You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN PERPADUAN

TAMAN PERPADUAN, 31150 ULU KINTA


PERAK DARUL RIDZUAN.
KOD SEKOLAH: ABA2053
Email: skpict@gmail.com

TEL
FAKS

: 05-5333859
: 05-5330798

1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Rujukan Tuan: SKP/21/01/P(01)


Rujukan Kami: SKP/21/01/(03)
Tarikh:
2 Februari 2015

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Perpaduan.
Melalui:
Guru Penasihat/Pemimpin Jawatankuasa Kelab Pencegahan Jenayah
Tuan,
PERMOHONAN PENGESAHAN MENUBUHKAN PERGERAKAN KELAB PENCEGAHAN
JENAYAH SK PERPADUAN
Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuk perkara di atas berasaskan surat tuan.
2. Sukacita dimaklumkanbahawa Mesyuarat Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah Sekolah
Kebangsaan Perpaduan telah diadakan pada 21 Januari 2015 jam 1.00 petang di Dewan
Terbuka SK Perpaduan.Mesyuarat telah memutuskan dan mengesahkan dengan sebulat suara
Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persatuan,Senarai Aktiviti Utama,dan Senarai Ahli
Jawatankuasa yang akan melaksanakan tugas masingt-masing sehinggalah ke tarikh
Mesyuarat Agung yang pertama akan diadakan secepat mungkin.
3. Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak Jawatankuasa Kelab Pencegahan Jenayah SK
Perpaduan dengan penuh harapan memohon sudilah apa kiranya tuan mengesahkan
penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah SK Perpaduan ini dan mendaftarkannya sebagai
sebuah Pasukan Badan Beruniform dalam bidang kokurikulum di sekolah ini berasaskan
Peraturan (4) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam
Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42,No.11, Tambahan No.21, Perundangan (A): P.U.(A) 1996,
bertarikh 21 Mei 1998.
4. Bersama ini disertakan Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persatuan,Senarai Ahli
Jawatankuasa dan Senarai Aktiviti Utama.
5.

Jasa baik pihak tuan meluluskan permohonan ini amatlah dihargai dan disanjung tinggi.

Sekian, terima kasih.


BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
..
(EN.ABU KAMAL BIN GHAZALI )
Setiausaha,
b/p Pengerusi Kelab Pencegahan Jenayah,Sekolah Kebangsaan Perpaduan.
s.k

- Guru Penolong Kanan Kokurikulum


- Fail Kelab Pencegahan Jenayah

You might also like