You are on page 1of 1

1.

PENDAHULUAN

1.1

Latar Belakang Kajian/Konteks Kajian


Hasrat yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara ialah untuk

menjadikan pendidikan di Malaysia sebagai satu usaha yang berterusan untuk


memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu agar dapat
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha tersebut adalah
untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan Negara. (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003)

Begitu juga dalam Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh Perdana Menteri
ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad menggariskan matlamat menjadikan Malaysia
negara maju mengikut acuan sendiri iaitu mencapai kemajuan seimbang daripada
segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan. Malaysia berhasrat
menjadi sebuah negara yang masyarakatnya bersatu padu dan mempunyai keyakinan
diri yang tinggi, berpegang teguh kepada nilai agama, moral dan etika

You might also like