You are on page 1of 4

Air semakin naik.

Penduduk Kampung Lembah Rahmat yang belum berpindah

berasa resah. Namun begitu, mereka sering mengikuti perkembangan
semasa tentang banjir melalui siaran berita di televisyen. Meng Seng
sekeluarga sedang menonton rancangan itu.

Yang berikut ialah berita terkini tentang banjir.....

Orang ramai yang tinggal di kawasan rendah dan sering
dinaiki air diingatkan supaya sentiasa berjaga-jaga berikutan
hujan lebat pada masa ini. Setakat ini, beberapa buah
kampung di daerah Batang Pinang telah dinaiki air. Antaranya
termasuklah Kampung Lembah Rahmat, Kampung Lembah
Beringin dan Kampung Tebing Rumbia.
Penduduk kampung tersebut dinasihati supaya sentiasa
berwaspada dan mematuhi arahan daripada pihak yang
berkuasa. Utamakanlah keselamatan diri dan hargailah
nyawa. Berpindahlah segera jika diarahkan berbuat demikian
dan simpanlah dokumen-dokumen penting di tempat yang
selamat.
Kanak-kanak pula dinasihati agar tidak bermain air. Ibu
bapa hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak kerana
malang tidak berbau.
Berita seterusnya selepas ini.......

Air semakin naik. Penduduk Kampung Lembah Rahmat yang belum berpindah

Nyatakan sebab dan akibat berlaku banjir

You might also like