You are on page 1of 5

Nama:

Tingkatan 2:..
SMK JAMBATAN PUTIH. TAWAU

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015


TINGKATAN DUA
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
(1 JAM)
Penggubal soalan: Pang Fui Shih
Disemak oleh:

Disahkan oleh:

..
..
(Kasaria Bin Lakassa )
(Hasnah Binti Kassim)
Ketua Panitia PSK
Ketua Bidang Kemanusiaan
Kertas soalan ini terdiri daripada 5 halaman bercetak.
Arahan: Kertas ini mengandungi 3 bahagian iaitu:
Bahagian A: Soalan Objektif
( 40 Markah)
Bahagian B: Soalan Struktur
( 20 Markah)
Bahagian C: Soalan Pilihan
( 40 Markah)
Jawab semua soalan.
Bahagian A: (Soalan Objektif)
Arahan: Tiap-tiap soalan diikuti empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C, dan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.
1 Kecemerlangan diri bagi seseorang murid biasanya dikaitkan dengan
A seseorang yang mempunyai cita-cita yang tinggi.
B kejayaan dalam bidang akademik dan kokurikulum.
C kemahiran berkomunikasi sesama rakan.
D kemahiran menyelesaikan masalah peribadi.
2 Ciri-ciri berikut menunjukkan perwatakan terpuji murid, kecuali
A berbudi bahasa.
B belajar bersungguh-sungguh.
C sentiasa berfikiran positif.
D mengharapkan balasan ketika bertugas.
3 Antara berikut, yang manakah halangan dalam komunikasi?
A Jarak antara dua penutur.
B Bahasa yang tidak difahami.
C Bunyi radio yang kuat.
D Gerak badan pemberi maklumat.
4 Mengapakah kita perlu membuat refleksi diri?
A Untuk mencatat peristiwa dalam diari.
B Untuk membuat perbandingan dengan orang lain.
C Untuk membaiki kelemahan diri.
D Untuk memastikan kita dihormati oleh rakan.
5 Mengapakah kecemerlangan pendidikan dikatakan asas kepada pencapaian kerjaya idaman?
A Mendapat ganjaran yang lumayan daripada pihak syarikat.
B Ilmu dan kepakaran boleh dimanfaatkan untuk kesejahteraan semua.
C Majikan akan memuji dan menghargai kecemerlangan pendidikan seseorang individu.
D Seseorang individu akan mudah mendapat kedudukan penting dalam kerjaya.

6 Persengketaan dalam keluarga tidak akan berlaku sekiranya


A anggota keluarga pandai mencari kelemahan masing-masing.
B anggota keluarga bertolak ansur antara satu sama lain.
C anggota keluarga berkira ketika memberi sesuatu pertolongan.
D anggota keluarga menjauhkan diri daripada perbincangan keluarga.
7 Peranan anda sebagai anak dalam keluarga ialah
A menyelesaikan konflik antara ibu dengan bapa.
B menyediakan tempat tinggal yang selesa.
C meringankan beban keluarga dalam semua aspek.
D memenuhi kehendak anda sebagai remaja.
8 Adik dimarahi oleh ibu kerana tidak mengunci pagar di luar rumah. Sebaliknya, adik mengatakan bahawa
andalah yang sepatutnya mengunci pagar tersebut.
Apakah peranan anda dalam situasi di atas?
A Memarahi adik kerana menuduh anda.
B Mereka cerita untuk membuktikan kesalahan adik.
C Mengungkit kesalahan yang pernah dilakukan oleh adik.
D Menceritakan hal sebenar yang menyebabkan anda terlupa berbuat demikian.
9 Mengapakah setiap keluarga digalakkan menyambut hari khas dalam keluarga?
A Untuk mengingati hari khas tersebut.
B Untuk mengekalkan struktur keluarga.
C Untuk memberikan penghargaan kepada ahli keluarga.
D Untuk membolehkan setiap ahli keluarga memberikan hadiah kepada kita.
10 Bagaimana cara untuk menangani konflik dalam keluarga?
A Melarikan diri dari rumah.
B Melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan.
C Mengadakan perbincangan dengan ahli keluarga.
D Mendedahkan masalah yang dihadapi kepada pihak luar.
11 Abang menduduki tempat pertama dalam pertandingan nyanyian. Apakah tindakan yang sewajarnya anda
lakukan?
A Memperlekehkan kebolehan abang.
B Mencabar abang untuk bersaing.
C Mengejek- ejek kemenangan abang.
D Memberikan ucapan tahniah kepada abang.
12 Rajoo akan menyambut Hari Deepavali pada minggu hadapan. Apakah perkara yang wajar Rajoo lakukan
untuk menunaikan tanggungjawab dalam keluarga?
A Membantu ibunya mengemas rumah.
B Melakukan aktiviti harian seperti biasa.
C Mengajak rakan-rakannya datang ke rumah.
D Menyediakan semua makanan tradisional masyarakat India.
13 Bagaimanakah anda boleh memberikan sumbangan dalam majlis sambutan hari lahir adik?
A Meminta upah kerana turut membantu.
B Membiarkan ahli keluarga menyediakan persiapan.
C Bekerjasama dengan ahli keluarga membuat persiapan.
D Membantu ibu menyiapkan persiapan setelah dipujuk.
14. Masalah ____________ di kawasan tempat tinggal dapat dibendung sekiranya penduduk setempat memberikankerjasama
untuk membanterasnya
A. Banjir
C. Kemiskinan
B. Sosial
D. Perceraian
15. Permainan tradisional patut dikekalkan untuk kepentingan generasi akan datang kerana permainan ini

I
tidak memerlukan kos yang tinggi
II
dapat menguji kebijaksanaan pemain
III
dapat mengeratkan silaturahim antara pemain
IV
memerlukan kawasan permainan yang luas
A. I dan II
C.
I,II dan III
B. III dan IV
D.
II,III dan IV
16. Bagaimanakah pihak tertentu dapat menarik perhatian remaja untuk meminati warisan kesenian pelbagai kaum?
A. Mengadakan jualan murah barangan kraftangan
B. Mengadakan aktiviti yang melibatkan remaja secara langsung
C. Mengadakan pameran kesenian di tempat awam
D. Mengedarkan risalah tentang warisan kesenian kepada remaja
17. Mengapakah warisan kesenian di negara kita patut dikekalkan selama-lamanya?
A. Warisan kesenian ialah khazanah negara yang tidak ternilai
B. Warisan kesenian akan menghiburkan generasi akan dating
C. Warisan kesenian berupaya bersaing dengan kecanggihan teknologi
D. Warisan kesenian akan meninggikan moral generasi muda
18. Dalam sistem demokrasi berparlimen di Malaysia, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka baginda Yang di-Pertuan
Agong merupakan
A. Ketua menteri
B. Perdana Menteri
C. Ketua Negara
D. Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja
19 Apakah tujuan Dasar Penswastaan?
A Meninggikan prestasi pengurusan dan pembangunan.
B Meningkatkan perkembangan ekonomi.
C Melahirkan sebuah masyarakat yang celik huruf.
D Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara.
20 Siapakah tokoh yang memperkenalkan Wawasan 2020?
A Tunku Abdul Rahman.
B Tun Hussein Onn.
C Tun Dr. Mahathir Mohamad.
D Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

*********************************************************************************************

Jawapan : (soalan objektif)


1

11

16

12

17

13

18

14

19

10

15

20

BAHAGIAN B : (Soalan Struktur)


Soalan 21 hingga Soalan 30
Isikan tempat kosong dibawah dengan jawapan yang betul
Kerajaan pusat

Pelancongan

Kabinet

Kuasa

Pilihan raya

Komunikasi

Rukun tetangga

Sumazau

Ulik Mayang

Lima

Perpaduan

Perdana Menteri

21. Pilihan raya di negara kita diadakan __________ tahun sekali.


22. Setiap negeri di Malaysia mempunyai struktur pentadbiran dann kuasa kerajaan masing-masing yang
dinamakan kerajaan negeri. Namun, kerajaan negeri masih perlu mengekalkan kuasa
yang tertentu.
23.

yang baik akan menjamin perhubungan yang baik dalam keluarga.

24.

ialah sebuah pertubuhan sukarela yang menjaga kebajikan anggota


masyarakat di sesebuah tempat.

25.

ialah tarian tradisional masyarakat Kadazan di negeri Sabah.

26.

akan mengiringi Yang di Pertuan Agong ke persidangan atau mesyuarat


majlis Raja-Raja

27. Mengenali tarian, seni muzik, alat muzik, permainan dan seni bina pelbagai kaum dapat memupuk
semangat ____________

dalam kalangan rakyat negara kita

28. Warisan seni bina lama dapat membantu negara memajukan bidang
29.

juga dikenali sebagai jemaah menteri.

30. Penyalahgunaan

dalam pentadbiran negara akan memberi kesan buruk kepada

kemajuan negara.

Bahagian C : (Soalan Pilihan)


Soalan 31 hingga Soalan 50
Arahan: Tulis BETUL atau SALAH berdasarkan tindakan dalam sifuasi di bawah ini.
Situasi
Jawapan
31 Gayathri berhenti sekolah kerana beranggapan kecemerlangan diri bukan bergantung
pada pendidikan.
32 Sebagai Ketua Pengawas, Adam sentiasa mempamerkan perwatakan yang terpuji agar
dihormati oleh orang lain.
33 Pak Atan memarahi pegawai yang melayannya kerana orang yang ingin dijumpainya
sentiasa tiada di pejabat.
34 Selepas menganjurkan sambutan Hari Guru di peringkat sekolah, Gurmit Singh
memanggil semua ahli jawatankuasa untuk membuat postmortem.
35 Keluarga yang bersatu padu akan mengeratkan hubungan silaturahim antara anggotanya.
36 Lina tidak membantu kakaknya yang sedang menghadapi masalah kerana bimbang
emosi kakaknya akan terganggu.
37 Encik Lim menetapkan hari khas untuk keluarganya iaitu pada hari Ahad sahaja.
38 Kanm mempertikaikan kebolehan dan bakat Yusman dalam penciptaan lagu.
39 Jiran yang baik akan sentiasa bertolak ansur sesama mereka.
40 Ong Lian sering memberi bantuan kepada orang yang memerlukan tanpa mengira kaum.
Arahan: Garisi jawapan yang betul.
41 Idea dan cadangan semasa mesyuarat akan memberi ( manfaat, kecacatan ) terhadap keputusan
yang bakal dibuat.
42 Kita hendaklah menghormati dan ( menghargai, menafikan ) kebolehan dan bakat orang lain.
43 (Mendisiplinkan, Meninggikan ) diri merupakan salah satu aspek untuk mencapai kecemerlangan
diri pada setiap individu.
44 Setelah mengjmbas kembali perbuatan yang dilakukan, Daud berazam untuk ( memperbaiki,
merenung ) kelemahan diri
45 Berterus-terang adalah cara terbaik untuk memberitahu seseorang asalkan kita tahu cara
( memujuk, berkomunikasi ) dengan betul dan berkesan.
46 Anak-anak ibarat sehelai kain putih yang suci dan ibu bapalah yang ( mengotorkan, mencorakkan )
kain tersebut.
47 Pembersihan longkang dan parit yang bertakung akan mengelakkan ( pembiakan, penyemburan )
nyamuk aedes.
48 Masalah masyarakat setempat adalah masalah ( individu, semua penduduk ).
49 Memiliki sikap kekitaan akan menyebabkan kita berasa ( gembira, simpati ) dengan kesusahan
orang lain.
50 Beban yang ditanggung oleh mangsa kebakaran itu akan menjadi lebih ( ringan, berat ) sekiranya
orang ramai menghulurkan bantuan.

You might also like