You are on page 1of 27

BML 3053

MORFOLOGI BAHASA MELAYU


TAJUK
Perbandingan Bentuk Awalan Kata Adjektif
Dalam
1. Nahu Melayu Mutakhir (edisi keempat)
Asmah Haji Omar
2. Morfologi Siri Pengajaran dan
Pembelajaran
Bahasa Melayu Abdullah Hassan

NORZEHAN BINTI ISMAIL (D20112055613)


KUMPULAN UPSI 06
A131PJJ : PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
SEK. REN., KOHORT 3
SEM 1, SESI 2013/2014

PENSYARAH
DR. IDRIS BIN MOHD RADZI
FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI

ISI KANDUNGAN

BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

PERKARA

MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN

1.1 KATA ADJEKTIF

1.1.1 CIRI-CIRI KATA ADJEKTIF

2-6

2.0 ASMAH HAJI OMAR NAHU MELAYU MUTAKHIR


EDISI KE EMPAT

2.1 DEFINISI

6-9

2.2 PEMBENTUKAN KATA SIFAT BERLAPIS

2.3 PEMBENTUKAN KATA SIFAT BERLAPIS


DENGAN PENAMBAHAN PINJAMAN

9 - 10

3.0 ABDULLAH HASSAN - SIRI PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
3.1 AWALAN KATA ADJEKTIF

10
10 - 16

4.0 PERBANDINGAN DAN DAPATAN

16 - 19

5.0 PENUTUP

19 - 20

RUJUKAN
LAMPIRAN 1
LAMPIRAN 2

BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


1.0 PENGENALAN

Bahasa digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi.Manusia berkomunikasi dengan


pelbagai cara. Bahasa Melayu merupakan antara bahasa yang mudah dipelajari dan difahami.
Bahasa Melayu mempunyai morfologi dan sintaksis yang mudah dan ringkas.Bahasa
merupakan alat komunikasi yang digunakan untuk menyatakan makna yang ingin
disampaikan. Perkataan bermakna dan ayat digunakan dalam komunikasi.Perkataan yang
digunakan boleh terbina secara semula jadi sebagai satu perkataan atau dibina dengan
mencantum imbuhan kepada perkataan lain atau dengan menggabungkan dua perkataan
berlainan menjadi sebuah perkataan baharu. Gabungan perkataan perkataan ini akan
menghasilkan pelbagai jenis ayat untuk menyampaikan maklumat dan penerangan.Setiap
perkataan pastinya mempunyai makna. Bahasa adalah hak atau kepunyaan setiap masyarakat
yang menuturkannya. Semakin besar jumlah atau bilangan penuturnya, semakin luaslah
daerah penguasaan dan penyebaran bahasa itu. Secara tidak langsung akan wujud atau berlaku
banyak perbezaan dari segi penggunaannya. Dalam hal ini, menurut Nik Safiah Karim et al
(1996), proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa merupakan proses penyusunan
morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu.
Menurut Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985): Morfologi ialah satu bidang
dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukannya.
Menurut Kamarudin Hj.Husin dan rakan rakannya dalam buku Pengajian Melayu 1, Ilmu
Bahasa dan Kecekapan Berbahasa,1997 : 83, morfologi ialah disiplin ilmu bahasa yang
mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Bentuk kata ini merujuk bentuk bunyi atau
ujaran sesuatu kata itu. Abdullah Hassan juga menyatakan definisi morfologi dalam buku
Linguistik Am, 2007 : 117, morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana
perkataan dibina. Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan,
proses-proses membentuk perkataan dan bentuk bentuk perkataan ialah morfem dan kata.
Nik Safiah Karim dan rakan-rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu,
2004 :43 berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan
penggolongan kata. Siti Hajar Hj.Husin Abdul Aziz, dalam bukunya Tatabahasa Bahasa
Melayu (Perkataan), 1996 : 17 telah menyatakan teori morfologi iaitu morfologi satu cabang
daripada ilmu linguistik yang mengkaji soal soal yang berkaitan dengan kemungkinan
adanya perubahan kata, golongan kata, dan makna kata akibat daripada perubahan bentuk
kata.
1

BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

1.1 KATA ADJEKTIF


Kata adjektif umumnya dikenali sebagai kata sifat, Perkataan yang menjadi unsur inti
dalam binaan frasa atau ayat adjektif. Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya satu kata
adjektif atau beberapa perkataan yang terdapat kata adjektif dan unsur-unsur keterangan yang
lain seperti kata bantu atau kata penguat. Kata adjektif dapat dikenalpasti dan dibezakan
daripada kata nama atau kata kerja dengan cirinya yang boleh didahului atau diikuti oleh kata
penguat seperti amat, sungguh, terlalu, sekali dan sangat. Kata adjektif dalam sesuatu ayat
berfungsi untuk menerangkan keadaan atau sifat bagi sesuatu kata nama atau frasa nama.
(Nik Safiah Karim et.al 2004)
Terdapat juga ahli bahasa yang menganggap golongan kata adjektif itu sebagai kata
kerja, iaitu kata kerja yang berkaitan dengan keadaan. Ini kerana kata adjektif itu akan
menerangkan atau menyatakan tentang sesuatu keadaan. Kata kerja adjektif juga dapat
menerima imbuhan dan kata bantu sama seperti kata kerja (Abdullah 2008). Dalam
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) kata adjektif dianggap sebagai golongan
ketiga. Manakala dalam buku Tatabahasa Pedagogi, kata adjektif disenaraikan sebagai
golongan kedua selepas kata nama. Ini dilakukan kerana kata adjektif berhubung rapat dengan
kata nama. Kata adjektif memberi sifat kepada sesuatu benda, orang dan perkara. Pendeta
Zaba menggunakan istilah sifat nama untuk kata adjektif. (Abdullah 2008)
1.1.1Ciri-ciri kata Adjektif.
Menurut Ahmad Khair dan Norliza Hj Jamaludin ,terdapat enam kriteria dalam menentukan
kata sifat yang perlu difahami.
a)Kata adjektif sebagai penerang kata nama.
Ciri utama dalam kata sifat adalah kata adjektif berfungsi sebagai penerang kata nama. Dalam
fungsi ini kata adjektif lazimnya hadir dalan frasa nama. Dalam keadaan ini kata adjektif hadir
selepas kata nama inti atau selepas kata hubung relatif yang atau selepas kata bantu.
Contohnya;
-udara nyaman
2

BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


-lelaki tampan
-kanak-kanak yang pintar.
Dalam contoh ayat yang diberi dapatlah kita fahamkan kata adjektif berfungsi sebagai
penerang nama apabila kata adjektif hadir selepas kata nama atau selepas kata hubung relatif
yang dan juga hadir selepas kata relatif yang dan kata bantu.
b)Fungsi predikat.
Kata adjektif juga boleh berfungsi sebagai predikat iaitu pelengkap kepada subjek.Contohnya
i.Abang sulung saya rajin.
Abang sulung saya ( subjek) dan rajin ( predikat)
ii.Sambutan hari kemerdekaan meriah sekali.
Sambutan hari kemerdekaa ( subjek) dan meriah sekali ( predikat)
c)Kata adjektif boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat.
Kata penguat dalam Bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu kata penguat
hadapan , kata penguat bebas dan kata penguat belakang. Contoh penguat hadapan ialah
terlalu, paling, makin dan kurang. Kata penguat bebas pula ialah agak , sungguh dan amat.
Manakala kata penguat belakang ialah betul, sekali,benar dan nian. Kata penguat menjadi
penanda bagi mengenal pasti kata adjektif .
d)Kata adjektif boleh dibuat perbandingan.
Perbandingan kata adjektif dapat dilakukan sama ada perbandingan yang sama tara atau
perbandingan yang tidak setara . Perbandingan sama tara boleh dilakukan dengan
menggandingkan imbuhan se bersama-sama kata adjektif atau menggandingkan perkataan
sama dengan kata adjektif seperti dalam contoh ayat yang diberikan.
1.Hubungan mereka berdua tidak semesra dahulu.
2.Perumahan di kawasan ini sama cantik perumahan di Taiping.
3

BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


Perbandingan tidak setara pula menggunakan perkataan lebih dan kurang atau digandingkan
kata adjektif dengan imbuhan ter bersama bagi melakukan perbandingan. Contohnya;
1.Anak bongsunya lebih manja berbanding anak-anak yang lain.
2.Rumah barunya kurang selesa berbanding rumah lamanya dahulu.
3. Wanita itu merupakan pelakon terkenal di Malaysia.
e)Imbuhan se- dan terSetiap golongan kata mempunyai imbuhan tertentu yang menjadi penanda bagi golongannya.
Bagi kata adjektif penanda golongannya dapat dilihat menerusi imbuhan se dan ter. Imbuhan
se dan ter ini menunjukkan perbandingan dan darjah kepalinagan. Kedua-dua imbuhan ini
dapat menunjukkan perbandingan (mimbuhan se) atau darjah kepalingan imbuhan ter.
Contohnya;

Perkataan

Imbuhan

Kata terbitan

baik

se

sebaik

ter

terbaik

se

seluas

ter

terluas

luas

BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

mahal

se

semahal

ter

termahal

f)Kata adjektif sebagai kata dasar dalam frasa


Kata adjektif yang hadir dalam binaan frasa atau klausa atau ayat lazimnya terdiri daripada
kata dasar ( Norliza Jamaludin, 2011) Kata adjektif yang menjalankan fungsi sebagai
penerang atau predikat lazimnya merupakan kata dasar.Contohnya:
Zaman awal
Perkara aneh
Pemimpin bijak.
Contoh ayat;
- Makanan di restoran itu enak sekali.
- Kakak sulungnya tidak cerewek dalam memilih pakaiannya.
Pangkat-pangkat adjektif
Pangkat pangkat atau tahap adjektif ada empat:
5

BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


Pangkat biasa
Ia dinyatakan dengan menggunakan kata adjektif biasa. Contoh:

Baju dia cantik.

Buah betik itu manis.

Pangkat perbandingan
Ia merupakan perbandingan sama, lebih atau kurang. Contoh:

Tenaganya sekuat Badang.

Buah jambu itu semanis gula.

Pangkat menyangat
Ia menerangkan adjektif yang keterlaluan seperti sangat, amat, benar-benar dan sebagainya.
Contoh:

Cuaca hari ini sangat mendung.

Buah rambutan ini terlalu masak.

Pangkat penghabisan
Ia menerangkan adjektif paling atau penghabisan. Contoh:

Gunung Kinabalu adalah gunung yang paling tinggi di Malaysia.

Menara KLCC bangunan yang tertinggi di Malaysia.

BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


2.0 ASMAH HAJI OMAR NAHU MELAYU MUTAKHIR, EDISI KEEMPAT
2.1 DEFINISI
Kata sifat adalah kata dari golongan kata karyaan. Fungsinya dalam sesuatu ayat mempunyai
persamaan dengan kata kerja tak transitif dan kedua-duanya tidak diikuti atau mengambil
objek. Ada beberapa perbezaan ketara antara kedua-duanya iaitu kata sifat mempunyai
penambahan sendiri. Kata sifat boleh memasuki skala perbandingan sedangkan kata kerja
tidak.
Kata Sifat Tabii
Kata sifat tabii pula lebih memberi pencirian kepada kualiti tertentu yang ada pada tabiat
atau perangai manusia. Kata sifat tersebut adalah baik, jahat, nakal, tertib, kasar dan
sebagainya. Ada yang berfungsi sebagai adverva. Kata sifat tabii boleh dibahagikan kepada
subgolongan positif ( baik, tertib ) dan subgolongan negatif ( jahat, nakal )
Kata Sifat Warna
Warna boleh berfungsi sebagai kata nama dan juga kata sifat. Kata sifat warna tidak pernah
berdiri sebagai unsur adverva.

Kata Sifat Ukuran


Merujuk kepada

ukuran benda bernyawa dan tidak bernyawa, konkrit

atau abstrak.

Contohnya besar, kecil, gemuk, panjang dan sebagainya. Sifat ukuran juga menerangkan saiz
atau berat ringan sesuatu. Kita boleh membahagikan subgolongan ini kepada sifat ukuran
saiz dan kata sifat ukuran kapasiti. Kata sifat ukuran juga seperti kata sifat warna iaitu tidak
dapat berdiri sebagai adverva.
Kata Sifat Bentuk
Menerangkan tentang sesuatu bentuk atau ciri pada benda bernyawa atau tidak bernyawa
yang konkrit. Contohnya, bulat, bundar, bujur, bengkok, lonjong dan sebagainya. Kata sifat
bentuk tidak boleh berfungsi sebagai adverva atau sebagai unsur adverva.
Kata Sifat Indera

BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


Menerangkan akan ciri-ciri sesuatu perkara berdasarkan kesan yang diperolehi melalui salah
satu daripada pancaindera rasa, sentuh, pandang, dengar, dan bau. Sebagai contoh;
i. Kata sifat indera rasa ( sedap, lazat, manis, pahit, kelat )
ii. Kata sifat indera pandang ( cantik, hodoh, segak, ayu, tampan )
iii. Kata sifat indera dengar ( merdu, mersik, bising, senyap, hingar )
iv. Kata sifat indera bau ( wangi, busuk, hapak, tengik )
v. Kata sifat indera sentuh ( kasar, halus, lembut, menggerutu )
Di antara kata sifat indera, subgolongan yang boleh berfungsi sebagai adverva atau bahagian
dari adverva ialah kata sifat indera dengar, misalnya;
a) Dia menyanyi dengan merdunya.
b) Dia masuk dengan senyap-senyap.
Sifat indera rasa hanya manis yang dapat berfungsi sebagai sebahagian dari adverva gaya.
-

Dia bertutur dengan manisnya.

Kata sifat indera rasa yang lain tidak dapat memegang fungsi yang berkenaan dan dianggap
tidak betul.
-

Dia bercakap dengan tawarnya.

Kata sifat indera sentuh seperti kasar, halus, licin, keras dan lembut boleh berfungsi sebagai
bahagian daripada adverva gaya. Contohnya:
-

Projek ini berjalan dengan licinnya.

Mereka bercakap dengan kasar sekali.

Kata sifat menggerutu dan lembik tidak boleh berfungsi dalam frasa adverva. Contohnya;
-

Dia bercakap dengan menggerutu sekali

Dia bercakap dengan lembiknya.

Kata sifat indera bau tidak ada langsung yang dapat befungsi dalam frasa adverva gaya.
Kata Sifat Gabungan Indera yang mempunyai lebih daripada dua indera.
Contoh;
- tenteram ( gabungan pandang, dengar dan pandang )
- selesa ( gabungan sentuh dan pandang )
- bersih ( gabungan pandang, sentuh dan bau )
- kotor ( gabungan pandang, sentuh dan bau )
8

BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


Kata sifat gabungan indera merupakan satu perkataan yang mengandungi lebih
daripada dua indera.
Kata Sifat Waktu
Kata sifat waktu boleh diwakili
sebagainya,

oleh kata sifat seperti: lama, baru, segera dan

dalam rangkai kata pula seperti :

kawan lama, baju baru,

susu segera.

Perkataan perkataan ini berkait rapat dengan waktu atau masa.


Kata Sifat Jarak
Menerangkan mengenai jarak antara dua titik, penutur kepada yang dirujuknya. Kata-kata itu
adalah seperti: jauh, dekat, hampir, nyaris. Ayat contoh;
-

Orang jauh sudah pun tiba.

Kami mempunyai hubungan kekeluargaan yang dekat.

Kata Sifat Kecepatan


Merujuk kepada daya cepatnya sesuatu gerak. Contohnya; lambat, laju, cepat, perlahan.
-

Dia berjalan cepat.

Dia bergerak lambat.

Kata Sifat Kuasa Tenaga


Kata sifat ini mewakili oleh kata-kata seperti segar, sihat, kuat, lemah, lesu dan sebagainya.
-

Dia menggertak kuat-kuat.

Dia berdiri dengan tegapnya.

Sungai mengalir lesu.

Kata Sifat Taraf


Merujuk kepada taraf kedudukan atau tahap pengiktirafan seseorang dalam masyarakat
meliputi aspek kebendaan atau bukan kebendaan. Contohnya ternama, terkenal, masyhur dan
sebagainya. Kata sifat subgolongan ini tidak dapat berdiri sebagai adverva gaya.
2.2 PEMBENTUKAN KATA SIFAT BERLAPIS
Bentuk kata sifat
Kata sifat terdapat dalam bentuk akar, berlapis, majmuk dan gandaan.
9

BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


Bentuk akar
Hanya terdiri daripada satu morfem bebas dan tidak terdapat sebarang penambahan.
Bentuk berlapis
Terdiri daripada satu morfem bebas dan sekurang-kurangnnya satu morfem terikat. Terhasil
dengan proses penambahan awalan seperti ter-, -ke dan se.
2.3 PEMBENTUKAN KATA SIFAT

BERLAPIS DENGAN PENAMBAHAN

PINJAMAN
Penambahan pinjaman yang digunakan dalam pembentukan kata kerja dan kata sifat seperti;
Pro-, anti- ,
Dalam sistem bahasa Melayu, kata-kata yang ,mempunyai pro dan anti berfungsi sebagai
kata sifat. Antikomunis dan prokerajaan boleh digunakan sebagai kata nama. Sebagai bukti
ayat contoh berikut;
-

Antikomunis itu keluar beramai-ramai menyatakan sokongan mereka kepada kerajaan


yang baru dipilih..

Prokerajaan menang dalam peperangan itu.

-iah
Pinjaman bahasa Arab dan jumlahnya agak terbatas contohnya ilmiah, rohaniah dan akaliah.
-isme
Diambil daripada bahasa Eropah. Dalam Bahasa Malaysia ia memasuki golongan kata sifat
akhiran. Contohnya;
-

Sikap Kelantanrismenya menonjol-nonjol.

Rakyat diingatkan supaya tidak terpengaruh oleh fahaman komunisme.

-wi
Pinjaman daripada bahasa Arab berfungsi sebagai penggubah
akhiran. Contohnya; duniawi, Romawi, sejarawi
is.

10

golongan.

Pengimbuhan

BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


-is digunakan pada penghujung kata sahaja,

oleh sebab telah menjadi kebiasaan, dan

digunakan diakhiran. Perkataan ini merupakan kata pinjaman daripada

bahasa Belanda

Indonesia -isch dan bahasa Inggeris -ical. Contohnya;


Bahasa Inggeris
Geographical

Bahasa Malaysia
Geografis

Economical

Ekonomis

Phonological

Fonologis

3.0 ABDULLAH HASSAN


SIRI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
Kata adjektif menjadi penerang kepada kata nama. Tatabahasa Dewan ( 2004:213)
menggunakan istilah kata adjektif untuk golongan perkataan ini. Zaaba (1974) memanggil
perkataan ini sebagai sifat nama. Kata sifat diguna oleh Asmah Hj Omar ( 1968, 1980,1993),
Arbak Othman (1981) dan Abdullah Hassan (2002)

bagi merujuk kepada kata adjektif.

Tatabahasa Dewan menggunakan istilah adjektif.


3.1 Awalan Kata Adjektif
Ada beberapa imbuhan yng menghasilkan kata adjektif terbitan iaitu: teR-, pe-, ke-,
se-, meN-, beR- di-, beR-... di-... an. Pe-...-an, ke- ...-an, -an dan sisipan el-, -er- dan em-. Memang imbuhan-imbuhan ini ditemui dalam penerbitan kata nama dan kata kerja di
atas tadi, dan kata adverva yang akan dibincnagkan kelak. Selain daripada teR-, peN- dan
an, imbuhan-imbuhan lain tidaklah produktif. Walau bagaimanapun imbuhan-imbuhan ini
dibincangkan satu persatu bagi mengetahui proses dan potensinya.
Jadual : rajah Binaan kata adjektif
Awalan
teRpeNkesemeNbeRpeR-

Dasar dan Sisipan

Akhiran

-eler-em

-an

Ada enam buah awalan yang menerbitkan kata adjektif iaitu:


teR-, peN-, ke-, beR-, mem- dan di- yang dibaicangkan dalam bab ini.
Awalan teRBentuk awalan teR11

BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


Boleh berlaku dalam bentuk ter- dan te-. Unsur R boleh menjadi r atau . Bentuk R dalam
awalan teR- ini adalah serupa sahaja denan bentuk R- dalam kata kerja. Contohnya:
teR + besar = terbesar, teR + cantik = tercantik
Fungsi Awalan teRmenerbitkan kata adjektif yang boleh digunakan bagi menjelaskan kualiti, keadaan dan darjah
sesuatu kata terbitan tersebut.
Makna Awalan teRMembawa dua makna umum: keadaan perbandingan, keadaan kualiti dan keadaan paling.
Contoh:
a. Perbandingan ( besar ___ terbesar lebih besar, labuh ____ terlabuh lebih labuh )
b. Keadaan Kualiti ( susun ___ tersusun, bentang ___ terbentang )
c. Keadaan Paling ( kenal ___ terkenal,

sedap ____ tersedap )

Awalan peNAwalan peN- juga wujud sebagai salah satu daripada imbuhan kata nama, tetapi awalan peNjuga menerbitkan kata adjektif. Kata adjektif yang diterbitkan berfungsi sebagai inti frasa
adjektif atau penerang kata nama dalam frasa nama.
Bentuk Awalan peNAwalan adjektif peN- berlaku dalam bentuk pe-, pem-, pen-, peng-, peny- dan pengebergantung kepada konsonan awal kata dasarnya.
Fungsi Awalan peNMenghasilkan kata adjektif terbitan. Kata adjektif terbitan ini mudah dan terkeliru dengan
kata nama, tetapi kata terbitan tersebut boleh digolongkan sebagai kata adjektif apabila dilihat
fungsinya dalam frasa nama.
Makna Awalan peNMakna awalan peN- dalam kata adjektif terbitan ini datang daripada makna yang ternyata
dalam kata dasar itu sendiri, contohnya;
pen + marah = pemarah, pen + manis = pemanis, pen + umpat = pengumpat
Awalan keAwalan ke- berlaku sebagai awalan yang menerbitkan kata nama, kata kerja dan kata adjektif.
Terdapat banyak kata adjektif terbitan yang dibentuk oleh awalan ke-.
Bentuk Awalan keBentuk awalan ke- tidak berubah-ubah menurut sebarang konteks fonologi yang ditimbulkan
oleh kata dasar.
Fungsi awalan ke12

BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


Awalan ke- juga membentuk kata adjektif di samping kata nama.
Makna awalan keAda dua makna penting, iaitu menunjukkan keadaan dan bilangan atau giliran.
a. Menunjukkan keadaan
hormat --- kehormat,

gayut ----- kegayutan, rawang ---- kerawang

b. Bilangan atau giliran


dua ------ kedua, tiga ----- ketiga, enam juta ----- keenam juta
Awalan beRAwalan beR- juga menerbitkan sebilangan kata adjektif di samping kata kerja.
Bentuk Awalan beRMempunyai bentuk ber- atau be- apabila diimbuhkan.
Fungsi Awalan beRDi samping menerbitkan kata kerja, awalan beR- juga menerbitkan kata terbitan yang
berfungsi sebagai adjektif.
Makna Awalan berAwalan beR- membawa makna menunjukkan keadaan yang mempunyai sesuatu sifat yang
wujud dalam kata adjektif yang menjadi dasar. Contohnya;
a. lima --- berlima keadaan seramai lima, atau lima-lima
b. susun --- bersusun dalam keadaan bersusun
c. uniform --- beruniform dalam keadaan memakai uniform
Awalan meNAwalan meN- dikatakan menerbitkan kata kerja keadaan atau kata kerja statif. Walaupun
awalan meN- jelas menerbitkan kata kerja, tetapi awalan ini juga menerbitkan perkataan
yang berfungsi sebagai kata adjektif.

Bentuk Awalan meNBentuk awalan meN boleh wujud dalam salah satu bentuk berikut, iaitu me, mem-, men-,
meny-, meng-, dan menge-, bergantung pada huruf pangkal atau bentuk suku kata dasarnya.
Fungsi awalan meNDi samping

menerbitkan kata kerja, awalan meN- juga menerbitkan perkataan yang

berfungsi sebagai kata adjektif.


Makna Awalan meN-

13

BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


Kata adjektif yang diterbitkan oleh awalan meN- membawa makna keadaan yang besar,
meluas dan berlarutan, contohnya:
kuning ---- menguning,

laut ----- melaut, panjang ---- memanjang

Awalan seAwalan se- asalnya menerbitkan kata kerja, tetapi kata terbitan yang sama juga dapat
digunakan sebagai kata adjektif.
Bentuk Awalan seBentuk awalan se- adalah tetap dan tidak berubah apabila bertemu dengan sebarang konsonan
yang menjadi pangkal kata dasar.
Fungsi Awalan seAwalan se- juga menerbitkan kata adjektif di samping kata adverva.
Makna Awalan seKata adjektif yang diterbitkan oleh awalan se- menunjukkan persamaan makna. Memang
asalnya, makna se- itu satu yang membawa

maksud sama, iaitu satu rupa atau macam.

Contohnya;
kawan----- sekawan, taraf ---- setaraf, degil --- sedegil
Awalan pada di- pada Diraja
Awalan di- ini agak sukar dibincangkan sebagai imbuhan kata adjektif sebab awalan
ini tidak produktif. Walau bagaimanapun kasus awalan di- ini perlu diterangkan juga supaya
difahami. Awalan di- yang menerbitkan kata terbitan diraja berfungsi sebagai adjektif.
Kekerapan penggunaan kata terbitan diraja jelas kelihatan. Contoh penggunaannya adalah,
Pfofesor Diraja, Polis Diraja, Askar Melayu Diraja.
Unsur di- dalam kata terbitan di atas berasal daripada bahasa Sanskrit adhi bermakna
pertama, utama, penting, agung ( J.Gonda 1952, dicetak semula 1973, m.s. 335 & 445).
Dalam bahasa Sanskrit ( dan Jawa Kuno) awalan adhi- terdapat digunakan dalam adhivijaya
kemenangan agung adhinatha tuan besar dan adhipati Putera Mahkota.

Apabila

imbuhan ini deserapkan ke dalam bahasa Melayu dan mula digunakan dengan meluasnya,
maka kita melihat ada kemungkinan awalan ini menjadi produktif. Bentuk di- timbul setelah
adhi mengalami proses aferesis. ( menggugurkan a dan h )
Akhiran Kata Adjektif
Ada satu sahaja akhiran kata adjektif asli, iaitu an. Akhiran -an yang menerbitkan kata nama
juga menerbitkan perkataan yang boleh berfungsi sebagai kata adjektif. Oleh, kata akhiran an juga dihuraikan di bawah tajuk kata adjektif. Dalam beberapa buku baru tatabahasa
Melayu yang dikarang oleh Asmah Hj. Omar ( 1980) dan Arbak Othman (1981) juga
14

BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


membincangkan akhiran asing seperti, -is dalam ekonomis, -iah dalam ilmiah, isme dalam
egoisme sebagai imbuhan yang dipinjam oleh pengguna bahasa Melayu. Dalam bahagian
akhiran an dihuraikan sebagai akhiran kata adjektif.
Bentuk Akhiran an
Bentuk akhiran an adalah tetap

dan tidak berubah-ubah apabila diimbuhkan kepada

sebarang kata dasar.


Fungsi Akhiran -an
Dalam hal ini memang boleh mengatakan pada dasarnya akhiran an adalah sama dengan
akhiran yang menerbitkan kata nama. Kemudian kata nama terbitan tersebut digunakan
sebagai kata adjektif. Ada juga kejadian akhiran an menerbitkan perkataan yang tidak
digunakan dalam pengertian kata nama, tetapi lebih kerap digunakan sebagai kata adjektif
saja. Contohnya;
duit --- duitan ( mata duitan ), larang --- larangan ( taman larangan )
Apitan
Ada tiga apitan, iaitu beR .... an, ke- .... an, dan peR ... an yang juga menerbitkan
perkataan yang digunakan sebagai kata adjektif.
Imbuhan beR- ... an
Pada dasarnya beR- ..-an adalah imbuhan kata kerja, tetapi ada kata terbitannya yang
berfungsi sebagai kata adjektif.
Bentuk Apitan ber- .... an
Bentuk apitan beR- ..-an yang menghasilkan kata adjektif itu samalah dengan bentuk apitan
yang dihuraikan dalam bab morfologi dan kata kerja.
Fungsi Apitan beR- ... an
Walaupun pada dasarnya imbuhan ini lebih lazim menerbitkan kata kerja, dalam hal ini beR... an juga menerbitkan kata yang berfungsi sebagai kata adjektif.
Makna Apitan beR- .. an
Apitan beR- .. an menunjukkan keadaan yang melibatkan dua pihak pada sesuatu kata
nama. Ini mengandungi makna yang terdapat dalam kata dasarnya. Contohnya :
hampir ----- berhampiran ( bandar berhampiran )
jiran ----- berjiranan ( orang berjiran )
kasih ---- berkasihan ( pasangan berkasihan )
Apitan ke- -- - an
Apitan ke- ... an juga menerbitkan kata nama, tetapi juga menerbitkan kata adjektif yang
berfungsi bagi menerangkan kata nama.
15

BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


Bentuk Apitan ke- .... an
Bentuk apitan ke- ... an

adalah tetap, yakni berubah walau apapun huruf yang menjadi

pangkal kata dasarnya.


Fungsi Apitan ke- ... an
Kata adjektif yang diterbitkan oleh apitan ke- .. an memberi penerangan kepada kata nama
yang diterangkan. Ada kata terbitan yang menggunakan apitan ke- ... an juga berfungsi
sebagai kata kerja dan kata nama terbitan.
Makna Apitan ke- .. an
Apitan ke --- -an menunjukkan suatu keadaan yang dinyatakan dalam kata dasar, sebagai
sifat kata nama yang diterangkannya. Lazimnya kata dasar itu digandakan bagi memberi
kesan yang lebih kuat mengenai sifat tersebut. Contohnya:
Cina --- kecinaan,

kuning --- kekuningan,

besar --- kebesaran.

Apitan peR- ... an


Apitan peR- ... an juga menerbitkan kata adjektif di samping menerbitkan kata nama.
Bentuk Apitan peR- .... an
Bentuk apitan peR-... an adalah sama dengan bentuk peR- .. an dalam kata nama. Ini
adalah sama seperti yang dijelaskan morfonologi dalam kata nama.
Fungsi Apitan peR- ... an
Apitan peR- .. an juga menerbitkan perkataan yang berfungsi sebagai kata adjektif, iaitu
menerangkan sifat kata nama.
Makna Apitan peR- .. an
Apitan peR- .. an menunjukkan sifat iaitu keadaan sesuatu kata nama yang diterangkan.
Contohnya:
hias .... perhiasan ( kursus perhiasan ), seorang .... perseorangan ( elaun perseorangan )

16

BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


tani ... pertanian ( maktab pertanian ) jawat ... perjawatan ( pegawai perjawatan )Sisipan
Ada tiga sisipan , iaitu -el-, -er- dan -em-,.

Imbuhan sisipan ini juga menerbitkan

perkataan yang digunakan sebagai adjektif. Imbuhan sisipan disisipkan selepas konsonan
pertama kata dasar. Tetapi proses terbitan ini tidak begitu produktif.
Bentuk Sisipan el-, -er- dan emSemua imbuhan sisipan ini dihuraikan sekali gus. Bentuk sisipan el-, -er- dan em- adalah
tetap, iaitu tidak berubah, tidak mengira huruf konsonan pertama kata dasar.
Fungsi Sisipan el-, -er- dan emSemua imbuhan sisipan ini membawa fungsi yang sama, iaitu menerbitkan kata adjektif
yang memberi sifat pada kata nama.
Makna Sisipan el-, -er- dan emSemua imbuhan sisipan

ini membawa makna yang serupa iaitu mengandungi sifat yang

terdapat dalam kata dasar. Kemudian kata adjektif ini digunakan sebagai penerang kepada
kata nama. Contohnya:
sabut .... serabut ( fikiran berserabut ) ,
serbak .... semerbak ( bau semerbak )
gilang ..... gemilang ( keputusan gemilang )
4.0 PERBANDINGAN DAN DAPATAN
Kata adjektif menjadi penerang kepada kata nama. Tatabahasa Dewan ( 2004:213)
menggunakan istilah kata adjektif untuk golongan perkataan ini. Zaaba (1974) memanggil
perkataan ini sebagai sifat nama. Kata sifat diguna oleh Asmah Hj Omar ( 1968, 1980,1993)
Arbak Othman (1981) dan Abdullah Hassan (2002)

bagi merujuk kepada kata adjektif

dalam tatabahasa Dewan menggunakan istilah adjektif.


Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga ( 2008) proses pemajmukan ialah proses
yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna
terentu. Arbak Othman ( 1984 ) dilihat menggunakan istilah berbeza bagi pemajmukan iaitu
persenyawaan yang dimaksudkan satu cara bagaimana dua atau lebih perkataan ( bentuk
bebas ) disenyawakan dalam satu binaan dengan mempunyai satu makna yang khas dan
tertentu. Rumusannya, jika diteliti secara mendalam, proses pemajmukan adalah satu keadaan
di mana penggabungan kata yang akan membawa konsep atau makna yang berlainan daripada
makna asal.
Dari segi maksud, kata sifat adalah perkataan yang menyatakan keadaan atau sifat
sesuatu nama yang diterangkan. Kata sifat yang digunakan di dalam ayat-ayat dan tingkah
17

BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


laku kata sifat dalam Bahasa Malaysia boleh berupa kata dasar atau kata sifat terbitan yang
boleh terpakai sebagai predikat mahupun sebagai subjek ayat. Kata sifat yang terpakai sebagai
subjek disebut sifat ragam nama.
Kata sifat yang boleh menjadikan predikat suatu ayat boleh berupa kata sifat mudah @
kata dasar sifat, kata sifat rangkap atau kata sifat yang berimbuhan. Kata sifat mudah ataupun
yang berimbuhan yang menjadikan predikat itu pula boleh diperluaskan dengan menambah
kepadanya kata keterangan, sama ada sebelum atau sesudahnya, bergantung kepada jenisjenisnya.

Pengecaulian kata keterangan darjah yang boleh berlaku di depan atau di

belakangnya, kata keterangan jenis-jenis yang lain hanya boleh berlaku di depannya sahaja
dalam rangkai kata predikat sesuatu ayat.
Terdapat juga beberapa kata sifat yang boleh memasuki golongan yang lain dan perubahan
fungsi perkataan-perkataan ini bergantung kepada kedudukan atau gatra yang diisinya di
dalam ayat. Berdasarkan fungsinya dalam ayat, kata sifat mempunyai tingkahlaku yang sama
dengan kata kerja taktransitif Bahasa Melayu. Cuma yang membezakannya dari kata kerja
adalah dari segi kemungkinan kata sifat itu yang boleh mengambil kata keterangan darjah
sebagai keterangannya, sedangkan kata kerja tidak.
Frasa Adjektif
Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu atau beberapa
perkataan yang mengandungi kata sifat atau adjektif sebagai kata intinya. Kata inti merupakan
bahagian utama dalam susunan frasa tersebut. Frasa adjektif yang di-bincangkan ialah yang
berfungsi sebagai predikat dan juga sebagai unsur keterangan dan unsur penerang dalam
predikat. Sebagai unsur keterangan, kata adjektif hadir sesudah kata kerja dan sebagai unsur
penerang, kata adjektif hadir sesudah kata nama.
Contoh-contohnya:
(i) frasa adjektif sebagai predikat:
Subjek (FN)

Predikat (FA)

1. Kakaknya

sangat pandai.

2. Markahnya

rendah.

3. Orang muda itu

baik sungguh.

4. Perangainya

tentu baik.

5. Anaknya

masih kecil lagi.

6. Warna bajunya

kemerah-merahan.
18

BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


7. Perusahaan itu

paling besar sekali.

8. Suara penyanyi itu

merdu.

9. Malam ini

gelap benar.

10. Pejabatnya

jauh dari sini.

(ii) frasa adjektif sebagai unsur keterangan dalam predikat:


Subjek

Predikat

11 Dia

Frasa kerja keterangan


berjalan

Frasa ( adjektif )
sangat cepat

12 Mereka

pulang

segera

13 Kanak-kanak itu

tidur

sungguh nyenyak

14 Jirannya

datang

terlalu kerap

15 Jalan itu

menurun

amat curam

(iii) frasa adjektif sebagai unsur penerang:


Subjek

Predikat

16 Dia

Frasa Nama
budak

Penerang
pandai.

17 Harimau

binatang

liar.

18 Pak Lutfi

orang

kaya.

19 Asam pedas

masakan

asli.

20 Bas ekspres

kenderaan

cepat.

Binaan Frasa Adjektif: Unsur Pengisi Frasa Adjektif


Frasa adjektif boleh terdiri daripada satu perkataan adjektif sahaja, atau deretan perkataan
yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan penguat, sama ada di hadapan atau di
belakangnya.

19

BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


Perhatikan contoh-contoh di bawah ini:
Kata bantu
sudah
belum
masih
-

Penguat
sangat
Terlalu

Kata adjektif
pandai
nakal
besar
tua
malas
jahat
baik
kecil
cantik
ganas

Penguat
benar
betul
Amat
Amat
Sekali
-

Seperti yang telah disebutkan, inti frasa adjektif terletak pada kata adjektif. Bahagian inti pula
terdiri daripada dua jenis, iaitu mengikut binaannya:
(i) binaan satu perkataan
(ii) binaan dua perkataan

5.0 PENUTUP
Secara umumnya dapatlah disimpulkan bahawa,

setiap perbezaan aliran yang

dipegang atau dianuti oleh penahu-penahu amat berkait rapat dengan aliran linguistik yang
dipelajari. Abdullah Hassan menjelaskan kata adjektif digunakan sebagai inti frasa adjektif
dan disertai dengan kata penguat. Bagi Asmah Haji Omar dan Abdullah Hassan walaupun
terdapat perbezaan dengan Zaba dan Nik Safiah Karim, tetapi asasnya tetap sama namun
pemerian yang dibuat adalah berlainan. Kelainan yang dimaksudkan di sini ialah pemerian
penahu mengikut kriteria tertentu seperti yang diperjelaskan di atas. Asmah Haji Omar
memerikan nahu mengikut unsur-unsur dalam sistem tatabahasa aliran struktural. Abdullah
Hassan pula memerikan nahu mengikut tagmen tatabahasa iaitu unit dalam tatabahasa yang
mengikut aliran tagmemik. Arbak Othman pula menegaskan kata sifat boleh berupa kata
dasar atau kata sifat terbitan yang boleh terpakai sebagai predikat mahupun sebagai subjek
ayat. Kata sifat yang terpakai sebagai subjek disebut sifat ragam nama.
Rujukan dan kajian terhadap sesuatu aspek tatabahasa, membolehkan kitab mengesan
aliran penahunya. Penggolongan kata dalam sesuatu aspek tatabahasa yang diklasifikasikan
berdasarkan kriteria teertentu iaitu kriteria makna @ simantik kriteria morfologi, kriteria
20

BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


sintaksis dan kriteria fonetik. Peraturan berbahasa yang baik dan betul tidak semestinya
daripada satu golongan tatabahasa sahaja.

Kita perlulah mengkaji dan menilai serta

menerapkan ke atas bahasa melayu agar nahu ini lengkap dan mantap serta tuntas yang boleh
dipeturunkan kepada generasi akan datang supaya mereka lebih memahami dan berbangga
dengan bahasa mereka.
Kata adjektif secara umumnya berfungsi menjadi predikat ayat, boleh mendahului kata
penguat, boleh mengikuti kata penguat, boleh diikuti unsur keterangan dan tidak boleh hadir
di hadapan kata kerja.Kata adjektif dapat dikenal pasti dan dibezakan daripada kata nama atau
kata kerja dengan ciri yang boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat
Tatabahasa merupakan satu peraturan atau sistem dalam sesuatu bahasa. Dalam
konteks ahasa Melayu, bidang kajian tatabahasa dan sistem bahasa dianggap amat penting
kerana sistem bahasa yang mantap akan menjadi sesuatu bahasa itu releven dan sesuai diguna
pakai di sepanjang masa atau zaman. Kini, bahasa Melayu telah banyak berubah. Bermula
dengan penggunaan kata yang pelbagai jenis dan kelompok, ditambah pula dengaan
penggunaan istilah-istilah baru menjadikan penggunaan bahasa Melayu semakin luas dalam
segenap bidang dan lapisan. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab semua agar bersamasama mendukung cita-cita negara untuk mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah.

21

BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


RUJUKAN
1. Abdullah Hassan, 2006. Morfologi. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn.
Bhd.
2. Ahmad Khair Mohd Nor, Raminah Hj Sabran, Nawi Ismail, Mohd Zaini Othman dan
Ton Ibrahim, 2012. Tatabahasa Asas. Rawang: Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu
Malaysia.
3. Ahmad Khair Mohd Nor, 2012. Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu Edisi
Baharu. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.
4. Arbak Othman, 1984. Tatabahasa Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Sarjana
Enterprise.
5. Asmah Hj. Omar, 2009. Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
6. Asraf 1989. Petunjuk Bahasa Malaysia Baku. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.
7. Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood,
(2010). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
8. Zainal Abidin Ahmad (Zaba), 2000. Pelita Bahasa Penggal I-III Edisi Baharu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

LAMPIRAN 1
Berdasarkan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008)
Kriteria Penggolongan Kata

Golongan
kata

kata nama

kata nama
am

kata
adjektif

kata kerja

kata kerja
tak
transitif

kata tugas

sifatan
bentuk

penyambu
ng ayat
warna

kata nama
khas

kata kerja
transitif

ukuran

cara

pancainder
a

prakluasa
prafrasa &
pascafrasa

perasaan
waktu

pascakata
jarak

BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

LAMPIRAN 2
Binaan frasa adjektif

Binaan satu
perkataan

Kata adjektif +
Kata adjektif

Binaan frasa
adjektif
Binaan dua
perkataan

kata adjektif +
Kata nama

Dua kata adjektif


yang
menerangkan
keserasian
makna
Dua kata adjektif
yang
menerangkan
makna
berlawanan
Frasa adjektif
yang membawa
maksud
keserupaan
Frasa adjektif
yang membawa
maksud kiasan

BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

You might also like