur penilaian
mengandungi
serta merumuskan data yang diperolehi. Penilaian juga boleh dilaksanakan berdasarkan lima

Pentadbiran ujian

prosedur seperti yang terdapat pada rajah 4 di bawah:

Pemeriksaan jawapan ujian


Analisis ukuran
Interpretasi dan tindakan susulan

BMM3033E

Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Rajah 4 : Prosedur penilaian

2.4 Perkaitan antara Pentaksiran, Pengujian dan penilaian

Rajah 5 : Perkaitan antara Pentaksiran, Pengujian dan penilaian

Berdasarkan rajah di atas, kita dapati ketiga-tiga konsep berkenaan mempunyai


perkaitan rapat dalam proses mendapatkan tahap keberkesanansesuatu proses
pengajaran dan pembelajaran. Tujuan atau objektif sesuatu penghakiman produk
Pengajaran dan pembelajaran membabitkan ketiga-tiga aspek berkenaan.

2.5 Konsep Taksonomi Bloom

BMM3033E

Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Taksonomi Bloom merupakan satu hierarki yang diperkenalkan oleh Benjamin S.Bloom
(1956). Taksonomi Bloom ini merupakan suatu nilai berdasarkan kognitif atau mental yang
merangkumi aspek pengetahuan, fakta dan teori. Selain itu, taksonomi bloom ini membina
pemikiran untuk pemahaman dan menjadi lebih kreatif dalam suatu pembelajaran. Dalam
Taksonomi Bloom, terdapat enam peringkat dan keenam-enam peringkat tersebut dapat dilihat
pada rajah 6 di bawah :

Penilaian
Sintesis
Analisis
Aplikasi
Kefahaman
Pengetahuan

Rajah 6 : Aras Taksonomi Bloom


Berdasarkan rajah 6 di atas jelas dapat dilihat enam peringkat Taksonomi Bloom.
Antaranya, peringkat pengetahuan berada di aras paling rendah. Pada peringkat pengetahuan,
individu

dikehendaki

mengingat

semula

tanpa

perubahan

serta

mengetahui

objektif

pembelajaran. Aras pengetahuan ini terdiri daripada suatu penyataan yang ringkas, tepat dan
tidak memerlukan contoh. Dalam peringkat ini terdapat beberapa istilah khusus bagi guru
mengenal pasti peringkat ini iaitu nyatakan, terangkan, namakan dan labelkan.
Seterusnya, peringkat kedua iaitu peringkat kefahaman yang bermaksud kebolehan
mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain. Pada peringkat ini
juga pelajar boleh menyatakan idea utama dalam ayat sendiri dan ia dilihat sangat berbeza
dengan aras pengetahuan di mana pelajar dikehendaki memberikan jawapan tanpa membuat
sebarang perubahan. Melalui peringkat ini, pelajar mestilah dapat menterjemah isi kepada
huraian dan memahami bahan dengan berkesan. Istilah khusus bagi aras kefahaman ini ialah
membanding, menerangkan, membezakan.

BMM3033E

Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Peringkat

ketiga ialah peringkat aplikasi di mana pada peringkat ini pelajar dapat

menggunakan bahan yang telah dipelajari dalam situasi baru yang konkrit. Antara istilah khusus
dalam menganalisis peringkat ini ialah menyelesaikan, mengira, mengendalikan, dan meramal.
Peringkat seterusnya ialah peringkat analisis. Peringkat analisis merupakan kebolehan
memecahkan sesuatu yang kompleks kepada yang kecil, membahagikan pembelajaran,
menaakul sebab dan meleraikan komunikasi serta menilai kerelevanan sesuatu data atau topik.
Istilah khusus bagi aras analisis ini ialah bezakan, bandingkan, huraikan, klasifikasikan.
Peringkat kelima iaitu peringkat sintesis adalah kebolehan mencantumkan dan
mengintegrasikan fakta yang berkaitan dan membentuk sesuatu yang baharu iaitu idea. Melalui
peringkat ini, pelajar dinilai dari segi kreativiti serta kebolehan mereka untuk mencipta idea baru
berdasarkan pengalaman pembelajaran yang telah mereka lalui sebelum ini. Istilah khusus untuk
membina item soalan bagi peringkat ini ialah gabungkan, merekabentuk, cadangkan, senaraikan
beberapa cara dan huraikan satu perancangan.
Terakhir, peringkat penilaian ialah peringkat tertinggi dalam piramid Taksonomi Bloom.
Pada peringkat ini, pelajar diharapkan dapat membuat pertimbangan tentang sesuatu yang
diketahuinya berdasarkan kriteria, analisis dan sintesis. Penilaian merupakan peringkat untuk
menguji kebolehan, membuktikan, mengkritik dan menilai. Antara istilah khususnya ialah nilaikan,
rumuskan, bandingkan, buktikan serta huraikan.
Kesimpulannya Taksonomi Bloom menjadi pemudahcara para guru dan penggubal soalan
kerana berfungsi sebagai panduan untuk membina soalan. Dengan adanya hierarki ini,
penggubalan soalan yang mencakupi pelbagai aras dan kemahiran dapat dihasilkan di samping
dapat memperkembangkan murid dari aspek kognitif, afektif dan psikomotor.

3.0 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)


Jadual spesifikasi ujian (JSU) ialah sebuah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu
ujian dari segi kandungan iatu konstruk yang ditaksir, pemberatan setiap konstruk, konteks dan
pemberatan taburan asas kesukaran. Tujuan JSU disediakan adalah untuk menghasilkan set
soalan yang lebih berkualiti berbanding soalan yang hanya disediakan secara spontan dan tidak
mengikut aras ilmu. Selain itu, penyediaan JSU dapat membantu menghasilkan soalan yang
mempunyai kesahan dan keutuhan.

3.1 Konsep JSU

BMM3033E

Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan.
Beberapa pertimbangan perlu dibuat, seperti ujian yang hendak ditadbirkan sebaiknya mewakili
keseluruhan sukatan pelajaran, yang mungkin merangkumi komponen pengetahuan, kemahiran
dan sikap yang telah ditetapkan. Pertimbangan ini dibuat untuk memastikan para pelajar diuji
dengan

menggunakan

soalan

yang

relevan

dengan

sukatan

pelajaran/objektif

pengajaran.Pengubalan kertas ujian perlu mengikuti pelbagai proses, termasuk penyediaan JSU,
membuat ujian rintis dan memurnikan item ujian. Akhir sekali, sebelum ujian tersebut ditadbirkan,
item-item ujian hendaklah dinilai oleh pakar mata pelajaran tertentu. Keseluruhan proses ini
boleh membantu untuk memastikan kualiti item ujian dari segi kebolehpercayaan, kesahan, dan
seterusnya, pengukuran yang adil (Hale, 1980).
Menurut Kubiszyn dan Borich (2003), JSU (Test Specification Table) adalah carta dua
hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta ini
menyenaraikan objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula menyenaraikan
konsep-konsep utama yang diajar dan ingin diukur. Dengan demikian, JSU boleh menjadi
panduan kepada guru tentang sukatan pelajaran yang perlu diajar dan objektif pengajaran yang
perlu dicapai pelajar.
3.2 Langkah pembinaan JSU
Terdapat empat langkah yang perlu dijadikan panduan semasa membina jadual
spesifikasi ujian. Langkah-langkah tersebut dijelaskan dalam rajah berikut:

mengkaji sukatan pelajaran

menganalisis objektif pengajaran

menentukan bilangan soalan

menentukan jenis soalan


Rajah 7: langkah pembinaan JSU

BMM3033E

Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Langkah pertama adalah mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh maklumat yang
menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Kandungan sukatan pelajaran perlu dianalisis
untuk menentukan kepentingan tiap-tiap tajuk kandungannya. Antara aspek yang dikaji ialah
skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk. Pendekatan yang telah diambil oleh guru
dalam pengajaran sesuatu tajuk dan kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan tajuktajuk lain juga diambil kira. Sukatan pelajaran perlu dianalisis untuk melihat sejauh mana
komplesiti sesuatu tajuk dan masa pengajaran yang diperuntukkan bagi sesuatu tajuk tersebut.
Langkah yang kedua adalah menganalisis objektif pengajaran. Objektif pengajaran ini
dianalisis untuk menentukan pelajaran, pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji. Analisis
objektif pengajaran ini juga untuk menentukan tahap kesukaran mana yang perlu diuji. Lazimnya
aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang dibuat Bloom dan
rakan-rakannya dalam kajian mereka.
Langkah yang ketiga ialah menentukan jenis soalan yang sesuai. Setelah menentukan
domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang ingin diukur, kita seharusnya
dapat menggubal dan membentuk soalan yang sesuai berdasarkan tajuk, peringkat atau aras
kemahiran seterusnya membina soalan yang bersesuaian dengan isi pengajaran dan tahap
kecerdasan murid.
Langkah keempat dalam pembinaan JSU adalah menentukan bilangan soalan. Jumlah
soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran domain objektif pengajaran dan
peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur. Jumlah soalan adalah penting kerana ia
mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu ujian. Kebolehpercayaan ujian adalah
keupayaan sesuatu ujian memberi markah yang sama, sekiranya pelajar menjawab semula ujian
tersebut. Kesahan pula bermaksud keupayaan sesuatu soalan mengukur apa yang elah
digariskan.

3.3 Kepentingan JSU


Antara kepentingan JSU adalah dapat membina dan menyediakan soalan ujian secara
lebih terancang dan sistematik. Selain dapat mengelakkan ujian yang dibina secara
sembarangan. JSU juga akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan soalan. Pembinaan
JSU dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari semasa ke semasa walaupun dibina
oleh pembina soalan yang berbeza. Soalan yang akan dibina juga pastinya mengikuti taburan
tajuk secara seimbang dan meliputi keseluruhan pelajaran. Maka dengan itu, perbandingan
dapat dibuat antara satu ujian dengan ujian yang lain.

BMM3033E

Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

KEPENTINGAN JSU
Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan.
Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.
Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran.
Menentukan perimbangan antara topik-topik dengan aras-aras
kemahiran yang diuji.
kertas ujian dapat digubal secara sistematik.
kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran adalah terjamin.
Memberi panduan untuk membentuk format ujian.
Memberi panduan untuk membentuk soalan.
Menstabilkan taraf serta aras kesukaran ujian dari tahun ke tahun.
Mengambil kira bilangan masa yg diperuntukkan untuk sesuatu topik.
Membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yg
lain.
taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang.
ujian meliputi keseluruhan sukatan pelajaran

Contoh JSU Bahasa Melayu Tahun 4

Bil

Bentuk Soalan - Objektif

Jumlah
Item

Aras Taksonomi

Topik / Aspek Bahasa

Morfologi Kata kerja

//

Kata nama

Kata ganti diri

Kata adjektif

Kata seru

6
2

BMM3033E

Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Kata ganda

Kata hubung

Kata pemeri

Kata arah

10

Penjodoh bilangan

11

peribahasa

12

Sinonim

13

Antonim

14

Kata tanya

15

Homonim Kata banyak makna

16

Sintaksis Struktur ayat

17

Pola ayat

18

Maksud perkataan

19

Memahami teks

1
/
//

1
/
///

4
//

Jumlah Soalan

20

ARAS KESUKARAN

Rendah (1 & 2)

Sederhana (3 & 4)

Sukar (5 & 6)

6
Jumlah Soalan

Aras Taksonomi Bloom:


1.
2.
3.
4.
5.
6.

Pengetahuan
Kefahaman
Aplikasi
Analisis
Sintesis
Penilaian

20

BMM3033E

Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

4.0 MENGAPLIKASIKAN KAEDAH PENILAIAN BAHASA UNTUK MENINGKATKAN


PRESTASI MURID
Penilaian merupakan pertimbangan profesional iatu proses yang membolehkan
seseorang

membuat

mengenalpasti,

keputusan.

memperoleh

dan

Menurut

Stufflebeam

menyediakan

(1971),

maklumat

penilaian

berguna

ialah

bagi

proses

keputusan

mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita. Di sekolah, terdapat beberapa jenis ujian
yang digunakan dalam penilaian bahasa. Jenis-jenis penilaian bahasa yang biasanya
dilaksanakan di sekolah dapat dilihat pada rajah dibawah :

formatif

pencapaian

sumatif

jenis-jenis
penilaian
bahasa

ujian
bakat

ujian
kefasihan

kemajuan

Rajah 8 : Jenis-jenis penilaian bahasa.


4.1 Ujian Formatif
Ujian formatif ialah sejenis penilaian yang dibuat secara berterusan, iaitu sepanjang
proses pengajaran dan pembelajaran dilangsungkan. Penilaian ini dibuat untuk menilai
keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang telah diajar.
Menurut Kamarudin Hj. Husin (1988), ujian formatif dilaksanakan untuk menentukan kemajuan
pelajar dari semasa ke semasa sepanjang pembelajaran mereka. Ia juga merupakan bahan atau
alat yang dibina oleh guru untuk menguji sesuatu unit kemahiran atau sub kemahiran bahasa
yang telah diajar. Ujian jenis ini merupakan sejenis ujian berasaskan kemahiran yang diajar
dalam jangka masa pendek.

BMM3033E

Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Biasanya, guru-guru menjalankan ujian formatif ini di sekolah atas sebab-sebab tertentu. Antara
tujuan ujian formatif ini dijalankan adalah seperti berikut :
a. Mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang wujud sama ada dari segi pengajaran
guru mahupun penguasaan murid dalam pembelajaran.
b. Memperbaiki kualiti pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan pencapaian
murid dalam sesuatu pengajaran.
c. Membantu murid menguasai isi pelajaran bagi sesuatu topik pembelajaran.
d. Meningkatkan serta mengekalkan pencapaian yang memuaskan di kalangan
murid.
e. Membantu guru melakukan penambahbaikan serta menggunakan pendekatan
f.

yang bersesuaian dalam pengajaran.


Membimbing murid mengikut kelemahan yang telah ditunjukkan serta memberikan
kesedaran kepada murid supaya sentiasa bersedia untuk menghadapi ujian yang
akan dijalankan.

Secara amnya, seperti ujian-ujian lain, ujian formatif juga mempunyai ciri-ciri khususnya yang
tersendiri. Ujian ini sering digunakan oleh guru kerana ciri-cirinya yang memainkan peranan
dalam membantu guru meningkatkan mutu pengajaran. Antara ciri ujian formatif adalah seperti
berikut :
a

Ujian formatif dijalankan untuk mendapatkan maklumat untuk memperbaiki

kurikulum.
Ujian formatif

berlangsung.
Maklumat yang diperolehi daripada penilaian ini akan digunakan secara terus

menerus.
Ujian formatif boleh dijalankan dalam bentuk ujian diagnostik membantu untu
mendapatkan

dilakukan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran

input

tentang

masalah

yang

dihadapi

oleh

murid

dalam

pembelajaran.
Maklumat yang diperolehi digunakan serta merta untuk memperbaiki pengajaran
dan pembelajaran supaya guru dan murid sama-sama dapat memperolehi

manfaat.
Gred tidak diberikan bagi penilaian ini.

Berdasarkan ciri-ciri yang telah dinyatakan, dapat disimpulkan bahawa ujian formatif
boleh dilaksanakan oleh guru pada bila-bila masa sahaja semasa pengajaran dilangsungkan.
Ujian formatif bukan sahaja boleh dilaksanakan dalam bentuk bertulis, tetapi juga boleh
dilaksanakan dalam bentuk lisan iaitu soal jawab, pemerhatian, kuiz dan lain-lain lagi. Ujian
formatif ini sangat sesuai dilaksanakan dalam memperbaiki kualiti pengajaran guru di samping
membantu guru untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi murid.

BMM3033E

Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

4.2 Ujian Sumatif


Menurut Kamarudin Hj. Husin (1988), ujian sumatif ialah ujian yang digunakan untuk
menentukan tahap penguasaan murid dalam keseluruhan pembelajaran. Ujian sumatif
merupakan sejenis alat atau bahan yang dibina bertujuan untuk menguji pencapaian murid
terhadap beberapa kemahiran bahasa yang telah dipelajari dalam tempoh jangka masa panjang.
Biasanya ujian ini dilaksanakan mengikut semester ataupun tahun iaitu pada akhir pembelajaran.
Oleh itu, ujian ini sangat berguna untuk melaporkan kemajuan murid dalam pembelajaran selama
satu semester. Dalam kemahiran bahasa, ujian sumatif dibina secara luas dan melibatkanketigatiga kemahiran iaitu kemahiran lisan, bacaan dan tulisan. Di sekolah, ujian sumatif dilaksanakan
berdasarkan tujuan-tujuan tertentu iaitu :
a. Untuk membantu murid secara individu dalam meningkatkan pencapaian mereka.
b. Memberikan gred kepada murid berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan dalam
peperiksaan yang telah diadakan.
c. Memberi pengiktirafan kepada kebolehan serta kemahiran yang dimiliki oleh
murid.
d. Menjadi petunjuk untuk memulakan sesuatu kursus baru yang berkaitan.
e. Menunjukkan pencapaian murid yang berbeza mengikut kupulan kebolehan.
Ujian sumatif sering dilaksanakan sebelum sesuatu penggal persekolahan berakhir.
Setelah ujian dilaksanakan, hasil ujian tersebut digunakan untuk menentukan tahap pencapaian
serta kumpulan kebolehan murid bagi penggal persekolahan yang berikutnya. Ujian sumatif ini
juga sangat penting salam menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum secara keseluruhan.
4.3 Ujian kefasihan
Kamarudin Hj. Husin (1988) berpendapat bahawa ujian kefasihan digunakan untuk
menentukan setakat mana seseorang itu mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara
keseluruhan. Ujian ini berbeza daripada ujian formatif dan sumatif yang telah dibincangkan
kerana ianya tidak menilai sesuatu kandungan atau isi pelajaran. Tetapi ujian ini secara amnya
menilai kebolehan umum murid terhadap bahasa yang telah dipelajarinya. Secara ringkasnya,
ujian ini boleh digunakan oleh guru untuk mengukur kebolehan murid untuk berbahasa.
Kefasihan murid untuk berbahasa bergantung kepada latar belakang penguasaan bahasa
mereka. Kefasihan juga akan mempengaruhi kemahiran murid untuk berkomunikasi secara
berkesan.
Di sekolah, guru-guru menggunakan ujian kefasihan ini bagi mengukur tahap kebolehan
murid untuk berbahasa. Penggunaan ujian kefasihan ini di sekolah adalah bertujuan untuk :
a. Menilai kebolehan umum murid untuk berbahasa.

BMM3033E

Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

b. Menentukan sejauh mana murid menguasai kemahiran dan isi pelajaran yang
telah dipelajari.
Sehubungan itu, ujian kefasihan ini sering digunakan dalam penilaian bahasa kerana ciricirinya yang berfungsi dalam mengenalpasti tahap kebolehan murid terhadap kemahiran bahasa.
Antara ciri-ciri ujian kefasihan ini ialah:
a. Membantu guru menempatkan murid mengikut kumpulan pembelajaran yang
bersesuaian.
b. Mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran bahasa murid secara menyeluruh.
c. Dinilai berdasarkan sebutan yang betul, kadar kelajuan bacaan dengan bahan
yang dibaca, intonasi dan nada yang betul, pemilihan ungkapan yang betul, mimik
muka yang jelas, pergerakan mata, posisi tubuh, kedudukan buku yang betul dan
lain-lain lagi.
a. Digunakan dalam sesi temuduga.
Berdasarkan ciri-ciri yang telah dinyatakan di atas, dapat dirumuskan bahawa ujian
kefasihan merupakan ujian berbentuk lisan. Apabila ujian ini dijalankan ke atas murid, guru dapat
mengenalpasti secara keseluruhan sama ada murid dapat menguasai apa yang telah diajar oleh
guru.
4.4 Ujian Kemajuan
Kamarudin Hj. Husin (1988) dalam buku Pedagogi Bahasa, ujian kemajuan ialah sejenis
ujian ringkas yang dibina oleh guru kelas untuk kegunaan kelasnya sahaja. Kemudian, ujian yang
dibina akan dijalankan oleh guru itu sendiri kerana guru tersebut sahaja yang mengetahui
pengetahuan mengenai keperluan ujian tersebut.
Ujian ini dibina berasaskan objektif pengajaran dan pembelajaran serta pengetahuan
yang telah diuji. Berdasarkan ujian yang telah dijalankan, guru akan mengetahui tentang
kemajuan seorang murid serta keseluruhan kelas dengan lebih jelas. Berbeza dengan ujian
kefasihan yang menilai secara keseluruhan, ujian kemajuan ini dijalankan untuk membantu guru
mengukur sejauh mana murid dapat menguasai sesuatu tajuk yang telah dipelajari.
Hasil ujian kemajuan ini akan membantu guru mengenalpasti kemajuan setiap murid
dengan lebih jelas. Dengan adanya kemajuan ini, motivasi intrinsik murid juga dapat ditingkatkan
di mana murid dapat meningkatkan lagi pencapaian mereka dalam pelajaran. Dari erti kata lain,
ujian ini berfungsi memperkukuhkan pembelajaran murid kerana dapat mendorong murid untuk
lebih berusaha.

BMM3033E

Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

5.0 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN ( JSU )

MATA PELAJARAN

: BAHASA MALAYSIA

TAHUN

: DUA

Tema

: PETANI MODEN

Tajuk

: Hasil laut (Keropok Lekor)

BIL

BENTUK SOALAN SUBJEKTIF


TOPIK / STANDARD PEMBELAJARAN
Kata Nama Am
Kata Nama Khas
Kata Ganti Nama Diri
Kata Kerja
Kata Panggilan

JUMLAH

ARAS TAKSONOMI
1

ITEM
6

1
/

1
1

Kata Adjektif
Kata Hubung
Kata Ganda
1.

Tatabahasa

Kata sifat
Ayat Penyata
Ayat Permintaan
Ayat Seruan
Ayat Tanya

Ayat Perintah
Imbuhan Awalan
Imbuhan Akhiran
Imbuhan Apitan
Maksud Perkataan
Tanda Bacaan
2.

Kefahaman

Membina Ayat

Petikan
Melengkapkan Dialog

3.

Penulisan

Melengkapkan cerita
Mencatat Maklumat

Menulis Pesanan
Banding Beza

Jumlah Soalan

Rancangan Pengajaran harian Bahasa Melayu Tahun 2


Tarikh

: 1 September 2015

Masa

: 11.00 pagi 12.00 tengahari ( 60 minit )

12

BMM3033E

Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Tahun

: 2 Rajin ( 30 murid : 18 lelaki dan 12 perempuan)

Tema

: PETANI MODEN

Tajuk

: Hasil laut (Keropok Lekor)

HPK :
Fokus utama:

Standard Kandungan

3.3 Membina dan menulis perkataan, frasa, dan ayat


dengan betul.

Standar Pembelajaran

3.3.3 Membina dan menulis jawapan dalam bentuk ayat


mudah dengan betul berdasarkan soalan.

Fokus Sampingan:

Standard Kandungan

2.4 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan


Tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi
respon yang betul

Standar Pembelajaran

2.4.3 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat


dengan tepat daripada bahan multimedia yang
sesuai.

Objektif : Pada akhir pembelajaran dan pengajaran murid dapat;


1. Menyusun semula cara-cara membuat keropok lekor berdasarkan gambar.
2. Menulis sekurang-kurangnya lima ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan
gambar.

Pengisian Kurikulum :
Sistem Bahasa :
i) Sebutan dan intonasi : Membaca dengan sebutan dan intonasi betul.
ii) Tatabahasa : kata kerja, kata hubung, ayat majmuk dan ayat tunggal
iii) Kosa Kata : menguli, mengisar, lumat, tepung ubi, tepung sagu, silinder

BMM3033E

Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Kemahiran Bernilai Tambah


i) ICT

: Power Point, Video klip, Bahan interaktif (power point)

ii) Belajar cara Belajar


iii) Kecerdasan Pelbagai : Linguistik, Interpersonal, KBKK, Kontekstual
iv) Kajian Masa Depan
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran : Pendekatan Berpusatkan Murid dan Bahan
Penekanan Konsep 5P
i) Penggabungjalinan : kemahiran lisan, membaca, menulis
ii) Penyerapan ilmu : Matematik; kajian tempatan
iii) Nilai murni : Kebersihan, rajin, bersyukur
Pengetahuan Sedia Ada : kata hubung, ayat majmuk dan ayat tunggal
Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran :
i) Bahan Multimedia :LCD, Power Point
ii) Lembaran kerja

LANGKAH/
MASA

SET
INDUKSI

ISI PELAJARAN

Apakah aktiviti yang


saksikan melalui
tayangan video itu tadi?

AKTIVITI P& P

Murid menonton
sebahagian
daripada video

CATATAN

Bahan : Video Klip


Keropok lekor
Teknik: Soal jawab

BMM3033E

5 MINIT

Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

- nelayan menangkap
ikan

klip yang
ditayangkan di
layar.

Apakah produk yang


dapat dihasilkan daripada
ikan
-keropok
-ikan masin
-Sate ikan

LANGKAH
1

Video cara-cara
membuat keropok
lekor.
Soalan soal jawab.

10 MINIT
1

Apakah nama
makanan ini?

Negeri manakah
pengeluar utama
keropok lekor?

Apakah bahan utama


keropok lekor?

Bagaimanakah cara
keropok lekor
dimasak?

Apakah Khasiat yang


terkandung dalam
keropok lekor?

Apakah bahan yang


digunakan untuk
membuat keropok
lekor?

Peta Pemikiran

Murid menjawab
soalan yang
dikemukakan oleh
guru

Guru mengaitkan
aktiviti dengan
bbbbbtajuk
pembelajaran dan
pengajaran hari
ini.

Murid menonton
sambungan video
Keropok Lekor
yang menunjukkan
bagaimana hasil laut
iaitu ikan dijadikan
keropok lekor
Murid mencatat
maklumat-maklumat
penting.
Soal jawab antara
murid dan guru
berdasarkan video
yang dipaparkan.

Murid menaakul

Bahan/Sumber:
Vedio klip Keropok
Lekor

Ilmu :
kajian Tempatan,
Pendidikan Moral
Nilai :
bersyukur,
menghargai
KBT:
Kontekstual,
Linguistik.
Kecerdasan pelbagai
Kajian masa depan

Ilmu:
Kajian tempatan

BMM3033E

LANGKAH
2

Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

i-THINK : Carta Alir

gambar yang
dipaparkan
2

15 MINIT

Murid memerhatikan
peta pemikiran i-Think
carta aliran yang
dipaparkan.

Murid menceritakan
semula proses
membuat keropok
lekor mengikut urutan
dalam peta pemikiran
yang dipaparkan

Murid berbincang
dalam kumpulan
tentang cadangan
produk ikan yang
bakal dikeluarkan
sekiranya mereka
membuka perusahaan
hasil laut sendiri.

Cara-cara membuat
keropok lekor
1. Sediakan bahan-bahan
untuk membuat keropok
lekor iaitu isi ikan,
tepung ubi, tepung sagu,
air batu, dan garam

LANGKAH
3
10 MINIT

Satukan dan gaul


semua bahan dalam
satu bekas.

Uli adunan keropok


lekor sehingga sebati.

Bentuk doh memanjang


seperti silinder.

Rebus keropok lekor


sehingga timbul.

Angkat dan sejukkan


keropok lekor yang
sudah masak.

Cadangan Nama
syarikat:
Produk Ikan Warisan
Cadangan Produk:
Sate ikan
Sambal ikan
Ikan kering
Keropok ikan
Bebola ikan

Murid tampil untuk


menyusun gambargambar tersebut
mengikut urutan

Ketua setiap
kumpulan
membentangkan
hasil perbincangan
kumpulan di hadapan
kelas

Guru dan murid lain


memberikan komen
dan pandangan

KBT:
kontekstual
i-THINK :
Carta Alir
Bahan:
Gambar

Ilmu:
Kajian tempatan
KBT:
Kajian Masa Depan
KBAT

BMM3033E

Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

kepada setiap
kumpulan.
4

LANGKAH
4

*Lampiran 1
Soalan pemahaman.

15 MINIT
Arahan:
Bina ayat menggunakan
pola ayat FN + FK
berdasarkan gambar
yang diberi.

Guru memberikan
token kepada
kumpulan terbaik.

1. Guru meminta ketua


setiap kumpulan
mengedarkan
lembaran kerja yang
disediakan oleh guru.

Ilmu:
Kajian tempatan

2. Murid mendengar
penerangan guru
tentang tugasan yang
diberi

KBKK :
menyusun atur

3. Murid menjawab
soalan yang terdapat
dalam lembaran kerja
yang disediakan.

KBT:
kontekstual

Bahan:
Lembaran kerja

4. beberapa orang
murid yang dipilih
secara rawak
membacakan
jawapan masingmasing
5. Guru memberikan
ulasan berdasarkan
hasil jawapan murid.

PENUTUP
5 MINIT

Penutup sosial
Memberi pujian dan
motivasi

Guru mengedarkan
keropok lekor goreng
kepada semua.

Penutup kognitif
- Menyatakan
perasaan
- Membuat rumusan
isi Pelajaran

Murid makan dan


menimati keenakan
keropok lekor
bersama-sama guru.

Murid membuat
rumusan dan
menyatakan nilai
murni yang dipelajari

Ilmu :
Pendidikan Moral
Nilai :
Menghargai
budaya warisan
bangsa Malaysia
KBT:
Interpersonal
Kajian Masa Depan

BMM3033E

Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

daripada sesi P & P


ini.

Soalan Pemahaman
1. Negeri manakah pengeluar utama keropok lekor?
2. Apakah bahan yang digunakan untuk membuat keropok lekor?
3. Apakah bahan utama untuk membuat keropok lekor keropok lekor?
4. Bagaimanakah cara keropok lekor dimasak?
5. Apakah Khasiat yang terkandung dalam keropok lekor?
6. Apakah produk lain yang boleh dihasilkan daripada ikan?
7. Bagaimana hendak menghasilkan keropok lekor yang bermutu tinggi?
8. Sekiranya kamu berpeluang membuka perniagaan hasil laut, apakah produk yang ingin kamu
hasilkan.
9. Bagaimana kamu boleh memperkenalkan keropok lekor ke luar negara?
10. Bolehkah perniagaan keropok lekor membantu meningkatkan ekonomi masyarakat
setempat?
11. Sekiranya kamu adalah pengusaha keropok lekor, apakah yang ingin kamu lakukan menarik
pelanggan membeli produk kamu?
12. Apakah nama syarikat yang kamu fikirkan sesuai untuk perusahaan keropok lekor kamu.

BMM3033E

Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

6.0 REFLEKSI

Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga ke hadhrat yang Maha Esa kerana dengan
IzinNya

dapat saya

menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Tugasan yang diterima bagi

subjek kali ini yang akan digunakan sebagai salah satu media pengajaran dalam pengajaran dan
pembelajaran. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah kami iaitu Puan Norhayati
Binti Md Yatim di atas tunjuk ajar dan bimbingan yang membina sepanjang kami menyiapkan
tugasan ini. Saya telah menerima tugasan ini pada interaksi kedua. Menerusi tugasan ini, saya
perlu menghuraikan konsep pentaksiran, pengujian, dan penilaian dalam pendidikan seterusnya
menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) untuk kemahiran bahasa yang dipilih berdasarkan
taksonomi Bloom secara individu.
Pada mulanya sukar untuk saya memahami tugasan tersebut dan saya tidak tahu
bagaimana hedak memulakannya. Sebagai langkah pertama

saya telah

menyediakan isi

kandungan supaya penghasilan KKBI saya lebih tersusun dan terancang. Kemudian, saya mula
membuat nota berkaitan pentaksiran seperti mana yang terkandung dalam tugasan. Saya
banyak mendapatkan maklumat berkaitan tugasan ini melalui internet dan buku-buku yang
berkaitan. Modul PPG yang dicetak juga banyak membantu saya memahami tugasan ini.
Walau bagaimanapun terdapat beberapa kelemahan saya dalam menyiapkan tugasan ini.
Saya kurang memahami bagaimana membina Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU ) Saya sedar
bahawa apa yang saya pelajari pada setiap semester di institusi ini semuanya telah dirancang
dengan baik oleh pihak pengurusan. Oleh hal yang demikian, saya rasa tugasan ini sangatsangat membantu saya memantapkan proses penilaian dan pentaksiran di sekolah. Tugasan ini
secara jujurnya, menjadikan saya lebih bersemangat untuk mempelajari lebih banyak kemahiran
dan pengetahuan daripada pensyarah-pensyarah yang mempunyai banyak pengalaman di
institut ini. Hal ini sekali lagi mendorong saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti serta
mampu menjadikan setiap pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan sentiasa berkesan.
Semua yang telah saya fahami dan pelajari ini akan saya ingat dan praktikkan apabila menjadi
guru kelak.
Kekuatan

BMM3033E

Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Menyediakan ujian bukan suatu isu atau perkara baru dalam dunia pendidikan. Namun
hanya segelintir golongan pendidik yang mengambil berat dan mengamalkan Pengetahuan yang
agak luas dalam bidang teknologi pendidikan ini merupakan kekuatan bagi saya dalam
penghasilan bahan pengajaran dalam bentuk powerpoint seperti yang disertakan dalam tugasan
kursus ini.
Melalui tugasan ini juga, hubungan saya bersama rakan sekuliah semakin rapat. Kami
dapat berkongsi idea dan bertukar-tukar pandangan melalui e-mail untuk menghasilkan tugasan
yang lebih baik. Tidak ketinggalan juga saya dapat berkolaboratif dengan rakan-rakan lain
melalui telefon dan laman sesawang. Kesukaran melaksanakan tugasan ini juga telah
menjadikan saya lebih tabah dan banyak bersabar. Hasilnya, semua perancangan untuk
membuat tugasan ini berjalan dengan lancar.
Tugasan yang dihasilkan ini banyak membantu saya memahami dengan lebih mendalam
lagi tentang pentaksiran di mana pentaksiran adalah salah satu elemen penting dalam proses
pembelajaran di sekolah. Seharusnya saya sebagai seorang guru perlu tahu malah mahir dalam
pentaksiran ini. Sebagai guru saya sedar adalah menjadi tanggungjawab saya menilai sejauh
mana tahap perkembangan mental, kemajuan dan restasi anak didik saya supaya dapat dibuat
tidakan susulan.
Kelemahan
Saya memperolehi pelbagai pengalaman serta cabaran dalam usaha menyempurnakan
tugasan. Tanpa disedari, semua cabaran dan halangan ini sebenarnya mempunyai makna
tersirat yang perlu saya fahami. Terdapat banyak kelebihan serta faedah yang dapat dikesan
melalui proses penyempurnaan kerja ini. Namun begitu, beberapa kelemahan pada diri saya juga
tidak dinafikan sepanjang tempoh menyiapkan Kerja Kursus Projek ini. Dalam suasana
kesibukan sebelum tugasan ini diserahkan, saya perlu mengikuti pelbagai tugasan luar pejabat.
Selain itu, tugas hakiki saya di pejabat dan daerah Kuala Langat membuatkan saya
kekurangan masa untuk memberikan tumpuan dalam menyiapkan tugasan ini. Namun begitu
dengan dorongan isteri tersayang dan juga anak-anak yang sangat memahami komitmen saya
terhadap tugasan hakiki dan PPG,

segala beban dan masalah menjadi ringan dan dapat

diselesaikan dengan baik.


Faedah Dan Kepentingan Tugasan
Pendidikan ialah keperluan universal untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar. Untuk
membolehkan pelajar menerima ilmu dengan pemahaman yang jelas dan matlamat pendidikan
tercapai, maka ilmu itu perlu disampaikan dengan cara, kaedah, prinsip, pendekatan dan

BMM3033E

Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

pengolahan yang sesuai dengan pelajar. Melalui pengalaman menyiapkan tugasan ini, saya
mengetahui kepentingan pengajaran bahasa dan teknik pengajaran yang berkesan haruslah
dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Seorang guru mesti mempunyai daya
kreativiti, bijak memilih bahan yang sesuai dan kaedah pengajaran yang terbaik agar ianya
berkesan.
Kewujudan atau perkembangan penemuan ilmu-ilmu baru sentiasa berkembang dan tidak
statik supaya para pendidik mendapat ilmu mutakhir dan tidak ketinggalan zaman. Perubahan
dalam pendidikan tidak dapat dielakkan kerana setiap ilmu dan penemuan akan berubah ke arah
penambahbaikan setiap masa. Masa dan pelbagai faktor lain menuntut perubahan dalam
pendidikan. Inovasi pendidikan amat perlu bagi menghadapi dunia tanpa sempadan. Oleh itu,
sebagai guru saya perlu

memilih dan menyesuaikan apa yang telah dipelajari mengikut

kesesuaian semasa.
Melalui tugasan ini, saya perlu melengkapkan diri dengan ilmu yang berkaitan dengan
cara-cara

untuk

melaksanakan

penilaian

terhadap

keberkesanan

proses

pengajaran.

Pengajaran perlu dirancang oleh guru secara sistematik dan teliti untuk melaksanakannya
dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan
murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan
menguasai kemahiran yang diperlukan.
Proses

pentaksiran,

pengujian

dan

penilaian

bahasa

Melayu

merupakan

proses terpenting di dalam melengkapkan matlamat PdP. Kejayaan dan kelemahan suatu
proses pengajaran dan pembelajaran bergantung sepenuhnya di atas bahu guru yang
memegang amanah untuk melaksanakan proses tersebut. Sejajar dengan Falsafah Pendidikan
Negara yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani, maka peranan yang sangat besar perlu dilaksanakan oleh seorang guru dalam
merealisasikan hasrat yang terkandung dalam falsafah pendidikan tersebut.
Saya sedar bahawa setiap murid yang saya didik mempunyai potensi yang berbagai.
Potensi tersebut merupakan modal insan yang dapat dibentuk dan dikembangkan lagi untuk
mengupayakan setiap murid nanti memberikan sumbangan kepada pembangunan diri, keluarga,
masyarakat dan negara. Modal insan yang dinyatakan di dalam FPK mencakupi kecerdasan
intelek, rohani, emosi dan kecergasan jasmani. Dengan mengaplikasikan secara berterusan,
menyeluruh, bersepadu dan seimbang terhadap pengetehuan,kemahiran, nilai dan EMK
menerusi mata pelajaran Bahasa Melayu, pembangunan modal insan boleh dicapai.

Penambahbaikan

BMM3033E

Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Bagi mengatasi masalah dan kelemahan yang saya lalui,saya telah belajar dan meminta
pandangan dan pendapat daripada rakan-rakan yang lebih mahir. Saya juga meminta tunjuk ajar
dan bimbingan daripada rakan-rakan guru di sekolah terutamanya guru pendidikan khas. Berkat
kerjasama rakan-rakan, saya dapat melaksanakan tugasan ini walaupun terdapat cabaran kerja
yang hakiki.
Saya juga perlu belajar mengurus masa dengan baik. Sikap saya yang suka menangguh
kerja dan menyiapkan tugasan di saat-saat akhir perlu saya perbaiki agar pada masa-masa akan
datang saya dapat menghasilkan tugasan yang lebih baik dan sempurna. Sekarang, saya sangat
sedar tentang perlunya pengurusan masa yang baik untuk melaksanakan tugas-tugas hakiki di
sekolah dan dalam masa yang sama saya perlu memberikan komitmen yang tinggi dalam
menjalani Program Pensiswazahan Guru ini.
Melalui tugasan ini juga, hubungan saya bersama rakan sekuliah semakin rapat. Kami
dapat berkongsi idea dan bertukar-tukar pandangan melalui e-mail untuk menghasilkan tugasan
yang lebih baik. Tidak ketinggalan juga saya dapat berkolaboratif dengan rakan-rakan lain
melalui telefon dan laman sesawang. Kesukaran melaksanakan tugasan ini juga telah
menjadikan saya lebih tabah dan banyak bersabar. Hasilnya, semua perancangan untuk
membuat tugasan ini berjalan dengan lancar.

Penghargaan
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah, Puan Norhayati binti Md
Yatim kerana memberi peluang kepada kami amnya dan saya khususnya untuk menghasilkan
tugasan ini mengikut tajuk yang ditetapkan. Begitu juga dengan rakan-rakan dalam kumpulan
yang sering berhubung untuk menyiapkan tugasan ini. Rasanya amat perlu sekali saya
mengucapkan rasa terima kasih kepada isteri tercinta kerana banyak memberi sokongan dan
semangat kepada saya untuk mengikuti PPG ini. Saya juga bersyukur kepada ALLAH S.W.T
kerana dengan rahmatNya, saya dapat menyiapkan tugasan yang diberikan ini mengikut waktu
yang telah ditetapkan walaupun pelbagai masalah yang timbul sebelum dan semasa menyiapkan
tugasan ini.

Hamaran Bin Mohamed Ariff


710127015055
PPG 2012191360182

BMM3033E

Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Rujukan
Abdullah Hassan. (1987). Isu-isu Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur
: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Asmah Haji Omar. (1984). Kaedah Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
Benjamin S. Bloom. (1989). Objektif Pendidikan. Selangor : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Lee Shok Mee & Mok Soon Sang. (1989). Pengujian Dan Penilaian Dalam Pendidikan. Kuala
Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mohd Najib Ghafar. (1997). Pembinaan Dan Analisis Ujian Bilik Darjah. Johor : Universiti
Teknologi Malaysia Skudai.
Mokhtar Ismail. (2009). Pentaksiran Pendidikan Edisi Kedua. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan
Pustaka.

BMM3033E

Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Ramina Haji Sabran. (1991). Penilaian Dan Pengujian Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa Dan Pustaka.

Sharifah Alwiah Alsagoff (1986). Ilmu pendidikan: pedagogi. Kuala


Lumpur: Heinemann, ctk. 4.
Mok Soon Seng (1992). Pedagogi 2: Strategi pengajaran pembelajaran
mikro. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman

Kamarudin Hj. Hussin dan Siti Hajar Hj. Abd. Aziz (1998). Pengajian Melayu 5
dan 6 (Pemulihan dan Pengayaan, Pengurusan Sumber). Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Falsafah Pendidikan Kebangsaan Matlamat dan


Misi Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum

Nik Safiah Karim et. al. (2006). Tatabahasa Dewan Edisi Semakan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Raminah Hj. Sabran ( 1985 ). Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur:
Fajar Bakti Sdn. Bhd.

http://eprints.utm.my/3680/1/71881.pdf

Penerbit

BMM3033E

Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

http://ilmu.edublogs.org/2011/06/27/apakah-pengajaran-dan-pembelajaran-berkesan/

http://library.utem.edu.my/index2.php?
option=com_docman&task=doc_view&gid=5001&Itemid=342

http://www.docstoc.com/docs/19708076/PENGAJARAN-DAN-PEMBELAJARAN-YANGBERKESAN-BEBERAPA-TEORI-YANG

http://www.google.com.my/url?
sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=2&ved=0CC4QFjAB&url=http%3A%2F
%2Fclassnetwork.net%2Ffoundations%2Fdrabdullah
%2Fnota4pf2216AAPP_8Sept.doc&ei=K0uYT-f4H87HrQeZySqAQ&usg=AFQjCNFT7y6atUE3zq35av8X5-vEGSXfNw&sig2=AYsMXHlx4oNNRxLLMQTQAw

http://www.skb.edu.my/index1.php?v_art&id=40&jm=46&offset=&go=10&tjk=Kaedah,%20Teknik,
%20Pendekatan%20dan%20Strategi%20Pengajaran%20dan%20Pembelajaran

54

You might also like