You are on page 1of 6

PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN

ASSIGNMENT SUBMISSION AND ASSESSMENT


_______________________________________________________________________
_
HBLS3103
ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
JANUARY 2013
________________________________________________________________________
ARAHAN KEPADA PELAJAR / INSTRUCTIONS TO STUDENTS
1. Tugasan ini mengandungi TIGA (3) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul
bercetak kursus ini. / This assignment contains only THREE (3) questions that is set in the
language of the printed module for the course.
2. Jawab dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. / Answer in Malay or English.
3. Muat turunkan templet tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk
penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan
menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5. / Download the
language version of the assignment template concerned from the MyVLE for preparation
and submission of your assignment. Your assignment should be typed using 12 point Times
New Roman font and 1.5 line spacing.
4. Tugasan anda hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan.
Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan
dan arahan tugasan dalam jawapan anda. / Your assignment should be between 2500 and
3000 words excluding references. The number of words should be shown at the end of your
assignment. Do not copy the assignment question and instructions to your answer.
5. Anda dikehendaki menghantar tugasan KEPADA TUTOR BERSEMUKA. Anda dinasihatkan
menyimpan senaskah tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri. / You must submit your
assignment TO FACE TO FACE TUTOR. You are advised to keep a copy of your submitted
assignment for personal reference.
6. Anda hanya boleh menghantar tugasan SEKALI sahaja dalam SATU fail. / You can submit your
assignment ONCE only in a SINGLE file.
7. Tugasan anda hendaklah diserahkan pada 3hb Mac 2013 atau Tutorial 4 (TUTOR). Serahan
selepas 3hb Mac 2013 atau Tutorial 4 TIDAK akan diterima. / Your assignment must be
submitted by 3rd March 2013 or Tutorial 4. Submission after 3rd March 2013 or Tutorial 4 will
NOT be accepted.
8. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda
juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri. / Your assignment
should be prepared individually. You should not copy another persons assignment. You should
also not plagiarise another persons work as your own.

SOALAN TUGASAN /ASSIGNMENT QUESTION


SOALAN 1
Rajah 1 menunjukkan lukisan isometri bagi sebuah meja kopi mini dengan diberikan
dimensi utama meja tersebut.
Berpandukan Rajah 1, anda dikehendaki membuat satu laporan lengkap proses
pembinaan projek tersebut seperti berikut:
(a)
(b)
(c)

Lukisan Ortografik berdimensi lengkap (gunakan kertas saiz A3)


Senarai lengkap bahan dan peralatan
Dengan bantuan lakaran yang sesuai, huraikan langkah kerja bermula dari
penyediaan bahan, penyambungan dan kemasan.

(mana-mana dimensi yang tidak lengkap pada Rajah 1 adalah terpulang kepada
kebijaksanaan anda untuk menentukan jarak/saiz yang sesuai)
Papan 20mm tebal

Rajah 1

(40 markah)
SOALAN 2
Pihak jabatan bekalan air tempatan adalah bertanggungjawab mengurus dan
menyelenggara sistem bekalan air ke bangunan atau rumah kediaman bermula dari paip
utama ke meter air. Pemilik bangunan atau rumah kediaman pula akan bertanggungjawab
bagi sistem aliran paip perkhidmatan selepas meter air.
Huraikan bagaimana sistem bekalan air bagi bangunan yang berbilang tingkat. Huraian
anda perlulah merangkumi butiran berikut:
(a)
(b)
(c)

Bangunan yang tidak memerlukan sistem pam


(Tunjukkan contoh lukisan sistem perpaipan bagi bangunan 4 tingkat)
Bangunan yang memerlukan sistem pam
(Tunjukkan contoh lukisan sistem perpaipan bagi bangunan 10 tingkat)
Lukiskan dua jenis susunatur sistem pam (negative suction head dan positive
suction head)
(30 markah)

SOALAN 3
Dalam sistem enjin pembakaran dalam jenis empat lejang, terdapat dua kaedah yang
digunakan untuk mencampurkan bahan api dan udara iaitu menggunakan kaburator atau
suntikan elektronik.
(a)

Dengan bantuan lakaran huraikan bagaimana kedua-dua kaedah ini berfungsi.


Huraian anda perlu meliputi aspek-aspek seperti berikut:
(i) Prinsip
(ii) Binaan dan komponen-komponen utama
(25 markah)

(b)

Jelaskan kelebihan dan kelemahan sistem suntikan bahan api elektronik berbanding
kaburator.
(5 markah)
(30
markah)

PANDUAN PELAJAR
SOALAN 1

Menyediakan satu lukisan ortografik lengkap sama ada dalam unjuran sudut
pertama atau sudut ketiga.
Senarai bahan yang perlu digunakan termasuk bahan penyambungan dan kemasan
Senarai alatan
Menghuraikan langkah-langkah kerja bermula dari penyediaan bahan seperti
menyediakan plat pencontoh, sehinggalah kekemasan akhir. Setiap langkah kerja
hendaklah disertakan dengan lakaran/lukisan yang sesuai.

SOALAN 2

Menjelaskan secara umum sistem bekalan air ke bangunan berbilang tingkat


dengan menyatakan keperluan penggunaan pam, pemasangan meter dan tangki.
Huraikan bagaimana keadaan di mana sistem pam tidak diperlukan
Lukis rajah bangunan 4 tingkat dengan menunjukkan susunatur meter air, tangki
dan sistem aliran perpaipan dengan jelas.
Lukis rajah bangunan 10 tingkat dengan menunjukkan susunatur kedudukan
meter pukal, tangki sedutan, pam, meter pada setiap aras dan cadangan letakan
tangki
Lukis rajah susunatur kedudukan sistem pam bagi jenis negative suction head dan
positive suction head.

SOALAN 3

Berikan pengenalan kepada sistem kaburator dan suntikan elektronik


Huraikan prinsip-prinsip bagi kaburator dan suntikan bahan api elektronik dengan
jelas
Lukiskan rajah binaan dan komponen-komponen utama dalam sistem kaburator
dan suntikan bahan api elektronik
Jelaskan kelebihan dan kelemahan sistem suntikan bahan api elektronik
berbanding kaburator.

Pelajar dinasihatkan:
1.

Tidak merujuk secara langsung kepada modul. Rujukan modul hanyalah sebagai
idea umum sahaja.

2.

Pelajar dikehendaki merujuk kepada sumber-sumber bercetak lain atau sumber


dalam internet yang boleh dipercayai (contohnya sumber yang disediakan oleh
orang atau organisasi yang mempunyai reputasi yang baik) diperlukan bagi
melicin/ memudahkan pemahaman sebelum memulakan tugasan.

3.

Membuat lawatan dan kajian ke kedai-kedai perabot atau bengkel kerja kayu, stor
kayu, tapak binaan dan bengkel-bengkel kerja enjin bagi mendapatkan idea kaedah
binaan/ kerja amali, sistem enjin dan gambar-gambar yang sesuai.

4.

Merujuk pada buku-buku seperti bahan binaan, teknologi bahan, kerja perpaipan,
sistem sanitari dan kerja enjin bagi mendapatkan maklumat yang dikehendaki.

5.

Berbincang dan meminta pandangan guru-guru teknikal di politeknik, SM Teknik


dan lain-lain yang berkenaan.

6.

Menggunakan persembahan dan gaya bahasa sendiri.

________________________________________________________________________
PENILAIAN / EVALUATION
Tugasan ini akan menyumbangkan 40% markah kepada kursus tersebut dan akan dinilai
berdasarkan kepada Rubrik. / This assignment accounts for 40% of the marks for the
course mentioned and shall be assessed based on the Rubrics.
Anda akan dimaklumkan tentang markah tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir
Semester bermula / You would be informed of the assignment mark before the Final
Semester Examination commences.
PLAGIARISME: POTONGAN MARKAH / PLAGIARISM: MARKS DEDUCTION
Amaran: Tugasan yang diserahkan secara automatik akan disemak untuk persamaan.
Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut: / Warning: The
submitted assignment will automatically undergo a similarity check. If plagiarism is
detected, marks would be deducted as follows:

Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 10 - 30 % : potongan 20% daripada


jumlah markah yang diperoleh.
Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 31 - 50 % : potongan 40% daripada
jumlah markah yang diperoleh.
Tugasan dengan pertindihan kandungan lebih daripada 50%: Markah sifar akan
diberikan.
Assignments with 10 - 30 % overlap with others: 20% deduction from the total marks
scored.
Assignments with 31 - 50 % overlap with others: 40% deduction from the total marks
scored.
Assignments with more than 50% overlap with others: Zero mark would be given.

MUKA SURAT TAMAT / END OF PAGE

You might also like