You are on page 1of 5

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN

BELIA MALAYSIA KALI KE-3


PERATURAN PERTANDINGAN BADMINTON BERPASUKAN CAMPURAN
1.0

PERATURAN AM
1.1

Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung,


pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-undang
Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang terkini.

1.2

Sekiranya
timbul
sebarang
perselisihan
dari
segi
pentafsirannya, undang-undang dalam Bahasa Inggeris yang
terkini akan dipatuhi.

1.3

Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan di dalam


peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut :1.3.1 Semua kejadian am akan diputus berasaskan kepada
PERATURAN AM PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN
BELIA MALAYSIA III, 2012.
1.3.2 Sebarang perselisihan teknikal akan diputus berasaskan
kepada Undang-undang Permainan Persekutuan
Badminton Dunia (BWF)

1.4

2.0

Semua
keputusan
yang
dibuat
oleh
Jawatankuasa
Pertandingan dan Teknikal Badminton PESTA SUKAN DAN
KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA III, 2012 adalah MUKTAMAD.

TARIKH PERTANDINGAN
22 hingga 25 November 2012

3.0

TEMPAT PERTANDINGAN
Komplek Sukan Tan Sri Dr. Mohd Said Seremban 2, Seremban, Negeri
Sembilan.

4.0

PENYERTAAN
4.1

Penyertaan adalah terbuka kepada semua Persatuan


Belia/Badan Gabungan Majlis Belia Malaysia. Penyertaan
hendaklah dibuat melalui Persatuan/Badan Gabungan
masing-masing.

4.2

Setiap kontinjen hanya boleh mendaftarkan 1 pasukan yang


terdiri daripada :Pengurus/Jurulatih
Pasukan

1 orang

Atlet Lelaki

5 orang

Atlet Wanita

5 orang

JUMLAH

5.0

6.0

11 orang

KELAYAKAN PESERTA
5.1

Hanya peserta yang lahir pada tahun antara 1 Januari 1972


dan ke atas sahaja layak didaftarkan oleh sesuatu pasukan.

5.2

Semua pasukan hendaklah mengemukakan dua (2) salinan


kad pengenalan bagi setiap peserta bersama dengan borang
pendaftaran peserta.

5.3

Hanya pasukan yang didaftarkan dengan wang pendaftaran


RM 50.00 mengikut Peraturan Am Perkara 7.2 sahaja yang
layak menyertai pertandingan ini.

5.4

Kelayakan atlet negeri atau kebangsaan adalah merujuk


kepada Peraturan Am Perkara 4.6, PESTA SUKAN DAN
KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA III, 2012.

5.5

Bagi persatuan atau pertubuhan yang tidak mempunyai ahli


wanita atau lelaki adalah merujuk kepada Peraturan Am
Perkara 4.8, PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA
MALAYSIA III, 2012.

TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN


6.1

Taklimat Pengurus Pasukan akan diadakan satu (1) hari


sebelum pertandingan pertama dijalankan iaitu pada 22
November 2012. Masa dan tempat akan dimaklumkan oleh
Jawatankuasa Penganjur.

6.2

Pengurus-pengurus pasukan dikehendaki mengemukakan


senarai nama peserta bersama dengan kad pengenalan, dan
borang pertandingan yang asal untuk disahkan. Tambahan
kepada bilangan peserta yang telah didaftarkan tidak
dibenarkan.

6.3

Senarai peserta yang disahkan semasa taklimat pengurus


pasukan adalah muktamad.

7.0

9.0.

SISTEM PERTANDINGAN
7.1.

Pertandingan ini akan dijalankan mengikut sistem kalah keluar


dan kiraan mata bagi setiap perlawanan adalah sistem 21
mata.

7.2

Perlawanan akan di hentikan apabila keputusan antara


pasukan tercapai, iaitu pasukan yang telah menang sebanyak
3 perlawanan dalam 5 perlawanan terbaik.

7.3

Susunan Perlawanan (Order of Play)

Perseorangan Wanita

Perseorangan Lelaki

Bergu Wanita

Bergu Lelaki

Bergu Campuran

7.4

Borang kandungan pemain pasukan (Composition of Team)


mestilah di sampaikan kepada Referi pertandingan tiga puluh
(30) minit sebelum perlawanan di mulakan.

KELEWATAN
9.1

Lima belas (15) minit akan diberikan kepada pasukanpasukan. Jika selepas masa itu sesuatu pasukan tidak dapat
hadir dengan sekurang-kurangnya lima (5) orang pemain,
maka pasukan berkenaan dikira menarik diri daripada
pertandingan.

12.0 MENARIK DIRI


12.1

Menarik diri tidak dibenarkan. Jika ianya berlaku, pasukan


berkenaan dianggap menarik diri daripada keseluruhan
pertandingan dan pasukan berkenaan tidak dibenarkan lagi
menyertai perlawanan seterusnya.

12.3

Tindakan disiplin terhadap pasukan yang menarik diri akan


diambil oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal
Persatuan Badminton Malaysia.

13.0 PENANGGUHAN
13.1

Sekiranya memerlukan penangguhan atau hendaklah merujuk


Perkara 12, Peraturan Am PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN
BELIA MALAYSIA III, 2012

14.0 PEGAWAI-PEGAWAI TEKNIKAL PERTANDINGAN


14.1

Majlis Belia akan melantik Ketua Delegat Teknikal, delegatdelegat teknikal dan pegawai-pegawai teknikal tertakluk
kepada Perkara 15, Peraturan Am PESTA SUKAN DAN
KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA II, 2010.

15.0 BANTAHAN DAN RAYUAN


15.1

Semua bantahan atau rayuan hendaklah merujuk kepada


Perkara 18 PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA
MALAYSIA KALI KE II, 2010

16.0 TINDAKAN TATATERTIB


16.1

Tindakan Tatatertib yang akan diambil ialah mengikut


Undang-undang Persekutuan Badminton Dunia (BWF)

17.0 JURI RAYUAN


17.1

Juri Rayuan terdiri daripada lima (5) orang yang dilantik oleh
Jawatankuasa pengelola iaitu :1.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Badminton

2.

Ketua Delegat Teknikal

3.

Tiga (3) orang Pengurus Pasukan yang tidak terlibat

17.2

Juri Rayuan akan bersidang dalam masa dua (2) jam setelah
menerima bantahan atau rayuan dan akan menyampaikan
keputusan kepada Jawatankuasa Pertandingan untuk
diumumkan.

17.3

Keputusan Juri Rayuan adalah muktamad.

18.0 JAWATANKUASA TATATERTIB


18.1

Jawatankuasa Tatatertib terdiri daripada lima (5) orang yang


dilantik oleh Persatuan Badminton Malaysia iaitu :18.1.1 Presiden Persatuan Badminton Malaysia atau
wakilnya.
18.1.2 Pengerusi Jawatankuasa Pengelola.
18.1.3 Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan/Teknikal
Kebangsaan.
18.1.4 Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Kebangsaan.
18.1.5 Ketua Delegat Teknikal/Pengarah Pertandingan/
Pengurus Pertandingan.

18.2

Jawatankuasa Tatatertib akan bersidang dalam masa dua (2)


jam setelah menerima laporan daripada Pengarah Pertandingan
/Pengurus Pertandingan dan Pengadil serta membuat
keputusan jika tindakan tatatertib perlu diambil berlebihan
daripada Para 17.1 di atas.

18.3

Jawatankuasa Tatatertib berhak mendapatkan sebarang


maklumat lanjut daripada mana-mana pihak yang berkaitan
dengan perkara yang dibincangkan itu untuk membuat
keputusan.

18.4

Semua keputusan Jawatankuasa Tatatertib adalah muktamad


dan tidak tertakluk kepada rayuan, baik di mahkamah
mahupun dengan cara lain.

19.0 HADIAH-HADIAH
19.1

Pingat-pingat kemenangan akan disediakan seperti berikut :EMAS

PERAK

GANGSA

1(11)

1(11)

1(11)

You might also like