You are on page 1of 8

BAB II

SISTEM AGIHAN DAN PENYELENGGARAAN

2.1

Pengenalan
Menurut JKR (1982), sistem agihan air adalah termasuk penghantaran, agihan

dan perpaipan retikulasi, tangki simpanan dan pam galak. Perpaipan penghantaran
adalah menghantar bekalan air bersih dari loji atau stesen pam ke tangki simpanan
seperti juga air bersih dari tangki simpanan ke tangki simpanan yang lain. Perpaipan
retikulasi adalah perpaipan yang mengagihkan air bersih di dalam kawasan bekalan
sekitarnya. Perpaipan agihan adalah perpaipan yang mengagihan air ke perpaipan
retikulasi dari tangki simpanan loji pembersih air atau stesen pam.

2.2

Jenis-jenis sistem agihan

Terdapat tiga jenis sistem agihan iaitu sistem graviti, sistem pam dan
gabungan sistem graviti serta sistem pam. Pemilihan kepada sistem agihan
bergantung kepada topografi, kedudukan dan keluasan kawasan agihan, ketinggian
dan keadaan tapak. Contohnya, apabila terdapat ketinggian yang mencukupi dan
keadaan di tapak mengizinkan, sistem graviti adalah pilihan. Apabila sistem graviti
tidak dapat digunakan kerana tidak ada kawasan yang cukup tinggi maka gabungan
sistem graviti dan pam digunakan.

Tangki
Simpanan
n
Loji Pembersih

Air

Pengguna

Rajah 2.1 : Gambar menunjukkan sistem graviti

Merujuk kepada rajah 2.1, sistem graviti digunakan apabila kawasan


pembekalan mempunyai sebuah kawasan yang tinggi untuk mendirikan tangki
simpanan. Air akan diagihkan kepada pengguna di kawasan yang lebih rendah secara
graviti. Kos operasi sistem graviti ini adalah lebih murah dibandingkan dengan
sistem pam. Masalah akan timbul apabila sistem ini menyalurkan air ke kawasan
pembekalan yang lebih tinggi, iaitu pengguna di kawasan yang lebih tinggi akan
mengalami tekanan air rendah dan kemungkinan akan mengalami putus bekalan
semasa keperluan memuncak.

Pengguna

Loji Pembersih

Air

Stesen Pam
Galak

Rajah 2.2 : Gambar menunjukkan sistem pam

Merujuk kepada rajah 2.2, sistem pam biasanya digunakan untuk


menyalurkan air ke kawasan pembekalan yang lebih tinggi. Tekanan dan aliran air
boleh diubah dengan melaraskan pam. Kos operasi lebih mahal dari sistem graviti

7
kerana penyelenggaraan perlu dilakukan kepada pam dan kos tenaga manusia untuk
mengendalikan pam tersebut. Masalah akan timbul apabila pam rosak kerana tidak
ada bekalan alternatif.

Tangki
Simpanan
n
Loji Pembersih

Stesen Pam
Galak

Air

Pengguna

Rajah 2.3 : Gambar menunjukkan gabungan sistem pam dan graviti

Apabila keadaan topografi kawasan pembekalan tidak menentu, maka


gabungan sistem graviti dan pam adalah sesuai (rujuk rajah 2.3). Kawasan yang
tinggi akan dibekalkan menerusi pam manakala kawasan yang rendah dibekalkan
menerusi tangki simpanan.

2.3

Komponen Sistem Agihan

Berikut adalah komponen-komponen yang biasa di dalam sistem bekalan air


ialah paip bekal utama, tangki simpanan, paip retikulasi, stesen pam galak dan
sambungan paip komunikasi.

Paip bekal utama kebiasaannya bersaiz 200 milimeter dan ke atas. Ia


berfungsi untuk menyalurkan air ke sistem retikulasi melalui tangki simpanan
ataupun stesen pam galak. Paip bekal utama juga boleh menyalurkan air terus ke
sistem retikulasi tanpa melalui tangki simpanan ataupun stesen pam galak.

Rajah 2.4 : Gambar menunjukkan paip bekal utama

Tangki simpanan (rujuk rajah 2.5), menakung bekalan air dari paip bekal
utama. Fungsi tangki simpanan adalah untuk :
i.

Membekalkan air semasa kepeluan memuncak

ii.

Sebagai simpanan semasa kecemasan atau semasa ada


gangguan bekalan

iii.

Simpanan untuk kegunaan memadam api ketika


kebakaran

iv.

Menyeragamkam kadar pengepaman

v.

Menahan air untuk keberkesanan pembasmian

vi.

Memastikan sistem sentiasa dalam keadaan tekanan

Rajah 2.5 : Gambar menunjukkan tangki simpanan

Retikulasi adalah rangkaian paip agihan yang membekalkan air terus kepada
pengguna. Keperluan kadaralir yang minimum untuk tujuan memadam api biasanya

9
menentukan saiz minimum paip ( biasanya 100 mm untuk pili bomba ). Sistem
agihan sepatutnya bersambung secara loop antara satu hujung dengan hujung yang
lain untuk sistem hidraulik yang effisien.

Stesen pam galak seperti yang ditunjukkan di dalam rajah 2.6, berfungsi
untuk mengepam air dengan tekanan mengikut kapasiti pam ke kawasan yang
dibekalkan. Stesen pam galak biasanya digunakan untuk menyalurkan air ke kawasan
yang keadaa topografi dan geografinya tidak menentu.

Rajah 2.6 : Gambar menunjukkan stesen pam galak

Sambungan ke pengguna melalui paip komunikasi biasanya ditebuk dari paip


retikulasi. Tebukan tidak boleh di bawah paip, ini adalah kerana untuk mengelakkan
lumpur berkumpul di dalamnya. Satu tebukan dari paip retikulasi dan keluar kepada
beberapa sambungan adalah tidak dibenarkan.

10

Rajah 2.7 : Gambar menunjukkan sambungan paip komunikasi

Aliran air di dalam sistem agihan dikawal oleh injap-injap yang kebiasaannya
dipasang pada setiap cabang paip. Injap-injap kebiasaannya dibuka ataupun ditutup
semasa kerja-kerja membaikpulih paip dijalankan. Bilangan injap-injap yang
mencukupi adalah perlu untuk tujuan menutup aliran air ketika proses membaikpulih
paip dijalankan dan kurang memberikan kesulitan kepada pengguna. Adalah penting
injap-injap diperiksa setiap kali. Tekanan tidak sepatutnya berlebihan kerana ini akan
meningkatkan kehilangan air dan pembaziran.

2.4

Jenis-jenis Penyelenggaraan

Kerja-kerja penyelenggaraan ini dikelaskan kepada tiga kategori iaitu


penyelenggaraan pembetulan, penyelenggaraan kecemasan dan penyelenggaraan
pencegahan (Burke, 1982).

2.4.1

Penyelenggaraan Pembetulan

Penyelenggaraan pembetulan adalah kerja yang dilakukan untuk


menggantikan sesuatu yang telah rosak. Contohnya mengganti bearing motor ,

11
membersihkan parit yang tersumbat, menggantikan tali sawat kipas yang putus.
Kebanyakan perkhidmatan yang dikehendaki oleh pengguna adalah penyelenggaraan
pembetulan.

2.4.2

Penyelenggaraan Kecemasan

Penyelenggaraan kecemasan ialah penyelenggaraan pembetulan yang tidak


boleh ditunda sehingga keesokan harinya. Kecemasan jarang berlaku tetapi pihak
pengurusan penyelenggaraan sepatutnya bersedia menghadapi sebarang bentuk
kecemasan.

2.4.3

Penyelenggaraan Pencegahan

Penyelenggaraan pencegahan adalah kerja yang dilakukan untuk


mengelakkan kos membaikpulih yang tinggi. Kebanyakan kerja penyelenggaraan
pencegahan melibatkan pemeriksaan dan pengujian. Penyelenggaraan pencegahan
adalah seperti membaiki sesuatu sebelum ia rosak.

2.5

Tanggungjawab Dan Polisi Penyelenggaraan

Siapakah yang bertanggungjawab untuk malaksanakan kerja-kerja


penyelenggaraan? Bagaimanakah tanggungjawab itu boleh dilaksanakan. Menurut
Burke (1982), ia adalah bergantung kepada saiz dan jenis sistem pembekalan air.
Sebagai contoh sistem bersaiz kecil yang membekal kepada lima puluh ke seratus
orang pengguna biasanya memerlukan seorang pekerja sambilan untuk
mengendalikan sistem.

12
Menurut Burke (1982), cara terbaik untuk penyelenggaraan sesuatu sistem
adalah dengan menyediakan polisi bertulis berkaitan dengan matlamat
penyelenggaraan dan kaedah yang akan digunakan untuk mencapai matlamat
tersebut.

2.6

Operasi dan Penyelenggaraan Sistem Agihan


Dalam memastikan operasi dan penyelenggaraan ini berjalan dengan lancar,

perancangan yang teratur dan teliti amatlah diperlukan. Sistem agihan air adalah
rangkaian yang terdiri daripada tangki, pam, injap dan saluran paip. Semua
komponen-komponen sistem ini masing-masing mempunyai fungsi tertentu. Untuk
mngagihkan air semua komponen sistem ini saling bergantung antara satu sama lain
( Burke, 1982).

Tanggungjawab kerja kebiasaannya termasuk di dalam dokumen operasi dan


penyelenggaraan seperti penyata polisi, deskripsi kerja atau manual kerja. Cara
terbaik untuk menyelenggara sesuatu sistem adalah mengadakan polisi mengenai
matlamat penyelenggaraan dan kaedah untuk mencapai matlamat tersebut (Burke,
1982).

You might also like