You are on page 1of 36

BIL 1/2015

MELAKA MAJU FASA ||


NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU

MAJLIS TEKNOLOGI HIJAU

MALAYSIA MELAKA

PROGRAM HARI TANPA BEG PLASTIK DI NEGERI MELAKA


MELAKA NEGERI PERTAMA DI MALAYSIA LANCAR COMOS ECO RIDE

PENYERTAAN KERAJAAN NEGERI MELAKA DI (IGEM 2014)

KMB 5MWP SOLAR FARM - IKON HIJAU NEGERI MELAKA


MPAG TERIMA ANUGERAH ANTARABANGSA TEKNOLOGI HIJAU

ISI KANDUNGAN
PERUTUSAN Y.A.B KETUA MENTERI MELAKA ____________________________________________________ 3
DARI MEJA KETUA EDITOR __________________________________________________________________ 4
SIDANG REDAKSI
PROGRAM HARI TANPA BEG PLASTIK __________________________________________________________ 5
MELAKA NEGERI PERTAMA LANCAR COMOS ECO RIDE ___________________________________________ 7
PENYERTAAN KERAJAAN NEGERI MELAKA DI PAMERAN IGEM 2014 _________________________________ 9

MELAKA PERINTIS PROJEK KECEKAPAN TENAGA ________________________________________________ 11


KMB, PTHM JALIN KERJASAMA DENGAN DUA SYARIKAT JEPUN ____________________________________ 12
PROGRAM PELANCARAN LOGAL AGENDA 21 (LA21) PENANAMAN DAERAH JASIN OLEH MPJ ___________ 13
KMB 5MWP SOLAR FARM - IKON HIJAU NEGERI MELAKA __________________________________________ 16
CADANGAN PEMBANGUNAN SOLAR FARM 8MW SELUAS 17.17 EKAR - GADING KENCANA SDN BHD ______ 17
TAKLIMAT PEROLEHAN HIJAU KERAJAAN (GGP) NEGERI MELAKA ___________________________________ 18
PERTANDINGAN KURANGKAN KARBON 2014 DI PERINGKAT _______________________________________ 19
MAJLIS PERBANDARAN HANG TUAH JAYA (MPHTJ)

AMALAN HIJAU
AUDIT PERLAKSANAAN AMALAN PEJABAT HIJAU MPAG 2014 ______________________________________ 21
MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PERTANDINGAN KITAR SEMULA SEKOLAH-SEKOLAH ________________ 22
PERINGKAT KEBANGSAAN SEMPENA HARI SAMBUTAN KITAR SEMULA KEBANGSAAN 2014
PERTANDINGAN AMALAN HIJAU PEJABAT PERBADANAN KEMAJUAN TANAH ADAT MELAKA ____________ 24
FORUM AMALAN HIJAU BUDAYA MURNI ______________________________________________________ 26

PENCAPAIAN HIJAU
KMB, SAMB RAIH ANUGERAH KECEMERLANGAN KETTHA _________________________________________ 28
MPAG TERIMA ANUGERAH ANTARABANGSA TEKNOLOGI HIJAU ____________________________________ 29
POLITEKNIK MERLIMAU MEMENANGI ANUGERAH ASEAN ENERGY AWARD ___________________________ 30
ANUGERAH BANDARAYA PERSEKITARAN LESTARI ASEAN 2014 _____________________________________ 31
(ENVIRONMENT SUSTAINABLE CITIES AWARD)

KURSUS AMALAN HIJAU NEGERI MELAKA _____________________________________________________ 32


PENYERTAAN KERAJAAN NEGERI MELAKA KE LEDS FORUM DI YOGYAKARTA, INDONESIA _______________ 33
LAWATAN HIJAU WARGA JABATAN ALAM SEKITAR MELAKA KE PUSAT REHABILITASI ____________________ 34

PERUTUSAN
<$%.(78$0(17(5,0(/$.$

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.
Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. dengan rahmat dan keizinanNya, Buletin Majlis Teknologi Hijau
Melaka, Malaysia (MTHM) edisi Bil.1/2015 dapat diterbitkan. Sebagai pembuka tirai tahun 2015, saya mengucapkan
Selamat Tahun Baharu 2015. Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh Sidang Redaksi Buletin MTHM yang
dapat meneruskan kesinambungan penerbitan buletin secara berkala ini.
Melangkah ke tahun baharu, bermakna semangat jitu, iltizam yang kuat dan sentiasa ingin berdaya saing perlu diterapkan dalam diri setiap individu dalam memastikan pelbagai perancangan yang telah disusun dapat dilaksanakan bagi
memastikan semua projek dan program teknologi hijau direalisasikan dengan cemerlang dan mengorak langkah maju
ke hadapan seiring dengan visi Melaka sebagai sebuah Negeri Bandar Teknologi Hijau menjelang tahun 2020.
Akhir kata, saya berharap semoga penerbitan buletin ini diharapkan menjadi wadah dalam menyalurkan informasi
terkini mengenai pembangunan dan pelaksanaan teknologi hijau kepada rakyat Melaka khususnya dan Malaysia
amnya.
Selamat Maju Jaya.

TIDAK SEMPURNA MELAWAT MELAKA, JIKA TIDAK MENYUSURI SUNGAI MELAKA.


MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG FASA KE-II.
MELAKA 752 TAHUN.
Wassalam,

(DATUK SERI (DR) IR. HAJI IDRIS BIN HAJI HARON)


Ketua Menteri Melaka
Merangkap:
Pengerusi Majlis Teknologi Hijau Malaysia Melaka

Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa II


Negeri Bandar Teknologi Hijau

DARI MEJA
.(78$(',725

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
Terlebih dahulu marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan IzinNya
jua kita berada dalam di dalam keadaan sihat dan sejahtera.
Usaha Sekretariat Majlis Teknologi Hijau Malaysia Melaka dalam menerbitkan Edisi Kelapan, Buletin Majlis
Teknologi Hijau Malaysia Melaka Bil 1/2015 ini merupakan salah satu inisatif yang amat baik. Ini kerana melalui
penerbitan ini, semua pihak terutamanya rakyat Negeri Melaka boleh mengetahui perkembangan terkini pembangunan
teknologi hijau di Negeri Melaka juga memperolehi gambaran mengenai masa hadapan Negeri Melaka dan seterusnya
bersama-sama dengan kerajaan untuk menjayakan matlamat yang telah ditetapkan.
Sesungguhnya, sepanjang tahun 2014 pelbagai inisiatif telah dilaksanakan antaranya Projek Bandar Hijau Hang Tuah
Jaya, Melaka World Solar Valley, Ladang Solar 5MWp KMB, Program Low Carbon City Framework (LCCF),
Program MYCARBON, Program Biodiesel Melaka, Meterai Hijau Melaka, Hari Tanpa Beg Plastik, Kempen Dont
Mess With Melaka, IMT-GT International Green Training Center (IGTC), Projek Perintis Meter Pintar, Projek Perintis
Pengauditan Tenaga Bagi Sembilan (9) Buah Bangunan Kerajaan, Bas Eleketrik, Stesen Pengecas Kereta Elektrik,
Comos Eco Ride, Program Smart Communities, Program Kecekapan Tenaga oleh Sektor Swasta. Beberapa pengiktirafan juga turut diraih antaranya Green Apple Awards, KeTTHA Excellence Awards dan Anugerah Bandaraya Persekitaran Lestari Asean.
Selain itu, untuk tahun 2015, akan lebih banyak lagi inisiatif hijau yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri selaras
dengan visi menjadikan Melaka sebagai sebuah Negeri Bandar Teknologi Hijau menjelang tahun 2020.
Akhir kata, saya berharap agar penerbitan buletin ini dapat menarik minat dan sokongan semua pihak terhadap
teknologi hijau dan menjadikan amalan teknologi hijau sebagai amalan wajib dalam kehidupan seharian sejajar dengan
matlamat Kerajaan Negeri Melaka yang berkonsepkan Negeri Bandar Teknologi Hijau
Sekian, terima kasih.
Salam hormat,
(DATUK HAJI KAMARUDIN BIN MD SHAH)
Ketua Editor
Merangkap Setiausaha Majlis Teknologi Hijau Malaysia Melaka

Sidang Redaksi

Editor
En. Rahman Bin Mohd Din
Setiausaha Bahagian, UPEN

Penaung
Y.A.B Datuk Seri (Dr) Ir. Haji Idris Bin Haji Haron
Ketua Menteri Melaka

Penyelaras Penerbitan
En. Saiful Hazwa Bin Kipli
Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (ABM),
UPEN

Penasihat
Y.B Datuk Wira Haji Md Yunos Bin Husin
Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Dan Teknologi,
Teknologi Hijau Dan Inovasi
Pengerusi
Y.B Datuk Wira Haji Naim Bin Abu Bakar
Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
Timbalan Pengerusi
YBhg. Datuk Roslan Bin Ibrahim
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
(Pembangunan)

Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa II


Negeri Bandar Teknologi Hijau

Penulis & Penyumbang Bahan


Unit Perancang Ekonomi Negeri Melaka
Perbadanan Teknologi Hijau Melaka
Politeknik Merlimau
Majlis Perbandaran Alor Gajah
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya
Majlis Perbandaran Jasin
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal &
Pembersihan Awam
Jabatan Alam Sekitar Melaka
Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka
Kumpulan Melaka Berhad
Gading Kencana Sdn Bhd
Dr. Zorina Khalid

Terbitan
Unit Perancang Ekonomi Negeri Melaka,
Jabatan Ketua Menteri Melaka,
Aras 5, Blok Bentara, Seri Negeri Ayer Keroh,
75450 Hang Tuah Jaya, Melaka.
No. Tel : +606-2307597 / 7272 / 7596
No. Faks : +606-2312950
www.melaka.gov.my
www.melakagreentech.gov.my

PROGRAM HARI TANPA BEG PLASTIK


DI NEGERI MELAKA
Bermula 1 Januari 2015, Program Hari Tanpa Beg Plastik Di Negeri Melaka akan dilaksanakan pada
setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Program ini telah dijalankan secara berperingkat, dimulai dengan :-

1 Januari 2011- Pelancaran Hari Tanpa Beg Plastik Setiap Hari Sabtu di Seluruh Negara
4 April 2014 - Pelancaran Hari Tanpa Beg Plastik Setiap Jumaat dan Sabtu di Negeri Melaka
1 Januari 2015 - Pelancaran Hari Tanpa Beg Plastik Setiap Jumaat, Sabtu dan
Ahad di Negeri Melaka
Pelaksanaan program ini bukan bertujuan untuk membebankan masyarakat sebaliknya sebagai satu komitmen Kerajaan Negeri bagi melestarikan Melaka sebagai Negeri Bandar Teknologi Hijau.
Objektif pelaksanaan program adalah untuk menggalakkan orang ramai membawa shopping bag sendiri dari rumah,
membudayakan sikap dan amalan kitar semula dikalangan masyarakat tanpa mengira peringkat, memastikan pasaraya
hanya membekalkan biobeg atau beg mesra alam sebagai alternatif lain bagi menggantikan penggunaan beg plastik
biasa.
Perbadanan Teknologi Hijau Melaka telah menganjurkan satu taklimat mengenai penggunaan beg mesra alam kepada
semua pasaraya besar di Melaka pada 23 Disember 2014. Wakil pasaraya telah diperkenalkan dengan pembekalpembekal beg mesra alam yang diperbuat daripada jagung, ubi kayu dan kertas. Jangka hayat bio beg ini lebih singkat
jika dibandingkan dengan beg plastik biasa yang memakan masa 100-500 tahun untuk terurai. Keadaan ini berbeza
dengan biobeg daripada jagung yang memakan masa 10 minggu untuk terurai manakala biobeg dari ubi kayu hanya
memerlukan 100 ke 200 hari untuk terurai.
Sesi penyerahan sticker program Hari Tanpa Beg Plastik kepada setiap pasaraya juga telah diadakan semasa taklimat
penggunaan beg mesra alam. Majlis penyerahan sticker telah disempurnakan oleh YB Datuk Wira Hj Md Yunos Bin
Husin, Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Dan Teknologi, Teknologi Hijau Dan Inovasi dengan diiringi oleh
YBhg. Datuk Hj Kamarudin Bin Md Shah, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Hijau Melaka.
Kesimpulannya inisiatif hijau ini memerlukan penglibatan semua pihak. orang ramai perlu mempunyai kesedaran
yang tinggi mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar dan impak negatif penggunaan beg plastik di dalam kehidupan seharian.

Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa II


Negeri Bandar Teknologi Hijau

AMBIL TINDAKAN TIDAK IKUT ARAHAN


Pemilik pasar raya, pasar mini atau kedai runcit termasuk kedai serbaneka di negeri ini bakal dikenakan tindakan undang-undang jika tidak memberi kerjasama menjayakan Hari Tanpa Beg Plastik selama tiga (3) hari bermula 1 Januari 2015.
Tindakan itu dibuat demi memastikan Melaka bebas beg plastik pada ketiga-tiga hari iaitu Jumaat,
Sabtu dan Ahad bermula pada tahun ini selaras dengan visi Kerajaan Negeri iaitu Negeri Bandar
Teknologi Hijau. Selain itu, ia bertujuan untuk bagi mendidik masyarakat tentang bahaya penggunaan bahan kimia dalam kehidupan dan adalah lebih bahaya apabila bahan kimia ini sukar larut
dan mengambil masa bertahun-tahun untuk luput.
Kerajaan Negeri tidak akan berkompromi dalam hal tersebut kerana melalui Perbadanan Teknologi Hijau
Melaka (PTHM) akan mula menguatkuasakan dan memantau perkara tersebut di semua pasar raya,
kedai runcit, kedai serbaneka 24 jam dan semua kedai di negeri ini agar mematuhi arahan dan undangundang tiga (3) Hari Tanpa Beg Plastik.

YB. Datuk Wira Hj. Md. Yunos Husin, EXCO Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi
Hijau dan Inovasi bersama YBhg. Datuk Hj. Kamarudin Md. Shah, Ketua Pegawai Eksekutif, PTHM
(kiri) menunjukkan beg plastik organik bebas kimia bio-plastik dibuat dari jagung dan tumbuhan organik
yang digunakan oleh Pasar Raya Aeon Jusco Ayer Keroh, Melaka.

Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa II


Negeri Bandar Teknologi Hijau

MELAKA NEGERI PERTAMA DI


MALAYSIA LANCAR COMOS ECO RIDE

Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Mohd. Najib Tun Razak telah melancarkan Comos Eco Ride, sekaligus
meletakkan Melaka sebagai negeri pertama di Malaysia yang melaksanakan konsep Cohensive Mobility
Solutions (COMOS) untuk kegunaan pelancong bersiar-siar di beberapa lokasi pelancongan sekitar Tapak
Warisan Dunia UNESCO.
Majlis bersejarah itu disempurnakan oleh Perdana Menteri sempena Majlis Terbuka Malaysia Deepavali di
Memorial Pengisytiharaan Kemerdekaan di Banda Hilir pada 1 November 2014.
Kumpulan Melaka Berhad (KMB) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan CMS
Konsortium Sdn. Bhd. bagi projek mengintegrasi kenderaan elektrik dan stesen pengecas COMOS serta
perkhidmatan kenderaan eco ride pada Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau dan Eko Produk (IGEM)
2014 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 16 Oktober 2014 yang disaksikan oleh Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin.
Menerusi MoU berkenaan, CMS Konsortium Sdn. Bhd. akan membekalkan lima (5) unit Renault Twizy dan
setiap unit mampu menampung dua (2) penumpang. Renault Twizy yang akan disewakan kepada pelancong turut dilengkapi dengan EV Ecosystem mengandungi informasi berkaitan latar belakang serta lokasi
yang hendak dilawati, jarak dan beberapa maklumat lain yang boleh membantu penyewa.
Penggunaan Comos Eco Ride telah dipraktikkan secara meluas di beberapa Bandar raya Negara maju seperti di Kota Paris.
Menerusi pelancaran Comos Eco Ride tersebut, kini Melaka muncul sebagai Negeri Pertama di Malaysia
yang mempraktikkannya meskipun terdapat perancangan awal untuk melaksanakannya di beberapa lokasi
seperti Kuala Lumpur, Langkawi, Johor Baharu dan Pulau Pinang.
Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa II
Negeri Bandar Teknologi Hijau

YAB Datuk Seri Ir. Hj. Idris B. Hj. Haron menyaksikan YAB Datuk Seri Utama Mohd Najib
Tun Razak menguji pandu Renault Twizy sempena Majlis Terbuka Malaysia Deepavali di
Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Banda Hilir.

YAB Datuk Seri Ir. Hj. Idris B. Hj. Haron turut memandu uji Renault

Twizy.

Dato Sri Haji Syed Zainal Abidin menemani YAB Datuk Seri Utama
Najib Tun Razak memandu uji Renault Twizy.

Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa II


Negeri Bandar Teknologi Hijau

YAB Datuk Seri Utama Najib Tun Razak kelihatan


ceria memandu uji Renault Twizy semasa melancarkan
Comos Eco Ride.

PENYERTAAN KERAJAAN NEGERI MELAKA DI PAMERAN


DAN PERSIDANGAN PRODUK EKO DAN TEKNOLOGI HIJAU
ANTARABANGSA 2014 (IGEM 2014)
Pameran Dan Persidangan Produk Eko Dan Teknologi Hijau Antarabangsa 2014 (IGEM 2014) merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh KeTTHA secara strategik untuk menerajui kepimpinan dalam sektor teknologi hijau di
rantau Asia.
Pameran berteknologi hijau tersebut telahpun diadakan pada 16 18 Oktober 2014 bertempat di Pusat Konvensyen
Kuala Lumpur (KLCC) yang bertemakan Creating Green Wealth dan telah berlangsung dengan jayanya di mana
Kerajaan Negeri Melaka telah menyertainya selama empat (4) tahun berturut-turut.
Pameran tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato Hj. Muhyiddin Bin
Haji Mohd Yassin dan telah menarik minat hampir 600 syarikat dan organisasi menyertai pameran tersebut.
Kerajaan Negeri Melaka diwakili oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Perbadanan Teknologi Hijau
(PTHM), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Majlis
Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Kumpulan Melaka Berhad (KMB) dan Invest Melaka.

YAB Tan Sri Dato Hj. Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika melawat ke
booth pameran Kerajaan Negeri Melaka semasa Pameran Dan Persidangan Produk Eko Dan Teknologi Hijau Antarabangsa 2014 (IGEM 2014) di KLCC.
Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa II
9
Negeri Bandar Teknologi Hijau

YAB Datuk Seri Dr. Ir. Hj. Idris Bin Hj, Haron, Ketua
Menteri Melaka dan diiringi YB. Datuk Wira Hj. Md.
Yunos Bin Husin, EXCO Pelajaran, Pengajian
Tinggi, Sains Dan Teknologi, Teknologi Hijau Dan
Inovasi ketika melakukan lawatan ke booth-booth
pameran IGEM 2014.

YB. Datuk Wira Hj. Naim Abu Bakar, Setiausaha


Kerajaan Negeri Melaka (dua dari kanan) diiringi
pegawai kanan Kerajaan Negeri Melaka turut hadir
ke Pameran IGEM 2014 di KLCC.

Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Melaka semasa


sesi perbincangan bersama para pengunjung IGEM
2014.

10

Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa II


Negeri Bandar Teknologi Hijau

melaka PERINTIS PROJEK KECEKAPAN TENAGA


Sebanyak 10 bangunan hotel dan industri di negeri ini akan dijadikan bangunan perintis bagi
melaksanakan projek Kecekapan Tenaga di bawah program Komuniti Pintar.
Program tersebut merupakan inisiatif kerajaan negeri bersama Malaysian Industry - Government Group for
High Technology (MIGHT), Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) dan Persatuan Syarikat Perkhidmatan Tenaga Malaysia (MAESCO).
Antara bangunan hotel yang telah memberikan komitmen untuk mengambil bahagian ialah Hotel Hatten,
Hotel Equatorial, Philea Resort dan Hotel Ramada. Manakala bangunan industri pula ialah Panasonic Appliances Foundary Malaysia Sdn. Bhd., Dominant Opto Technologies Sdn. Bhd., Universiti Teknikal Malaysia
Melaka (UTeM), Infoneon Technologies(M) Sdn. Bhd., Sindutch Cable Manufacturer Sdn. Bhd. dan Telekom
Malaysia Berhad.
Melaka telah dipilih oleh MIGHT sebagai perintis bagi merealisasikan pelan tindakan bandar hijau. Antara
projek awal yang sedang dan akan dilaksanakan ialah program kecekapan tenaga bagi bangunan kerajaan
dan swasta, Waste Eco Park di Sungai Udang, projek teknologi rawatan air, Bandar Hijau Hang Tuah Jaya,
pengangkutan hijau, smart grid dan Solar Technology Park.
MIGHT dan PTHM akan menyelaras aktiviti sokongan termasuk pembangunan teknologi, pembiayaan
projek, pembangunan tekno-keusahawanan dan kordinasi melibatkan kementerian dan agensi pusat. Dan,
unjuran pelaburan oleh industri dalam melaksanakan projek-projek awal ini adalah dalam lingkungan
sekurang-kurangnya RM5.4 billion menjelang tahun 2020.
Selain itu, sebelum ini sebanyak sembilan buah bangunan kerajaan negeri terlibat di bawah program bandar
hijau Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia, Malaysia dan Thailand (IMT-GT). Bangunan-bangunan tersebut
termasuklah Seri Negeri, Graha Makmur Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Wisma Negeri,
Hospital Putra, Graha Maju, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Kompleks Melaka Sentral,
Wisma Air dan bangunan Majlis Perbandaran Alor Gajah.
Kesemua bangunan tersebut telah melalui proses audit tenaga dan laporan lengkap telah disediakan oleh
pihak perunding.
Gambar gambar di sekitar Majlis Menandatangani MoU bagi pelaksanaan Projek Kecekapan Tenaga.

Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa II


Negeri Bandar Teknologi Hijau

11

KMB, PTHM JALIN KERJASAMA


DENGAN DUA SYARIKAT JEPUN
Dua syarikat terkemuka kerajaan negeri iaitu Kumpulan Melaka Berhad (KMB) dan Perbadanan
Teknologi Hijau Melaka (PTHM) menjalinkan hubungan kerjasama dengan menandatangani
Surat Niat (Letter of Intent-LOI) bersama dua syarikat Jepun bagi menjalankan kajian rawatan air
dan teknologi pendingin hawa.
PTHM diwakili oleh Ketua Pegawai Operasinya, Datuk Hj. Kamarudin Md. Shah menandatangani Surat
Niat itu bersama Presiden Kyowakiden Industry Co. Ltd., Hideyuki Sakai bagi membuat kajian rawatan air
mentah di loji Merlimau selama sembilan bulan.
Manakala KMB diwakili Ketua Pegawai Operasinya, Ir. Khairul Ezuan Harun bersama Presiden EcoFactory
(Asia) Co. Ltd., Takanobu Murakami bagi membuat kajian berkaitan teknologi pendingin hawa terbaharu
tanpa mengeluarkan angin pada bangunan-bangunan baharu dan lama di negeri ini yang dapat menjimatkan penggunaan elektrik di mana kajian itu akan berjalan selama 12 bulan.
Majlis menandatangani LOI berkenaan telah berlangsung di Pejabat PTHM di Wisma Negeri pada 02
Disember 2014. Sekiranya usaha ini berjaya, hasil kajian itu akan disaran kepada Kerajaan Negeri bagi
mencapai persetujuan mengadakan perjanjian persefahaman (MoU) bersama syarikat berkenaan sekali
gus menjadikan Melaka sebagai negeri pertama di Malaysia yang mengguna pakai teknologi itu.
Hadir sama semasa majlis tersebut, Naib Presiden Malaysia Industry-Government Group for High Technology (MiGHT), Jabatan Perdana Menteri, Nik Ahmad Faizul Abdul Mallek.
Datuk Hj. Kamarudin (kanan) bersama Hideyuki
Sakai bertukar dokumen selepas menandatangani
LOI di Pejabat Perbadanan Teknologi Hijau Melaka
di Wisma Negeri pada 2 Disember 2014.

DELEGASI kedua-dua syarikat Jepun bergambar


bersama Datuk Hj. Kamarudin.

12

Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa II


Negeri Bandar Teknologi Hijau

Program
Program Pelancaran
Pelancaran Local
Local Agenda
Agenda 21
21 (LA21),
(LA21),
Penanaman
Penanaman Pokok
Pokok Dan
Dan Hari
Hari Tanpa
Tanpa Plastik
Plastik
Peringkat
Peringkat Daerah
Daerah Jasin
Jasin Oleh
Oleh MPJ
MPJ
Pemerhatian global terhadap isu pemeliharaan alam sekitar telah menjadi keutamaan dalam menjamin kesejahteraan perbandaran bagi dekad ini. Sumbangan serta penglibatan masyarakat dalam inisiatif pemeliharaan alam sekitar, program-program kesejahteraan komuniti seperti
kempen bandar hijau, amalan kitar semula, hari tanpa beg
palstik, amalan gaya hidup sihat dan pelbagai program
komuniti lain merupakan norma-norma serta amalan baik
yang telah dipraktiskan secara meluas oleh semua
lapisan masyarakat.
Sehubungan dengan itu, MPJ telah mengadakan program
Pelancaran LA21, Penanaman Pokok dan Hari Tanpa Beg
Plastik Peringkat Daerah Jasin pada 9 Disember 2014 bertempat di Jasin Bestari. Tujuan utama program ini
ini adalah sebagai usaha ke arah menerapkan nilai-nilai positif dan penuh tanggungjawab kepada komuniti
mengenai kepentingan menjaga alam sekitar dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Perasmian program ini telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah . Turut hadir
YDP MPJ, Tn. Hazudin Hashim, Adun Serkam, Zaidi Attan dan Ketua Umno Bhg. Jasin, Datuk Zaleha
Bujang serta semua kakitangan Majlis Pebandaran Jasin. Progam ini juga turut mendapat sokongan padu
dari peniaga, pemborong dan peruncit seperti Mydin Jasin, Econsave Cash & Carry, Jasin Point, Family
Store Dan Fresh & Convenient Retail.
Antara objektif program ini dilaksanakan adalah bertujuan
mendidik masyarakat tentang penjagaan alam sekitar
serta peranan masing-masing sebagai mata dan telinga
dalam memsatikan alam sekitar terpelihara. Di samping
itu, ia dapat menerapkan semangat cintakan kebersihan
sekali gus memupuk kesedaran masyarakat mengenai
kebersihan dan keindahan.
Objektif seterusnya adalah mewujudkan pembangunan
penanaman pokok-pokok hasil kesedaran terhadap
kepentingan alam semulajadi dan landskap kepada manusia serta meningkatkan penyertaan komuniti dalam
program pembersihan.

Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa II


Negeri Bandar Teknologi Hijau

13

Program ini juga turut menyaksikan sebanyak 200 batang pokok Tabebuia Rosea ditanam di
sekeliling tanah lapang seluas 8 ekar di Jasin Bestari, Menurut Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Tn. Hazudin Hashim, program ini bertepatan dengan status Melaka sebagai negeri pelancongan sekali gus memenuhi konsep negeri yang bersih.
Selain itu, penanaman pokok yang turut mendapat kerjasama dari pelatih-pelatih Program
Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Asahan ini juga dapat menyemai semangat cintakan
alam sekitar di kalangan masyarakat selain memperindahkan lagi kawasan Jasin Bestari yang
baru dibangunkan sejak tahun lalu. Dianggarkan seramai 120 pelatih PLKN dan juga penduduk setempat menjayakan program menanam pokok Tabebuia Rosea anjuran MPJ.
Tambahan lagi, usaha MPJ ini juga bagi merealisasikan
hasrat Ketua Menteri, Datuk Seri Ir. Idris Haron untuk
menanam lebih banyak pokok mirip Sakura (pokok
Tabebuia Rosea) membabitkan kawasan projek landskap baru dan taman perumahan.
Justeru itu, sudah menjadi tanggungjawab bagi setiap
individu mahupun komuniti untuk memupuk semangat
serta kerjasama cintakan kebersihan dan keindahan
kawasan. Untuk mewujudkan suasana ceria dan menarik kepada penduduk setempat, langkah pembangunan penanaman pokok memainkan peranan dalam
menyuntik hasil kesedaran terhadap kepentingan alam
semulajadi, landskap kepada manusia.
Program ini juga dapat membuka minda komuniti dan
masyarakat setempat selain memupuk kesedaran yang
tinggi dalam menghargai alam sekitar. Antara aktiviti
yang akan diadakan adalah gotong-royong membersihkan kawasan yang melibatkan penduduk setempat sebagai satu langkah menjaga kebersihan kawasan dan
alam sekitar.
Aktiviti ini diharap dapat memupuk semangat cintakan
kebersihan dan seterusnya menyediakan persekitaran
yang selesa, nyaman serta harmoni sebagai warisan
kepada generasi akan datang.
Dengan kempen sebegini, MPJ telah menyahut seruan
Kerajaan Negeri mencapai matlamat melaka negeri
bandar teknologi hijau di mana hari tanpa beg plastik
akan dilaksanakan pada setiap hari jumaat dan sabtu.

14

Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa II


Negeri Bandar Teknologi Hijau

Sekiranya usaha ini giat dilaksanakan di setiap premis perniagaan, ia mampu


mengubah mentaliti masyarakat ke arah Negeri Bandar Teknologi Hijau sekali gus memupuk
nilai-nilai murni terhadap kepentingan menjaga alam sekitar ini.
Antara faedah program kepada pihak yang terlibat adalah :Sebagai Penambahbaikan Kepada Landskap Seterusnya Mewujudkan Suasana Yang
Lebih Nyaman Dan Kondusif.
Sebagai Salah Satu Langkah Penghijauan Di Bandar Dan Kaedah Menangani Isu
Urban Heat Island Dan Juga Isu Pemanasan Global.
Meningkatkan Tahap Kesedaran Orang Awam Ke Arah Pemuliharaan Alam Sekitar
Selain Memberi Peluang Kepada Mereka Untuk Mempelajari Kaedah Amali Penanaman Dan Penjagaan Pokok.
Menanam Semangat Kecintaan Terhadap Alam Semulajadi Dan Hutan Di Kalangan
Masyarakat
Secara kesimpulannya, program sebegini dapat meyedarkan masyarakat mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar serta menyuntik sektor korporat dan syarikat perniagaan untuk
mengamalkan corporate social esponsibilities (CSR) khususnya dalam membantu untuk meningkatkan
kualiti hidup, menangani isu-isu pencemaran alam sekitar, pengurusan guna tanah secara bersepadu
dengan keseimbangan ekologi perbandaran.

Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa II


Negeri Bandar Teknologi Hijau

15

KMB 5MWp Solar Farm - Ikon Hijau Negeri Melaka


Projek Ladang Solar ini telah menjadi satu ikon hijau bagi negeri Melaka di mana ianya telah memberikan
impak yang besar dari segi penjimatan tenaga dan juga mendatangkan hasil keuntungan kepada Negeri
Melaka dalam jangka masa panjang.
Ladang Solar ini juga terus menerima kunjungan dari pihak luar untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan mengenai solar. Terbaharu Ladang Solar ini menerima kunjungan dari Perbadanan Putrajaya dan juga
Asean Regional School Electric Power Engineering bersama pihak Uniten.
Setakat Januari 2014 hingga Nov 2014 pula, Ladang Solar ini telah menjana tenaga sebanyak 6598.57
MWh bersamaan dengan RM 5.65 juta.

16

Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa II


Negeri Bandar Teknologi Hijau

CADANGAN PEMBANGUNAN SOLAR FARM


8MW SELUAS 17.17 EKAR
GADING KENCANA SDN BHD

Pemilik Tanah dan Pemaju


Pengarah Urusan
Pengarah Eksekutif
Keluasan Tanah
Jumlah Keseluruhan Kos Projek
Kapasiti Sistem Solar
Jumlah Solar Panel
Penjanaan Tenaga Tahunan
Tarikh Kelulusan Pelan (MPHTJ)
Tarikh Mula Kerja di Tapak
Tarikh Siap Kerja di Tapak
Tarikh Mula Tugas TNB (IOD)
Tarikh Mula Tugas SEDA (FiT CD)
Tarikh Kelulusan CCC (Arkitek)
Alamat Lengkap

:- Gading Kencana Sdn. Bhd.


:- Dato Ir. Muhamad Guntor Mansor Tobeng
:- Datin Hasnah Awang
:- 17.17 Ekar
:- RM 84,000,000.00
:- 8 MW (MegaWatt)
:- 29,092 (Unit)
:- 11,000 MWh (MegaWatt Hour) / 11,000,000 kWh
:- 15 Ogos 2013
:- 1 Oktober 2013
:- 31 Oktober 2014
:- 11 Disember 2014 (Initial Operation Date)
:- 23 Disember 2014 (FiT Commencement Date)
:- 31 Disember 2014
:- Kompleks Hijau Solar,
Jalan Solar 1, Bandar Hijau,
Hang Tuah Jaya,
75450 Ayer Keroh, Melaka.

Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa II


Negeri Bandar Teknologi Hijau

17

TAKLIMAT PEROLEHAN HIJAU KERAJAAN (GGP)


NEGERI MELAKA
Perbadanan Teknologi Hijau Melaka telah menganjurkan Taklimat Perolehan Hijau Kerajaan (GGP)
Negeri Melaka Tahun Bil 2/2014 bertempat di Swan Garden Hotel Melaka pada 17 November 2014.
Para peserta seramai 43 orang terdiri daripada pegawai perolehan, pegawai kewangan dan pengurusan dari jabatan kerajaan negeri, jabatan persekutuan, agensi dan anak syarikat Kerajaan Negeri
Melaka.
Perolehan Hijau merujuk kepada pemerolehan atau proses pemilikan secara pembelian, sewaan, sewa
beli, tukar barang atau seumpamanya yang melibatkan produk, perkhidmatan atau kerja yang mengambil
kira kriteria dan standard alam sekitar untuk memulihara sumber semulajadi dan meminimumkan impak
negatif hasil daripada aktiviti manusia.
Ini bermakna barangan dan perkhidmatan yang dibeli itu membawa kesan persekitaran yang sedikit ke
atas kesihatan manusia dan alam sekitar TANPA mengkompromi sifatnya berbanding barangan asal yang
tidak mesra alam. Alternatif pembelian hijau juga perlu lebih cekap dari segi penggunaan tenaga. Walaupun
pada awalnya hasil pembelian hijau mungkin kelihatan marginal, tapi secara purata, amalan ini memberikan pulangan yang berbaloi kepada Jabatan.
Para peserta telah didedahkan dengan Pengenalan Kepada Pelaksanaan Perolehan Hijau Kerajaan
Persekutuan oleh wakil dari Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Program MyHijau oleh wakil dari
GreenTech Malaysia dan Kepentingan Pelaksanaan Perolehan Hijau Bagi Mencapai Indikator Greencity
Action Plan Melaka (GCAP) oleh wakil dari International Green Training Centre (IGTC).

18

Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa II


Negeri Bandar Teknologi Hijau

PERTANDINGAN KURANGKAN KARBON 2014


DI PERINGKAT
MAJLIS PERBANDARAN HANG TUAH JAYA (MPHTJ)
Pertandingan Kurangkan Karbon 2014 di peringkat Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) telah dinilai pada Disember 2014 yang lalu yang diwakili oleh En. Ahmad Zairin Bin Ismail dari Malaysian Green Technology Corporation (MGTC) dan wakil MPHTJ.
Terdapat 14 bangunan yang dinilai di kawasan kajian Low Carbon City Framework (LCCF), MPHTJ yang
terdiri :
Wisma Persekutuan
Menara Persekutuan
Jabatan Audit Negara
Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KKDN)
Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Seri Negeri
Wisma Negeri
Masjid Al-Alami, Mitc
Inkubator K-Ekonomi
Menara Telekom
Melaka Planetarium
Perkeso
Melaka International Trade Center (Mitc)
Tujuan pertandingan ini diadakan adalah bertujuan untuk menyuntik semangat 14 bangunan terlibat untuk
sama-sama mencapai dan mencatatkan kadar pengurangan tertinggi terutama di dalam penggunaan bekalan elektrik dan bekalan air. Kesemua bangunan yang terlibat mempunyai Building Consumption Input
System (BCIS) bagi memantau penggunaan tenaga elektrik dan air di setiap bangunan.
Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa II
Negeri Bandar Teknologi Hijau

19

Pertandingan ini dinilai dengan beberapa kriteria iaitu melalui prestasi Sistem BCIS yang menfokuskan kepada bacaan bekalan elektrik dan bekalan air di setiap bangunan. Selain daripada itu,
kriteria amalan hijau dan penjimatan tenaga juga dinilai dan kesungguhan bangunan yang terlibat
terhadap mengurangkan karbon.
Keputusan Pertandingan Kurangkan Karbon 2014 telah diumumkan pada 31 Disember 2014 di perhimpunan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya dan diperingkat Negeri pada 13 Januari 2015 di perhimpunan
Kerajaan Negeri Melaka.

1
JOHAN :
Dimenangi oleh
Bangunan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM)
Hadiah : RM 1,000.00 & Sijil Penyertaan

2
NAIB JOHAN :
Dimenangi oleh
Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Hadiah : RM 500.00 & Sijil Penyertaan

20

Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa II


Negeri Bandar Teknologi Hijau

TEMPAT KETIGA :
Dimenangi oleh
Bangunan Seri Negeri
Hadiah : RM 200.00 & Sijil Penyertaan

AUDIT PELAKSANAAN AMALAN PEJABAT HIJAU


MPAG 2014
Audit pelaksanaan amalan pejabat hijau diadakan demi memupuk kesedaran tentang kelebihan
dan faedah-faedah amalan hijau terhadap warga MPAG. Audit ini diadakan sebagai peneraju
sektor kerajaan dalam amalan teknologi hijau di dalam pejabat, selaras dengan moto negeri
Melaka, Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau.
Dengan adanya audit ini, ini sekaligus dapat mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar disebabkan oleh aktiviti dan amalan seharian di tempat kerja.
Pihak Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) telah mengadakan Audit Pelaksanaan Amalan Pejabat Hijau
kali pertama dalam tahun 2014 pada 18 November 2014 yang lepas. Audit ini telah dilakukan dengan
kerjasama pihak Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Melaka
(UPEN) sebagai juruaudit.
Sebanyak 23 kriteria dinilai di dalam Audit Pelaksanaan Amalan Pejabat Hijau dan kesemua 20 zon di
dalam Majlis Perbandaran Alor Gajah terlibat di dalam pengauditan ini.

Wakil zon The Eye sedang menunjukkan inovasi berupa pewangi penghawa
dingin di zon mereka

Ketua zon Hang Tuah sedang memberikan penerangan kepada panel penilai

Panel penilai sedang bertanyakan sesuatu kepada wakil Zon Mekar Idaman

Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa II


Negeri Bandar Teknologi Hijau

21

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PERTANDINGAN


KITAR SEMULA SEKOLAH-SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN
SEMPENA HARI SAMBUTAN KITAR SEMULA KEBANGSAAN 2014
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) telah menganjurkan Pertandingan Kitar Semula Sekolah-Sekolah Peringkat
Kebangsaan anjuran bersama Kementerian Pendidikan Malaysia yang melibatkan seluruh sekolah
rendah dan sekolah menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Majlis Penyampaian Anugerah telah diadakan pada 15 November
2014 (Sabtu) bertempat di Taman Tasik Sri Serdang, Selangor sempena Hari Sambutan Kitar
Semula Kebangsaan 2014.
YBhg. Dato Seri Arpah menyampaikan ucapan perasmian

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ketua


sempena Hari Kitar Semula Kebangsaan 2014.
Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar,
Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), YBhg. Dato Seri Arpah binti Abdul Razak.

Pertandingan ini telah bermula pada 1 April 2014 sehingga 31 Oktober 2014 dimana penilaian dibuat
berdasarkan kutipan barangan kitar semula (kg) per kapita setiap sekolah. Kategori Pertandingan terdiri
daripada dua kategori iaitu Sekolah Rendah yang terdiri daripada sekolah bandar dan luar bandar dan
Sekolah Menengah yang terdiri daripada sekolah bandar dan luar bandar Pemilihan dibuat oleh Jawatankuasa Penilaian Pertandingan Kitar Semula Peringkat Kebangsaan dan pegawai daripada Bahagian
Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia.
40 buah sekolah telah menyertai pertandingan
tersebut yang merangkumi Sekolah Bandar dan
Sekolah Luar Bandar dan terdapat 3 buah sekolah
yang telah berjaya mewakili Negeri Melaka ke
pertandingan tersebut ke peringkat kebangsaan
iaitu SMK TINGGI PEREMPUAN MELAKA, SMK
GAJAH BERANG dan SEKOLAH KEBANGSAAN
AIR MOLEK.

YBhg Dato Seri Arpah bersama Ketua Pegawai Eksekutif


PPSPPA , YBhg. Datuk Ab. Rahim bin Md Noor menyempurnakan gimik perasmian.

22

Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa II


Negeri Bandar Teknologi Hijau

Pertandingan ini dijalankan bertujuan untuk mempromosikan aktiviti


kitar semula di antara sekolah sekolah bagi memperkasakan serta menggalakkan
aktiviti kitar semula agar ianya akan menjadi budaya di kalangan generasi muda
terutamanya para pelajar sekolah. Pertandingan ini juga merupakan satu inisiatif bersama pihak
PPSPPA dan KPM untuk memberi pengiktirafan kepada sekolah-sekolah yang melaksanakan
aktiviti kitar semula dengan cemerlang di peringkat sekolah masing masing. Disamping itu ianya
menggalakkan sekolah sekolah menubuhkan Kelab Kitar Semula dengan menggunapakai Modul
Latihan Kelab Kitar Semula yang telah diluluskan oleh KPM.
YBhg. Dato Seri Arpah bersama Ketua Pegawai Eksekutif PPSPPA, YBhg. Datuk Ab. Rahim bin Md Noor
menyampaikan hadiah dan sijil penganugerahan kepada para pemenang.

Para pemenang bergambar bersama YBhg. Dato Seri Arpah dan Ketua Pegawai Eksekutif PPSPPA, YBhg. Datuk
Ab. Rahim bin Md Noor sempena Majlis Penyampaian Anugerah Pertandingan Kitar Semula Sekolah-Sekolah
Peringkat Kebangsaan Sempena Hari Sambutan Kitar Semula Kebangsaan 2014.

Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa II


Negeri Bandar Teknologi Hijau

23

PERTANDINGAN AMALAN HIJAU PEJABAT


PERBADANAN KEMAJUAN TANAH ADAT MELAKA 2014
Buat julung-julung kalinya, Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (PERTAM) telah menganjurkan Pertandingan Amalan Hijau Pejabat dan telah berlangsung dengan jayanya pada 21 November
2014. Tujuan diadakan pertandingan antara zon ini supaya memberikan pendedahan kepada seluruh warga PERTAM tentang kepentingan menjaga alam sekitar.
Pertandingan ini melibatkan dua zon iaitu Zon Teratai dan Zon Jati. PERTAM telah menjemput Encik Mohamad Shafie Taib dari Majlis Perbandaran Alor Gajah sebagai juri tunggal dalam pertandingan ini kerana
beliau mempunyai pengalaman yang luas berkaitan amalan hijau di pejabat. Sebelum pengauditan
bermula, pertandingan ini dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PERTAM, YBhg. Datuk Yusof bin Haji
Jantan.

Bergambar bersama YBhg. Datuk Yusof Jantan, Ketua Pegawai Eksekutif


PERTAM, juri dan semua staf PERTAM.

Penyampaian cenderahati oleh Ketua Pegawai Eksekutif PERTAM kepada


juri En.Mohamad Shafie Taib.

YBhg. Datuk Yusof bin Haji Jantan, Ketua Pegawai Eksekutif PERTAM
memberikan ucapan sebelum merasmikan Pertandingan Amalan Hijau
Pejabat PERTAM.

Encik Mohamad Shafie Taib dari Majlis Perbandaran Alor Gajah memberikan ucapan pada majlis perasmian Pertandingan Amalan Hijau Pejabat
PERTAM.

24

Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa II


Negeri Bandar Teknologi Hijau

Keputusan pertandingan tersebut telah diumumkan pada hari yang sama. Kedua-dua zon telah
menunjukkan persaingan yang sengit. Zon Jati telah berjaya memenangi pertandingan dengan
markah sebanyak 96% berbanding dengan Zon Teratai iaitu sebanyak 94%. Tahniah diucapkan
kepada Zon Jati dan seluruh warga PERTAM kerana telah memberikan kerjasama dan sepenuh
komitmen dalam menjayakan pertandingan amalan hijau pejabat ini. Semoga komitmen ini akan
menjadi lebih lagi pada pertandingan akan datang!

Proses pengauditan sedang dilakukan di pantri pejabat, Zon Teratai.

Encik Muhammad Nurhady, Ketua Zon Teratai (kiri) dan Encik Ahmad Surjie,
Ketua Zon Jati (kanan)bergambar bersama selepas keputusan diumumkan.

Sekitar Persiapan Zon Jati dan Teratai

Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa II


Negeri Bandar Teknologi Hijau

25

Datuk Wira Haji Md Yunos Bin Husin (EXCO Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains
dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi) sedang memberi ucapan Perasmian.

FORUM AMALAN HIJAU BUDAYA MURNI


Bersempena dengan tema Melaka Bandar Teknologi Hijau, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka dengan
kerjasama Jabatan Agama Islam Melaka telah berjaya menganjurkan Forum Amalan Hijau, Budaya Murni
di Masjid Al-Azim Melaka pada 5 Disember 2014 bersamaan 12 Safar 1436H (Hari Jumaat).
Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Wira Haji Md Yunos Bin Husin (EXCO Pelajaran, Pengajian
Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi) dan dihadiri oleh lebih daripada 300 orang peserta
daripada jabatan-jabatan kerajaan negeri dan persekutuan, kolej, universiti dan lain-lain.
Objektif forum ini adalah untuk memberi kesedaran kepada warga kerja
amnya bahawa amalan hijau adalah berkait rapat dengan ajaran Islam
dan matlamat forum ini memang tercapai dengan penyampaian dan
perkongsian ilmu oleh 2 orang ahli panel yang memang hebat serta
sangat berpengalaman dalam amalan hijau. Mereka adalah En. Ismail
Abdullah (CEO IGTC - International Green Training Centre yang bertempat di Melaka) dan Ustaz Firdaus Wong Wai Hung (Penaung & Presiden
Multiracial Reverted Muslim, juga Ustaz dalam program TV Al-Hijrah).
Mereka telah menunjukkan beberapa ayat-ayat Al-Quran seperti Telah
timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan
sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak
merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan,
supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat) (Surah ar-Ruum, Ayat 41).
En. Ismail Abdullah
(CEO IGTC-International Green Training Centre)

Surah Al-Araf ayat 56 pula menyatakan Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah
menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya. Surah Al-Israa ayat 27 pula adalah Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan iti pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada tuhannya. Ini adalah antara surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran
yang jelas menunjukkan agama Islam memang mengajar umatnya untuk berhemah dan berjimat cermat
seperti yang dikehendaki dalam konsep amalan hijau dan menjaga bumi ciptaan Allah daripada kemusnahan.

26

Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa II


Negeri Bandar Teknologi Hijau

Ustaz Firdaus
(Penaung & Presiden Multiracial Reverted Muslim)

Ustaz Firdaus Wong juga menyampaikan konsep 7R dari perspektif


Islam iaitu Revelation (mempercayai wahyu), Repent (bertaubat),
Response (bertindak dan buat perubahan),Reuse (guna semula),
Recycle (Kitar Semula) dan Remind (sentiasa mengingatkan). Pengalaman dan pandangan mereka yang dikongsi pada hari itu telah
membuka mata para hadirin, terutama umat Islam tentang kepentingan dan keperluan membudayakan amalan hijau dalam kehidupan
seharian.

Majlis berakhir dengan sesi soal jawab yang mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada peserta
Forum. Rata-rata peserta berpuas hati dan lebih memahami konsep amalan hijau yang berkait rapat dengan
amalan dan Sunnah Nabi.
Sepanjang forum berlangsung, para peserta turut didedahkan dengan konsep Hijau contohnya air minuman
dalam botol tidak disediakan dan sarapan pagi telah dibungkus menggunakan beg kertas yang boleh dikitar
semula, sementara juadah tengah hari disediakan dalam bekas plastic gunasemula (bukan polystyrene). Tong-tong
sampah mengikut kategori juga disediakan.
Pihak penganjur mengharapkan program seperti ini dapat diteruskan lagi terutama di masjid-masjid agar matlamat Hijau ini betul-betul tercapai dan menjadi budaya bagi rakyat Malaysia untuk kesejahteraan dan kelestarian
hidup generasi yang akan datang.

Para peserta sedang mendengar ceramah.

Peserta wanita turut memberi fokus.

Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa II


Negeri Bandar Teknologi Hijau

27

KMB, SAMB raih Anugerah


Kecemerlangan KeTTHA
Kumpulan Melaka Berhad (KMB) meraih kategori Anugerah Kecemerlangan Tenaga sempena
Anugerah Kecemerlangan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) 2014 di Pusat
Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 18 Oktober 2014.
Anugerah ini diberikan kepada Kumpulan Melaka Berhad berdasarkan usaha usaha yang telah
dijalankan oleh pihak KMB di dalam pembangunan industri Tenaga Boleh Baharu melalui Ladang Solar
KMB di Melaka.
Anugerah berkenaan disampaikan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus
Johnity Ongkili yang mewakili Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Anugerah tersebut diterima oleh Ketua Pegawai Eksekutif KMB, Tn. Hj. Isnin Aman.
Pada majlis yang sama, Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) pula memenangi Anugerah Kecemerlangan
Air, anugerah tersebut diterima oleh Ketua Pegawai Eksekutif SAMB, Datuk Ir. Mohd. Khalid Nasir.
Turut hadir, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid serta Timbalan
Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka (Pembangunan), YBhg. Datuk Roslan Ibrahim.

YBhg. Datuk Roslan Ibrahim (depan, lima kiri) bersama YBhg. Datuk Ir. Mohd. Khalid Nasir dan YBhg. Tn.
Hj. Isnin Aman serta warga KMB dan SAMB pada Majlis Anugerah Kecemerlangan KeTTHA 2014 di KLCC.

Y.B. Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili menyampaikan Anugerah


Kecemerlangan Tenaga kepada YBhg Tn. Hj. Isnin Aman.

28

Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa II


Negeri Bandar Teknologi Hijau

MPAG TERIMA ANUGERAH


ANTARABANGSA TEKNOLOGI HIJAU
MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH terima Anugerah International Green Apple Awards For Environmental Best Practice And Sustainable Development 2014.
Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) telah menerima anugerah antarabangsa teknologi hijau iaitu
Anugerah International Green Apple Awards For Environmental Best Practice And Sustainable Development 2014 menerusi The Green Organisation yang berpusat di London, United Kingdom.
Penyerahan anugerah tersebut telah disampaikan oleh Encik Michael Cooke, Pengerusi panel penilaian
pertandingan kepada Yang Dipertua MPAG, Datuk Haji Murad Bin Haji Husin di The House Of Commons,
London, United Kingdom.
MPAG mempertaruhkan projek Alor Gajah Municipal Council Green Technology Initiative yang meliputi keseluruhan pembangunan dan inisiatif teknologi hijau di pelbagai peringkat lapisan masyarakat dan sektorsektor utama di kawasan pentadbiran MPAG.

Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa II


Negeri Bandar Teknologi Hijau

29

POLITEKNIK MERLIMAU MEMENANGI


ANUGERAH ASEAN ENERGY AWARD
Politeknik Merlimau (PMM) merupakan wakil Malaysia yang telah memenangi tempat pertama anugerah
ASEAN ENERGY AWARDS 2014 bagi kategori Small and Medium Building bagi ASEAN Best Practices
Award for Energy Management in Building and Industries.
Majlis penganugerahan telah dilangsungkan di Vientiane sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga
(AMEM) yang ke 32 baru-baru ini.
Politeknik Merlimau telah dipilih sebagai pemenang utama bersama Kantang Hospital, Thailand di bawah
projek Energy Management of Kantang Hospital manakala PMM pula di bawah melalui Energy Efficiency
Management of Merlimau Polytechnic. 2nd runner-up disandang oleh The Best Energy management From
The Loa Brewery Company, LAO PDR dan 1st runner-up dimenangani oleh Energy Management of PT.
Phapros TBK Semarang, Indonesia. Sebanyak tujuh belas kategori telah dipertandingkan dalam Asean
Energy Award kali ini.
Anugerah telah diterima oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik, Datuk Hj Mohlis bin Jaafar bagi
pihak Politeknik Merlimau dan beliau berkata bahawa Kemenangan ini merupakan satu kebanggaan
kepada JPP dan Politeknik Merlimau kerana merupakan agensi kerajaan pertama yang telah melaksanakan pengurusan kecekapan tenaga melalui Energy Performance Contract (EPC) dan telah memberikan kesan serta membantu usaha kerajaan dalam mengurangkan kos utiliti.
Pada majlis anugerah ini, PMM telah menjadikan
Malaysia antara Negara ASEAN yang diiktiraf
dalam usaha integrasi tenaga. Sehubungan itu,
projek ini akan diteruskan kepada 29 politeknik
seluruh Malaysia bagi mendapatkan impak yang
lebih besar kepada pengurangan jejak Karbon
sebanyak 40%.
Negara-negara ASEAN telah bergerak ke hadapan untuk mempromosikan integrasi tenaga
supaya boleh digunakan di dalam pelbagai bidang
seperti pembuatan dan pengeluaran.

30

Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa II


Negeri Bandar Teknologi Hijau

ANUGERAH BANDARAYA PERSEKITARAN LESTARI ASEAN 2014


(Environmentally Sustainable Cities Award)

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menerima Anugerah


Bandaraya Persekitaran Lestari Asean 2014 (Environmentally Sustainable Cities Award) sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Asean di
Vientiane, Laos pada 30 Oktober 2014 (Khamis).
Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Menteri Alam Sekitar dan
Sumber Asli Laos, Noulin Sinbandhit dan diterima oleh Datuk Bandar
MBMB, YBhg. Datuk Zainal Abu.
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menerima anugerah
ini atas beberapa inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan seperti
berikut :
Pengurusan alam sekitar dan promosi persekitaran segar di kawasan pentadbiran MBMB dengan
mengambil kira beberapa ciri termasuk udara yang bersih, tanah serta pengurusan air yang tidak
tercemar.
Larangan pelepasan minyak terus ke longkang dengan penguatkuasaan mandatory pemasangan
Grease Trap.
Pemuliharaan Sungai Melaka dalam kategori pengurusan air yang tidak tercemar serta mengekalkan keadaan semulajadi Sungai Melaka walaupun terdapat pembangunan pesat di sekitarnya.
Projek 'Melaka Clean Air for Smallest City'.
Mewartakan 'Green Low Carbon City' di kawasan-kawasan warisan.
Mewajibkan sistem pengumpulan air hujan untuk kelulusan bangunan.
Mengadakan taman di dalam kawasan hotel seperti King Hotel di Bachang.
Program penanaman pokok di kawasan MBMB setakat Oktober 2014 sebanyak 18,929 pokok telah
ditanam.
Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa II
Negeri Bandar Teknologi Hijau

31

KURSUS AMALAN HIJAU NEGERI MELAKA


SIRI 6 TAHUN 2014

Kursus Amalan Hijau Siri 6 telah diadakan pada 26 & 27 November 2014 bertempat di Hotel Swan
Garden Melaka dan telah disertai seramai 62 orang. Penyertaan peserta dari luar Melaka telah
meningkat dan menunjukkan maklumbalas positif. Kursus ini disasarkan kepada semua kakitangan
kerajaan dan pihak swasta untuk menggalakkan penglibatan semua peringkat kakitangan dalam
pelaksanaan pembangunan teknologi hijau di negeri Melaka.
Kursus Amalan Hijau Negeri Melaka dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran serta pendidikan mengenai teknologi hijau yang membantu dalam penjimatan tenaga dikalangan kakitangan awam dan
swasta. Ia bertujuan untuk mendidik peserta dalam mengurangkan intensity pelepasan gas rumah hijau
sekaligus dapat menanam disiplin diri agar lebih menghargai alam semulajadi dan memberikan komitmen
yang tinggi untuk mengurangkan impak negatif terhadap alam sekitar demi kepentingan bersama.
Kursus ini telah dijalankan dari tahun 2013, dan sehingga kini jumlah kakitangan yang terlibat telah mencapai 598 orang. Majlis penutup kursus tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hj Kamarudin Bin Md
Shah, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Hijau Melaka.

YBhg. Datuk Hj. Kamarudin Md. Shah, Ketua Pegawai Eksekutif PTHM
menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta kursus.

Kursus Amalan Hijau Negeri Melaka mendapat sambutan penyertaan


daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan dan swasta.

32

Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa II


Negeri Bandar Teknologi Hijau

Penyertaan Kerajaan Negeri Melaka ke


LEDS Forum di Yogyakarta, Indonesia
Kerajaan Negeri Melaka melalui Perbadanan Teknologi Hijau Melaka telah menyertai Asia Low Emission
Development Strategies (LEDS) And Green Growth Forum 2014 pada 10 hingga 13 November 2014 di Yogyakarta, Indonesia.
Forum ini dianjurkan oleh Asia LEDS Partnership dan Indonesia National Council on Climate Change (DNPI),
dengan sokongan daripada United States Agency for International Development (USAID), Climate and
Development Knowledge Network (CDKN), Organisation for Economic Co-operation and Development
(OECD) dan World Bank Group.

Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa II


Negeri Bandar Teknologi Hijau

33

LAWATAN HIJAU WARGA JABATAN ALAM SEKITAR


MELAKA KE PUSAT REHABILITASI
Pusat Rehabilitasi PERKESO adalah sebahagian daripada kumpulan Pertubuhan Keselamatan
Sosial (PERKESO) yang dibina dengan motif yang murni; iaitu untuk membantu orang berinsuran
PERKESO ataupun pekerja untuk menjalani proses pemulihan secara fizikal dan vokasional
sehingga kembali ke alam pekerjaan. Bangunan yang siap dibina ini telah mendapat pengiktirafan
Green Building (GBI) dan mempunyai ciri-ciri hijau yang mesra alam.
Untuk memberi pendidikan dan pendedahan kepada warga JAS Melaka tentang ciri - ciri hijau yang terdapat
di bangunan tersebut. Antaranya penggunaan mentol cekap tenaga (LED), penggunaan tenaga solar di
street lighting, Sistem Penguraian Air Hujan (SPAH) bawah tanah untuk kegunaan siraman tamanan
pokok-pokok dan penggunaan hybrid buggy untuk pengangkutan. Semoga lawatan yang dijalankan ini
akan memberi manfaat serta melahirkan warga JAS Melaka yang komited dalam amalan dan aplikasi
teknologi hijau ke dalam budaya kerja organisasi JAS Melaka selaras dengan tujuan pengurangan karbon
dan mitigasi perubahan iklim.

Bergambar beramai-ramai di hadapan bangunan PERKESO

Warga JAS Melaka semasa lawatan Penggunaan hybrid buggy untuk pengangkutan

Sesi penerangan daripada pegawai Rehabilitasi Sistem Penguraian Air Hujan (SPAH) bawah tanah

Penggunaan tenaga solar di street lighting. Penggunaan mentol cekap tenaga LED di dalam bangunan

34

Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa II


Negeri Bandar Teknologi Hijau

AN

LAKA

TEKNO

ME

LO
G

IJAU
I H

www.melakagreentech.gov.my

MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG FASA KE-ll


NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU

1 JANUARI 2015 SETIAP JUMAAT, SABTU & AHAD


1 JANUARI 2016 SETIAP HARI
BAWA BEG SENDIRI KETIKA MEMBELI-BELAH
MARILAH BERSAMA MENYOKONG USAHA KERAJAAN NEGERI MELAKA
DALAM MENINGKATKAN KUALITI ALAM SEKITAR

HARI TANPA BEG PLASTIK


DI NEGERI MELAKA

PERBAD

You might also like