You are on page 1of 9

Pengenalan

Seni Dalam Pendidikan


Peranan Seni dalam Pendidikan
Seni dalam pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan
tiga elemen penting. Elemen-elemen tersebut ialah seni visual, seni pergerakan dan juga
seni muzik. Dalam seni visual ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan
melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti dan seni muzik pula lebih kepada
interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari. Warna merupakan elemen yang
penting dalam kehidupan. Tanpa warna kehidupan akan menjadi tidak bermakna.
Semestinya, kehidupan akan menjadi bosan dan tidak menarik. Warna juga turut digunakan
dalam seni dalam pendidikan iaitu dalam komponen Pendidikan Seni Visual. Warna
memainkan peranan yang penting dalam menggambarkan sesebuah kebudayaan, emosi.
dan maksud dalam karya seni visual.
Kita lihat dahulu pandangan para sarjana, mengikut Dr. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri
(2006), asas pendidikan di rujuk sebagai 3R iaitu membaca, menulis dan mengira.
Penggunaan huruf, R adalah satu perkataan yang sesuai digunakan dalam Bahasa
Inggeris tetapi mungkin tidak dalam Bahasa Melayu. Seni perlu dijadikan R keempat atau
literasi asas kerana Seni dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam proses
pembelajaran dan pengajaran. Terdapat 3 bidang utama dalam mata pelajaran ini iaitu Seni
Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan. Antara peranan-peranan Seni dalam Pendidikan
ialah:
a)

Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok

Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalin pelbagai unsur seni dan berbeza
dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakan kapur dan papan tulis
sebagai media dalam penyampaian maklumat dapat menjadikan murid berasa lebih
seronok. Selain itu, murid akan berasa lebih selesa dan lebih mudah untuk memahami
sesuatu tajuk yang diajar.
b) Memupuk nilai kerjasama
Secara semula jadi, kebanyakan aktiviti Seni Dalam Pendidikan tidak dapat mengelakkan
murid-murid daripada terlibat dalam kegiatan yang beransur kerjasama. Aktiviti berkelompok
menuntut setiap individu bergerak dan berinteraksi secara bekerjasama untuk mencapai
kejayaan bersama. Aksi-aksi yang terdapat dalam Seni Dalam Penidikan merangkumi aktiviti

seni visual, muzik dan pergerakan mempunyai titik tolak interaksi social yang terjalin melalui
deria sentuh.
c)

Memenuhi keperluan sosial yang asas

Apabila semua murid berpeluang menyertai aktiviti aktiviti yang sesuai dengan minat dan
kebolehan mereka, maka akan terbentuk satu situasi ideal yang dapat memenuhi kedua-dua
matlamat social iaitu kemilikan dan keinginan diterima sebagai anggota kelompok.
Murid-murid mahukan dirinya diterima sebagai anggota sebuah kelompok dan pada
masa yang sama memerlukan kasih sayang. Dalam kegiatan Seni Dalam Pendidikan,
keperluan untuk belaian sekurang-kurangnya dipenuhi melalui pujian dan galakan yang
diberi sebaik sahaja mereka mempersembahkan aktiviti yang menarik.
Perhubungan mesra antara murid dengan murid dapat mewujudkan suasana yang
harmoni dan menyebabkan murid merasakan bahawa guru dan rakan-rakan prihatin
terhadap dirinya dan menghargai bakat yang dimiliki.
d) Murid berpeluang untuk menjalani proses penerokaan semasa dalam proses pengajaran
dan pembelajaran Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), penerokaan dapat ditakrifkan
sebagai penyelidikan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang belum diketahui.
Penerokaan dapat dilaksanakan dengan cara menjelajah. Namun begitu, proses ini
memerlukan pelbagai bahan dan kaedah. Pengalaman meneroka juga merupakan sesuatu
situasi pembelajaran. Meneroka dijalankan dengan membuat eksperimen, menyelidik dan
mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan. Penerokaan terbahagi kepada tiga
kategori iaitu alat dan bahan, cara pengelohan dan manipulasi serta idea dan isi kandungan.
e)

Luahan perasaan dan aras keyakinan yang tinggi

Perasaan merupakan reaksi badan terhadap rangsangan yang diterima sama ada ia
bersedia atau tidak. Di samping itu, perasaan juga mungkin dapat memberikan sumber
manfaat dan kerugian kepada seseorang. Guru boleh mendapat tahu perasaan sebenar
murid melalui tingkah laku yang dipamerkan. Murid yang menyertai aktiviti-aktiviti seperti
permainan boleh mewujudkan suasana keriangan, bebas daripada tekanan emosi dan
membina kecekalan dalam menghadapi persaingan dan cabaran. Individu yang mempunyai
keyakinan diri yang tinggi dapat melakukan aktiviti tanpa rasa segan atau bimbang
mengenai pandangan orang lain terhadap dirinya. Oleh itu, setiap aktiviti yang dilakukan
perlulah ada keyakinan supaya dapat menjamin keberkesanannya.

PENGENALAN KONSEP SENI DALAM PENDIDIKAN


Seni dalam pendidikan memainkan peranan penting ke arah perkembangan kanak melalui
peningkatan daya persepsi,estetika dan kreativitinya. Matlamatnya ialah untuk melahirkan
individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa
kreatif,inovatif,inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga jenis seni yang
terdiri seni visual,seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang
holistik.
Terdapat beberapa tokoh yang member pandangan yang menyokong bahawa Seni
Dalam Pendidikan memberi manfaat dari segi jangka panjang. Berikut merupakan
pandangan daripada tokoh-tokoh :
Teori konstruktivisme - kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif. Seni Dalam
Pendidikan boleh dijadikan sebagai wadah untuk membolehkan murid mengekspresikan
idea secara bebas dan kreatif.
Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner terdapat tujuh jenis kecerdasan
yang seharusnya disuburkan. Pengabungan kesuburandapat menangani masalah
penyuburan kecerdasan minda kanak-kanak dapat menjana kecerdasan minda murid
dengan lebih menyeluruh.
Howard Gardener (1983) pendekatan yang berintegrasi terhadap pelbagai jenis kecerdasan
memudahkan penerimaan pemikiran murid kepada yang lebih kreatif.
Hermann (1991) didalam Quadrant Concept yang menkaji perkembangan otak kanan dan
kiri menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intuitif seseorang individu.
Einstein pula mencadangkan agar bidang sains yang bermatlamatkan untuk memahami
deria manusia dimantapkan untuk pendidkan kanak-kanak. Gabungan dari pelbagai
penidikan kanak-kanak. Gabungan dari pelbagai kecerdasan perlu diamalkan seperti
kemahiran muzik,kecerdasan yang berkaitan dengan kecerdasan intutif,personal dan
intrapersonal,praktik dan estetika, holistic dan analitik,emosional dan fizikal dan intelektual.
Leonardo da Vinci merupakan model manusia dalam kajian Seni Dalam Pendidikan. Beliau
adalah seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis. Beliau menggabungkan bidangbidang ilmu tersebut untuk membentuk keunggulan diri dalam kehidupan.
Seni Dalam Pendidikan akan menjadikan mata pelajaran yang dipelajari oleh murid di
sekolah menjadi lebih seronok. Selain itu ia membantu guru itu sendiri untuk memahami diri
sendiri. Kemudian ia juga membantu perkembangan intelek terutamanya dari aspek

menyelesaikan masalah. Selain itu ia juga memotivasikan guru untuk menjadi lebih kreatif,
inovatif, peka, berpersonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional. Kemudian ia
juga membantu perkembangan insane secara seimbang dan menyeluruh.

MATLAMAT SENI DALAM PENDIDIKAN


Matlamat mata pelajaran ini adalah bertujuan untuk membentuk keperibadian generasi
Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis,
kreatif, inovatif dan inventif.
Selain itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan,
menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat
menyumbangkan ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Seni dalam penidikan ini juga mengintegrasikan tiga kompenan yang mampu melengkapkan
pembinaan otak kanan dan otak kiri. Ia bertitik tolak daripada pengintergrasian inilah
perkembangan menyeuruh dari segi jasmani , emosi, rohani dan intelek akan berlaku.

DEFINISI
Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun seperti
yang termaktub dalam Akta Kanak-Kanak 2001.Jean Piaget, berasal dari Switzeland, ialah
seorang ahli psikologi yang terkenal dalam bidang pendidikan. Dari kajian dan
pemerhatiannya, Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah
berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut perubahan umur mereka. Piaget
membahagikan empat peringkat ini sebagai Peringkat Deria Motor ( 0-2 tahun ), Peringkat
Pra Operasi ( 2-7 tahun ), Peringkat Operasi Konkrit ( 7-12 tahun ), dan Peringkat Operasi
Formal ( selepas 12 tahun ). Setiap peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak
merupakan faktor penting yang mempengaruhi pembentukan konsep, sama ada konkrit atau
abstrak.
Menurut Piaget, proses berfikir akan berkembang secara berperingkat-peringkat
sehingga kita berfikir secara logik. Berikut ialah keempat-empat peringkat perkembangan
kognitif tersebut.

Peringkat Sensorimotor ( Sejak lahir 2 tahun ):

Mengikut kebiasaan, bayi dan kanak-kanak kecil akan menggunakan deria dan
kebolehan motor untuk menimba pengalaman daripada persekitaran mereka. Oleh itu,
jikalau mereka tidak boleh lihat atau sentuh sesuatu objek, mereka tidak akan mencari objek
tersebut.

Peringkat Pra operasional ( 2- 7 tahun ):


Pada peringkat ini, kanak-kanak yang berada di prasekolah akan menggunakan

simbol seperti bahasa untuk mewakili objek sebenar. Contohnya, jika guru prasekolah
menunjukkan gambar sebiji epal, kanak-kanak tersebut akan faham apa yang diwakili dalam
gambar tersebut walaupun epal sebenar tidak ditunjukkan.

Peringkat Operasional Konkrit ( 7- 12 tahun ):


Kanak-kanak yang berada di peringkat sekolah rendah mula berfikir secara logik.

Mereka boleh menyelesaikan tugas berkaitan dengan pengabadian. Walaupun objek diubah
kedudukan atau disusun semula, mereka faham bahawa tiada perubahan telah berlaku.

Peringkat Operasional Formal ( 12 tahun ke atas ):


Kanak-kanak berkebolehan untuk memikirkan beberapa pertimbangan bagi satu-satu

masalah. Mereka berupaya untuk berfikir secara abstrak. Justeru, mereka boleh
menyelesaikan masalah kompleks dan berbentuk hipotetikal yang melibatkan operasi
abstrak.

Pembelajaran Yang Optimum, Bersepadu dan Menyeronokkan


Pembelajaran Optimum ini ialah suatu sistem pembelajaran berasaskan
penggabungan rangsangan dengan proses untuk menghasilkan sistem pembelajaran yang
pantas dan berkesan. Melalui sistem ini keupayaan untuk menerima pengetahuan akan
menjadi lebih terbuka dan menyeronokkan. Sistem ini sama sekali tidaklah bertentangan
dengan teori-teori yang ada untuk mewujudkan suatu sistem yang optimum dalam
pembelajaran. Banyak kajian terkini telah menunjukkan iaitu kebanyakan pembelajaran
yang produktif dan optimum boleh berlaku bila fungsi otak kiri dan otak kanan
dipertingkatkan secara keseluruhan dan berbagai-bagai gelombang otak turut
dipujuk.Kajian-kajian juga telah menunjukkan bahawa kemampuan individu untuk belajar
boleh dipertingkatkan ke tahap cemerlang jika keseluruhan otaknya digerak dan dikejutkan

supaya bekerjasama secara harmoni. Semua bakat dan potensi itu boleh diperkembangkan
melalui kesepaduan gerak kerja otak dan minda yang menyeluruh.
Pembelajaran adalah merupakan sebagai suatu kemahiran. Kemahiran ini boleh dilatih
sama juga seperti kemahiran berenang, menembak, melukis atau berfikir. Sehubungan
dengan ini pelajar juga mestilah jelas tentang misi dan visinya supaya boleh merancangkan
program-program pembelajaran dengan cara yang lebih sistematik untuk tindakan dari masa
ke semasa. Pelajar mestilah bersikap positif dan yakin tentang fakta dan potensi diri dan
otaknya. Dengan mengetahui potensi diri dan otak, para murid akan merasakan aktiviti
belajar itu adalah senang dan menyeronokkan, daya ingatan meningkat, stres dan emosi
akan dapat dikawal dan seterusnya kemahiran berfikir akan menjadi lebih kreatif.
Selain daripada itu, teknik dan strategi yang guru gunakan juga mempengaruhi
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh menggunakan sedikit
strategi pengajaran berpusatkan guru dan memperbanyakkan strategi pengajaran
berpusatkan murid, bahan dan aktiviti. Pembelajaran secara bersepadu ini dapatmenambah
minat murid untuk belajar kerana proses pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokkan.
Guru juga boleh menyelitkan strategi lain seperti bercerita, perbincangan dan permainan.
Iklim bilik darjah termasuklah kelas yang kondusif, ceria dan bersih selain daripada
suasana yang menyeronokkan dapat menarik minat murid untuk belajar.Guru juga boleh
menyelitkan unsur-unsur jenaka atau kecindan bagi mewujudkan suasana yang
menyeronokkan di dalam kelas.Selain itu, aktiviti seperti permainan dan kuiz juga boleh
diperbanyakkan untuk menambah minat murid.
1.4. Aktiviti Seni Visual,Muzik dan pergerakan untuk meningkatkan kepekaan deria.
Perkembangan merupakan satu proses yang berterusan dari peringkat lahir hingga ke
peringkat kematangan .Faktor-faktor perkembangan manusia banyak dipengaruhi oleh baka
dan persekitaran yang berada disekeliling mereka. Untuk itu perkembangan kematangan
deria adalah penting dalam mempertingkatkan lagi perkembangan diri setiap individu.
Pelajar mula mendapat kematangan dalam perkembangan kepekaan deria semasa
ia masih bayi lagi iaitu ketika berumur 0 2 tahun .Ketika ini kanak-kanak telah mula
memperolehi kordinasi dan kawalan otot.mula mengenal objek dalam alam sekitar melalui
organ deria dan tangan.Penglihatan dan pendengaran mula berkembang secara perlahanlahan dan mula matang ketika berumur 6 12 tahun. Ketika inilah pelajar mula mendapat
perkembangan kepekaan derianya.

Deria dan seni membolehkan individu meneroka alam sekelilingnya dan ini
merupakan satu proses yang berterusan. Aktiviti-aktiviti seni dapat membantu naluri ingin
tahu seseorang melalui ekplorasi dan ekperimentasi dengan menggunakan deria.
Melalui aktiviti-aktiviti seni, pelajar boleh berinteraksi secara langsung dengan
persekitaran dan belajar mengembangkan kebolehan mereka untuk membuat pertimbangan
yang baik melalui pengalaman yang diperolehi.
1.4.1.Sentuhan
Sentuhan biasanya dilakukan dengan menggunakan jari.Ini merupakan aspek
perkembangan psikomotor yang mula-mula diperolehi oleh kanak-kanak sebelum kanakkanak ini mula untuk berbahasa. Melalui sentuhan pelajar akan dapat membuat pelbagai
aktiviti contoh dalam aktiviti seni visual, pelajar akan menggunakan jarinya untuk melukis
gambar di atas kertas, atau kanvas. Manakala di dalam muzik pelajar akan cuba untuk
mencipta satu corak irama yang berbeza, apabila mendengar sesebuah lagu. Ini adalah
disebabkan kerana pelajar terutamanya kanak-kanak suka membuat improvisasi atau
mmengubahsuaikan satu-satu perkara baru.Manakala di dalam pergerakan pula mereka
akan dapat mengetahui aras ,atau ruang samada tinggi, rendah, sederhana, dekat atau
jauh.
Perkembangan deria sentuh ini mula berkembangan ketika masih bayi lagi. Melalui
sentuhan ibu kanak-kanak itu akan berhenti menangis dan melalui sentuhan juga kanakkanak akan berasa selamat.
1.4.2 Dengar
Mendengar melibatkan deria telinga. Untuk aktiviti yang dijalankan pada deria ini
lebih menumpukkan kepada persoalan apa yang mereka dengar.Contoh dalam aktiviti
ekspresi melalui seni.Aktiviti seni visual yang dilakukan adalah berdasarkan apa yang telah
didengarnya ketika dia melukiskan. Begitulah juga dalam aktiviti muzik contohnya, mereka
akan cuba mencipta bunyi tentang apa yang didengarnya. Dalam bidang pergerakan pelajar
akan tahu dan dapat membuat interpretasi dan bergerak sama ada cepat atau lambat.

1.4.3 Lihat
Melihat menggunakan deria mata melibatkan pengamatan dan pemerhatian.
Berdasarkan maklumat yang datang melalui deria mata itu seseorang akan dapat
mengalami pelbagai jenis warna, bentuk, ruang dan jalinan. Manakala bagi orang buta ia

hanya melihat dengan melatih otaknya untuk membuat penafsiran dengan berdasarkan
kepada pengalaman seni tampak yang telah dialaminya.
Pemahaman tentang warna membolehkkan pelajar mengetahui ciri-cirinya dan
seterusnya tahu untuk mengaplikasikan pengetahuan dalam pendidikan seni visual. Dengan
melihat juga pelajar dapat meningkatkan lagi kecerdasan ruang iaitu melihat dunia visual
spatial dengan lebih tepat.
1.4.4 Rasa
Rasa merupakan gerak hati atau kata hati pelajar. Dengan menggunakan deria ini
pelajar akan dapat membuat sesuatu persepsi dengan tepat. Persepsi bermaksud
seseorang membuat interpretasi atau memberi makna kepada rangsangan yang diterima
oleh derianya. Seterusnya apabila maklumat itu dirasakan penting individu akan membentuk
konsep daripadanya. Ahli psikologi Gestalt merumuskan bahawa dalam persepsi, manusia
akan cenderung mempersepsi sesuatu secara keseluruhan daripada bahagian-bahagian
yang menjadi keseluruhan. Segala apa yang dilakukan adalah mengikut pengalaman
ekspresinya.Di dalam seni visual pelajar akan dapat meluahkan perasaan melalui
pengalaman yang telah diperolehi apabila membuat sesuatu aktiviti seni.Apabila mendengar
muzik, secara tidak langsung kakinya akan bergoyang ini adallah disebabkan oleh
rangsangan daripada jenis mud muzik tersebut. Begitu juga dalam aktiviti pergerakan,
terdapat rangsangan apabila mendengar muzik secara tanpa disedari kita akan melakukan
pergerakan.
Terdapat dua prasyarat bagi pembelajaran jenis ini :
1. Pelajar mesti mempunyai sikap dan tujuan yang positif terhadap aktiviti
pembelajaran.
2. Dalam proses pembelajaran, pengetahuan yang sedia ada dalam struktur kognitif
pelajar harus digunakan untuk mengaitkan dengan pelajaran baru.

1.4.5 Hidu
Hidu lebih menekankan kepada aspek penanggapan. Penanggapan tidak berlaku
secara semulajadi sebaliknya guru harus merancang strategi untuk menyerapkan unsur ini
dalam pengajarannya ini boleh dilakukan dengan cara-cara berikut:
a)

Kebolehan mental pelajar

Faktor ini penting untuk mempastikan setiap pelajar mendapat pem belajaran optimum
mengenai konsep yang diajar oleh guru.

b)

Pendekatan Pengajaran

Guru perlu merancang strategi ppengajaran yang hendak digunakan olehnya untuk
membentuk penanggapan yang baik. Antaranya ialah:
i)

Pendekatan Inkuiri Penemuan

Pelajar mencari maklumat sendiri mengenai konsep melalui situasi penyelesaian masalah.
Pelajar akan berfikir dan menaakul secara mental dengan menggunakan organ deria untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi.Guru hanya bertindak sebagai fasilitator dan bukan
sebagai pemberi jawapan yang sebenar.
ii)

Pendekatan Resepsi

Guru menyampaikan maklumat mengenai konsep secara langsung dengan bergantung


kepada pelajar.
iii)

Pendekatan Deduktif

Guru menghuraikan prinsip dan ciri-ciri penting dalam sesuatu konsep dengan diikuti
contoh-contoh spesifik yang mengukuhkan konsep tersebut.

You might also like