You are on page 1of 2

Pengenalan

Menurut Rohaty (1994) dalam kajiannya di Malaysia, seringkali keadaan di rumah


kurang merangsang pembelajaran di persekitaran mereka. Sedangkan ibu bapa daripada
golongan berada biasanya sibuk bekerja dan kurang dapat meluangkan masa melayan anakanak mereka ke arah penyediaan pengetahuan dan kemahiran yang menjadi syarat kejayaan di
sekolah. Jadi ibu bapa kehilangan peluang untuk mengembangkan anak-anaknya secara
maksima.
Pendidikan prasekolah boleh menjadi institusi yang membantu ibu bapa menyelesaikan
permasalahan ini. Menurut Rohaty (2003) masa prasekolah adalah tahun-tahun kritis dan asas
kepada peringkat pendidikan selanjutnya serta menentukan kejayaan hidup seseorang individu.
Pendidikan prasekolah bertujuan membantu ibu bapa untuk meningkatkan perkembangan
kanak-anak secara holistik (Essa, 1992) melalui pengalaman belajar yang bermakna dan
menyeronokkan serta persekitaran yang diperkaya bagi menstimulasi otak mereka.
Pendidikan prasekolah dapat memberikan pengalaman yang mungkin tidak boleh
dibekalkan di rumah sekalipun keluarga itu serba mencukupi (Rohaty, 1994). Maka dapat
disimpulkan bahawa pendidikan prasekolah mempunyai peranan yang penting dalam
pembentukan sumber manusia yang unggul. Dalam tugasan yang kami laksanakan ini
pendidikan prasekolah merujuk kepada pendidikan yang disediakan oleh prasekolah kerajaan
bagi kanak-kanak yang berumur 4 sampai 6 tahun. Namun kejayaan pendidikan kanak-kanak di
prasekolah ditentukan oleh penglibatan ibu bapa dalam pendidikan prasekolah.
Banyak kajian

membuktikan kesan

penglibatan

ibu bapa terhadap

kejayaan

pembelajaran kanak-kanak dan sekolah (Conway (2003; Mc Allister, 1993). Kajian yang
dilakukan oleh National Center for Family & Community Connections with Schools (2002), yang
membuat ulasan daripada 51 kajian tentang penglibatan ibu bapa menyimpulkan bahawa
ditemukan hubungan yang positif dan meyakinkan antara penglibatan ibu bapa dan kesannya
terhadap sekolah, keluarga dan pelajar daripada semua sosio ekonomi status, bangsa, latar
belakang pendidikan dan umur.
Kesimpulannya, Guru dan pengetua perlu menyokong penglibatan ibu bapa dalam
aktiviti-aktiviti di prasekolah dan menyamakan persepsi antara pengetua dan para guru
mengenai penglibatan ibu bapa. Ibu bapa pun perlu memahami kepentingan pendidikan

prasekolah bagi kehidupan kanak-kanak mereka di masa hadapan, sehingga penglibatan


mereka di prasekolah boleh ditingkatkan.

You might also like