You are on page 1of 4

Persekitaran dan Iklim Bilik Darjah

2.1 Lukiskan pelan bilik darjah yang anda bersama membantu mentor
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.

Papan Notis

Papan Hitam

Meja Guru

Sudut
Bacaan

Papan Notis

Pintu

Papan Notis

2.2 Huraikan bagaimanakah bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran


dipamerkan di bilik darjah tersebut digunakan secara berkesan.

Sebelum guru memulakan isi pelajaran, beliau akan mengulangkaji isi pelajaran
yang lepas berdasarkan sumber pengajaran dan pembelajaran yang dipamerkan di
bilik darjah. Dengan ini, guru dapat menguji ingatan murid-murid di samping
membantu mereka mengingat kembali isi pelajaran yang lepas.
Selain itu, murid-murid sekiranya telah menyiapkan latihan yang diberi oleh
guru maka boleh melihat bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang
dipamerkan di bilik darjah dan cuba untuk membaca bahan-bahan tersebut. Dengan
ini, mereka dapat belajar dengan berdikari tanpa perlu paksaan orang lain.
2.3 Catatkan bahan dan sumber pengajaran pembelajaran yang mudah
digunakan oleh murid
Terdapat beberapa bahan dan sumber pengajaran yang mudah digunakan
oleh murid. Antaranya ialah papan notis dan bahan bacaan. Guru-guru di SJK(C)
Stampin telah mempamerkan kerja-kerja murid yang cemerlang di papan notis untuk
tatapan murid. Selain itu, mereka juga mempamerkan bahan bacaan yang bernas di
papan notis untuk dibaca oleh murid-murid. Di belakang kelas juga terdapat bukubuku yang sesuai untuk bacaan murid. Murid-murid yang menyiapkan kerja lebih
awal boleh membaca dan tidak mengganggu murid-murid yang lain. Ini dapat
mewujudkan kelas yang harmoni.

2.4 Adakah murid diberi peluang menggunakan sumber pembelajaran yang


berasaskan ICT?
Ya. Murid-murid didedahkan kepada teknologi terkini dengan kemudahan ICT
di sekolah. Sekolah ini tidak diberi peruntukan yang secukupnya untuk murid dari
segi pembelajaran yang berasaskan ICT. Tetapi, mereka cuba mendapatkan
peruntukan melalui dermaan dan fund-raising.

2.5 Sejauh manakah murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap
aktiviti pembelajaran?
Murid-murid memang digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif dalam
setiap aktiviti pembelajaran. Semasa guru menngutarakan soalan, mereka hanya
mendiamkan diri sahaja. Tidak ada keyakinan diri pada murid tersebut, mereka
hanya menunggu guru memanggil nama mereka. Guru juga mengalakkan soalansoalan daripada murid-murid tetapi tiada soalan yang akan diutarakan oleh muridmurid.
Guru boleh mengadakan pertandingan antara murid untuk memastikan mereka
melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran. Mereka mungkin tidak berani bersuara di
hadapan kelas dan guru, namun mereka akan berani bersuara di hadapan rakan
mereka.

2.6 Kenal pasti cara murid-murid dibahagikan dalam kumpulan-kumpulan


tertentu.
Murid-murid boleh dibahagikan berdasarkan tahap pencapaian mereka.
Dengan ini, guru boleh memberi perhatian kepada kumpulan yang lebih lemah.

Murid-murid juga boleh dibahagikan dengan mencampuradukkan tahap


pencapaian mereka iaitu murid-murid yang lebih pandai dengan murid-murid yang
agak lemah. Dengan ini, murid-murid yang agak pandai akan bertindak sebagai guru
kecil mengajar mereka yang agak lemah. Pembelajaran yang berlaku sesama rakan
mungkin lebih berhasil.

You might also like