You are on page 1of 2

SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan
Khas
Bermasalah
Pembelajaran
diwujudkan
berdasarkan
kepada
keputusan perbincangan Jawatankuasa Advokasi Persatuan Kanak-kanak Terencat Akal
Selangor dan Wilayah Persekutuan pada 3 Oktober 1987. Berikut adalah rentetan perkembangan
program masalah pembelajaran di Malaysia.

1988
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan mula menubuhkan Kelas Khas Bermasalah
Pembelajaran (KKBP) yang pertama di SRK (L) Jalan Batu 1, Kuala Lumpur (dua kelas
dengan 20 orang murid dan tiga orang guru terlatih.
Jabatan Pendidikan Selangor membuka dua kelas di SRK Jalan Raja Muda, Seksyen 4,
Shah Alam, Selangor.

1990
Ujian Percubaan Alat Penilaian Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP) yang
melibatkan dua ratus orang murid dari kelas-kelas percantuman telah
diuji.Mesyuarat menganalisis data dari ujian percubaan di Universiti Malaya.

1991
Kursus Satu Tahun Bermasalah Pembelajaran bermula di Maktab Perguruan Ilmu Khas,
Cheras, Kuala Lumpur

1992
Pembukaan program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP) di seluruh
negara secara berperingkat.

1993
Program Pendidikan Khas di Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan
Malaysia. Program ini merupakan program gabungan prinsip Pendidikan Am dan prinsip
Pendidikan Khas.
.

1995
Pendidikan Inklusif bermula.

1996
Pembukaan program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Printis peringkat
sekolah menengah di SMK Yaacub Latiff, Jalan Peel dan SMK Bandar Baru Sentul,
Kuala Lumpur

2006
Statistik Jabatan Pendidikan Khas (2006) menunjukkan pertambahan ketara bilangan
program masalah pembelajaran di sekolah rendah iaitu sebanyak 473 buah pada tahun
2003 kepada 656 buah pada tahun 2006. Manakala bilangan program di sekolah
menengah sebanyak 187 buah pada tahun 2003 kepada 320 buah pada tahun 2006.

You might also like