You are on page 1of 5

PENGENALAN

Carta merupakan kaedah yang digunakan untuk menyampaikan maklumat


dalam bentuk yang menarik, jelas dan tepat. Carta merupakan sejenis bahan visual
yang tidak dapat diprojeksikan. Ia terdiri daripada tulisan, gambar, lukisan, poster,
graf dan sebagainya. Menurut Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino pada tahun
1999, carta adalah perwakilan visual untuk perhubungan abstrak dari segi kronologi,
kuantiti atau hierarki.
Peranan utama carta adalah untuk menghuraikan aliran sesuatu proses atau
perhubungan bahagian keseluruhan bagi sesuatu perkara secara grafik. Carta yang
baik berupaya menunjukkan organisasi serta komponen-komponen sesuatu entiti
dengan jelas. Ia juga boleh digunakan untuk memaparkan organisasi atau
pengelasan.
Penghasilan carta adalah berdasarkan kreativiti individu masing-masing.
Jenis-jenis carta terdiri daripada carta aliran, carta pengelasan, carta pai, carta
pohon, peta konsep dan sebagainya.
Antara aspek aspek yang perlu diambil kira semasa penghasilan carta
adalah saiz gambar atau lukisan yang digunakan haruslah cukup besar agar jelas
dilihat. Warna yang digunakan haruslah jelas dan pelbagai agar dapat menarik
perhatian pemerhati.
Susun atur isi-isi penting haruslah kemas dan teratur agar ia tidak
menimbulkan kekeliruan bagi pemerhati. Jarak susunan gambar juga haruslah
bersesuaian dan tidak terlalu rapat agar pemerhati tidak mengalami kesukaran untuk
meneliti carta tersebut. Akhir sekali adalah jenis dan saiz perkataan yang digunakan
haruslah cukup besar dan mudah dibaca.

KUMPULAN SASARAN : MURID TAHUN 5


NAMA ALAT :
CARTA ALIRAN CIRI DAN TINGKAH LAKU KHAS HAIWAN UNTUK
MELINDUNGI DIRI DAN KEMANDIRIAN SPESIES
Carta yang digunakan kami dalam pengajaran dan pembelajaran untuk topik
pengajaran sains adalah Carta Aliran. Topik pengajaran dan pembelajaran adalah
Sains Tahun 5 bagi Bab 3 Proses Hidup Haiwan.
Carta aliran merupakan rajah yang mewakili suatu algoritma atau proses di
mana ia ditunjukkan dalam pelbagai jenis petak dan susunannya dihubungkan
dengan anak panah. Maklumat-maklumat dituliskan dalam petak secara ringkas,
jelas dan tepat agar ia mudah difahami dan diingati.
Gambaran secara rajah amat efektif dalam menyusun maklumat yang banyak
secara tersusun agar pemerhati dapat lihat kesinambungan maklumatnya. Ia penting
dalam membantu murid menguasai topik tersebut.

OBJEKTIF PENGGUNAAN:
Objektif utama penggunaan carta aliran dalam pengajaran dan pembelajaran
topik ini adalah untuk memastikan penguasaan murid terhadap topik pengajaran
pada tahap yang maksimum. Topik ini merangkumi banyak maklumat yang perlu
diingat oleh murid. Ia amat penting kerana jika murid tidak memahami atau
mengingatinya, murid senang menghadapi miskonsepsi.
Hal ini disebabkan setiap jenis haiwan mempunyai ciri-ciri yang tersendiri
untuk memastikan kelangsungan spesiesnya. Masalah yang biasa dihadapi oleh
murid apabila adalah mengingati maklumat tersebut untuk jangka masa yang
panjang.
Dengan adanya susunan maklumat yang teratur dengan kata kunci (key
words), murid akan lebih senang menghafal dan maklumat tersebut akan lebih kekal
lama dalam ingatan murid.
Selain itu, ia juga dapat membantu meningkatkan kreativiti dan imaginasi
murid dalam mengaturkan maklumat-maklumat bagi topik yang lain yang

bersesuaian dengan diri mereka sendiri. Kemahiran murid menganalisis dan


mengintepretasikan maklumat untuk membina pengetahuan baru.
Akhir

sekali,

penggunaan

carta

aliran

juga

berperanan

untuk

memaksimumkan prestasi murid pada Tahap Operasi Konkrit bagi menyediakan


mereka dalam Tahap Operasi Formal.

TEORI PELAKSANAAN :
Carta aliran ini dapat mempermudahkan seseorang individu untuk menghafal
sesuatu dengan cepat dan mengingatkan maklumat tersebut untuk jangka masa
yang lebih panjang. Hal ini adalah kerana carta aliran merupakan kaedah atau
medium yang digunakan untuk mempermudahkan penghasilkan Peta Fikiran (Mind
Mapping) dalam struktur kognitif kita.
Peta Fikiran adalah sesuatu kaedah untuk mengorganisasikan dan menyusun
atur idea, konsep, fakta dan sebagainya dalam bentuk diagram radial-hierarkis.
Maklumat-maklumat disambungkan dengan topik utama melalui kata kunci, simbol,
gambar atau warna.
Menurut Roger W Sperry pada tahun 1981, beliau mengatakan otak kanan
lebih kepada perkembangan hal-hal yang berkaitan dengan artistik, kreativiti,
perasaan, emosi, gaya bahasa, musik, imaginasi, fantasi dan sebagainya. Daya
ingatan otak kanan adalah bersifat jangka panjang. Otak kiri pula lebih kepada
perkembangan hal-hal formal seperti penyimpanan data dan fakta, pengiraan,
analisis, pemahaman logikal dan pemikiran kritikal. Daya ingatan otak kiri adalah
bersifat jangka pendek.
Dalam carta aliran terdapat elemen-elemen yang memenuhi kriteria-kriteria
bagi fungsi otak kanan dan kiri. Carta aliran ini dapat merangsangkan kedua-dua
belah otak bagi memastikan fungsinya pada tahap yang optimum untuk
pembelajaran. Kedua-dua belah otak haruslah diaktifkan penggunaan dengan kerap
bagi memastikan prestasi yang optimum.
Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran menggunakan carta aliran juga
berdasarkan Teori Pembelajaran Jean Piaget di mana tahap kognitif murid Tahun 5
(11 tahun) adalah berada pada tahap Operasi Konkrit. Bahan pembelajaran murid
haruslah lebih bersifat konkrit atau maujud agar murid senang menguasai
pembelajarannya. Maklumat dan gambar yang terdapat dalam carta aliran secara

langsung telah meninggalkan kesan ingatan yang konkrit dalam struktur kognitif
murid.
Akhir sekali adalah kepelbagaian medium pembelajaran. Murid akan bosan
jika hanya berdepan dengan buku teks sahaja. Sekali kala mengubahkan medium
pembelajaran akan meningkatkan rasa minat murid untuk belajar di samping
memberi peluang kepada murid untuk merasai keseronokan belajar.

PROSEDUR PENGHASILAN :
1. Sediakan dua keping kad mounting board.
2. Tebuk lubang di tepi kedua-dua kad mounting board untuk tujuan
penyambungan.
3. Tajuk, topik dan kata-kata kunci dicetak di kertas dan digunting mengikut saiz
dan bentuk yang telah ditentukan.
4. Tajuk utama iaitu Ciri-ciri Khas dan Tingkah Laku Haiwan Melindungi Diri
dan Kemandirian Spesies dilekatkan di tengah sebagai permulaan
percambahan isi.
5. Seterusnya ia disertai dengan topik pengajaran iaitu Melindungi Diri
Daripada Pemangsa, Melindungi Diri Daripada Cuaca Yang Melampau
dan Kemandirian Spesies. Topik-topik ini merupakan cabang daripada
tajuk. Tajuk dan topik disambung dengan menggunakan anak panah.
6. Dari setiap topik, ia diteruskan dengan kata-kata kunci seperti duri,
cangkerang keras, tanduk dan sebagainya. Setiap kata kunci akan
diteruskan dengan contoh-contoh yang bersesuaian dengannya disertai
dengan gambar. Tujuan letaknya gambar adalah untuk memberi rangsangan
kepada ingatan murid terhadap ciri-ciri yang ingin ditekankan. Misalnya kurakura dan ketam mempunyai cangkerang yang keras.
7. Semua kertas-kertas yang digunting dilekatkan di atas kad mounting board
dengan teliti dan kemas dan mengikut kreativiti sendiri agar ia tidak
mengelirukan pandangan pemerhati dan dapat menarik perhatian pemerhati.
KOS BINAAN :
Bil.
1.
2.
3.

Bahan
Kad mounting board
Ring
Double side tape

CARA PENGGUNAAN ALAT :

Unit
2
1
1

Harga (RM)
6.00
3.80
1.50

Jumlah

RM 11.30

1. Carta aliran ini digunakan pada Fasa Refleksi iaitu semasa guru merumuskan
topik pengajaran bagi Bab 3 Proses Hidup Haiwan.
2. Sebelum guru menunjukkan carta aliran, murid diberikan masa untuk
menghasilkan peta minda mereka mengikut kreativiti masing-masing.
3. Carta aliran ini adalah sebagai salah satu panduan kepada murid untuk
menghasilkan peta minda mengenai topik pengajaran agar murid tidak perlu
menghafal perkataan yang banyak dalam buku teks.
4. Setelah murid menghasilkan peta minda mereka masing-masing, guru akan
menunjukkan

carta

aliran

tersebut

untuk

membimbing

murid

menambahbaikkan peta minda mereka.


5. Setelah proses pengajaran dan pembelajaran mengenai Bab tersebut
selesai, carta aliran tersebut akan digantungkan di belakang kelas sebagai
sumber ulang kaji bagi murid-murid.

You might also like